Rezeki 2019 Tak Sangka Menang Voucher Percutian Ke Perth, Western Australia - Husniey Husain

Breaking

Husniey Husain

Menulis Dari Hati, Via Jari Jemari

Post Top Ad

Thursday, 28 November 2019

Rezeki 2019 Tak Sangka Menang Voucher Percutian Ke Perth, Western Australia

Percutian Yang Tak Dijangka | Road To Western Australia 🇦🇺  Hasil Menang Giveaway Di Facebook 

 ❤ 
Assalamualaikum semua. Moga sihat dan ceria selalu. Hujung Julai lalu bila mendapat tahu khabat tentang rezeki ini, perkataan pertama keluar pada mulut husniey ketika itu.. "Ya Allah, biar betul. Betul ke ni.. Seriuslah?!". 



Masa itu terasa semacam nak tampar diri sendiri pun ada, hihi. Siap minta tuan suami pergi ke facebook post tersebut dan tolong baca semula sebab takut tersalah pandang. Contest yang husniey sertai dianjurkan oleh Traveloka di Facebook. Jujurnya husniey langsung tak menyimpan harapan besar. Hanya sekadar meletakkan sedikit usaha iaitu (tinggalkan komen yang kreatif). Untuk makluman husniey juga 'bukanlah ratu contest'. Jarang sekali ada mood nak sertai pertandingan. Masa itu hanya nak cuba nasib. Dah lah komen dalam bahasa inggeris.

Alhamdulillah, inilah komen yang di
tinggalkan Facebook page Traveloka 😍 

Alhamdulilah sangat bila dapat rezeki tidak dijangka, sebab tak pernah alami so macam rasa ini memang REZEKI BESAR. Selalunya pemenang yang terpilih berbangsa Cina payah nak jumpa bangsa Melayu. Jadi ini adalah perkara yang patut dibanggakan. Tak riak, cuma husniey bebetul tak sangka dengan rezeki ini. Payah juga jenis tak berapa nak yakin dengan kemampuan diri ni, hehe. Menangis call suami tengah outstation bagitahu berita ini; siap dia pesan "sujud syukur, sayang"


Perkara Yang Dilakukan Selepas Tahu Keputusan

Terma dan Syarat 

Mengambil tindakan pantas dengan menghubungi pihak traveloka di email yang telah diberikan, perlu hantarkan maklumat diri dalam masa tiga hari. Memang berdebar jugaklah takut semua ada. Email dah dihantar tapi respon lambat sangat nak diterima. Cuba bersangka baik mungkin ambil masa untuk keluarkan voucher yang dijanjikan. Nasiblah husniey terus cari jalan. Ada mesej kenalan PR dan inform pasal hal ini. Dia bantu husniey untuk maklumkan pada pihak yang incharge. Alhamdulilah tak lama selepas itu, selamat menerima maklum balas bersertakan segala maklumat penting pasal voucher percutian ke Western Australia.


Voucher percutian yang diberikan oleh Traveloka kepada pemenang bernilai
RM 4,250. Setiap pemenang dapat voucher nilai yang sama. Kiranya nilai RM 4,250 itu kita boleh adjust sendiri nak bercuti seorang atau berdua. Traveloka tak ada melarang. Jadi husniey gunalah voucher itu sebaik mungkin. Rezekilah dapat bawa suami juga. Macam bangga kejap bila boleh cakap dekat tuan suami "kali ini bercuti sayang belanja abang tiket flight dengan penginapan". Fuh tuu dia acah macam orang kaya aje kan, hehe. Voucher tersebut hanya boleh digunakan untuk ke Western Australia sahaja. Tak boleh ke destinasi lain. Memandangkan husniey dan tuan suami tak pernah bercuti ke Australia mestilah terasa gembira, tak sabar pun ada. Tapi dalam mood tak sabar,  lagi banyak perasaan berdebar sebab Australia bukan negara kaleng-kaleng.  Peraturannya ketat, setiap urusan kena bersabar dan banyak berdoa supaya Allah mudahkan dari awal sehingga ke akhir.

Proses Membuat ETA Visa Ke Australia 

Untuk pengetahuan kalian untuk masuk bercuti ke negara Australia diperlukan ETA Visa. Jika tidak ada Visa anda tidak dibenarkan sama sekali untuk masuk ke Australia. Terus husniey menggunakan khidmat Encik Google mencari travel agensi yang boleh buatkan visa dengan harga murah.



Dicadangkan menggunakan servis khidmat mohon Visa ke Australia dari syarikat Arba Travel Cas yang dikenakan hanya
RM 20 seorang dewasa. Harga berpatutan.
5 Ogos husniey Whatsapp ejen Arba Travel pada 7 Ogos husniey terima email dari Australian Gov bahawa ETA Visa kami berdua diluluskan. Berikan semua maklumat yang diminta seperti bukti pembayaran, alamat rumah, nombor telefon, email tanpa _ (underscore) dan tarikh tiba di Australia.

Bila Visa Australia dah lulus
 akan dapat email macam ini

Sedikit selingan part tarikh tiba di Australia husniey hanya letak tarikh jangkaan masa itu belum beli tiket flight sebab takutlah kan dah terbeli tiket flight, buatnya visa tak lulus kang rugilah. Jadi tips untuk traveller sila buat visa terlebih dahulu. Dah lulus baru beli tiket flight. Terdapat beberapa kes, ada yang semua dah book visa pula tak lulus. Ada juga terbaca di group dekat Facebook, visa yang diluluskan ditarik semula. Ada juga rakyat kita yang kena deny boarding. Fuh ini semua hal yang menakutkan ~

Bukanlah mudah untuk merasai kemanisan. Penuh ranjau dan liku. Selepas satu tangga kita perlu melangkah ke tangga yang lain pula. Yang pasti makin tinggi kita panjat makin mencabar. Cewahh kasi chance lah husniey berpuitis sesekali. Selesai pasal ETA Visa, kini kita beralih ke tiket penerbangan. Trip kali ini husniey memilih untuk menaiki kapal terbang milik Malindo Air.

22 Oct - 27 Oct 2019, Malindo Air 

Destinasi yang ingin dituju ialah Perth Western Australia. Sebelum membeli tiket beberapa kali belek blog orang dan baca pelbagai perkongsian orang lain. Ada yang kata Malindo okay, tapi tak ramai yang menulis review penuh untuk perjalanan jauh. Disebabkan perjalanan ke Australia makan masa agak lama jadi nak tahu juga, selesa ke tak. Nanti akan review pasal flight. Pengalaman pertama husniey membeli tiket penerbangan di dalam aplikasi Traveloka. Selalunya beli terus dalam web AirAsia. Voucher percutian yang diterima dalam bentuk kod; kena pilih pakej Flight + Hotel.

Membuat Tempahan Flight + Hotel Di Aplikasi Traveloka 

Mudah sangat bila guna kemudahan pakej Flight + Hotel dah tak perlu pening kepala. Beli sekaligus lebih jimat sebenarnya lagi best bila ada promosi. Terdapat banyak pilihan penerbangan, anda boleh buat pilihan contohnya; Penerbangan pergi dengan Malindo Air manakala penerbangan balik nak naik penerbangan lain seperti; Malaysia Airlines / AirAsia.

Maklumat pembelian tiket penerbangan + penginapan di Traveloka. Klik pada gambar untuk penglihatan yang lebih jelas. 

Suka bila ada beberapa pilihan begini.
Tapi untuk tiket husniey beli ini; pergi dan balik keduanya dengan Malindo Air. Selepas buat pilihan flight pergi dan balik, terus terpapar untuk buat pilihan penginapan. Terdapat banyak jenis penginapan di Traveloka. Pilihan terbaik mestilah sebuah apartment mewah (hiks yelah bukan selalu ditaja). Dinasihatkan bila travel ke luar negara menginaplah di apartment senang nak menyediakan makanan, nak membasuh baju. Selesa, biasanya bercuti di luar negara lebih lama mesti lebih 3 hari.

Maklumat penginapan. Selama 5 malam di Perth. 

Kaedah pembayaran di Traveloka cukup banyak dan memudahkan pengguna. Ada pilihan Internet banking, credit atau debit card, nak buat bayaran di kedai 7 Eleven juga boleh, jangan risau Traveloka ada berikan masa untuk selesaikan pembayaran. Di ruang kotak; Add Coupon boleh masukkan kupon kod diskaun jika ada. Selalunya Traveloka akan beri kod jika sedang berlangsung promosi. Terasa diri begitu istimewa bila husniey masukkan kod khusus yang diberikan, dapat tebus amaun  sebesar -RM 4,190.76. Alhamdulilah ya Allah! Rezeki.

E-Ticket akan dihantar melalui Email.
Hanya print out tunjukkan E-ticket ini di kaunter Check in ketika di airport. 


Selesai pembelian tiket flight dari KUALA LUMPUR - PERTH & PERTH - KUALA LUMPUR berserta penginapan selama 5 malam di Perth City. Ada lebihan dari voucher, RM 60. Tak dapat nak padankan dengan nilai amaun. Kalau pilih flight atau hotel yang mahal sangat nanti kita yang harus bayar sendiri jika terlebih amaun dari voucher diberikan, HAHA. Semasa buat tempahan flight husniey ada tambahkan bagasi bagi flight return; 15 KG atas nama tuan suami sahaja. Malindo Air boleh tahan mahal cas bagasinya iaitu 15 KG = RM 101.47. Kos bagasi tidak termasuk di dalam voucher. Jadinya kami perlu membayar dengan duit sendiri. Lain - lain kos tambahan; penerbangan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur RM 34.30 seorang.


Road To Perth Australia 
Kos Hangus Setakat Ini (2 Dewasa)
Flight + Hotel: Tajaan Bernilai 
RM 4,190.76 
Visa Australia: RM 40
Cas Bagasi 15 KG: RM 101.47
Tiket flight KT - KL: RM 68.60
JUMLAH = RM 210.07

Alhamdulilah lega rasanya boleh menaip sampai ke sini. Cukup rasanya nanti makin panjang entri ini makin melalut, banyak pulak part nak kena edit nanti, ngee. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan inspirasi. Semoga ada pahala yang mengalir. Entri seterusnya insyaAllah bakal kongsikan Pengalaman Menaiki Malindo Air & Hari Pertama di Perth Australia.

Love,
Husniey Husain.

14 comments:

  1. Serius best tengok husniey update masa husniey kat sana... memg rezeki sungguh dapat jalan sana... cantik2 pemandangan...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah rezeki akak.. bukan selalu kan..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...!!! bestnya rezeki..

    ReplyDelete
  4. Tahniah menang percutian tu. Bukan senang nak pergi ke sana tu

    ReplyDelete
  5. wah rezeki tak disangka2.. tahniah ye.. mama tumpang gembira

    ReplyDelete
  6. if it was me i would be cryingg

    ReplyDelete
  7. salam sis, bestnya dapat travel ke Australia, sponsored lagi:)congrats! thanks followmy blog, n done follow ur blog also, slm perkenalan:)

    ReplyDelete
  8. Rezeki betui.. tahniah sangat2.. ada baca kt FB husniey mse g sana..best betul..

    ReplyDelete
  9. tahniah..rezeki ke perth dgn traveloka..syok tu sbb nilainya 4k++ dh jimat situ

    ReplyDelete
  10. Tahniah husniey. Memang rezeki betul tu. Kira hadiah honeymoon la ni

    ReplyDelete
  11. seronokkkkknyeeeeee.tahniahhhh

    ReplyDelete
  12. Bab visa tu plg penting. Biar lulus dulu br booked yg lain kan.

    ReplyDelete
  13. Rezekinya.. bila rezeki saya nak travel juga ni

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.