PORT MAKAN TENGAH HARI BERANEKA MASAKAN KAMPUNG DI CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - Husniey Husain

Breaking

Husniey Husain

Menulis Dari Hati, Via Jari Jemari

Post Top Ad

Sunday, 5 July 2020

PORT MAKAN TENGAH HARI BERANEKA MASAKAN KAMPUNG DI CAMERON HIGHLANDS, PAHANG

Makan Tengahari Best Wajib Cuba Di Cameron Highlands | Warung Highlands Makmur 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pejam celik kejap saja masa berlalu. Rupanya sudah dua tahun tak jejak kaki ke Cameron Highlands. Rungsing bila travel dengan ahli keluarga, kalau husniey dengan tuan suami travel berdua aje tak kisah sangat, sebab memang suka mencuba makanan yang popular di tempat itu. Mestilah kan kita akan mencuba makanan yang viral di Cameron Highlands. 

Namun bila travel dengan ahli keluarga dalam ramai-ramai tu mestilah ada yang seleranya cenderung kepada nasi berlauk kampung. Hari pertama jalan-jalan dalam Kampung Taman Sedia Cameron Highlands, husniey terpandang Warung Highlands Makmur. Esoknya waktu nak makan tengahari ajaklah suami makan disini.

Menariknya ada pelbagai jenis masakan kampung sesuai untuk warga tempatan dan pelancong yang mencari juadah untuk makan tengahari. 

Cantik dekorasi kedai ini kan.. sebelum ramai pelanggan menyerbu
Paling penting anda tak perlu risau ia Halal, warung ini milik orang Melayu Islam berasal dari Pekan Pahang. Konsep kedai ini dekorasi seperti kafe, memang nampak dekorasi dalam kedainya itu seakan sebuah kafe yang mewah. Namun bila tengok harga makanan berpatutan seperti anda makan di warung kebiasaan. Terbaik! 

Pelanggan yang hadir ke sini 

Bersama tuan suami menjamah menu yang dipilih kami. See, laju dia makan husniey lambat lah sikit sebab perempuan kan nak boleh mula makan tu kenalah ambil gambar dulu 😂
 
Family In Law sedang menjamah selera

Waktu jam 11 pagi tepat dah mula ramai pelanggan yang datang menyerbu masuk untuk menjamu selera di Warung Highlands Makmur. Tempat letak kereta tak susah di sekitar warung ini. Tak perlu jauh berjalan kaki. Suasana kedai yang selesa dan punya banyak meja dan kerusi tak perlulah rungsing.

Ikan bakar talapia dan keli bakar. SEDAP WEH!
Turut ada keli goreng juga

Stesen yang ada pelbagai sambal serta ulam-ulaman

Antara menu yang menjadi pilihan pelanggan ialah; Ikan bakar, pais ikan patin, gulai, masak lemak, asam pedas ayam, kari ayam, kambing, daging, ulam, budu, kerabu, ikan talapia goreng kunyit, seafood pun ada dan ulam-ulaman yang segar boleh dinikmati bersama sambal belacan, budu serta cencaluk. Fuhh, terliur bukan? Macam macam ada. Pendek kata, memang wajib datang sini kalau dah tiba di Cameron Highlands 😉

Keli Bakar Guys ~

Menyelerakan

Menu-menu yang disajikan pula insyaAllah yakin mesti kena dengan selera semua lapisan masyarakat. Lauk pauk yang paling memikat hati husniey ialah, ikan talapia goreng digoreng garing sedap dimakan bersama sambal belacan serta telur masin. MasyaAllah nikmat betul makan nasi panas sambil layan suhu sejuk di Cameron Highlands.

juga tersedia untuk dinikmati bubur pulut hitam 

Dalam pinggan kami.. 😍😋

Ulam jangan dilupakan

Kami dah terpacak dekat warung ini jam 11 pagi, haah jam 11 pagi dah makan tengahari tak mahu bersesak dengan ramai orang. Musim pandemik covid-19 ini jarak sosial tetap kena jaga. Jam 1-2 tengahari itu biasanya kedai macam ni dah banyak lauk pauk habis kan. Tapi yang bagusnya team Warung Highland Makmur memang akan selalu tambahkan demgan lauk pauk baharu. Tak perlu risau yer, kedai buka operasinya sehingga waktu petang. 


Seronok kan korang lepas pergi memetik buah strawberi di ladang strawberi boleh terus singgah ke tempat makan best dalam Kampung Taman Sedia ini, insyaAllah menu tersedia pasti memikat selera anda. 

Warung ini menyediakan pelbagai masakan kampung yang sedap, confirm korang makan sampai licin pinggan, hee. 

Dengar kata ia juga sudah menjadi sebutan dan seringkali menjadi tempat makan pilihan warga tempatan dan pelancong untuk singgah makan. Overall semua okay, harga berpatutan kedai selesa. Nanti nak repeat lagilah. Semoga entri ini bermanfaat ya.

Rating diberikan: 
Keselesaan ~ 4.6/5
Pilihan Makanan ~ 4.5/5
Dekorasi & Kebersihan ~ 4.8/5 
Keenakan Menu ~ 4.6/5


Untuk Maklumat Lanjut | Warung Highlands Makmur
📍Lokasi & Waze : TAC Makmur Cafe, 
Kampung Taman Sedia, 
Cameron Highlands (berhadapan PDM Chalet)
Untuk tempahan atau sebarang pertanyaan
Waktu operasi : 11 pagi - 6 petang

9 comments:

  1. Sedapnya...selamat hari minggu

    ReplyDelete
  2. Dapat tempat mkan dan menu yang best,ditambah makan dan jalan-jalan dengan keluarga maka bergandalah nikmatnya.

    ReplyDelete
  3. sedapnya, ni makna waktu cuaca sejuk lagi bertambah nasi

    ReplyDelete
  4. Nanti kalau g cameron boleh la singgah sini try makan

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak pergi ke cameron ni .

    ReplyDelete
  6. Rindu Cameron!! wow bestnya restoran nih! Boleh masuk list ni!

    ReplyDelete
  7. ni rasa berkobar nk ke CH lagi ni..rindu nak ke tempat sejuk hehe

    ReplyDelete
  8. hari tu pegi naik hari.. aim mmg nak p satu kedai tu..
    so yang ni xpe kita take note dulu. kalo pegi lgi tau da nk attact mana.

    ReplyDelete
  9. sukenye tgk cafe yg cntik tu

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.