Peluang Untuk Peniaga Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup - Husniey Husain

Breaking

Husniey Husain

Menulis Dari Hati, Via Jari Jemari

Post Top Ad

Wednesday, 24 March 2021

Peluang Untuk Peniaga Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup

Saksikan Perubahan Dalam Diri Ketika Pandemik Ini

1 hari lagi, Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup 


Setiap usahawan yang menceburi perniagaan pastinya mengharapkan keuntungan dan pasti mencari cara untuk perniagaan lebih maju. Bila semakin serius di dalam sebuah perniagaan pastilah tercari-cari kaedah pemasaran yang betul dan tepat seiring dengan perubahan trend zaman yang serba moden. Memang tak dinafikan berada dalam dunia perniagaan ini semakin mencabar saban hari. Namun kita kena percaya; Trust The Process. Teringat pula husniey pada formula yang dikongsikan oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman itu. 




Masa berlalu dengan pantas, pejam celik saja sudah setahun lebih kita menjalani kehidupan norma baharu selepas Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 (PKP) yang dilaksanakan pada 18 Mac tahun lalu. Pelbagai impak dirasai rakyat Malaysia dengan ratusan ribu telah diberhentikan kerja seterusnya hilang punca pendapatan, ada juga dipotong elaun atau gaji, diarahkan untuk bercuti dan pelbagai situasi lain.

Kesusahan dihadapi sebahagian daripada rakyat ini memang benar contohnya kes yang tular di mana seorang suri rumah ditahan selepas gagal membayar barang makanan dan ubat bernilai RM58 di sebuah pasar raya pada 20 Januari lalu. Ini hanyalah salah satu daripada kes yang di ketengahkan dan pastinya ada lagi yang berdepan dengan tekanan hidup ekoran pandemik ini.

Mereka ini juga berkemungkinan berdepan dengan masalah lain terutama soal kesihatan mental yang boleh menjadikan kemurungan atau kegelisahan jika tidak dapat diuruskan dengan baik. Bahkan, satu kajian diterbitkan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) mendapati golongan berpendapatan rendah mempunyai kadar masalah kesihatan mental dan penyakit kronik yang lebih tinggi berbanding yang lain.

Trend serupa juga didapati dalam data kesihatan mental dalam kajian Ketidaksamaan Sosial dan Kesihatan Malaysia. Golongan berpendapatan paling rendah mempunyai kadar masalah kesihatan mental tertinggi dalam kalangan orang dewasa dan kanak-kanak. Isu kesihatan mental ini sebenarnya sangat penting yang mana ia memberi kesan kepada prestasi ekonomi negara. Jika dilihat pada 2018, isu kesihatan mental di tempat kerja dianggarkan menelan belanja RM14.46 bilion.

Malah dilaporkan dalam akhbar Kosmo! baru-baru ini, dianggarkan lebih 237,500 bisnes usahawan PKS 'lingkup' atau terpaksa gulung tikar semenjak pandemik Covid-19 melanda negara bermula Mac 2020 tahun lalu.


Pelawaan RichWorks

Sehubungan itu, RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) mahu membantu orang ramai di seluruh negara terutamanya mereka terkesan dengan pandemik ini untuk bangkit kembali dan melakukan perubahan yang lebih baik dalam situasi mencabar yang mereka hadapi pada waktu ini.

RichWorks percaya menerusi program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman pada 26 - 28 Mac 2021 yang ditaja sepenuhnya ini, tanpa sebarang pembayaran dapat membantu ramai orang terutama bangsa usahawan yang terjejas di luar sana.




Buat pengetahuan anda, program Nak Ubah Hidup merupakan penambahbaikan daripada program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) adalah program berbayar sekitar RM900 dan ke atas. Jikalau anda terbiasa dengar tentang program IMKK pada satu masa dahulu mestilah anda tahu nilainya kan.  Program ini telah membantu lebih puluhan ribu orang terutama bangsa usahawan sejak dimulakan pada 2008 lagi.

Ramai orang khususnya bangsa usahawan berjaya menyaksikan perubahan hidup dan bisnes mereka menjadi lebih baik lagi. Ada yang dulu hidup dalam kesusahan, mula bisnes dari rumah, ada jualan yang beberapa ratus sahaja sebulan, tapi kini berjaya saksikan perubahan hidup dengan bisnes semakin berkembang hingga mencatatkan jualan ratusan ribu sampai jutaan ringgit.





Kebanyakan mereka bermula dengan program ini contohnya pengasas jenama Sabella, Faith Fleur, Mamasab dan banyak lagi yang mana menyaksikan perubahan hidup sampai ke tahap usahawan jutawan. Mereka ini telah mampu mencapai berjutaan ringgit jualan pada setiap bulan, kerana mahu upgrade ilmu terus belajar dan bertindak.

Bila umat Islam mampu menunjukkan kejayaan dari segi material dengan disokong oleh akhlak yang baik, ilmu yang tinggi dan personaliti yang menawan, ianya seolah olah 'iklan televisyen' yang menarik, yang pasti akan mewujudkan perasaan ingin tahu dalam hati orang lain yang melihatnya. Pastilah ia akan menjadi bualan dunia apakah rahsia kejayaan umat Islam itu sehingga ia berjaya merangkul kejayaan dan kekayaan. 

RichWorks sekali lagi menjemput orang ramai terutamanya mereka terkesan dengan pandemik, baru merancang nak berniaga atau sudah pun berniaga, tidak kira di tepi jalan, jualan bonet kereta, bisnes online mahupun sudah ada kedai dan serius nak saksikan perubahan hidup berdasarkan ilmu & pengalaman serta langkah-langkah yang terbukti ada 'proven results' untuk hadir ke program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup pada Jumaat, Sabtu dan Ahad ini.

Jom ramai-ramai cuba mengisi masa dengan program Bina Bisnes Berjaya ini. Percuma sahaja ya kawan-kawan. Jangan lepaskan peluang untuk anda ubah hidup ketika pandemik ini. 


Layari ke laman web, DAFTAR SEKARANG!





No comments:

Post a comment

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.