Langkah Mudah Mengesan Lokasi Guna Aplikasi Google Maps - Husniey Husain

Breaking

Husniey Husain

Menulis Dari Hati, Via Jari Jemari

Post Top Ad

Tuesday, 2 March 2021

Langkah Mudah Mengesan Lokasi Guna Aplikasi Google Maps


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Izinkan husniey berkongsi tentang cara-cara bagaimana untuk mengesan lokasi tepat seseorang hanya dengan menggunakan Google Maps. Tujuannya adalah untuk mengenalpasti lokasi secara tepat dan ini merupakan cara mudah untuk mengetahui lokasi ahli keluarga, pasangan anda. Pada pandangan husniey kaedah mengesan lokasi ini sesuai diguna pakai untuk pasangan yang berjauhan (PJJ) dan sesuai untuk yang bekerja selalu kena outstation. 


Sektor pengangkutan awam agak terkesan dengan pandemik ini lalu tuan suamI telah pun mengambil keputusan untuk bertukar kerjaya, dari seorang pemandu bas ekspress yang boleh ulang alik jumpa isteri setiap dua hari, namun kini kami terpisah oleh jarak lebih 200 km, dan dia mendapat tawaran berkerja sebagai pemandu lori. Sebelum ini walaupun sering keluar negeri namun ia masih menetap di negeri Terengganu namun kini dia berada di negeri Selangor. Semoga rakan pembaca yang turut terkesan dimurahkan rezeki bagai air sungai yang mengalir deras. Aaminn. Jom baca perkongsian husniey selanjutnya dibawah.


Cara-Cara Mengesan Lokasi Melalui Google Maps ~



1) Pastikan handphone anda mempunyai apps Google Maps. Kebanyakan handphone mesti sudah ada aplikasi ini kan, so dah tak perlu nak install. Senang jimat masa tak payah guna aplikasi yang berlainan. 


Profile - Location Sharing


2) Masuk ke Google Maps; di bahagian atas pergi ke profile anda. Klik di situ.


 


3) Klik pada Location Sharing - kemudian klik pula pada Share Location 



Pilih tetapan masa

4) Sudah masuk ke bahagian nak kena setup, disitu anda boleh adjust masa untuk kongsikan selama beberapa jam (minima 1 jam hingga 3 hari) serta pilihan yang kedua 'Untill You Turn This Off'. Husniey pilih yang kedua. 




5) Klik pada nama kenalan anda atau masukkan alamat email jika ada. Boleh juga share menggunakan pautan (link). Macam husniey buat terus masukkan alamat email tuan suami.




6) Korang akan terima email, dan boleh terus view di Google Maps.




7) Yang menariknya korang boleh tahu peratusan bateri phone, real time locations, 

just now, one min ago ke. Hahaa begitulah. Siap keluar penunjuk arah. Senang kan?


8)  Boleh request dan hentikan fungsi ini bila bila masa

9) Setiap kalI masuk ke Google maps boleh rujuk di bahagian Location Sharing ye :)


Baru dua minggu mencuba. Alhamdulilah setakat ini husniey berpuas hati menggunakan fungsi Location Sharing dari Google Maps ini. Takdelah 50 kali sehari nak kena whatsApp bertanya keberadaan tuan suami. Lagipun benda ni tidaklah menggangu privasi seseorang itu, okaylah masing-masing bersetuju untuk berkongsi lokasi. Dia takkan perasan kalau kita check lokasi dari jauh. 


BACA SINI ARTIKEL LAIN:



SANTAI MAKAN NASI ARAB DI SUMAI HOTEL, TERENGGANU


Kadang seronok dapat bergurau sakat tuan suami "bateri phone abang dah tak banyak tu, dipersilakan cas". Hahaha. Zaman sekarang semua sudah dihujung jari. Selamat Mencuba. Semoga entri ini bermanfaat yer 💗



Love, 

Husnieyhusain

2 comments:

  1. Sesuai untuk isteri kuat jeles macam saya. Haha. RIP encik bakal suami

    ReplyDelete
  2. Terbaik.Mudah. Terima kasih Husniey perkongsian.

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.