Honeymoon : Langkawi Part 5

Akhirnyaa jejak jugak ke part akhir tuk honeymoon Langkawi punya entry :) Setelah berhempas pulas merajinkan diri tuk taip entry nih ...

Akhirnyaa jejak jugak ke part akhir tuk honeymoon Langkawi punya entry :)

Setelah berhempas pulas merajinkan diri tuk taip entry nih
hahaa berhempas pulas tau!

Kalau ikutkan memang malas nak taip semua ni. Tapi suka nak kongsikan disini tuk tatapan dan refer balik nanti

Hari akhir di Langkawi, pilu rasa hati. 
Rasa tak puas lagi duk sini
and banyak tempat kami tak sempat nak pergi. 

3 hari 2 malam tak cukup masa nak explore tempat yang indah di Langkawi.
must repeat again here.

Pagi akhir kami jalan-jalan di Pantai Cenang.
Just take time 15 minit gitulah dari tempat kami Makam Mahsuri
Lepas breakfast je terus keluar

apalagi kan, hari last. Kumpul bebanyak selfiee! 
Nahhh collections gambar hari akhir kami. haha jangan muntah hijauu yee :p
Indahnyaa cenang 


Abaikan kualiti gambar yang tak berapa nak cun tu. Maklum laa not using iphone. Just cikai phone :P

me and you alwayss together~ 

jangan pernah bosan melayan karenahkuu ya suamiku~ (;

Selepas balikk tuu jalan nak ke Makam Mahsuri, kawasan hotel kami
Akan lalui bendang cantik. Haa lupa nak cakap mesti pelikk kan nape tak gi Makam Mahsuri :D

Kami rasa macam pergh mahal pulak dikenakan bayaran RM10 se pax
sekadar nak tengok sejarah disitu.  Tu yang tak masuk, siap dah pergi kat kaunter tau!
takde lah baik spend duit tuk shopping atau makan kan :p

takpe lain kali pergi sana mesti masuk makam mahsuri tu, hee

apalagi teruslahh snapp kan jumpa bendang cantik ni.
Dah kuning nak masak dah tuu padi ni kata suami :)

cantik kan. terpukauu!

Masuk bilik hotel, terus kemas semua barang. Check out pukul 11
and sebelum check out selfie lagii kami di pool villa tuh ;p

dah nama nyaa jalan jalan kan, haruslah selfie bebanyakk~
buat kenangan :)

seketul manusia di tepi pool 

Selepas dah setel checkout semua.
Tunggu akak and staff blue sapphire tours tu datang,
 akak tu nak pick up terus kereta sewa dia di hotel.
so kami ke Jetty Point dgn staff dia lahh. hihi 
seronoknyaaa like a boss kami dilayan balik
 and masa datang pun org pickup kan kami :)

Sementara tuh, awal lagi kan nak tunggu malam
 naik bas di Stesen Bas Kuala Perlis.
So kami pun 
jalan jalan dulu area kat Dataran Lang tu. 
Bergambar sakan lagi lah kami ;p

ni kat jambatan apa tahh, tapi yang comelnya sini 
mcm oversea je kan viewnya~
haruslah jiwang sikit~

ha, kami jalan jalan area sini la. 

Dah puas jalan jalan, siap solat, dah siap shopping dalam jetty point.
Then makan di food court jetty tu
Dalam pukul 3petang,
 kami pun berlepas naik ferry balik ke Kuala Perlis
Sebelum balik tu, jangan lupa beli dulu ticket ferry tauu! Beli on the spot je masa nak balik tu.
Dalam sejam lebih je naik ferry. Ya Allah ferry kami naik masa balik,
sejukk sangat! aircond diaa pergh bekuu. Terpaksa pakai sweater :p

Then, tiba di jetty Kuala Perlis jalan jalan area situ kejap.

Kami pun menapak ke Stesen Bas Kuala Perlis. 
Dekat je, 5 minit berjalan dari jetty 
 duduklah lepak di stesen bas situ

bestnyaa kalau dapat travel kuala perlis sekali kan?

 tapi apakan daya, lainkali lah yerr :]

Dalam pukul 6 petang tu, kami pun rasa nak makan dulu sebelum bertolak ke KT.
Intai punya intai kedai makan area situ.
ada lahh warung buka seberang jalan dari stesen bas tu.

Makan kat situ, aku try lah merasa Laksa Perlis.
Suami pesan nasi goreng kampung je.

perghh sedapp jugakk rasa laksa tak muak pun. Secukup rasa!

 Nah, belanja gambar ajelahh ye. hihi 

Sudah makan tu, kebetulan dah dekat maghrib.
terus siap siap nak solat maghrib.
Bas kami ke Kuala Terengganu pukul 8 pm.

Dah siap solat maghrib, tengok bas dah datang awal 7.30pm dah ada. 
terus naik bas la kami.

Dengan itu tamatlahh cerita ke Langkawi 2015,
first time kami suami isteri ke Langkawi.
Seronokla jugak travel selagi berdua ni kan. 

Alhamdulilah rezeki, berdua :))


Next destination ? (^_^)



You Might Also Like

0 comments