Apartment Lengkap Pelbagai Kemudahan Di Perth City Western Australia - Husniey Husain

Breaking

Husniey Husain

Menulis Dari Hati, Via Jari Jemari

Post Top Ad

Wednesday, 22 January 2020

Apartment Lengkap Pelbagai Kemudahan Di Perth City Western Australia

Mont Clare Boutique Apartment Menjadi Penginapan Pilihan Selama 5 Malam Di Perth


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Semoga semuanya sihat walafiat, berbahagia sentiasa bersama keluarga tersayang. Pada percutian lalu semasa ke Perth Australia husniey dan tuan suami binggung memilih lokasi penginapan kami. Alhamdulilah puas membuat carian di google baca blog orang dan tengok satu persatu penginapan yang ada di aplikasi Traveloka. Jadi sebelum teruskan buat tempahan memang dah decide nak menginap di area bandar agar senang nak berjalan, paling penting biar dekat dengan kemudahan pengangkutan awam.



Terletak di Perth Timur. Penginapan yang trendy, menawarkan ruang dan kemudahan yang diperlukan untuk tetamu yang datang. Pengurusan butik apartmen ini menawarkan semua yang diperlukan untuk keselesaan. Rasanya selesa ibarat seperti tinggal di apartmen anda sendiri di lokasi pusat bandar yang diinginkan. Dekat dengan pelbagai tempat menarik di bandar Perth. 

Bilik pertama dalam apartment

Dari lapangan terbang kami menaiki bas dan terus turun di kawasan berdekatan dengan apartment. Sebenarnya agak jauh, yelah maybe untuk bus route dari lapangan terbang perlu turun disitu. Selepas dah kenalpasti lokasi apartment dan hentian bas dekat apartment tu barulah kami pandai naik turun di hentian yang tepat. 

Mudah sahaja mencari bangunan Mont Clare Boutique Apartment ini, ada tertulis di luar bangunan. Masuk aje akan kelihatan kaunter hadapan. Selesai urusan check in sekejap aje, tak perlu bayar deposit pun. Kalau nak parking kereta di premis ini dikenakan cas sehari sebanyak 10 AUD (selama 24 jam). Premis dilengkapi CCTV, tempat letak kereta di bahagian belakang di dalam pagar jadi selamat nak letakkan kereta sewa. 


Mont Clare Boutique Apartment merupakan hotel apartment bertaraf empat bintang. Memang cemerlang! Berdekatan dengan beberapa buah apartment lain seperti Mantra On Hay dan lain-lain lagi boleh tengok di Google maps ya. Yang penting kami jalan kaki aje pergi pickup kereta sewa di BayswaterCar Rental di Adelaide Terrace. Dekat jer dengan rumah tak sampai 5 minit berjalan kaki. Kawasan Hay Street ini ada banyak supermarket jika ingin membeli barangan keperluan harian boleh juga. Tapi kalau nak lebih murah dicadangkan shopping barang dapur di Woolworths 😊

Bergambar di depan apartmen


Suasana dari balkoni apartmen kami menginap
.
.

Kemudahan Apartment Lengkap Memudahkan Urusan Sepanjang Menginap 


Bilik Kedua dalam Apartmen

Selain tempat letak kereta di premis, ada banyak lagi kemudahan lain yang belum disenaraikan. Tapi sebelum itu nak kongsikan dulu pasal rumah husniey stay ini. Ikutkan tempahan apartment yang satu bedroom aje tapi diberikan 2 bilik. Ruang tersangat selesa. Tak pasti kenapa management upgrade, tapi takpelah kami suka juga. Cuma itulah kalaulah dapat bawa keluarga datang mesti lagi meriah! Ini kami berdua aje dalam rumah besar tu. Alhamdulilah dapat apartment yang cukup dengan kemudahan. Boleh memasak, boleh membasuh baju ada disediakan mesin basuh, seterika dan iron board, bilik air dan tandas ada dua juga. Satu bilik aje attach dengan tandas bilik air. Seronok kami mandi berasingan tak payah berebut dah, hee.

Bilik air sangat luas, tuala juga tersediakan. 
Di Perth banyak tandasnya jenis takde bidet tu, so kena bertahanlah sikit. Hahaaa terpaksa guna botol air mineral yang saiz 1 liter tu khusus digunakan untuk urusan cebok! Hehe


Kemudahan seterika, mesin basuh tu dalam bilik air

Ruang dapur -- siap ada meja makan bersaiz besar


Mini kitchen -- tempat husniey memasak selama di sana.
Peti sejuk ada, microowave juga berguna.

Selama 5 malam menginap disini siap bertukar giliran kejap tidur bilik A, 
kemudian bilik B pula. Kemudahan memasak cukup boleh sangat nak memasak untuk satu family, kemudahan perkakasan di dapur disedia lengkap. 


Antara menu ringkas yang dimasak di apartment

Pinggan mangkuk, cawan, sudu garfu, senduk semua tu. Peralatan memasak macam kuali, periuk ada je. Kami masak nasi atas dapur aje rice cooker tak disediakan. Dish washer machine pun ada dalam rumah ni. Peti sejuk ada disediakan, senang kerja tau, banyak kami borong susu Dare kena simpan dekat freezer untuk tahan lama. Cukup perfect rumahnya ni.


Suasana dalam rumah 

Jemput tonton video travel ke Perth
 di Youtube Channel Husniey. Sila subscribe juga ya. 

Satu tips kalau bercuti ke luar negara memang sangat sesuai stay di rumah macam ni, sebab anda boleh memasak. Perlu ke memasak, baik makan luar aje sempat ke masak? Korang sanggup ke makan luar selalu, harga makanan agak mahal di Australia. Kalau barangan dapur atau barang mentah memang agak murah dan berbaloi sangat jauh beza kos. Begitulah kena pandailah berjimat cermat ya. Banyak lagi duit nak digunakan. Turut ada kemudahan TV jadi tak sempat bosanlah setiap hari layan movie. Musim pada bulan Oktober adalah musim bunga di Australia suhu sejuk juga, tak pasang aircond pun sebab dah sejuk. 



Rumusan sepanjang menginap di Mont Clare Boutique Apartment ini tak ada pun yang tak best, semuanya smooth dipermudahkan. Servis, suasana di apartment juga okay. Apartment ini sesuai untuk menginap bersama keluarga atau kawan-kawan. Hanya perlu berjalan kaki 2 minit dah tiba di hentian bas, boleh akses menaiki Red CAT Bus di situ. Ia bas percuma. 



Rating diberikan bagi kebersihan, 
kelengkapan dan lain-lain: 5 ⭐⭐⭐⭐⭐


Tempahan Melalui Traveloka

Alamat: 190 Hay St, Perth WA 6004, Australia

Rujuk Peta Ke Lokasi 


6 comments:

  1. bestnya dapat travel gi australia, doakan amar supaya murah rezeki untuk travel oversea..

    ReplyDelete
  2. duduk di kawasan bandar memang paling sesuai lagi2 kalo naik public. kalo sewa kereta kena cari kawasan yang sediakan parking free. jenuhh kalau tak..

    suka juga penginapan lengkap macam ni. selesa boleh lari2 hehe.. kalo duduk tak pindah2 okla sangat sesuai. seronok kan masak2 kat sana hehe..

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing... Bilik nampak sangat besar..

    ReplyDelete
  4. wah mmg seronok semua kemudahan ada ni

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.