Masalah Kulit Wajah | Tips Untuk Mengatasi Kulit Kering & Kusam

Masalah Kulit Wajah | Tips Untuk Mengatasi Kulit Kering & Kusam Dengan 3 Produk Made In Korea Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sebag...

Masalah Kulit Wajah | Tips Untuk Mengatasi Kulit Kering & Kusam Dengan 3 Produk Made In Korea




Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sebagai seorang wanita kita tidak lari daripada ingin terlihat cantik. Kulit wajah cantik akan buat kita tampil lebih yakin bila berhadapan dengan orang sekeliling. Punca-punca kulit kering dan kusam antaranya oleh kerana faktor iklim di negara kita. Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai iklim cuaca sentiasa panas dan hujan sepanjang tahun. Punca kulit menjadi kusam adalah kerana sering terdedah terhadap sinaran UV dari matahari; menyebabkan lapisan bawah permukaan kulit menjadi rosak. 



Tinggal di negara yang beriklim panas turut menjadi punca kulit wajah anda kelihatan kusam. Manakala apabila anda sentiasa terdedah kepada penggunaan penyaman udara (Air-Cond) berpanjangan di pejabat atau di rumah, ini menyebabkan kulit jadi kering dan kelihatan kusam. Selain itu rutin mandi dengan air panas dan sekaligus menggunakan air panas untuk mencuci muka, awas ia boleh mengakibatkan kulit jadi kering. 




Apabila semakin berusia, kulit kita menjadi semakin nipis disebabkan kualiti sel kulit yang merosot dan perubahan hormon. Disebabkan faktor ini, adalah penting untuk memastikan kulit sentiasa sihat dengan kerap melembapkannya pada waktu siang dan sekali lagi pada malam. Kulit yang kering boleh memberi kesan tidak baik seperti sel kulit menjadi mati dan permukaan kulit tidak rata.



3 Tips Umum Mengatasi Masalah Kulit Kering dan Kusam



1) Minum banyak air secukupnya, paling kurang lebih 2 liter air setiap hari. Baru lah kulit makin lembap. Haa gitu! 


2) Elakkan mandi dengan air panas , biasanya ada yang terlepas pandang kan mencuci muka semasa mandi menggunakan air panas. So kalau anda selalu mandi dengan air panas, akan terhasillah masalah kulit kering.





3) Amalkan skincare routine yang betul:


Perkenalkan.. Nah, setiap hari husniey memulakan rutin penjagaan kulit dengan 3 produk ini, sangat simple; 92% Aloe Gel Mask + Aqua Whitening Cream + Gold Nano CC Cream


1. Morning routine - Setelah membersihkan muka, apply pelembap muka iaitu; Aqua Whitening Cream + tidak lupa sebelum keluar rumah memang guna pakai Gold Nano CC Cream (Sunscreen)


2. Night routine – Bersihkan kulit muka kemudian terus apply, pakai 92% Aloe Gel Mask selama 15 - 20 minit + Aqua Whitening Cream. 




Sekiranya rasa malas nak pakai mask selalu, husniey mencadangkan guna 92% Aloe Gel Mask dua hingga tiga kali seminggu. If possible, pakai setiap hari lebih baik, sebabnya fungsi aloe gel mask ni untuk boost kelembapan kulit muka dan kulit kusam bagi nampak segar bermaya. Jangan risau, aloe gel mask sesuai digunapakai untuk setiap hari.



🍁92% Aloe Gel Mask 

Untuk pengetahuan anda dalam 92% Aloe vera gel mask, mempunyai kandungan bahan air yang tinggi, ia bantu melembapkan kulit (provide high moisture effect to skin). Sedia maklum yer tentang kebaikan aloe vera yang boleh membantu (Aloe vera ialah sumber semula jadi mencerahkan kulit kusam).




Cara- Cara Menggunakan Aloe Vera Gel Mask



Selepas selesai mandi; cuci muka terus pakai mask, ia boleh boost kelembapan kepada kulit, dan diingatkan jangan pakai mask lebih dari 20 minit tau. InsyaAllah dalam masa 20 minit tu memang dapat serap keseluruhan muka.





Apabila memakai mask muka boleh berehat, lakukan aktiviti santai sambil menunggu. Setelah siap, gunakan jari sapukan "dap dap" sisa esen tu pada kulit anda biarkan semua menyerap ke lapisan kulit, tidak perlu mencuci biarkan ia pada kulit, jika anda merasa banyak, just remove dengan tisu basah.



🍁Aqua Whitening Cream



Pelembap muka adalah perkara asas yang wajib apply dalam menjaga rutin skincare. Haa kalau korang nak tahu, husniey dah pun mencuba produk ini pada dulu. Memang best dan terbukti berkesan Aqua Whitening Cream ini merupakan krim pelembap yang berasaskan dari air tidak berminyak dan lagi best ia tidak melekit. Berfungsi untuk mengekalkan kelembapan kulit sepanjang hari, serta mencerahkan kulit dan juga membantu juga dalam mengurangkan masalah kulit kusam.




Pelembap muka ini perlu digunakan waktu pagi dan malam; Waktu Malam: Gunakan krim pelembap setelah anda selesai pakai facial mask, ia dapat memberikan udara secukupnya kepada kulit, and also it can locked the moisture of the aloe mask into deep layer of skin the whole night. Jadi, the next day, kulit rasa lembut dan kulit nampak moisture dan cerah. 





Waktu Pagi: apply it as moisturiser and then + Gold Nano CC Cream. Can keep skin whole day moisture, and cooling skin, so repair sunburn from UV, skin not easy to get damaged. Jadi, tak risau lah sunburn berlaku pada kulit muka.



🍁Gold Nano CC Cream


Kalau anda nak tahu kan tekstur Gold Nano CC Cream ini sangat ringan, tak berminyak serta tidak ada kesan melekit. Bau wangi. Menyenangkan, kadang kalut bersiap nak keluar pergi kerja tak jadi masalah pun. Boleh je apply dalam perjalanan.




Jangan khuatir tentang Gold Nano CC cream ini turut ada fungsi sunscreen, melindungi dari sinar UVA dan UVB, dengan SPF50+ PA+++ yang membantu kulit anda dari kesan sunburn. Walaupun tekstur CC cream ini berwarna putih namun ia mudah blend dengan warna kulit, dan bila dah serasi blend tu kulit akan nampak lebih glowing! Best kan.. Tidak lupa kandungan bahan yang terbaik iaitu Niacinamide yang boleh mencerahkan kulit.



Cara nak apply Cc cream ini ialah selepas menyapu Aqua Whitening Cream sebagai pelembap muka, jadinya dengan kombinasi dua produk ini kulit anda akan dapat cukup perlindungan, elakkan dari kesan sunburn, dan skin lebih hydrate takdelah masalah dehydrate yang boleh mengakibatkan kulit kering dan kusam. Tudia memang risau kan ~

 

Mudah aje nak menggunakan Gold Nano CC Cream dengan jari je pun boleh tau tak payah guna berus, warna cc cream ini putih tapi bila dah apply dekat muka dan blend it whole face, warna krim tadi bertukar mengikut tona kulit anda. So warna ni nampak agak natural berbanding menggunakan foundation lain yang kadang muka kita nampak berubah ketara tak nampak natural. 





Asalnya tekstur ini berwarna putih, tapi bila dah apply pada muka ia akan perlahan bertukar warna ikut warna kulit anda. Sangat cantik effect selepas menyapu CC Cream ini, kulit nampak glowing dan tak kelihatan heavy makeup. Sesuai untuk wanita yang suka tampil gaya makeup yang sederhana. Simple dan mudah je untuk rutin setiap hari. Lepas berpeluh kena air makeup masih cantik, tak bercapuk. Fungsi pada CC Cream ini penting untuk melindungi kulit darirpada sunburn dan sekaligus mengatasi tona kulit tidak sekata.





Sejujurnya husniey sering kali mencari produk skincare yang mempunyai solusi terhadap kulit kering. Tiga jenis produk dari Hansaegee Nature ini sesuai dengan kulit husniey. Suka dengan tekstur pada Aqua whitening cream yang jenis water base, kesannya kulit terasa lembap sepanjang hari dan tiada lagi masalah kulit kering! Yeay. 



Bila dah tahu jenis kulit muka ni lagi senang kan, tinggal nak apply setiap hari dan amalkan skincare routine betul. Tiap kali keluar rumah sebelum ke tempat kerja memang husniey tak lupakan Cc cream juga untuk memastikan kulit sentiasa ada  perlindungan.Teksturnya ringan dan langsung tidak melekit. Selesa sungguh. Semoga entri kali ini memberi manfaat.





🍁Brand: Hansaegee Nature 

🍁Website: www.hansaegee.com/shop

🍁IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature

🍁Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia


You Might Also Like

1 comments

  1. Betul tu. Kita dah masuk 30-an ni memang kena jaga kulit wajah kita. Nanti nampak kusam, susah

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.