Tiga Kali Repeat Makan Sini | Steamboat & Grill Terbaik Wajib Cuba Jika Anda Di Tanah Rata, Cameron Highlands - Husniey Husain

Breaking

Husniey Husain

Menulis Dari Hati, Via Jari Jemari

Post Top Ad

Saturday, 18 July 2020

Tiga Kali Repeat Makan Sini | Steamboat & Grill Terbaik Wajib Cuba Jika Anda Di Tanah Rata, Cameron Highlands

Makan Steamboat & Grill Di Cameron Highlands Dengan Santai, Berkonsepkan Suasana Dalam Taman 



Restoran Taman Apple Cameron Ruang Luas, Persekitaran Bersih 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian. Bila dah sampai ke Cameron Highlands mestilah kita tercari-cari port santai untuk menjamu selera bersama keluarga. Waktu malam suasana di Cameron sangat sejuk, sesuai mencari bufet steamboat. Semasa buat keputusan hendak menikmati bufet steamboat & grill ini sudah membayangkan suasana restoran ini sebab keadaannya luas dan boleh muat ramai pelanggan. 

Untuk makluman, ini bukan kali pertama husniey singgah makan disini. Dah 3 kali repeat. Tak pernah jemu. Rasa makanannya yang enak itu tak pernah berubah. Musim virus covid-19 di seluruh dunia masih lagi belum pulih agak penting untuk memilih restoran yang mempunyai ruang yang selesa. Semasa kami tiba di restoran terlihat staf restoran sibuk menguruskan pelanggan yang tiba. Ada staf yang incharge untuk check suhu, beri nombor giliran.



Suasana di luar restoran taman apple cameron, ada pelbagai jenis tanaman unik :)
Waktu senja dah mula ramai dengan pelanggan hadir menjamu selera di restoran - Masa datang sini adalah weekday

Suasana meriah dengan kehadiran ramai pelanggan namun terkawal, ada beberapa orang pelanggan yang beratur menunggu giliran. Sedia maklum sahajalah kan musim pandemik ini bila kita nak masuk ke kedai tak boleh terjah begitu saja. Perlu ikut SOP yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Menjaga jarak antara satu sama lain perlulah dipandang serius. Alhamdulilah selesa sangat makan disini. Paling penting, tahap kebersihannya juga terjaga.



Beraneka Bahan Untuk Steamboat & Grill Enak Dinikmati

Terdapat dua jenis pilihan kuah yang korang boleh pilih untuk menikmati steamboat dengan kuah sup atau kuah tomyam. Kalau korang jenis suka pedas, macam husniey ni mestilah pilih kuah tomyam kan. Bahan-bahan yang disediakan di buffet pelbagai jenis. Paling suka tengok ada pelbagai pilihan makanan laut seperti ketam, lala, sotong, udang dan uniknya siput buluh juga ada disediakan di stesen bufet dalam restoran ini. Sedap sangat dimakan bersama kuah tomyam.


Tudia, pening nak buat pilihan
Spicy herb chicken, Beef blackpepper. Macam-macam jenis bahan ada untuk grill
Ketam, Udang disapu mentega kemudian grill macam ni. Semerbak bau satu kedai ~

Selepas menikmati kuah steamboat tomyam. Kami bangun refill udang dan ketam, husniey beritahu dekat tuan suami minta bakar udang dan ketam yang disalut dengan mentega. Uih serius lain maciam sedapnya! Bau harum mentega dicampur dengan bau manis isi udang segar itu, pergh serasi berganding bersama, ewahh ~ 😁 


Bufet yang menyediakan makanan seafood | Nasi lemak bersama ayam panggang ~ 

Aneka bebola di stesen ini antaranya; bebola sayur, fish roll, bebola udang
Stesen minuman sejuk dan panas ~
Ruang yang luas dan banyak meja tersedia
Dapat duduk bersila pun okay ~

Di ruang bufet juga terlihat stesen yang menyediakan hidangan lain seperti Nasi Lemak, Nasi Goreng, Mee Goreng, Bihun Goreng. Meriah selalu menu dekat sini. Pilihan untuk pencuci mulut korang boleh buat jagung bakar, atau bolehlah merasa ABC ataupun aiskrim. 

Oh ya pilihan minuman juga banyak jenis tersediakan, air jagung, air keladi, air strawberi. Minuman panas sesuai untuk warga emas juga ada. Family friendly betul makan dekat sini sesuai untuk semua peringkat umur. Terbaik!




Nah korang, jemput menonton Vlog Bercuti Ke Cameron Highlands ~ 


Puas Hati Dengan Layanan Staf Restoran Taman Apple Cameron

Harus dipuji cekap sungguh staf restoran melakukan tugasan. Bila dipanggil terus datang, walaupun sibuk melakukan tugas lain waktu tu. Tengah syok main bakar-bakar kambing blackpepper tiba-tiba gas dah habis. Tak sampai 5 minit dah siap ganti dengan gas yang baharu. Laju buat kerja, selalu senyum! Terbaik, teruskan layanan yang baik terhadap pelanggan ye. Sambil menghirup kuah steamboat, sambil menikmati suasana damai disini permandangan hijau dengan pelbagai jenis tanaman. 


Misi bawa family in law makan steamboat tercapai ~ Alhamdulilah

Bunga yang menyeri Restoran Taman Apple 

Untuk pengetahuan anda, restoran ini menjadi pilihan utama bagi penduduk tempatan, bukan sahaja popular di kalangan pelancong untuk menjamu selera. Bagi yang berminat hendak menjamu selera disini bersama rombongan keluarga atau rombongan korporat disyorkan ke sini sebab ruangnya agak besar. Sila buat tempahan terlebih dahulu. 


Husniey sudah mula rindukan suasana ketika makan di restoran ini. Tiap kali ke Cameron memang tak lupa nak singgah. Waktu pagi hingga petang ada menu ala carte, korang boleh lihat dekat Facebook dan Instagram mereka. Selalu ada update terkini. Menu berasaskan serunding strawberi, menarik sungguh. Jemputlah baca entri sebelum ini pada 2018; MENU WAJIB RASA: SERUNDING STRAWBERI YANG PERTAMA DI CAMERON HIGHLANDSTerima kasih sudi membaca entri kali ini. Semoga perkongsian bermanfaat.



Senarai Harga Bufet Steamboat & Grill 

  • DEWASA: Umur 13-49 tahun RM 39.90
  • KANAK-KANAK: 6-12 tahun RM 29.90
  • KANAK-KANAK: 5 tahun ke bawah PERCUMA
  • WARGA EMAS: 50 tahun ke atas RM 33.90 


Lokasi Restoran Taman Apple Cameron

Terletak di belakang stesen bas & food court Tanah Rata. Masuk ikut simpang kiri Maybank Tanah Rata. Sebelum Maybank akan nampak Agro Bank terlebih dahulu. Senang sebenarnya nak cari. Nak lagi mudah boleh cari lokasi dekat Google Maps atau Waze.

Waktu Operasi

Buka Setiap Hari kecuali Rabu
8 Pagi - 4 Petang (Ala Carte) 
5 Petang - 12 Tengah Malam (Bufet Steamboat & Grill)

Hubungi: Restoran Taman Apple Cameron

4 comments:

  1. Sejuk sejuk makan steambot memang layan. Boleh try nanti makan dkt siNi. Nampak banyak menu steamboat dia.

    ReplyDelete
  2. not bad harga dia tu Husniey...dah 3 tahun tak ke sana..rindu nak CH lagi tapi en hubby tak sanggup nak bersesak di jalan menuju CH ni..

    ReplyDelete
  3. sini belum pernah makan lagi.. naik CH memang seronok le kalo dapat makan steamboat. dengan suhu sejuk2 tu makan sup2 panas pergh layan. kena pegi ramai2 sikit baru meriah nak menyembang sambil makan..

    ReplyDelete
  4. Memang favourite gila makan dekat sini..layan dalam cuaca sejuk memang seronok

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.