
5 Cara Untuk Meningkatkan Kualitas Tidur Anda di Malam Hari
10/28/2020 06:13:00 pmIni Cara Tingkatkan Kualiti Tidur Anda Di Rumah! Banyak manfaat yang dapat dirasakan jika memiliki kualitas tidur yang baik. Beberapa di a...
Ini Cara Tingkatkan Kualiti Tidur Anda Di Rumah!
Banyak manfaat yang dapat dirasakan jika memiliki kualitas tidur yang baik. Beberapa di antaranya seperti membuat Anda menjadi lebih produktif, suasana hati menjadi tetap stabil, tubuh menjadi lebih sehat hingga dapat memperkuat sistem imun atau kekebalan tubuh.
MENDIDIK ANAK DALAM SIFAT MARAH
8/17/2020 03:06:00 pmKisah Yang Boleh Diambil Contoh Untuk Didik Anak Dengan Kasih Sayang Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, izinkan husniey berkongsi sedik...
Kisah Yang Boleh Diambil Contoh Untuk Didik Anak Dengan Kasih Sayang
Sebelum membuat perkongsian di blog, husniey dah mendapatkan keizinan dari empunya perkongsian ini. Bukan orang lain, sepupu husniey yang dah dianggap seperti kakak kandung, dah banyak dia beri nasihat dan kata-kata semangat dalam menghadapi ujian hidup. Alhamdulilah ❤
Lagu Melayu Best 2019 - Alalala Sayang Dan Drama
7/08/2019 05:00:00 pmAssalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian. Lama rasanya tak update blog. Haa jomlah k ita kasi buang habuk sikitlah. Bulan June lalu sikit...
Lirik Lagu Alalala Sayang by Azarra Band
Sayang sorry ku tak sengaja
Melukai hati kamu
Bukan niatku mengabaikan kamu
Ku tahu kau menduga ku
Bukan niatku melukai kamu
Pabila gembira bersua bersama temanku
Mengapa muncung begitu
Lalalala ku sayang padamu
Nanti tidur ku tak lena
Lalalalalaa sungguh aku sayang kepadamu
Pabila gembira bersua bersama temanku
Hello sayang, tengah buat apa
Mengapa muncung begitu
Lalalala ku sayang padamu
Nanti tidur ku tak lena
Lalalalala sungguh aku sayang kepadamu
.
.
Lirik Lagu Drama, Drama Band
Bila kau senyum aku bagaikan terpanah oleh mantera..
Lidahmu bercabang dua
Saat ku sedar hampir saja aku terlewat untuk selamatkan diri
Curiga, madahmu penuh curiga
Setia, bodohnya aku setia
Pendusta, kau seorang pendusta yang penuh dengan drama.
Dralalalalala kau memang drama
Dralalalalalala kau memang drama
Lidahmu bercabang dua
Saat ku sedar hampir saja aku terlewat untuk selamatkan diri
*Curiga, madahmu penuh curiga
Setia, bodohnya aku setia
Pendusta, kau seorang pendusta yang penuh dengan drama....
Dralalalalala kau memang drama
Dralalalalalala kau memang drama!
Sekian saja entri kali ini, entah kenapa kedua lagu ini ada persamaan lirik. Lalalalala tu yang sama, hahahaa okay kelakar pulak rasanya. Btw lagu Drama ini tuan suami suka katanya kalau tengah bertugas bawa bas tu, lalu lebuhraya takde lah mengantuk sangat.
Memang berjalan jauh kena ada stok lagu rancak kot baru tak mengantuk kan? :D
Bawa Adik Umur Bawah 18 tahun Travel Ke Luar Negara Tanpa Ibu Bapa
4/15/2019 09:01:00 pmAssalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sebelum husniey terlupa perkara penting yang perlu dikongsikan disini, selalunya akan cepat cepa...
Semasa mengetahui tentang promosi AirAsia Free Seat pada bulan September tahun lalu, husniey nekad kali ini teringin nak explore Korea Selatan. Lalu teringatkan Adik Ida yang masih lagi bersekolah dan belum pun SPM waktu itu. Husniey tanyakan padanya “adik Ida nak ikut tak kak long pergi Korea tahun depan?”. Masa tu husniey dah pun beli tiket promosi sehala KLIA2 ke Incheon, Seoul untuk dua orang sahaja. Beberapa hari juga tunggu jawapan adik Ida sebab minta izin mak ayah, lama tu dia jawab nak ikut jugak. Sempatlah sambar tiket promosi untuk dia. Husniey ingatkan padanya, nanti lepas exam adik kerjalah kumpul duit sempatlah jalan-jalan musim bunga nanti. Yes alhamdulilah dia dapat kerja, dah dekat 3 bulan kerja. Gaji pun okay. Husniey belanjakan dia tiket penerbangan ke Seoul. Tiket balik, perbelanjaan, penginapan dia tanggung guna duitnya sendiri.
Niat dihati tak payah dah adik pergi dengan ayah. Setibanya dekat pejabat Imigresen, kami dimaklumkan oleh kerani kaunter disitu remaja berumur bawah 18 tahun tak dibenarkan datang buat pasport berseorangan, WAJIB ditemani ibu atau bapa. Masa itu husniey dah siap bagitau dekat orang kaunter, kalau datang dengan kakak pun tak boleh ke? Haih susah juga macam ni. Kami baliklah semula dengan hampa. Esoknya tu adik pergi dengan ayah je buat pasport di Kemaman. Settle urusan pasport. Alhamdulilah lega satu bab. Duit pun adik dah simpan setiap kali gaji.
Ini antara maklumat tentang Pasport Malaysia Antarabangsa. Bagi yang tak tahu menahu langsung, bolehlah baca dekat bawah ini. Nanti nak jalan-jalan keluar negara sekurangnya dah maklum kan?
![]() |
| Syarat pemohon pasport bagi bawah 18 tahun |
Beberapa hari sebelum kami bertolak ke Seoul, tetiba husniey terfikir risau pulak adik ni lepas ke tak nanti dekat Imigresen Korea. Yelah mana tak risau, adik buat pasport pun nak kena ditemani ayah. UMUR BELUM CUKUP 18 TAHUN. BOLEH KE TRAVEL KE LUAR NEGARA , paling rumit bila terfikir TANPA IBU BAPA IKUT SEKALI. Dalam kepala ini ligat dengan pelbagai persoalan, siap google dengan pelbagai keywords, tapi tak jumpa sebarang maklumat jelas yang boleh meyakinkan husniey. Cuma husniey ada lah terbaca dari website AirAsia. Umur 16 tahun ke atas dikira dewasa. Itu jelah yang boleh melegakan husniey. Baca sini terma syarat pengangkutan dan penerbangan. Dari laman web AirAsia.
Bila dah tiba masa untuk urusan dekat imig, alhamdulillah lega tak ada soalan pun ditanyakan. Semua dokumen husniey memang dah siap sedia untuk setiap orang. Itinerary, maklumat tiket balik, print out tempahan penginapan dan lain-lain. Paling penting kita kena isi arrival card dengan lengkap. Nama, Alamat Penginapan lengkap dengan nombor bangunan, nama jalan semua tu, pekerjaan. InsyaAllah dipermudahkan bila niat kita betul.
Untuk Makluman: Jika anda tak mahu pening kepala ingin travel ke Korea, boleh menggunakan servis dari ARBA TRAVEL. Pakej percutian ke Korea yang mampu milik harga yang ditawarkan super jimat, bajet dan premium pun ada. Yang best tak susah untuk mencari makanan Halal, sebab pihak Arba Travel akan bawa anda ke tempat makan yang tidak diragui. ARBA Travel juga berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, anda selamat dari sebarang penipuan. Rating 4.8/5 star di Facebook. Harga Pakej Budget RM 3097 / Pax termasuk tiket penerbangan pergi dan balik.
Maklumat lanjut sila klik pautan di bawah;
~ PAKEJ PERCUTIAN KE KOREA 5H 4M BAGI TAHUN 2019 / 2020 ~
Secebis Penghargaan kepada semua!
1/26/2018 06:18:00 pmAlhamdulilahh setelah sekian lama berfikir dan menanam impian akhirnya berkat sokongan dari keluarga, suami, sahabat yang selalu be...
sahabat yang selalu berkunjung ke blog,
dan sokongan moral dari kawan kawan blogger yang positif
Tapi of course berharap yang baik baik dan terus berusaha ke arah lebih baik! 😍
Disebabkan selalu diracuni semangat rakan bloggers yang berterusan aktif berkongsi disini, Husniey pun turut mencabar diri nak juga buat sesuatu untuk beri manfaat pada diri sendiri dan orang lain di luar sana. Masih dalam proses berusaha untuk memperbaiki cara penulisan 😊
Terima kasih pada rakan blogger sejati iaitu, Ana Suhana sebab sudi jadi tempat rujukan buat Husniey.
Seorang yang menghormati antara satu sama lain dan tak kedekut berkongsi bila bertanya. Dan paling penting dia tak kisah apa pun yang Husniey bahasakan dirinya.
Memula tahu yang Ana ni lebih berumur dari Husniey kelam kabut diri ni terus mesej di instagram nya meminta maaf sebab panggil nama aje 😂
"tak ada apalah, okay je panggil apa pun"
Sebab itulah kalau perasan Husniey tak panggil Ana akak atau sis.. (nak juga jelaskan hihi)
Pertama kali jumpa blogger Ana Suhana dan itu pertama kali untuk Husniey, memenuhi jemputan di Shah Alam Convention Centre.
Jauh dari Terengganu husniey datang tau
Ramai juga bloggers lain sempat juga tengok dan kenal..
Dahlah kita tak pernah jumpa kan lepas tu Ana pula yang tegur Husniey dan sergah dulu masa memula masuk dewan tu 😂
Bagi yang berminat nak sertai team BPT, boleh bertanyakan lebih lanjut pada sis
Husniey nak maklumkan yang diri ini sudi menerima teguran membina dari kalian,
berbesar hati berkawan dengan semua orang tanpa memilih umur paras rupa pangkat..
Kalau yang berbeza jantina, harap maaf tetap kena jaga batas pergaulan
Satu hari nanti Husniey akan baca balik kenangan menulis disini
Doakan kesihatan yang baik buat diri ini
Moga impian kita menjadi nyata🎈
Banyak lagi Husniey nak berkongsi di sini.. InsyaAllah teruskan sokongan anda 😊
Sangka baik pada Allah
12/27/2017 09:06:00 amMemang susah untuk kita melihat sisi baik dalam setiap ujian Tuhan. Atas setiap apa yang Dia dah tentu dan takdirkan. Nak menilai sejau...
Memang susah untuk kita melihat sisi baik dalam setiap ujian Tuhan.
Atas setiap apa yang Dia dah tentu dan takdirkan.
Nak menilai sejauh mana kita kekal bersangka baik pada Tuhan.
Nak melihat sejauh mana tawakkal pada Dia kita gantungkan..
Untuk kita kekal yakin pada janji-janji Tuhan yang masih dirahsiakan.
Ya muqallibal quluub, tsabbit qalbii ‘alaa diinika wa ‘alaa thoo’athik..
Credit to
- Aku Islam -
TANDA DIRI ADA GANGGUAN JIN KETIKA TIDUR
11/01/2017 04:49:00 pmSekiranya lebih dari 5 tanda dibawah dan mengalaminya lebih 1 minggu berturut, dan dituruti dengan rasa berat untuk beribadah pada sia...
1. Susah tidur malam, kecuali setelah lama/ bersusah payah
2. Susah bangun, iaitu ketika berniat melakukan ibadah – ibadah yang diinginkan.
3. Cemas, sering terbangun pada waktu malam
4. Mimpi buruk, mimpi melihat sesuatu yang mengancam lalu ingin menjerit minta pertolongan tetapi tidak berdaya.
5. Mimpi melihat berbagai binatang seperti : kucing, anjing, tikus, unta, kuda, monyet, serigala, harimau, ular, buaya dan serangga berbisa
6. Tertawa, menangis, menjerit, pada waktu tidur
7. Merintih pada saat tidur
8. Mimpi seolah-olah jatuh dari tempat yang sangat tinggi
9. Berdiri dan berjalan dalam keadaan tidur dan tanpa kesadaran
10. Mimpi berada di kawasan perkuburan, didalam kuburan, tempat sampah atau jalan yang mengerikan
11. Mimpi melihat orang aneh contoh sangat tinggi ,sangat pendek , sangat putih, sangat hitam.
12. Mimpi sangat menyeramkan/melihat hantu
Makna ayat dari Surah Al Mulk
7/30/2017 07:34:00 amSurah Al Mulk, Juz' 29 mengandungi 30 ayat.. Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Surah Al Mulk, Juz' 29 mengandungi 30 ayat..
Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
❤ 1. Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;
❤ 2. Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)
❤ 3. Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
❤4. Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).
❤ 5. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.
❤ 6. Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.
❤ 7. Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak.
❤ 8. Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya. Tiap-tiap kali dicampakkan ke dalamnya sekumpulan besar (dari orang kafir), bertanyalah penjaga-penjaga neraka itu kepada mereka: "Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?"
❤ 9. Mereka menjawab: "Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar! "
❤ 10. Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka".
❤ 11. Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli neraka.
❤ 12. Sesungguhnya orang-orang yang takut (melanggar hukum) Tuhannya semasa mereka tidak dilihat orang dan semasa mereka tidak melihat azab Tuhan, mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.
❤ 13. Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
❤ 14. Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!
❤ 15. Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya).
❤ 16. Patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Tuhan yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menunggang-balikkan bumi menimbus kamu, lalu bergegarlah bumi itu dengan serta-merta (melenyapkan kamu di bawahnya)?
❤ 17. Atau patutkah kamu merasa aman (tidak takut) kepada Allah yang pusat pemerintahanNya di langit itu: menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; maka dengan itu, kamu akan mengetahui kelak bagaimana buruknya kesan amaranKu?
❤ 18. Dan demi sesungguhnya! orang-orang (kafir) yang terdahulu daripada mereka telah mendustakan (rasul-rasulnya lalu mereka dibinasakan); dengan yang demikian, (perhatikanlah) bagaimana buruknya kesan kemurkaanKu.
❤ 19. Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
❤ 20. Bahkan siapa dia yang menjadi tentera bagi kamu, yang akan menolong kamu selain dari Allah Yang Maha Pemurah? (Sebenarnya) orang-orang yang kafir tidak lain hanyalah berada dalam keadaan terpedaya.
❤ 21. Atau siapa dia yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya? (Tidak ada sesiapapun), bahkan mereka (yang musyrik itu) kekal terus dalam keadaan sombong angkuh serta melarikan diri (dari kebenaran).
❤ 22. Maka adakah orang yang berjalan (melalui jalan yang tidak betul, yang menyebabkan dia selalu jatuh) tersungkur di atas mukanya: boleh mendapat hidayah - atau orang yang berjalan tegak betul, melalui jalan yang lurus rata?
❤ 23. Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur".
❤ 24. Katakanlah lagi: "Dia lah yang mengembangkan kamu di bumi, dan kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan".
❤ 25. Dan mereka (yang ingkar) berkata: "Bilakah datangnya (hari kiamat) yang dijanjikan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar?"
❤ 26. Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya ilmu pengetahuan (tentang masa kedatangannya) hanya ada pada sisi Allah, dan sesungguhnya aku hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran yang terang nyata".
❤ 27. Kemudian apabila (datang kiamat dan) mereka melihat (azab) yang dijanjikan itu secara dekat, muramlah muka orang-orang yang kafir itu, serta dikatakan (kepada mereka): "Inilah dia yang dahulu kamu kerap kali minta disegerakan kedatangannya!".
❤ 28. Tanyalah (wahai Muhammad, kepada mereka): "Bagaimana fikiran kamu, jika Allah binasakan daku dan orang-orang yang bersama-sama denganku (sebagaimana yang kamu harap-harapkan), atau Ia memberi rahmat kepada kami (sehingga kami dapat mengalahkan kamu), - maka siapakah yang dapat melindungi orang-orang yang kafir dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?".
❤ 29. Tegaskan (wahai Muhammad, kepada mereka): "Allah Dia lah Yang Maha Pemurah, yang kami beriman kepadaNya, dan yang kepadaNya kami berserah diri; oleh itu kamu akan mengetahui kelak siapakah yang berada dalam kesesatan yang nyata".
❤ 30. Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu, sekiranya air kamu hilang lenyap (di telan bumi), maka siapakah (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?".
















