Musim Bunga #Seoul | Dongdaemun - Seokchon Lake Park - Gyeongbokgung Palace - Myeondong Shopping Street - Husniey Husain

Breaking

Husniey Husain

Menulis Dari Hati, Via Jari Jemari

Post Top Ad

Wednesday, 10 July 2019

Musim Bunga #Seoul | Dongdaemun - Seokchon Lake Park - Gyeongbokgung Palace - Myeondong Shopping Street

Hari Kedua Di Seoul. Assalamualaikum. Maaf lambat sambung cerita di Seoul South Korea, maklumlah kadang tu penulisan dah siap awal tapi imej pula belum selesai disunting. Gituu, skema je ayat hahaa. Jemput baca sampai ke akhir entri. 

Merupakan hari yang berjalan santai; dalam itinerari husniey merancang ingin explore menuju ke destinasi yang ada permandangan indah dan ingin meihat lebih dekat kehidupan masyarakat Seoul. Semasa berada di Seoul pada awal 1 hingga 3 April cherry blossom belum kelihatan mekar. Suhu agak sejuk dengan beranginnya, menggigil jugaklah masa kami keluar jalan-jalan tu. Dengarnya kalau pergi umrah akhir tahun cuaca sejuk juga (Sumber - sukamakanjalan)

From Dongdaemun To Seokchon Lake Park: Misi Layan Permandangan Indah  

Bergerak berjalan kaki dari kawasan hotel kami stay di Dongdaemun, menaiki bas di hentian bas yang terletak di hadapan Dongdaemun Design Plaza. Bas bernombor 301 untuk ke Seokchon Lake Park. Perjalanan menaiki bas untuk ke Seokchon Lake park mengambil masa 50 minit lebih.


Perkenalkan Dongdaemun Design Plaza. Tempat adakan pameran, fashion show yang gah. Husniey stay area sini berdepan tempat ini ada bus stop. So ambil bas dari sini laa 

Ya, agak jauh nak ke Seokchon. Jika anda memilih menaiki subway agak cepat mengambil masa 30 minit lebih je, tapi husniey dah check dekat Google maps inform dekat situ perjalanan menaiki subway lebih banyak berjalan kaki, jadi bagi husniey pilihan terbaik untuk ke area Seokchon adalah dengan menaiki bas lagi pun mudah direct je ke sana, dan kita boleh layan suasana bandar Seoul dari dalam bas.  Anggaplah ia tour percuma, haa gitu ~




Bus stop here. Memang laluan utama. 

Yang warna biru route dekat je, hijau jauh sikit. 
Yang merah lagi jauh perjalanannya.


Look at the skyscrapper! Itu namanya - Lotte World Tower



Turun je dari bas, nampak zebra cross ni tunggu lampu hijau jalan laa ~ 


Dah cross tuu lalu sini, ehh sempat minah ni bergambar. Pohon beranting pun kau berkenan eh? 

Last stop; Seokchon Lake Hasnol Hospital. Berhenti disitu, turun dari bas lalu cuma perlu berjalan kaki 5 minit. Dari jauh dah nampak kawasan tasik tu. Cantik!! Menariknya di Seokchon Lake ini view yang sangat tenang, permandangan dihiasi dengan pelbagai warna alam semulajadi.  Kesan dari penat lama duk dalam bas, rasa nak ke tandas. Aduh risau masa tu kot lah tak terjumpa tandas yang berdekatan. Sambung cerita dekat caption bawah. Haaa meh kita sama-sama layan gambar indah sekitar Seokchon Lake, Seoul.




Sambil jalan nak ke tasik tu rasa nak ke tandas, rezeki jumpa petrol station dekat situ. Yeay ada tandas tapi takde paip pula. Azab sikitlah nak membasuh tu tapi itulah Alhamdulilah lega lepas dah buang tu! 




Berjalan masuk ke tasik. Indahnya. Nampak je macam sunyi tapi ramai orang



The view lawa. Macam dalam drama Korea lah. HAHAHA 



Itu dia berhadapan dengan kita ni Lotte World Theme Park,

 dengar weh suara orang menjerit! 



Very nice right. Feeling habis kalau merenung diri disini :P


Seronok menjamu mata dekat sini lihat warga tempatan sedang beriadah di sekitar taman tasik ini. Meriah sungguh. Memang best ke sini, banyak sudut cantik untuk anda bergambar dengan alam semulajadi. Yelah pokok yang tak ada bunga pun terlihat cantik.



Posing sikit. Asyik belanja gambar view je 
Penulis blog - Husnieyhusaindotcom. Jaket baru beli masa hari pertama, hari kedua terus pakai.  


Gyeongbokgung Palace; Misi Mencuba Pakaian Tradisional Korea

Selepas tu kami sambung perjalanan bergerak semula ke hentian bas dan menaiki bas lain untuk ke kawasan Gyeongbokgung Palace. Perjalanan agak jauh sebab kami bertolak dari Seokchon, siap kena tukar ke bas lain. Rungsing kejap tapi okay nasib cepat je selesai masalah, all you need is internet connection and do research about route.



Lawa gila bangunan ini. MEWAH!
Benda pertama yang nak buat. Nak pakai baju Hanbok.
Kedai yang lain nampakt sibuk, padat
so kita pilih yang ini

Walaupun dah lewat petang tiba di kawasan Gyeongbokgung Palace. Nasib baiklah kami sempat menyewa baju Hanbok. Hanbok ialah merupakan pakaian tradisional yang menjadi kebanggaan orang Korea. Banyak yang cantik nampaknya rekaan Hanbok. Terlihat ada ciri-ciri muslim friendly. Tak ketat, longgar dan labuh. Korang boleh lihat banyak deretan kedai di luar istana. Husniey sewa di Oppa Hanbok Rental, kadar sewaan berlainan bagi setiap kedai. So silalah survey dulu sebelum menyewa. Lagi perkara yang husniey nak highlight, pasal handbag, barangan kita bawa tak perlu risau nak letak kat mana. Ada disediakan loker dekat situ.


Oppa Hanbok Rental. Masuk terus pilih warna pakaian yang anda inginkan. 


Acah acah princess gituu ~

Sedikit maklumat tentang Gyeongbokgung Palace, ia dibuka setiap hari dari jam 9 pagi sehingga 6 petang. Kalau datang awal dalam pukul 11 macam tu tak silap ada persembahan. Ia sekarang jadi tempat bersejarah yang menjadi tumpuan pelancong. Dibina pada tahun 1395, fuhh lama bukan? Pandai mereka jaga istana lama macam ni masih kekal utuh. Masuk adalah percuma bagi golongan kanak-kanak yang berumur 6 tahun ke bawah, juga bagi warga emas yang berumur 65 tahun ke atas, dan pengunjung yang memakai hanbok. Mari kita layan permandangan di dalam Gyeongbokgung Palace;


Cantik, hari yang cerah. Bunga belum mekar semasa awal April. 




Ada juga pohon yang dah lebat sikit cherry blossom. Lawa bukan?



Suhu 9'c , sejuk gak tapi kental nak bergambar


Tadi macam puteri, ini dayang - dayang jelah :P

Lebih kurang satu jam kami pusing dalam kawasan istana tersebut, cari port bergambar agak susah ramai juga pengunjung yang datang. Sedang kami mencari jalan untuk keluar tiba-tiba ada sekumpulan pelancong dari Indonesia kot (dengar mereka bercakap bahasa Indonesia), mereka sapa dan minta izin untuk bergambar bersama-sama. Katanya cantik. Hahaha, kelakar pun ada rasanya, feeling artis sangat. Sedar je diri tak cantik tiba pulak ada orang ajak bergambar hahaa, comel sungguh kenangan di Gyeongbokgung Palace.

With tourist from Indonesian ~
 gambar dari phone tuan suami


Myeondong Street; Misi Beli Belah + Food Hunting 

Setiap malam sepanjang kami di Seoul pasti akan ke Myeondong. Tak tahu lah kenapa macam tu. Sebenarnya tak adalah istimewa mana di sini tapi ia tempat tumpuan dan pelbagai benda ada disitu. Mudah dicari disitu. Korang nak apa; makanan halal, pakaian, kedai kasut branded tak ada brand pun ada, kedai produk kecantikan yang popular pun ada disini. Sangatlah banyak pilihan. Itu yang tiap malam pergi situ. Malam kedua ni kami masuk ke store Nature Republic, repeat shopping barang skincare yang orang kirim.





Beli mask dan beberapa produk skincare lain seperti bb cream, lip tint, dan lain-lain. Pening  juga kami nak buat pilihan semuanya nampak best. Orang korea kan terkenal dengan rejim penjagaan muka sampai 10 langkah. Dari cuci muka sampailah pakai krim malam (source: nikmatterbaik) Padahal husniey bukanlah minat sangat barangan skincare makeup gitu. Tapi sampai sini boleh jadi gila tengok benda tu. Mungkin sebab harga berpatutan.


Keluar aje shopping dari situ kami sambung jalan-jalan di food street sekitar Myeondong. Pertama kali husniey mencuba Bunggeoppang. Sedap. Macam tak cukup je satu. Dia macam roti tapi ala biskut gitu, bestt! Itu sahaja kot cerita di Seoul pada hari Kedua. Fuhhh lambat lagi ke nak lengkapkan entri ke Korea ini? Harapnya tak makan masa lama sangat dah, diri sendiri pun penat juga ambik mood menulis panjang lebar.


💰 Senarai Belanja Day Two #SEOUL

Dongdaemun - Seokchon hasnol hospital 2000+2000won husnizzat RM7.30x2 (bas)
✓ Topup Tmoney @ CU = 20k won 2org
✓ Hasnol hosp- bokjeong STT 1200+1200won RM4.35x2 (bas)
✓ Bokjeong - Exp bus terminal
 1200+1200won | RM4.35x2
✓ Exp bus terminal- Gyeongbukgung = 1200+1200won | RM 4.35x2
✓ Pepero = 1500won RM5.50
✓ Jagyesa - Myeondong STT = 2400+2400won (bas) RM8.65x2
✓ Nature republic masker = 5k won RM18
✓ Roti inti pisang = 3500won RM12.60
✓ Myeondong - nodeul STT = 1200+1200won (bas) 2org RM4.35x2
✓ Nodeul - usin elementary school = 1200+1200won (bas) 2org RM4.35x2
✓ Usin elementary - dongdaemun = 1200+1200won (bas) 2org RM4.35x2
✓ Emart = 5300won | RM19.08
✓ CU mart = 4300won | RM15.50


💰TOTAL BELANJA DAY TWO 

260,400 Won = RM 211 #DuaDewasa. 

Nilai semasa itu 10,000 won = RM 37

Nak tahu berapa hangus kos hari pertama, BACA SINI SELANJUTNYA 


Maaf dipinta kalau ada yang tak faham list di atas, tuan suami yang catatkan perbelanjaan tu. Hari kedua memang banyak tersalah naik bas. Hari seterusnya dah tak buat silap, bila kita travel ni banyak benda dapat kita belajar. Belajar dari silap dan pengalaman. Memang rugi macam tu aje duit won. Dahlah agak mahal juga range harga tiket bas tu. Sekali naik bas scan kad T Money keluar dekat skrin 1,200 won dicas = RM 4 hinggit. Kalau pergi jauh okaylah berbaloi kalau dekat harga tu juga tau, rasa dulu naik train kat jepun lagi murah kot. Ngee. Nampakk, perangai nak bandingkan dengan pengalaman travel yang lalu :D

Okay jumpa lagi di lain entri. Thank you sudi singgah baca. Kongsikan jikalau rasa bermanfaat ❤ 

Love,
Husnieyhusain

11 comments:

  1. Menarik blog awak. Kemas sangat. Tak seperti blog saya. Sebenarnya saya blogger baru tak sampai pun sebulan lagi. Mohon support dan ajarkan saya ya...

    Saya juga ada menulis tentang percutian di sebuah pulau di Sabah. Jika sudi bolehlah berkunjung ke blog saya. btw saya dah follow blog awak.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Husniey perkongsian...cantik pemandangnnya..betul..berbunga atau ranting dan dahan sahaja indahnya tetap ada..Bunggeoppang tu geram je tengok.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah husniey, rezeki awak dapat tengok semua niii

    ReplyDelete
  4. rindunyaaaa Korea . entri Korea nadia terbengkalai dah lama dah =(

    ReplyDelete
  5. memula masuk blog husniey terkejut dekat gambar seksi patung hahaha..

    tak pe sekali sekala jadi glamer sekejap hihihi..

    macam-macam produk ada jual tu..

    bila rezeki akak nak sampai sana hihihi

    ReplyDelete
  6. Cantiknya Husniey. Nampak macam panas je kan tak sangka boleh sejuk menggigil. Apa pon seronok tengok tempat orang

    ReplyDelete
  7. Kenapa Korea cantik sangat 😍😍😍. Buat kita jadi rindu nak ke sana kan.

    ReplyDelete
  8. Bestnya korea! Tak dpt pergi tgk gmbr pun o.k la...hehe

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..bestnya dapat pergi time musim bunga..cantik sangat! Alamak dah rindu nak ke Korea lagi..guane nihh..hahaha

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.