Honeymoon: Langkawi Part 3

Morning view di Dewani Villa cantikk kan bunga heliconia nih. Sukaa tengok :) Harap dapat habiskan cecepat  Entry ...


Morning view di Dewani Villa
cantikk kan bunga heliconia nih.
Sukaa tengok :)

Harap dapat habiskan cecepat 
Entry pasai honeymoon Langkawi nih,
Takut nanti makin hari makin lupa point nak add on dalam nih :p

DAY 2 part 3 dah ni :

Bangun pagi dgn semangat. 
Siap siap awal. Breakfast di hotel.

Berbaloi murah + view tenang area sini.

Nasiblah makan nasi lemak.
Sebabnya pagi tuh memang banyak gunakan tenaga. Hahaa
Mujur sangat tak terasa lapar masa island hopping :)

Alhamdulilah..
Bergegaslah kami ke Pantai Cenang,
And berkumpul di Amzar Motel utk pegi Island hopping.
 Kenapa pegi ke Amzar? Sebabnya kami beli pakej island hopping di Amzar Motel.
RM35 1 pax. Masa pagi tu, terus ke berkumpul di Amzar Motel tu.
Bayar pagi tu jugak.

Nanti akan ada van pickup, kutip kalian untuk ke Jeti.
Tak jauh pun dari Pantai Chenang tu ;)

sebelum island hopping tu, kami breakfast dulu di dewani villa

The breakfast. Heavy breakfast :p

Haaa best moment ever tauu. Geram tgk kaler air laut nih!

1st destination island hopping
 kami dibawa ke :


 1. Pulau Beras Basah

Dekat sini diberi masa 1jam,
Ikutlah nak buat apa.
Nak selfie ke, nak tidur kat tempat duduk disediakan ke.
Nak mandi manda ke.
Semua boleh. Hehe.

Tapi pastikan jaga kebersihan tempat ni.
Jangan buang sampah merata. 

Nice view at Beras Basah Island
Simple but rareeee kan~



teduhh kan. angin sepoi sini, ngantuk weh duk berteduh sini~
Suami in action. Seliparr memang omey angat tu! :p

Sebenarnya masa hari kedua kami disini, baru mula jerebu. kalau perasan ada 
'asap' jerebu tu kat dalam gambar. tapi tak kuat sangatla, 
hari ke 3 baru tinggi ipu jerebu sini.


haa, nampak takk berkabus tuu. jerebu la tuu :(

Duk sini takde buat ape sangat, nak mandi boleh aje.
Tapi kami tak mandi lah kat sini. Sebab masa ni panass sangat.
Huhu

Destinasi kedua island hopping, 

2. Pulau Singa Besar

Di sini kita hanya tengok driver boat bagi Helang helang kat situ makan.

Ramai jugak helang datang.
Driver boat tu akan campak kan ayam mentah dan kita pun tengok lah Lang tu makan.
Bolehla rakam, amik gambar.

Tengok tuu, ramai kan helang

Lang ambik makanan mereka tuu

Disini kejap aje masa. Lebih kurang 15minit macam tuu aje.
Then last, barulahh kami dibawa ke


3. Tasik Dayang Bunting

Sini memang ramai kera ni, jangan bawak makanan di tanganNanti kera comel ni ambikk kang! Hehehe

View dari luar tasik. Masa ni masih lagi dlm bot 

Dikatakan spt perempuan yang pregnant sedang berbaring

Masa diberi tuk mandi manda disini 1 jam sahaja,
then berjalan lah kami memanjat sedikit demi sedikit tangga disitu. Huhu

Semput jugaklahh, tapi nasib kejap aje kena panjat memanjat.


Dah penat naik turun tangga, selfie dulu lah :p

Dan tak lama pun kena jalan, 
Nampak lah dari atas view tasik tu

Cantikk kan. Sejuk je mata tengok hijau.

pool tuk kanak kanak pun ada ;) 

Nak mandi disini kena berhati hati, 
and pakai lah safety jacket yang ada disitu.
Rasanya RM 5 sewa. Huhu
Nak jimat, pakai aje jacket yang dari boat. 

Sebabnya air tasik kan air tawar.
Mudah hilang daya apungan badan.
Huhu. Ye ye je aku cakap gitu
Yang penting dia tak sama macam mandi air laut masin :)

Memang hakak pun tak mandi kat kawasan tasik dalam tu,
Cuma nak jugak merasa mandi, 
Last minit baru masuk pool, tu pun kat budak budak je. Huhu tak dalam lahh kan
Sebab ada lantai.
Alhamdulilah capai jgk hajat nak mandi situ ;D

Ramai jugakla harituu yang datang.

Sini ada sikit information pasai tasik ni : 

Jemputlah membaca. 
Rajinkan diri tambahkan ilmu and info :p

Sila zoom sikit tuk tumbesaran 

the information about the lake~

Rasanyaa itu aje yang mampu taip utk part 3 nih, penat dah rasaaa :(
Macam berlari marathon dah ni
Penat jugak memerah idea teringat nak menulis.
 Lagi pun melalui phone je.


Kbai. Thanks for reading~

Update ;  part4
Previous ; part2

You Might Also Like

0 comments