1st Time Makan di Sushi King

Assalamu'alaikum, Sihat ke semua. Maaflah kurang bersiaran disini. Ada je ni, cuma sibuk sikit menguruskan pelbagai urusan. InsyaAllah...

Assalamu'alaikum, Sihat ke semua. Maaflah kurang bersiaran disini. Ada je ni, cuma sibuk sikit menguruskan pelbagai urusan.
InsyaAllah tak akan lupa nak jejak kalian nanti, cuma lambat sikit je

Semalam 4 July 2017
Husniey cuba pergi makan dekat Sushi King, ni pertama kali makan disitu. Hehe tak pernah cuba sebelum ni. 
Makan sushi tu pernah je, tapi tak pernah nak cuba makanan di Sushi king


Alhamdulillah, hajat tercapai nak cuba makanan di Sushi King. Di Terengganu ni, satu je cawangan yang ada kalau tak silap.
Kalau di Kuala Terengganu ni, kat dalam Paya Bunga Square

Jemput baca entri menarik yang berkaitan:
📍Menu Sedap Di Sushi King Yang Selalu Jadi Pilihan
📍 Rezeki 2019 Tak Sangka Menang Voucher Percutian Ke Perth, Western Australia
📍 Misi Jalan Jalan Cari Makan di Hatyai (2 Hari 1 Malam)


Ini map ke Paya Bunga


Banyak menu yang tak ada stok kata pekerja situ, so banyak lagi lah tak dapat rasa. HAHA. Husniey cuba menu
Salmon Nishoku, Nasi Yuki don ke apa entah namanya lupa dah, hehe

Salmon with cheese tu haa ~ RM 5 (2pcs)

ini semua tak rasa lagi, nantilah repeat kita rasa semua benda ^^, haha


Menu ni suami yang nak sangat. Dia cakap lapar, jadi dia nak makan yang berat sikitlah. Serius sedap sangat nasi daging ni.. 😍

Green tea 1 jug ni 

Haruslah cuba green tea asli Japan ni kan. 
RM 1 je tak termasuk gst lagi tu


Menu kita semalam, sedap semuanya.
Makan sambil tersenyum :D

Letak sweet sauce sikit, lagi yummy!

Close up :P

Overall semua sedap! ❤👍
Alhamdulillah dapat jugak merasa. Hehe
Teringin nak rasa makanan Japan dari kat Osaka haritu lagi duk terliur, tengok kedai kedai makan di sana yang melambak.. Nak nak kat Dotonbori tu.. Fuhh macam sedap je semua 😂
(kaki makan, cuba tahan nafsu makan)
Setiap kedai ada banyak iklan + gambar hidangan makanan..

Tapi yelah sedia maklum tak boleh nak makan sembarangan,
kebanyakkannya tak boleh dimakan (tak halal) 😂

Nanti Husniey share makanan yang kami cuba di Osaka. Yang halal ada je, tapi tak banyaklah.. InsyaAllah, dalam minggu ni akan update entri ke Japan satu persatu

Okay jumpa lagi. TQ for reading this ❤

You Might Also Like

14 comments

  1. Sushi King sedap!!!!!! Siqah suka yang salmon ada cheese kat atas tu dan tempura 😍 Baca entri ni buat nak makan sushi lah pulak. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.. Sedapp sangat.. Husniey ni pun tak minat sangat dan tak pernah try sebelum ni dah jatuh cinta.. 🌸❤

      Sedapp.. ingatkan rasa pelik ke apa, ni tak pun.. Bestt sungguh ❤👍

      Delete
    2. kalau ada masa jumpa nanti, kita meet up di Sushi King. hihihi

      Delete
  2. Rasa ingin mencuba tapikan rasa tak tertelan la pulak.. Adeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestt sis Lea. Hehe must try, takdelah rasa pelik sangat selera Japanese ni.. Boleh ditelan tekak. Hehe 👍

      Delete
    2. Bagi yg x boleh makn sushi or sashimi, boleh try menu2 lain yg selera dgn tekak melayu..sushi king diupgrade sesuai dgn selera kita��

      Delete
  3. Cikde ana awal2dah rasmi sushi king dkt KT ni. Ana pun suka makan sushi king ni. Sedap sgt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh excitednya cikde Ana. Hehe

      Kann sedapp❤.. Nanti nak try makanan Korea lah pulak 😂 😂

      Delete
  4. Saya belum pernah cuba lagi SUshi King.... InsyaAllah one day nanti...

    ReplyDelete
  5. Belum pernah mencuba..kalau lalu...jeling-jeling juga..huhu..ada harapan nak singgah..

    ReplyDelete
  6. So camne pendapat HH tentang Sushi King?
    Sama tak dengan rasa di Japan?
    Baru-baru ni LZ ada pengalaman tak berapa nak menarik di Sushi King. Bebila LZ share di blog.. :-)

    ReplyDelete
  7. Kat perlis cawangan sushi king ni baru aje bukak , tapi CCL tak berapa gemar sushi

    ReplyDelete
  8. Haritu akak mai bg debit kad dia utk mai dan adik utk sehari, ape lagiiiiii, kami serbu sushi king ler, kekekeke. Itulah kali pertama dan terakhir masuk situ, mesti kakak menyesal bg kan, hahaha.

    ReplyDelete
  9. Dulu pernah makan jugak first time makan. Mujur ada kawan yang expert nak tempah apa. Giler malu time tu. Sabau jelah hehehe ...

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.