June 2019 - Husniey Husain

Tuesday, 25 June 2019

AIDILFITRI 1440H | HARI RAYA BERSAMA FAMILY #TEAMRAYATERENGGANU
25 June 10 Comments

Assalamualaikum semua para pembaca blog husniey, didoakan semoga semua sihat walafiat. Raya 2019 ini merupakan giliran husniey berhari raya dengan keluarga husniey. Tahun lepas 2018 team raya dengan keluarga mertua. Kampung husniey dan tuan suami agak jauh lebih kurang 3 jam, tapi kalau naik highway LPT 2 lajulah sikit, cuma ambil masa 1 jam ½ je dah sampai. Hari terakhir Ramadan husniey baru bertolak balik ke Kemaman Terengganu, sempat berbuka puasa bersama keluarga. Agak lewat balik sebab tuan suami kena kerja dan hanyalah cuti pada hari terakhir berpuasa. Tiba aje di kampung halaman, terus dah mengadap task pertama iaitu; cucuk sate ayam yang dah siap diperap bersama bahan-bahan ๐Ÿ’•

my favourite food; yeszaa

Popia simpul mak buat cornflakes bermadu adik adik punya hasil

Jadi malam raya tu aktiviti kita bakar sate la! Oh yes mestilah syok, dah macam aktiviti wajib bagi malam raya sesambil prepare lauk pauk menu untuk pagi raya. Kalau husniey beraya di kampung baru macam ni, mak kata kalau takde orang nak tolong dia pun malas sebab dia tahu anak sulungnya ni boleh diharap kot, haha okay done angkat bakul masuk sendiri dalam bakul tu, hehe! ๐Ÿ™ˆ Syok jugalah sambil tunggu siap bakar sate ayam, kita masuk mulut dulu. Yelah nak rasa okey ke tak, lalalala. haha yeke dok rasa tu? Malam raya juga husniey bantu mak siapkan menu Nasi Minyak. Adik adik pula sibuk penuhkan balang kuih raya, mereka rajin tahun ni buat beberapa jenis kuih raya. Tahniah semua adikku. Dah besar anak dara semua. 


Suasana Pagi Syawal Yang Sayu 

Cerita di pagi hari raya, mesti ada pelbagai ragam kan. Yang pasti disebalik kegembiraan kita berjaya habiskan puasa di hari ramadan, pasti ada terselit moments sedih sayu kan. Raya kami tahun ini bersama dengan pak saudara (yang sedang sakit, dibawah jagaan keluarga husniey). So jadi agak sayulah tengok keadaannya Yelah siapa je tak sayu, dari sempurna fizikal sekarang beraya dengan keadaan tak mampu berdiri dan pelbagai kekurangan. Lepas makan awal pagi, bersiap pakai pakaian yang baru dan cantik kita pun pergi solat sunat Aidilfitri. Pagi raya kami bersalam-salaman bermaafan bersama mak ayah, suami, adik-adik sebelum pergi solat. 2019 ini husniey berkenan dengan warna Mustard. Eh tetiba ku berkenan warna baju yang nampak terang ni, selalunya suka yang warna gelap je. Siapa baju raya dia ada warna mustard kita geng ya! ๐Ÿ˜‰

With My family

Abang, maafkan salah silap sayang halalkan semua ๐Ÿ™

๐Ÿ’˜

Rutin lepas solat sunat Aidilfitri, akan pergi melawat kubur arwah nenek dan atuk, dekat je. dengan surau dekat kampung. Ayah husniey sebagai ketua keluarga, mengetuai bacaan Yaasin. Lepas tu balik ke rumah kejap siapkan Pak Meran dan bertolak balik ke kampung ayah yang terletak di Kerteh. 40 minit lebih dari bandar Chukai. Pergi ziarah kubur arwah nenek dan atuk di kampung, haa Pak Meran juga dibawa ziarah sekali. Sambung bacaan Yaasin beramai-ramai dan mendoakan kesemua yang dah pergi meninggalkan dunia. Suasana pilu di kawasan perkuburan, terlihat esakan tangis Pak Meran buat kami semua turut menangis sama ๐Ÿ˜ญ

Collage jelah gambar pagi raya ni, banyak nak upload satu persatu

Di tanah perkuburan Jabur Kubur, Kemaman Terengganu

Lepas tu cuma pergi beraya ke rumah atuk saudara husniey dalam kampung terdekat je. Yeah bawa orang sakit tak boleh nak mengizinkan kami jalan raya jauh jauh. Syoklah tiba di rumah atuk saudara, kami dijamu Nasi Ayam. Kemudian baru balik ke rumah pusaka. Alhamdulilah, duk berehat bersantai sampai ke petang di kampung. 



Ramai lagi yang tak cukup ni
Masa nak balik dah ni
me and husbaby..ini jelah tempat bermanja

Lewat petang kami sekeluarga semua balik semula ke rumah. Sebelum balik semua sempatlah duk bergambar kenangan di halaman rumah, haa rayalah katakan. Wajiblah bergambar, raya pertama masih ramai yang takde sebab yelah masing-masing ada giliran beraya. 


Raya Kedua Di Rumah Ayah Bonda ๐Ÿ’

Cerita Syawal bersambung. Emak sediakan menu Nasi Dagang dan jemput keluarga saudara mara terdekat datang. Haah lama betul dah emak tak buat jamuan kecilan sempena hari Raya. Menu hanya Nasi Dagang dan ada kuih muih jelah. Ramai juga yang datang menyerbu. Meriahlah kejap suasana rumah tu. 


Nasi Dagang itulah namanya ๐Ÿ˜š

Raya kedua baru sempat snap gambar OOTD ~

Bersama tuan suamiku, lokasi depan rumah emak je 

Petang raya pertama kami sekeluarga potluck bersama dengan keluarga belah ayah, ada yang bawa kambing untuk dibakar, ada yang sponsor ayam bakar. Menu dinner hari kedua tu ada Bihun Goreng, Ayam Bakar, Kambing Bakar, dan lain-lain. Semua tu disediakan oleh emak emak saudara tersayang. Thank you!

fuh bau ayam bakar tak menahan masa ni

With mommy buyung. Ada tiga disitu yang mengandung.
Doakan husniey berjangkit raya tahun depan berempat berlima terus. Aaamiiin

Saudara mara yang memeriahkan, turut hadir sahabat tersayang lama tak jumpa.
Beranak satu Aya Aida. Moga ukhuwah kita berpanjangan 

Di ruang depan dan di ruang dapur. Dekat dapur tetamu bahang Nasi Dagang

Alhamdulilah lama tak tengok suasana rumah meriah begitu masa raya. Yelah setiap tahun tak sama suasana beraya kan. Banyak lagi gambar husniey tak berkesempatan nak upload sini semuanya, hee. Suasana raya kedua tahun ini agak meriah, tetamu terakhir haritu pada pukul 11 malam. Masa tu Nasi Dagang dah tak berapa elok so terpaksa jamu nasi putih dengan lauk gulai daging 


fullhouse

Cousin belah ayah

Raya Ketiga tak ada apa aktiviti sangat, kami suami isteri duk standby nak balik dah sebab tuan suami dah kena kerja malam tu. Nasiblah siang hari sempat lagi pergi beraya dengan sahabat Hasmida namanya duk sekampung je kami ni tapi setahun sekali baru jumpa. Yelah masing-masing ada life, susah nak jumpa sekarang. Raya je baru ada berjodohan berezeki. 


Raya ketiga vs Raya Kesebelas. Raya ke 11 dia selamat melangsungkan pertunangan.
Moga dipermudahkan urusan nak kahwin nanti sayang ~

my happy pilss #menumpangkasih. Husniey gelarkan dua beradik ini UpinIpin.
Comel kan

Last but not least, husniey sempat juga singgah ke kampung ayah sebab mak saudara beria ajak singgah makan nasi ayam. Hahaa nasi ayam lagii kan, tapi takpe, kena selera sedap pula tu menambah kami suami isteri makan. Lepas tu baru bertolak balik ke Kuala Terengganu. Malam itu suami dah mula bekerja. Mood beraya husniey belum puas, tapi redha jelah nasib dapat juga beraya kan. Alhamdulilah untuk semua kenangan. Thank you semua yang membahagiakan. RINDU BERTANDANG SUDAH!  InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi raya tahun depan ☺


Love,
Husniey Husain
Reading Time:

Friday, 21 June 2019

BAKAL BERCUTI DI KELANTAN? NAH, PILIHAN HOTEL DI KOTA BHARU YANG MENARIK UNTUK PERCUTIAN ANDA!
21 June 7 Comments

Assalamualaikum. Sebut sahaja nak pergi bercuti mesti anda dah terbayangkan tempat menarik yang cantik, makanan tempatan yang popular di negeri tersebut. Siapa saja yang tidak terliur atau pun tergoda dengan destinasi popular dengan aneka makanan tempatannya yang unik. Kelantan antara negeri yang popular dengan tumpuan pelancong. Ketika hari minggu, musim cuti persekolahan jalanraya di sekitar Kelantan agak padat dengan kenderaan dari luar negeri. Maklum sahajalah negeri Kelantan ini terkenal dengan syurga membeli-belah dan syurga makanan. Tempat menarik seperti Wakaf Che Yeh, Pasar Besar Siti Khadijah, Rantau Panjang, Pantai Cahaya Bulan, Pantai Irama Bachok dan banyak lagi tempat menarik, jangan lupa diletakkan sebagai senarai wajib singgah jalan-jalan ketika datang bercuti ke Kelantan.


Dah simpan senarai tempat yang anda teringin nak jalan-jalan tu, next mesti anda dah pening tefikir mana kawasan yang okay untuk menginap ketika di Kelantan, khususnya di area Kota Bharu. Terdapat banyak hotel dan penginapan di sekitar Kota Bharu yang anda boleh menginap mengikut bajet. Di Kelantan, husniey dapati harga penginapan agak berpatutan. Banyak pilihan yang murah.

1) Hotel Perdana Kota Bharu

Hotel ini terlihat mewah, reka bentuknya yang cantik dan ekslusif. Husniey sangat mencadangkan jika anda inginkan keselesaan dan suasana hotel mewah serta banyak kemudahan yang anda boleh dapatkan. 



Ramai golongan korporat dan VIP yang selalu menginap disini. Husniey pernah juga merasa makanan disini. Hotel Perdana ada acara Perdana Street Food pada setiap tahun, memang meriah gerai yang disediakan ketika acara itu. Mesti anda teruja puashati dengan servis di Hotel Perdana Kota Bharu. Lokasi hotel ini terletak di Jalan Mahmood, 15200 Kota Bharu.

2) Holiday Villa Hotel & Suites Kota Bharu

Merupakan hotel yang terletak berdekatan dengan kawasan Wakaf Che Yeh yang jaraknya 100 meter sahaja, sesuai untuk anda yang sukakan kawasan berdekatan bandar. Yelah senang nak keluar shopping kan. 




Kemudahan disediakan juga agak banyak. Paling best siap ada kolam renang. Kanak-kanak pasti teruja dengan percutian di hotel yang punya kemudahan kolam renang. Pilih saja bilik yang bersesuaian untuk anda dan keluarga menginap. Bertaraf empat bintang dan pastinya anda akan rasa selesa dengan suasana hotel.

3) MR J Hotel 

Mr J Hotel ini kalau tak silap dah bertukar nama sikit jadi OYO Hotel, MR J Wakaf Che Yeh 2. Ia merupakan pilihan hotel yang bajet, pada husniey hotel ini sesuai untuk anda yang travel cara backpackers bersama kawan-kawan atau keluarga kecil. 



Yang penting hotel ini menyediakan kemudahan hampir sama lengkap dengan hotel lain, dekat juga dengan kawasan bandar. Senang nak cari makan tak perlu dah nak berjalan jauh. Restoran masakan panas juga ada banyak di sekitar hotel. Husniey pernah survey hotel ini sebelum ini semasa hendak travel ke Kota Bharu. Nampak suasana sekitar situ okay, happening. 

Jika inginkan lebih banyak pilihan hotel, penginapan terbaik klik sini; SENARAI 21 HOTEL DI KOTA BHARU, KELANTAN UNTUK PERCUTIAN BERMAKNA. 



Bagasi.my merupakan blog yang menyiarkan artikel tentang tempat percutian di seluruh Malaysia. Tujuan blog Bagasi.my ini adalah menggalakkan pelancong tempatan bercuti dan mewar-warkan destinasi pelancongan yang indah. 


Di laman web Bagasi.my anda boleh mendapatkan informasi padat serta tepat. Klik saja pada negeri yang anda ingin lawati dan anda akan jumpa pelbagai info tentang pelancongan. Semoga entri ini membantu untuk anda yang ingin merancang percutian ke Kota Bharu

Info lanjut sila rujuk, 
Reading Time:

Wednesday, 19 June 2019

BEST BEAUTY TOOLS YOU MUST HAVE | REVIEW Aโ€™BLOOM FROM ALTHEA KOREA
19 June 8 Comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Sihat ke semuanya? Di kesempatan ini husniey ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri ya. Bagaimana mood berhari raya masih on ke? Lepas raya ni mesti macam-macam menu anda telan kan, heehe. Husniey dah risau ni duk tercari-cari cara bagaimana nak kulit wajah kekal sihat flawless. Bila husniey tersalah makan makanan berminyak, mulalah kulit jadi cepat naik jerawat laa, so ada tinggal kesan sikit.



Baru-baru ini husniey gembira betul menerima parcel dari Althea Korea. Sakanlah berhari raya dengan menggunakan Set A’Bloom dari Althea ini. Ia diterbangkan khas dari bumi kimchi, Korea Selatan. Sebut je produk kecantikan dari Korea husniey rasa tak boleh nak move on shopping produk kecantikan di Korea pada April lalu. Serius kebanyakan brand best tau sebab kualitinya tinggi dan harga murah. 

Teruja tengok set comel macam ni, pembungkusannya cantik, kotaknya lawa boleh buat tempat simpanan barangan kecantikan pulak. Hahaha jimat dah tak perlu beli storage lain. Buka je parcel dapat lihat kotak yang bersama aneka Mask Sheet dan lain-lain jenis barangan antaranya ialah;

A’Bloom Water- Me - Long (Moisturizing Watermelon Mask Sheet) 
A’Bloom Avo – Cuddle - Me (Nourishing Avocado Mask Sheet)
Sparkle- Me- Bright (Brightening Lemon Lime Mask Sheet)
Ac- Me – Peach (Anti Blemish Peach Mask Sheet)
Blackhead Blaster 
Baby Meringue Puff (3 pcs) 
Giant Meringue Puff (1 pcs)




A'Bloom Mask Sheet 

Best Seller mask Sheet dari Athea ini harganya ialah RM 18.00 untuk 10 keping. Iya 10 keping tau, “husniey murahnya 10 keping mana nak dapat harga tu”. Kalau per pcs cuma RM 2 sahaja. Murah betul tak jumpa dekat tempat lain tu. Terdapat empat jenis A’Bloom Mask ini. Fungsi mask tersebut berbeza-beza. Jatuh cinta pada mask Water Me Long yang gambar watermelon tu, bukan packaging je comel tapi memang terasalah tujuannya untuk melembapkan kulit, selepas guna tu terus rasa licin lembap je keadaan kulit muka. Mask sheet Althea ini juga semuanya daripada ekstrak buah-buahan. Sila gunakan dengan berhati-hati, jauhkan daripada kanak-kanak, elakkan terkena pada mata anda.





Tips Menggunakan A’Bloom Mask Sheet

Pastikan anda sudah mencuci muka dan sapu toner. Lekatkan mask pada wajah, letakkan betul betul mask tersebut. Selepas 10 hingga 20 minit anda pakai mask dah boleh buang, lakukan urutan ringan pada seluruh wajah bersama baki essence yang melekat pada tangan anda. 

A’Bloom Water- Me - Long sejuk je muka


Hapus Bintik Hitam Pada Wajah Dengan Blackhead Blaster 

Anda risaukan cara untuk menghilangkan bintik hitam pada kawasan hidung dan sekitar muka? Ini dia husniey perkenalkan Blackhead Blaster dengan gabungan bahan semulajadi, boleh hilangkan bintik pada wajah anda. Harganya juga murah, RM 16 sahaja tau!


Paling syok kita takkan rasa sakit pun, cara nak pakai mudah Cuma sapu sahaja pada seluruh hidung dan kawasan muka yang ada bintik hitam. Husniey suka pada bau nya,sebab ada bau tea tree leaf oil, charcoal dan lain-lain lagi. Ia juga bertujuan untuk menutup liang pori yang terbuka. Serius best dengan blackhead blaster ini. Untuk lebih berkesan, sebelum apply alat ini korang kena sapukan wajah dengan air suam supaya liang pori tu terbuka dan memudahkan untuk ia membersihkan pori yang tersumbat dengan bintik hitam.

Jenis stick blackhead blaster ini

Blend Foundation: Giant & Baby Meringue Puff 

Dessert Anyone? Itulah reaksi bila tengok puff atau span comel ini. Ingat macaroon kan, comel betul saiznya. Rasa nak gigit je. Meringue Puff ini hadir dengan warna pink lembut sesuai sangat untuk gadis dan wanita jelita diluar sana. Fungsi alat ini untuk blend kan foundation semasa bersiap. Sedikit tips yang anda boleh apply; jika inginkan kesan makeup yang tampak glowing, glossy sila basahkan puff tersebut dengan air bersih. Then baru gunakan ia. Kalau nak kesan makeup tampak matte gitu tak perlulah basahkan. Gunakan macam biasa je.

see, comel kan

Baby Meringue Puff 


Puff yang bersaiz kecil ini sesuai untuk digunakan pada area seperti di bahagian celah hidung, celah mata. Bagi yang bersaiz besar tu (Giant Meringue Puff) untuk digunakan pada area luas seperti pipi, dahi dan bawah dagu. Haa mesti geram kan tengok semua ni. Harga bagi Baby Meringue Puff cuma RM 15 untuk 3 unit, manakala Giant Puff yang bersaiz 48x46 mm berharga RM 11 sahaja.


Untuk membuat pembelian set A’Bloom dari Althea Korea ini anda bolehlah membeli secara atas talian di www.althea.kr penghantarannya pantas. Ada banyak lagi barang best dari Althea yang anda boleh tengok di website; https://my.althea.kr/exclusive-brands/a-bloomSelamat Membeli Belah! 


Reading Time:

Tuesday, 11 June 2019

Pengalaman Menginap K-Guesthouse Dongdaemun Premium Seoul, South Korea | Selama 3 Malam
11 June 9 Comments
Assalamualaikum semua pembaca. Perkara paling husniey menitikberatkan apabila mengembara adalah tentang penginapan, bukan mudah memilih penginapan yang okay, ada 'ciri-ciri muslim friendly'. Contohnya ruang, peraturan di guesthouse. Ada sesetengah guesthouse mengenakan peraturan ketat tidak boleh berparti dan lain-lain syarat. Haa sebagai muslim mestilah kita wajib cakna tentang penginapan yang bakal kita menginap ketika di luar negara. Menginap di K-Guesthouse Dongdaemun, guesthouse ini ada ciri ciri muslim friendly sebab tak ada pun dengar tetamu yang buat bising berparti ke apa. Nampak seperti ramai traveller dari Indonesia, Philippines, Chinese, Malaysia dan lain-lain negara. 

Alhamdulillah mudah kami dapatkan penginapan yang okay. K-Guesthouse Dongdaemun Premium lengkap dengan  pelbagai kemudahan. Husniey membuat tempahan dua jenis bilik. Satu bilik single dan satu bilik double. Bilik jenis single sangat simple dan ruang agak sempit tapi okaylah untuk stay seorang dewasa di bilik ini.

Bilik double. Lega je ruangnya.

Tandas dan bilik mandi. Ini tandas bilik single. Gambar hilang ๐Ÿ˜‚

Bilik double untuk dua orang tetamu, saiznya agak luas. Ada ruang nak solat. Ada mini fridge, hair dryer, televisyen, warmer dan ada banyak juga disediakan socket plug senanglah nak cas phone, kamera, pocket WiFi dan lain-lain alat elektronik yang dibawa.

Double bed

Ruang bilik single. Tuan suami stay disini

Katil di bilik single

K Guesthouse ini juga mempunyai mini kitchen. Dapur ini kita berkongsi dengan tetamu lain. Jadi alatan memasak, pinggan mangkuk, gelas itu semua kami kena samak terlebih dahulu sebelum menggunakan. Mujurlah alatan semuanya bersih. Yakin sikit bila nak guna tu.

Di dapur


Alatan memasak yang ada disediakan. Banyak kan?
Kalau nak masak beria pun okay je ni

Mujurlah bawa sabun taharah, senang cuma letakkan sabun ke dalam bekas, buh air dan cuci macam biasa lalu bilas bersama air 7x. Bukan itu sahaja, juga terdapat kemudahan water dispenser air sejuk dan panas. Nak bancuh air minum kopi bersama biskut boleh, nak makan mee segera pun boleh juga. Ada juga ruang dewan untuk tetamu makan. Lengkap dengan kerusi meja. Saiznya tak terlalu besar pun just nice, tapi okaylah. Macam padat sikit dengan luggage tetamu disimpan disitu, tapi okaylah tak boleh nak expect suasana mewah sebab bayar murah kan, heee.


Menu breakfast di guesthouse

Susu, fresh orange 

Setiap pagi akan ada disediakan breakfast oleh pihak guesthouse. Ada beberapa menu. Terdapat roti, husniey buat roti bakar dan makan bersama jem strawberi serta butter. Minuman pula seperti jus oren dan susu. Beberapa jenis cereal dan juga terdapat mee segera yang anda boleh bancuh dan makan. Tapi rasanya mee segera tu tidak sesuai dimakan oleh tetamu muslim. 

Bawa bekal maggie banyak sikit, sebab enak dimakan disana suhu sejuk!

So sepanjang menginap di K Guesthouse Dongdaemun ini untuk breakfast husniey cuma makan cereal bersama susu serta roti bakar jelah. Okay dah tu kan, nak makan sedap sila masaklah sendiri. Bawa bekalan makanan banyak sikit okay? Boleh je nak masak dekat sini. Kami tiap malam masak Maggie. Hehee. Tak pun beli je ramen dan letak air panas lepak kat situ. Di Korea sejuk sangat so sesuai la nak makan ramen tak berpeluh mana.


Ini antara kemudahan yang tersedia dan boleh digunakan semasa menginap di K Guesthouse Dongdaemun. Ada seterika dan komputer disediakan, syok duk tepi tingkap tu dapat menghayati suasana kawasan situ. Suasana pagi cantik.

Kemudahan mesin basuh. Di Tingkat 6 kalau tak silap.
Boleh tanya staf meja depan. Jimat duit belanja kami, guna je kemudahan yang ada ni tak payah pergi dobi dah ๐Ÿ˜Š

Suasana awal pagi dari bilik husniey menginap. Cantik.

 Dijemput menonton video husniey dah update di YouTube Channel ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡





Harga bagi penginapan ini ialah RM 797 bersamaan 221,621 won. Membuat tempahan terlebih dahulu dan urusan membayar dijelaskan semasa check in di guesthouse dalam nilai matawang won. Hal ini memang husniey dah maklum sejak dari awal sebab sengaja memilih buat tempahan di Booking.com dengan pilihan Book Now Pay Later. Yelah nak tunggu duit tabung penuh agak makan masa,hehe. Harga agak berbaloi tempah dua jenis bilik dan menginap dari 31 Mac sehingga 3 April. Betul, 4 hari 3 malam. Malam pertama rehat di Incheon Airport disebabkan flight tiba agak lewat jam 10 pm lebih, tunggu waktu pagi baru ke kawasan bandar dengan menaiki bas. Kalau pergi awal pun tak dapat request early check in. Pengurusan hanya akan benarkan kami check in selepas 3 petang.

Penginapan dekat dengan kemudahan pengangkutan awam. 

Rujuk map disini

Overall untuk penginapan yang terletak di kawasan Dongdaemun Seoul , rating diberikan 3.9 / 5. 
Tak suka dengan kedai makan dekat tingkat bawah bangunan guesthouse ni. Sangat berbau busuk. Setiap hari husniey loya je rasa bila lalu situ. Kedai makan tu menjual makanan beberapa jenis daging termasuk daging oink oink (husniey baca banner kedai tu). Busuk sangat bau air rebusan daging tu kot, serius nak muntah. Tiapkali lalu situ mesti tutup hidung dan cepat lari masuk lif ๐Ÿ˜ญ

Haa itu saja yang kurang memuaskan hati, bahagian lain semua okay. Service okay, kemudahan yang disediakan di K Guesthouse ini tip top boleh dipuji. Semua barang kita nak guna ada disediakan. RM 797 dibahagikan 3 orang, jadi RM 265 per seorang penginapan selama 3 malam di Seoul. Berbaloi bukan?

Reading Time:

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com