Terkini Beautea By Safi | Review Gel Cleanser & Face Scrub Best 100% Premium Tea - Husniey Husain

Friday, 9 August 2019

Terkini Beautea By Safi | Review Gel Cleanser & Face Scrub Best 100% Premium Tea



Beautea By Safi produk terbaik yang baharu dari Safi| Hadir dengan 4 variasi, Safi tampil dengan mengeluarkan produk yang lebih premium, 100 % dari ekstrak teh. Sebut saja Safi mesti korang duk terlintas pelbagai produk terbaik yang sudah dikeluarkan oleh Safi sebelum ini. Setuju tak kalau husniey katakan bahawa nak cantik adakala tak perlu mencuba skincare yang terlalu mahal. 


Ramai orang memang kulitnya sangat sesuai menggunakan produk Safi, ada tu rakan husniey memang ngam gunakan sejak dari zaman persekolahan. Walaupun murah ramai yang merasakan kesan positif, kan?

Gel Pembersih Muka Premium Dari Safi Beautea 

Beautea by Safi dihasilkan dari pemilihan ekstrak teh premium yang bakal membuatkan kulit muka anda rasa segar dan gabungan bahan-bahan semulajadi yang terbaik, dibentuk untuk memerangi kesan negatif dari pencemaran alam sekitar, tekanan dan kosmetik untuk kulit yang sihat.



Kali ini husniey mencuba si merah jambu iaitu; Gel Pembersih Muka Penghidratan – White Tea & Damask Rose. Pembersih gel ini punya tekstur yang lembut dan pencuci muka ini bertindak dalam membersihkan liang tersumbat dan mengeluarkan kekotoran. Dirumuskan dengan campuran teh putih yang tinggi dan ekstrak Damask Rose yang kaya dengan antioksidan untuk mengimbangi tahap kelembapan kulit, menghidrat dan mengecilkan saiz pori. Ia sesuai digunakan bagi anda yang kulit jenis kering ke normal.

Cara Menggunakan: Sapukan ke muka yang basah dengan perlahan-lahan dan bilas dengan dengan air


Tiada Alkohol, Tiada Paraben, Tiada SLS / SLES, Tiada Silikon. Diuji secara dermatologi. Bahan-bahan: Air, Ammonium Lauryl Sulfate, Natrium Cocoyl Alaninate, Cocamidopropyl, ekstrak daun teh,  ekstrak bunga, lactid acid, fragrance dan lain – lain.


Beautea By Safi | Scrub Wajah Apricot Untuk Kulit Licin Sekata

Tiada keraguan kerana ia diuji secara dermatologi. Dengan 100% tumbuhan aktif. Sama fungsi seperti gel cleanser tadi. Turut bertujuan melindungi daripada pencemaran, tekanan, kosmetik. Sesuai untuk semua jenis kulit.


Scrub ini berfungsi bagi membersihkan liang dan tidak ada kesan kulit mengelupas, juga tanpa mengeringkan kulit. Dirumuskan dengan bahan semulajadi yang premium, campuran berharga daripada Apricot dan Ekstrak Teh Putih yang kaya dengan antioksidan dan membantu dalam memulihkan tekstur kulit, biar licin dan kulit lebih cerah berseri. Untuk kesan terbaik dicadangkan menggunakan bersama dengan pembersih muka Beautea by Safi.

Bahan-bahan yang bagus juga terkandung di dalamnya; Air, glyceryl stearate, gliserin, prunus armeniaca (aprikot) serbuk benih, silika terhidrat, minyak zaitun, ekstrak buah aprikot, ekstrak daun camellia sinensis (Teh Putih) dan banyak lagi.

Review Ringkas Penulis Menggunakan Beautea By Safi

Husniey nak ucapkan tahniah kepada Safi kerana sentiasa cuba mengusahakan keluaran produk yang terbaik. Suka pada face scrub jenis aprikot ini, ia sesuai untuk semua jenis kulit. Gel Cleanser dan face scrub ini keduanya berbau wangi. Serius suka bau nya. Packaging juga cantik. Sekurangnya memang husniey akan scrub muka  dua hingga tiga kali seminggu. Yelah kulit kita ini terdedah dengan pelbagai bahaya, pencemaran alam sekitar kan. Bila sental dengan scrub tu rasa best sangat, selesa licin je selepas dibilas.


Pembersih muka White Tea Damask Rose tu best juga, kulit tak ada kesan berminyak selepas berjam – jam sudah mencuci muka. Kulit turut terasa kesan lembapan berpanjangan. Lagi syok kebanyakan produk Safi boleh dapatkannya pada harga berpatutan mampu milik. Akhir kata dari husniey berharap semoga Safi selalu mengekalkan kualiti produk dan semakin berjaya.


Bagi pembaca yang ingin mendapatkan produk Beautea by Safi ini segera dapatkan di pasaran, Watson berdekatan anda mesti ada stok tu. Belian secara atas talian juga boleh dibuat dekat laman sesawang Watson.

3 comments:

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com