Akhlak Remaja Makin Tenat : susulan kes tahfiz terbakar

Assalamualaikum.. Seperti mana yang anda semua sudah tahu Heboh diperkatakan kes Maahad Tahfiz terbakar dan lebih 20 orang maut Pada a...

Assalamualaikum..

Seperti mana yang anda semua sudah tahu
Heboh diperkatakan kes Maahad Tahfiz terbakar dan lebih 20 orang maut

Pada awalnya husniey membaca berita ni memang rasa terkejut, ramainya yang terkorban.. Terbayang juga bagaimana ia mula berlaku (dari api kecil, hinggalah besar) 

Cepat betul api merebak..

Tak lama selepas itu, media mula mendedahkan bahawa kebakaran bukan punca dari litar pintas.. Ada unsur khianat..

Masa tu juga sekaligus terkeluar pasal isu misteri tong gas yang ada..

Dalam kepala ni duk beranggapan yang buat kerja ni orang dewasa yang gagah, sebabnya gigih kot angkat dua tong gas ke tingkat 3 (asrama pelajar)

Lepas tu semalam mula tersebar video rakaman cctv ada lelaki panjat pagar, menunjukkan fizikalnya macam masih budak belasan tahun

Terbaca juga komen dari netizen menyatakan "mungkin itu budak budak asrama yang fly nak keluar pergi makan.."
Husniey pun fikir macam tu pada mulanya..

Sekali sangkaan husniey itu meleset,
rupanya merekalah suspek.
Sungguh tak ku sangka tak ku duga,  
suspek berumur belasan tahun dan ramai juga rupanya yang terlibat

Allahu. Angkara dendam diejek, beberapa orang remaja ni bertindak untuk membakar asrama tahfiz tu.. Agaknya mereka merasa puas dan berbangga ke melakukan perkara itu..??

Melibatkan banyak nyawa terkorban.. 
Sungguh sayu hati ni bila dapat tahu realiti kes ini
Pahit benar

Semoga mereka semua diberi hukuman setimpal.. Semoga ibu bapa diluar sana mengambil iktibar.. Didiklah anak anak dengan agama, dan akhlak yang baik (positif).. Biarlah menangis kerana bersusah payah didik anak menjadi orang yang baik, daripada menangis kemudian hari.. 

Dah terlambat nak lentur bila dah jadi 'buluh' 

Ya memanglah tiap manusia itu boleh berubah.. Baik ke buruk, buruk ke arah lebih baik.. Tapi sikit sebanyak agak susah

Mungkin ada antara ibu bapa yang sudah sehabis daya cuba mendidik anak mereka, namun anak tetap nakal dan ikut pengaruh kawan kawan..

Husniey percaya tiada ibu bapa yang mahukan anaknya jadi jahat.. 

Ini lah kehidupan, kita diuji dengan apa yang kita miliki..

Ada yang diuji dengan kemiskinan harta, ada yang diuji dengan kekayaan sehingga lupa diri dan pasangan.. Lalu memilih untuk curang..  Ada yang diuji dengan cacian orang sekeliling kerana tidak punya zuriat sepanjang perkahwinan, ada yang diuji dengan hutang keliling pinggang

Dan tidak kurang yang diuji dengan hadapi masalah akhlak anak anak yang sedang meningkat dewasa..


Jangan lupa kita juga sedang diuji..
Mungkin saja belum tersedar dari lamunan mimpi..

Jaga kata kata
Jaga akhlak

Moga yang baik baik saja untuk kita
Doa yang baik baik



Innalilah wainnailaihi rajiun..
Dari Dia kita datang kepadaNya kita kembali

Al Fatihah buat pelajar tahfiz yang terkorban
Kalian pasti sedang berbahagia di syurga 😭


Hikmah dari kes ini 
Dari kes ini, ada hikmah besar dan telah membuka mata dan minda orang ramai.. 




Status husniey di facebook



Semoga remaja yang terlibat sempat bertaubat dan diberikan petunjuk oleh Allah..


You Might Also Like

23 comments

  1. kadang kala dlm mengejar arus kemajuan negara, ada kala terpinggirnya akhlak dan jati diri anak-anak. mereka dibesarkan di kota metropolitan yg penuh dgn pancaroba hidup, stress, kemiskinan, masalah sosial, masalah kekeluargaan, masalah taraf hidup dan sebaginya menyebabkan akhlak dan jadi diri terpinggir ke belakang... mereka tak mapu nak fikir yang mana baik dan burunya....

    ReplyDelete
  2. Innalillahiwainnailaihirojiun..how come..bdk2 Malaysia skrg dh mula jd sperti bdk2 barat..seawal usia dh mula berani membunuh 😭 takutnya dgn dunia skrg..smoga ibu bapa alert dgn akhlak ank msing2..smoga mmpu cegah sblm terlmbt begini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ini peranan untuk ibubapa hari ni untuk membentuk minda anak supaya tahu membezakan mana yang betul dan mana yang salah. Kadang2 kedapatan ibubapa masa kini kurang luangkan masa dengan anak2. Ramai dari mereka lebih seronok layan henfon utk media sosial siang malam silap2 lupa dah anak pergi mana.

      Delete
  3. kena hukum suspek ini dengan hukuman berat jika terbukti mrka bersalah.

    ReplyDelete
  4. kisah ni sangat membuka minda masyarakat bila melibatkan unsur khianat. memang aira pun mula menyedari perlu buat kajian yang mendalam untuk menghadapi zaman serba moden ini. aira percaya memang pihak pakar terutama golongan intelektual menyumbang tenaga untuk mencari jalan penyelesaian terbaik dan sama-sama mengusahakannya dengan pihak yang lain.

    ReplyDelete
  5. Sedih ibu bapa yang Allah SWT ambil anak-anaknya kembali..namun beruntuk ibu bapa ini kerana anak-anak mereka penghuni syurga..aminn..namun lebih menyakitkan bagi ibu ayah dah keluarga si pelaku...mereka menanggung beban emosi sepanjang hayat dek tanggapan negatif masyarakat..subhanAllah..pilu..ralat..dirasai ibu bapa dengan situasi yang berbeza..mangsa dan pemangsa..isunya kecil...ejek mengejek..namun impaknya sangat besar..

    ReplyDelete
  6. Betul. Mek mase tahu rase amat marah. Belasan tahun sudah berganja 😡 Sudah merancang untuk membalas dendam 😡 Dan mek juga marah pada parents mereka kerana tidak cakna / prihatin pada ank sendiri. Jam 4pg ank tk balik, tkde kluar mencari. Lena tidurnya dirumah.
    Didikan akhlak bukan trbentuk di sekolah, bukan sehari dua. Ianya dari sejak awal umur manusia. Biar bergaji kecil janji baik akhlaknya. Biar tidak melawa asal baik akhlaknya.
    Ibu bapa, saya juga, ini adalah teguran daripada Allah. Jagalah ank ank kita dgn baik. Jgn biarkan ianya berulang.

    Untuk tahfiz, ianya perlu lebih banyak didirikan. Buka lah mata rakyat sekalian, ilnu agama lebih penting drp duniawi. Kita bantu sekadar mampu. Menyumbang apa yg perlu. Jgn pekakkan telinga dan butakan mata untuk sumbangan sebegini. Ianya saham buat akhirat kita.

    ReplyDelete
  7. Masa dapat tahu pasal suspek, Lya pon sangat-sangat tak percaya. Dari kes kena sterika pelajar UPNM dan sekarang nakar Tahfiz. Memang menunjukkan yang akhlak remaja sekarang sangat kurang didikan. Tapi macam yang Husniey cakap, saya juga percaya takde ibu bapa yang nak anak dia jadi begitu. Kita cuma perlu ambil ikhtibar dari kes ni dan harap lepas ni takde dah timbul kes macam ni. Sayu je rasa hati walaupun mangsa bukan lah dari kalangan ahli keluarga mahupun saudara mara. Alfatihah buat mereka :(

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah mereka di pilih Allah terlebih dahulu dari Kita dalam keadaan al quran tersemat didalam dada. Apa yang saya terkilan, segelintir masyarakat yang tidak cakna kepada sedih dan hibanya ahli keluarga mangsa dengan mengeluarkan kata kata yang tak sepatutnya. Akhbar2 cuba menerapkan persepsi negatif dengan mengatakan adik2 tahfiz mengejek suspek memyebabkan suspek bertindak luar kawal. Dengan tidak mengemukakan bukti bagaimana adik2 tahfiz mengejek, mereka dengan tidak segan silu menulis berita dengan mata hati buta. Apa yang di fikirkam hanyala laris nya artikel yang di keluarkan. Yang nyata dan jelas dgn bukti, suspek penagih dadah dan ini yang sepatutnya menjadi topik utama untuk dibincangkan bukanya meletakkan persepso negatif kepada adik2 tahfiz yang menyumbang kepada kejadian ini terjadi. Sedihnya..

    ReplyDelete
  9. sakit hati rasa,,rosak kerana dadah!

    ReplyDelete
  10. Cabaran ibu bapa masa kini. Anak2 mudah terdedah pada perkara dan aktiviti tidak bermoral skrg ni. Ibu bapa penting memainkan peranan mereka. Jgn di biarkan anak2 bebas berkeliaran. Amk tahu dgn siapa mereka berkawan dan apa mereka buat di luar sana. Takut memikirkan akhlak generasi yg akan dtg ni.

    Al-Fatihah kepada semua yg terkorban. Syahidnya mereka dan syurga menanti di sana.

    ReplyDelete
  11. Sampai sekarang kalau baca kisah anak2 tahfiz syurga ni, masih boleh mengalirkan air mata. Setiap yang berlaku ada hikmah besar. Sama jgak macam kes kebakaran pusat tahfiz ni. Mungkin cara kematian mangsa2 nampak begitu menyakitkan. Di akhirat sana paati membahagiakan untuk mereka. Ya Allah sedihnya!!!

    ReplyDelete
  12. memang marah dengan apa yang berlaku dan ikutkan memang dah agak dah something wrong somewhere dengan kisah kehadiran tong gas tu + semua pintu berkunci+api merebak dari luar. seriously memang mcm pro taktik budak2 ni. tapi taktik semua ke arah benda2 negatif camni. kalaulah kreativiti mereka disalurkan ke tempat yg betul, semua ni takkan berlaku. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini jelas menunjukkan budak2 jahat tu memang bernaluri jahat dihari kejadian. Adalah tidak wajar langsung mereka dianggap tak matang apabila mereka merancang dengan penuh strategi untuk membakar sekolah tahfiz tu. Bagi saya, terpulanglah pada ibubapa mangsa nak menilai pemikiran remaja2 jahat 15,17 18 tahun ni, tapi jika saya boleh memberi nasihat, pandanglah kehadapan. Yang ajal tetap ajal, tetapi bebudak jahat tu perlu diuruskan, samada melalui saluran pihak berkuasa (biasanya lambat, atau silap2 budak2 jahat ni lepas mcm tu je) atau bangkit perjuangkan hak nyawa anak2 anda.

      Delete
  13. akhlak remaja skrg mmg parah. ciri-ciri penghuni akhir zaman makin ari makin muncul satu demi satu

    ReplyDelete
  14. Sedih sangat dengan realiti kes ni... :'(

    ReplyDelete
  15. Yg banyak terbakar sekolah tahfiz

    ReplyDelete
  16. akhlak remaja makin tenat tapi kena ingat jugak generasi mana yang membesarkan. Hikmah no 2 tu hmmm rasanya orang salah anggap. ramai yang minta proper building for safe environment tapi ramai yang tafsirkan sebagai kebencian. anyway, takziah kepada keluarga mangsa

    ReplyDelete
  17. Masa tahu kes ni ada unsur khianat dan yang terlibat semua budak bawah umur. Ya allah sedih sangat rasa.

    ReplyDelete
  18. Buat mana2 yang bagi sumbangan tu, jangan lah bagi sumbangan pada sekolah tahfiz itu sahaja tetapi turut mencari keadilan buat keluarga si mangsa. Kalau saya boleh bersuara bagi pihak kerajaan, kalau betul budak2 Keramat tu yang membunuh, maka BUNUH jugalah hukumannya. Kalau ada hujah pembunuh hanya umur 17/18 tahun kononnya masih belum matang, hujahs saya pula ia hanyalah dalam undang2 British je (bawah 18 tahun disebut sebagai 'minor') tapi kalau dari kacamata Islam, budak laki2 umur 15 tahun amnya dah dianggap baligh yang bermakna wajar dah jadi pemimpin dalam keluarga (bahasa mudanya: boleh kawin dah). Tokoh2 Islam di zaman Khulafa Al-Rasyidin, umur 15 tahun silap2 dah jadi pembesar negeri. Maka kalau dilihat semula kepada kacamata Islam, Qisas adalah hukuman yang perlu dipertimbangkan. Kalau kesian sangat pada budak2 Keramat tu, maka Qisas mungkin boleh dipertimbangkan kepada mereka2 yang bertanggungjawab menjaga/membentuk budak2 tu iaitu ibubapanya. Sesungguhnya inilah situasi negara Malaysia - menuju kearah Masyarakat Yang Sakit. -A untuk Adil

    ReplyDelete
  19. Dunia akhir zaman, semakin banyak kerosakan yang berlaku di bumi ini, termasuklah akhlak manusia..

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.