Sewa Kereta Dengan Servis No Birds Bayswater Car Rental Australia
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Semoga anda sentiasa dalam keadaan sihat walafiat dimurahkan rezeki. Aaamiin. Sudah lama tak bersiaran di blog. Beginilah kalau entri travel memang makan masa untuk siapkan. Menulis entri travel memang menjadi minat Husniey tapi kadangkala ada kekangan waktu, dan keadaan keluarga memerlukan kita jadi kena korban sekejap. Berbalik kepada tajuk, oh ya semasa bercuti di Perth Australia Husniey dan tuan suami buat keputusan untuk menyewa kereta senang nak berjalan cover ke tempat yang berjarak jauh.
Di Perth pengangkutan awam seperti bas, keretaapi hanya berada di kawasan bandar.Tempat menarik yang terdapat di Perth juga jauh, jadi ramai yang datang bercuti ke sini mengambil peluang untuk sewa kereta. Lagi pun bukan selalu ada peluang macam ni kan. Tak susah pun sebenarnya nak sewa kereta di Australia ini.
Setelah mencari info di Google dan membaca penulisan blogger lain. Husniey memilih untuk mencuba khidmat kereta sewa dari syarikat No Birds Bayswater Car Rental. Dipendekkan cerita, lepas booking husniey tengok alamat car rental ini berdekatan denganapartment kami menginap sepanjang 5 malam di Perth. Memang senang jelah nak cari kan. Jalan kaki je ke situ.
Membuat tempahan dan pemilihan kereta di website sahaja. Mudah sangat mula dengan memilih kereta, letak bilangan hari dan waktu nak pickup dan lokasi yang korang nak pickup kereta. Sebaiknya membuat pilihan kereta yang Unlimited KM, sedikit mahal tapi berbaloilah korang boleh memandu dan mengembara lebih jauh tak perlu nak kira jarak km bagai itu kan 😂
Kereta yang jadi pilihan hati, Hatchback Hyundai boleh muat sehingga 5 orang. Model keluaran tahun 2017 / 2018. Memang nampak baru cantik macam dalam gambar. Kereta ini dah cukup sesuai untuk kami travel berdua. Seronok berjalan pergi pantai, pergi Masjid Perth, sight seeing at Fremantle, makan makan dan shopping semua dengan kereta. Alhamdulillah ❤
Dokumen Penting Lesen Memandu & Kad Bank Pemandu
Sila bawa Lesen Memandu dan kad Visa atau Mastercard. Dua benda ini perlu NAMA YANG SAMA. Pihak syarikat Bayswater Car Rental tidak menerima Lesen Pemandu seseorang dengan kad bank yang berbeza. Jadi sila alert ya. Jangan jadi masalah bila nak payment.
Deposit Dan Cas Sewaan
Mengenai cas kereta sewa yang dikenakan pula, akan ditolak melalui kad Visa atau MasterCard anda dengan tambahan deposit $100. Deposit akan dikembalikan dalam masa seminggu. Tapi ikut pengalaman kami kurang dari seminggu dah terima semula deposit. Jumlah amaun hanya akan ditolak dari kad anda, semasa hari pickup kereta.
Dinasihatkan untuk memilih top cover, dah tak perlu bayar deposit $2,000. Cuma klik pilih yang tertulis top cover. Deposit $ 2,000 jika anda tidak memilih Cover Top. Haa mahal bukan? Cara ini hanyalah untuk keselamatan bagi pihak company juga. Pada hari anda pick up kereta, sila datang awal ke pejabat. Tak silapnya kalau nak pickup dekat Airport pun boleh je, husniey ada baca dekat blog; Siti Yang Menaip. Nanti team car rental akan datang pickup anda dan bawa ke pejabatnya.
Jemput tonton video di Youtube Channel
Keseluruhannya, alhamdulillah husniey berpuashati dengan servis kereta sewa No Birds Bayswater Car Rental Perth. Semua urusan menyewa kereta ini jadi mudah dan lancar. Kereta tampak baru dan cantik, paling penting bersih. Minyak dah sedia isi full tank. Hari terakhir sewa sebelum return kereta kena isi minyak penuh balik ya. Recommended untuk yang bercadang nak bercuti ke Perth bolehlah sewa kereta No Birds Bayswater Car Rental.
Husniey Husain - I'm Malaysian. Writing and sharing about my experience, travel ke dalam negara dan luar negara, review products, tempat makan, and also writing about random thoughts. Any collaboration, invitation, events please email me at husnieyg@gmail.com
About Me
Husniey Husain - I'm Malaysian. Writing and sharing about my experience, travel ke dalam negara
dan luar negara, review products, tempat makan, and also writing about random thoughts.
Any collaboration, invitation, events please email me at husnieyg@gmail.com
Memang senang bila nak sewa kereta overseas...
ReplyDeletewah..bestnya. oklah ni boleh masuk wishlist. teringin gak nak cuti-cuti Perth
ReplyDelete