MENDIDIK ANAK DALAM SIFAT MARAH
8/17/2020 03:06:00 pmKisah Yang Boleh Diambil Contoh Untuk Didik Anak Dengan Kasih Sayang Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, izinkan husniey berkongsi sedik...
Kisah Yang Boleh Diambil Contoh Untuk Didik Anak Dengan Kasih Sayang
Sebelum membuat perkongsian di blog, husniey dah mendapatkan keizinan dari empunya perkongsian ini. Bukan orang lain, sepupu husniey yang dah dianggap seperti kakak kandung, dah banyak dia beri nasihat dan kata-kata semangat dalam menghadapi ujian hidup. Alhamdulilah ❤
Doa Serta Amalan Yang Boleh Diamalkan Ketika Wabak Covid-19
3/17/2020 11:30:00 pmHimpunan Doa-Doa yang Boleh Diamalkan Dalam Islam Ketika Hadapi Musibah / Sakit Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Semoga semua...
Himpunan Doa-Doa yang Boleh Diamalkan Dalam Islam Ketika Hadapi Musibah / Sakit
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Semoga semua para pembaca sihat walafiat dan ceria di samping keluarga. Disini husniey mengambil peluang untuk menulis dan membuat perkongsian ilmu. Sudah lama tak menulis, banyak benda yang terjadi kan pada bulan Mac 2020 ini. Kita semua sedang diuji oleh Allah. Pasti ada hikmah besar dalam tiap kejadian. Dalam Islam kita diajar untuk bersabar dan bersolat dalam menghadapi ujian hidup.Penuh Suka Duka | Throwback Kenangan Pahit Manis Tahun 2019
1/12/2020 08:29:00 amAssalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Moga anda sentiasa sihat dan berbahagia di samping keluarga tersayang ya. Selamat men...
2019; Mula Menulis Produk Kecantikan
Kenangan manis tahun 2019 bila mula dapat beberapa job produk kecantikan. Terkejut, sebab tahu diri ini tak cantik. Tapi apa boleh buat, client suka kita on jelah kan. Bidang kecantikan merupakan bidang baharu diceburi bagi seketul husnieyhusain. Tak mudah nak mula menulis sesuatu bukan kebiasaan, namun tak susah juga kalau belajar dan terus belajar. Lebih mengejutkan bila client teruskan kerjasama sehingga beberapa bulan dari Januari - April. Lama kan? Alhamdulillah ♥️Disebalik Ujian; Lirik Lagu Menarik | Dunia Sementara Akhirat Selamanya
2/26/2019 11:30:00 amAssalamualaikum, pada mulanya husniey dengar lagu ini masa dalam kereta semasa dalam perjalanan dari Kemaman ke Kuala Terengganu. Kalau ...
-- LIRIK LAGU DUNIA SEMENTARA AKHIRAT SELAMANYA
Nyanyian Oleh Derry Sulaiman & Ali XPDC
Hidup Ini Penuh Dengan Kejutan
1/29/2019 09:00:00 pmAssalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Moga sihat selalu hendaknya dan sentiasa dalam rahmat Allah. Dah lebih seminggu husniey...
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Moga sihat selalu hendaknya dan sentiasa dalam rahmat Allah. Dah lebih seminggu husniey tak update blog. Maaf ya bukan sengaja nak mendiamkan diri di sini. Blog dah umpama diari bagi husniey.
Perkara kedua ingin husniey highlight bagi bulan Januari ini ialah apabila dapat tahu bapa saudara terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori. Kemalangan berlaku di kampung ayah, di Kerteh. Lebih menyedihkan, bapa saudara (Pak Meran) sedang koma. Masih belum sedar. Dekat seminggu dah Pak Meran di hospital. Dibawa ke Hospital Kemaman, tapi sebab di Hospital Kemaman tak ada banyak kemudahan jadi transfer ke Hospital Kuantan. Jarak antara Kemaman - Kuantan memakan masa 1 jam. Tangan dan kakinya patah, kepalanya cedera teruk juga. Tempurung kepala retak kena buang. Ada pendarahan dalam otak, dan darah beku telah selamat dibuang (operation). Masa kejadian kemalangan Pak Meran naik motosikal. Selalu pernah tengok dalam movie je orang koma, ini dah tengok sendiri depan mata. Allahu sayu sungguh.
![]() |
Wad ICU - Bila ramai kena bergilir gilir. Hanya dua orang boleh masuk untuk melawat. |
Berkelah di Tepi Sungai Kuantan
Dalam kesedihan ada juga cerita gembira. Kami kalau dah berkumpul mesti tak sunyi dengan gelak tawa. Orang nampak macam happy kan, dapat berkelah kat sungai.
Itu hanya kebetulan. Sungai Kuantan tu bersebelahan je dengan hospital, jadi kami bawalah bekal lauk pauk dan nasi. Dah macam family day. Itu yang husniey kata hidup ini penuh kejutan, tiba tiba. Ada perkara kita tak rancang ia menjadi.
Ada perkara kita dah rancang lama, tapi tak menjadi.
![]() |
Meriah bukan.. Lama betul tak berkelah bersama macam ni |
![]() |
Suasana berkelah di tepi sungai Kuantan |
![]() |
Masih belum cukup korum. Ramai belum ada. Dah macam budak asrama keluar outing. Teka mana se anak sedara yang mana satu mak sedara 😅 |
![]() |
Masjid Indera Mahkota. Masjid ini ada kemudahan tandas dan bilik air yang banyak. |
Dalam masa sama, husniey duk bertahan sakit. Di ketiak ini ada naik ketulan. Hampir seminggu sakit. Perit. Masa sepanjang kena tu tak sempat nak ke klinik, terus balik kampung dan ke Kuantan. Pada firasat husniey mungkin panas dalam kot, hormon ke. Tak tahulah. Balik je ke Kuala Terengganu pergi check dengan doktor dekat klinik, katanya JANGKITAN KUMAN. Doktor kata mungkin kesan shave ke apa.
Moga tak naik lagi dah ketulan macam ni perit dan seram tiapkali nak gerak tangan rasa terbatas. Risau sungguh kalau ada kaitan dengan kanser ke 😌. Nauzubillah.
Ya Allah apabila aku sakit, Kaulah yang sembuhkan. Moga yang baik baik aje buat kita semua. Moga kalian semua sihat walafiat dan dimurahkan rezeki.
Pengikut Dajal Paling Ramai Nanti Adalah Wanita
10/29/2018 11:49:00 amSalah satu cara musuh merosakkan umat Islam, adalah dengan menyerang wanita-wanita Islam. Sebab itu macam-macam benda pelik timbul. Baik ...
Baik cara untuk cantikkan diri hinggalah ke video challenge yang bukan-bukan. Yelah, nak pengaruhi lelaki susah sikit. Tapi bila perempuan dah terpengaruh. Mudah kerja. Sebab lelaki ini mudah cair pada pujuk rayu perempuan.
Daripada Ibnu Umar ra, Nabi SAW bersabda:
يَنْزِلُ الدَّجَّالُ فِى هَذِهِ السَّبَخَةِ بِمَرِّ قَنَاةَ فَيَكُونُ أَكْثَرَ مَنْ يَخْرُجُ إِلَيْهِ النِّسَاءُ حَتَّى إِنَّ الرَّجُلَ لِيَرْجِعُ إِلَى حَمِيمِهِ وَإِلَى أُمِّهِ وَابْنَتِهِ وَأُخْتِهِ وَعَمَّتِهِ فَيُوثِقُهَا رِبَاطاً مَخَافَةَ أَنْ تَخْرُجَ إِلَيْهِ
“Dajjal akan turun ke Mirqonah (nama sebuah lembah) dan majoriti pengikutnya adalah kaum wanita, sehingga seseorang akan pergi menemui isterinya, ibunya, puterinya, saudarinya dan mak ciknya kemudian mengikatnya kerana khuatir keluar menuju Dajjal”.
[Hadis Riwayat Ahmad 2: 67]
Justeru, kaum lelaki perlu mainkan peranan penting. Selalulah perhatikan isteri dan anak-anak gadismu. Kasihani mereka. Usah biarkan mereka dibuai hembusan-hembusan fitnah Syaitan dan Dajjal.
Pesan tentang kebenaran agar mereka tak terhindar anasir Syaitan dan Dajjal yang sangat licik lagi halus.
Semoga Allah jauhi fitnah Dajjal Laknatullah dan lindungi kita semua. Amin Ya Rabbal 'Alamin. Boleh share agar sama-sama beringat.
#UFR
Tulisan ini oleh Ustaz Farid Rashidi
Follow beliau di facebook banyak perkongsian ilmiah yang boleh dibaca dan jadikan pedoman. >> Facebook Ustaz Farid Rashidi <<
Jom Bayar Zakat dan Berpeluang Menangi Hadiah Menarik
10/05/2018 09:42:00 pmAssalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sesungguhnya Allah SWT telah menfardhukan zakat sebagai pembersih harta - Hadis Riwayat Bukhari. Da...
”PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat”
Rezeki dan Ujian dari Allah - Motivasi Ustaz Ebit Lew
8/03/2018 01:18:00 pmAssalamualaikum, salam Jumaat. Dah Ogos 2018. Kejap saja masa sekarang ni. Dari seminggu ke seminggu tak terasa masa berputar laju. Hus...
Sebenarnya rezeki kita itu sentiasa ada.Cuma kita sahaja yang tak nampak.
Sebabnya dimata kita rezeki itu adalah wang ringgit semata-mata.
Tak ada anak pun bukannya sebab rezeki kita tak ada.
Tapi sebab Allah beri rezeki dalam bentuk yang lain.
Tak ada jodoh pun bukannya sebab rezeki nak kawin tu tak ada.
Tapi sebab Allah dah sediakan sesuatu yang lebih baik.
Semuanya akan tiba indah dan tepat pada waktunya.
Kalau kita sentiasa yakin pada janji Allah,Kita syukuri setiap nikmat Allah,In shaa Allah hidup kita akan tenang
21 Ramadan | Sedikit Nurkilan dan Perkongsian
6/06/2018 08:23:00 amAssalamualaikum dan Salam Sejahtera, buat rakan sesama muslim. Selamat Berpuasa ya, harini dah pun masuk 22 Ramadan 1439H MasyaAllah ce...
Selamat Berpuasa ya, harini dah pun masuk 22 Ramadan 1439H
MasyaAllah cepatnya waktu berjalan.
Eh berjalan ke marathon ni.. Laju betul
Rasa macam baru je haritu masuk awal Ramadan, moga segala amal ibadat diterima Allah..
Tahun akan datang masih adakah kesempatan untuk bertemu bulan yang penuh keistimewaan ini? Kita tak tahu
Mohon maaf jika terdapat kesalahan, jika kekurangan layanan terhadap rakan rakan blogger dan pembaca blog ni. Husniey suka je berkawan tak kira siapa pun.
Yang baik kita ambil jadikan contoh,
yang kurang baik jangan dikut dan jadikan iktibar. Minggu ini husniey banyak duk termenung dan ingat mati.
Kadang nampak je luaran sihat walafiat, tapi tak tahu ajal bebila masa je boleh datang menjemput 😭
Hidup dan mati ni rahsia Allah
Kadang yang sakit lagi panjang hayatnya, yang sihat pula pergi dulu. Rahsia Allah!
Rindu Pada Yang Telah Pergi
Orang baik baik ni kalau dia pergi selamanya, kita akan merasa seolah mereka cuma pergi bekerja tapi tak kembali.. Macam contoh keadaan husniey pernah lalui, arwah ayah mertua husniey meninggal semasa bekerja dan 2 hari sebelum berhari raya pada 2014.
Masa tu baru je kahwin 1 bulan lebih. Baru aje nak feeling sambut raya dengan suami dan keluarga suami dengan meriahnya. Tapi siapa sangka raya yang pertama bersama suami tu meninggalkan memori duka.
Arwah ayah tak ada sakit apa pun, tetiba kawannya datang beritahu ayah macam pengsan. Pergi macam tu je, mudahnya. Allahuakbar.. Berat ujian masa tu nak raya.. Dengan adik adik ipar masih kecil.
Sampai sekarang merasakan seolah arwah pergi kerja tapi tak pulang..
Walaupun masa tu baru jadi menantunya, husniey bahagia. Ayah layan husniey baik sangat.. Ikhlas tu dapat dirasai
Arwah ayah suka memancing dan bawa balik ikan besar, pastu dijamu makan untuk keluarga. Sehari sebelum dia meninggal tu sempat dia bawa ikan ikan hasil tangkapannya berbuka bersama keluarga besarnya.. Dan dia ada berikan tanda dalam nada gurauan.
Katanya "ikan ni yang akhir dah ni,
lepas ni takde dah"😭
Esoknya bila ayah mertua pergi adik beradiknya tak percaya baru semalam bersama bergelak ketawa
Rindunyaa. Lepas ayah tak ada macam macam ujian datang. Sungguh inilah ujian untuk kami yang masih di dunia perlu tempuhi
Masih ingat pada hari tu,
bergegas ke hospital dan melihat arwah di bilik mayat.
Tanda tanda arwah nak pergi tu ada tapi semua tak perasan..
Ramai lagi saudara husniey yang disayangi pergi mengejut masa bulan Ramadan
Moga Allah tempatkan mereka di kalangan orang beriman.. Aamiinn
Sedikit perkongsian dari facebook buat mereka yang sedang ditimpa masalah dan dugaan.. Moga tabah 💪
Jangan lupa banyakkan pelbagai amalan baik diakhir Ramadan ni, banyak pahala yang dijanjikan. Ingatan untuk diri sendiri juga 😊
Kadangkala kita doa untuk dikurniakan pasangan yang baik tapi Tuhan hantar kawan-kawan baru yang baik.
Kadangkala kita doa untuk dapat anak, namun dikurniakan tambahan kewangan.
Kita doa untuk begini, tapi Tuhan bagi yang begitu.
Mungkin buat waktu ini kita lebih perlu untuk berada dalam keadaan sekarang.
Tuhan lebih tahu.
Apapun teruskan doa & usaha, kerana rezeki itu ada, cuma berbeza ceritanya.
Sabar, okay?
Ganjaran sabar sangat tidak terbatas.
Dan pasti ada sesuatu yang indah menanti
— via arnamee
Credit to FB Aku Islam
Salam Ramadan 1439H
5/17/2018 08:08:00 amAssalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Alhamdulillah diberi peluang bertemu kembali pada Ramadan tahun ini. MasyaAllah panta...
Di kesempatan ini husniey ingin memohon maaf andainya terdapat kekhilafan sepanjang mengenali kalian. Tak kisahlah kita tak pernah berjumpa atau pun tak kan😅
Ramadan 2018 masih lagi berdua, mungkin pada mata orang lain
"alah bilalah kau ni nak bertiga bereempat kan." Untuk persoalan begini husniey tiada jawapan.
Allah saja yang tahu bila waktunya. Bagi husniey dan suami tak kisahlah tatkala menghadapi waktu susah atau senang paling penting ialah kami tetap merasa bersyukur. Alhamdulillah dengan keadaan ini ada yang diuji lebih teruk. Berpuluh tahun menanti pasangan, hidup sebatang kara.
Moga dengan merasa cukup (Qanaah), Allah akan tambahkan lagi nikmat yang lain ☺️
Tiap kali tiba Ramadan, husniey teringatkan insan insan yang telah tiada di dunia ini. SubhanaAllah rindunya! Orang yang baik ni, bila meninggalkan dunia kita terasa seperti mereka masih ada, cuma mungkin jasadnya sahaja tak ada. Tapi kenangan dan auranya sentiasa dalam ingatan. Al-fatihah untuk yang telah pergi. Ayah mertua, kedua nenek dan atuk, bapa bapa saudara tersayang 😥 Ramai yang telah pergi mengejut..
Itulah ajal, giliran kita dijemput tak tahu pula bila
Dalam 11 bulan yang ada sepanjang tahun, mungkin tak sedar banyak khilaf yang telah kita buat. Dijadikan 1 bulan ini (Ramadan) untuk menyucikan jiwa dan banyakkan bertaubat, dan Allah juga sediakan ganjaran hebat. Memanglah kita tak nampak di dunia ni, tapi insyaAllah di akhirat nanti kita akan lihat hasilnya
Jangan lupa ya
❌ Kurangkan mengumpat dan bergosip
❌ Kurangkan bercakap perkara mengarut
✔️ Lazimkan dengan zikir / mengaji / solat sunat
✔️ Bersedekah
✔️ Membantu urusan isteri di rumah
✔️ Banyakkan berdoa untuk diri kita, keluarga dan saudara seIslam di seluruh dunia.
Di Palestin sedang berlangsung peperangan kerana yang terkini Amerika Syarikat baru beberapa hari mengisytiharkan Baitulmuqaddis menjadi ibu negara Israel, dan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Jerusalem.
Ramai saudara kita yang terkorban. Allahuakbar. Sungguh kita sedang berada di akhir zaman 😭
Untuk maklumat terkini boleh lihat di Facebook Page: Aman Palestin
![]() |
DOA QUNUT NAZILAH |
Apakah maksudnya?
Iaitu bulan istimewa dan yang mulia.
Terdapat banyak keistimewaan antaranya ialah:
1. Terbuka luas pintu taubat
2. Dilipat gandakan pahala kebaikan
3. Dan paling hebat adalah Lailatulqadar.
Jadi jawabnya ialah الله اَكْرَمُ Allahhu Akram (Allah Maha Pemurah/Dermawan/Mulia)
Sebab Allah lagi Maha Pemurah, Maha Mulia dan Penyayang, menganugerahkan bulan Ramadan serta pelbagai keistimewaannya buat kita
Nikmat Bersyukur petikan dari buku Senyumlah
2/25/2018 06:31:00 pmCuba kita tanya orang sekeliling kita, jiran kita... Apa yang boleh menenangkan hati mereka? Sudah pasti ada yang menjawab: ...
Apa yang boleh menenangkan hati mereka?
Sudah pasti ada yang menjawab:
2. Lebih pendapatan RM 500 sebulan akan tenangkan hati..
3. Dapat kereta baru..
Bayangkan hari ini anda mendapat lebihan RM 500 sebulan seperti yang diharapkan, anda gembira.. tapi percayalah dalam masa dua bulan akan datang anda akan terasa gaji baru itu tidak cukup dan anda inginkan lebih RM 1000 sebulan
Usah merungut pada apa yang tiada - sekiranya hendakkan sesuatu, jangan habiskan masa dan tenaga dalam rungutan, sebaliknya fokus segala masa dan tenaga dalam usaha kita untuk mencapai benda yang dihasratkan
Sangka baik pada Allah
12/27/2017 09:06:00 amMemang susah untuk kita melihat sisi baik dalam setiap ujian Tuhan. Atas setiap apa yang Dia dah tentu dan takdirkan. Nak menilai sejau...
Memang susah untuk kita melihat sisi baik dalam setiap ujian Tuhan.
Atas setiap apa yang Dia dah tentu dan takdirkan.
Nak menilai sejauh mana kita kekal bersangka baik pada Tuhan.
Nak melihat sejauh mana tawakkal pada Dia kita gantungkan..
Untuk kita kekal yakin pada janji-janji Tuhan yang masih dirahsiakan.
Ya muqallibal quluub, tsabbit qalbii ‘alaa diinika wa ‘alaa thoo’athik..
Credit to
- Aku Islam -
Ujian Pasti ada Rahmat dan Hikmah
12/18/2017 09:58:00 pm'Dalam ujian pasti ada rahmat dan hikmah ' Ya aku dah nampak dan melaluinya.. Jika ditakdirkan nasib baik, tahun i...
Ada pula tahun yang aku lalui sebaliknya😭
2014 - 2016 banyak ujian yang mencabar
Aku percaya Allah uji itu sebab aku mampu.. Dia nak aku belajar sesuatu dan ambil pengajaran dari tiap sesuatu..
mula rasa nak berniaga makanan.. Berniaga kecilan.. Buat dessert, Cheesekut..
Peduli apa yang orang nak anggap..
Allah akan mencatatkan ganjaran besar jika kita bersabar..
Benar, tak mudah..
Aku jujur dalam business, Allah temukan aku dengan orang orang yang jujur juga.. Alhamdulillah! 💟
Perniagaan meningkat 2x ganda dari tahun sebelumnya..
Ramai client dapat tahu servis aku buat itu hanya dengan membaca blog ini
Itu sebab tak berapa nak iklan di mana mana media sosial lain seperti facebook atau instagram personal..
Kerana bagiku cukup dah rezeki yang ada
Tahun 2017 ini hampir semua yang aku idamkan telah tercapai 🌸
Paling latest rezeki kereta baru..
Di tiap duka akan ada kisah suka..
Berkat sabar menahan segala rasa..
'Usaha, yakin diri, doa sungguh sungguh dan tawakkal pada Allah'
Biarlah segala huraian doa itu terletak dihati
kita tak perlu balas apa pun..
Kalau penat dalam menghadapi kehidupan berliku, menangislah mengadu pada Allah
Berjuang di dunia ni untuk menuju ke akhirat
Ada Ketika..
12/08/2017 07:41:00 amAda Ketika.. Kita perlu berkorban demi kebahagiaan orang Ada Ketika.. Diam itu lebih baik Ada Ketika.. Redha akan ad...
Salam Penghulu Segala Hari 😊
Perkongsian di Hari Jumaat
10/20/2017 07:56:00 amAssalamualaikum 🌸 Doa naik kenderaan 🌸 بِسْمِ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَناَ هَذَا وَمَا...
🌸 Doa naik kenderaan 🌸
Dengan Nama Allah. Segala Puji Bagi Allah. Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasaiya. Sesungguhnya kepada Tuhan kamilah kami akan kembali. Segala puji bagi Allah, Segala puji bagi Allah, Segala puji bagi Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Maha Suci Engkau, aku telah menzalimi diriku. Ampunilah daku. Sesungguhnya hanya Engkaulah Pengampun dosa-dosa.
🌸 Membaca takbir di tempat yang tinggi dan bertasbih ketika turun 🌸
"Apabila kami menaiki bukit kami membaca: "Allah Maha Besar"(1) dan apabila turun kami membaca:
Akhlak Remaja Makin Tenat : susulan kes tahfiz terbakar
9/17/2017 11:20:00 amAssalamualaikum.. Seperti mana yang anda semua sudah tahu Heboh diperkatakan kes Maahad Tahfiz terbakar dan lebih 20 orang maut Pada a...
Seperti mana yang anda semua sudah tahu
Heboh diperkatakan kes Maahad Tahfiz terbakar dan lebih 20 orang maut
Pada awalnya husniey membaca berita ni memang rasa terkejut, ramainya yang terkorban.. Terbayang juga bagaimana ia mula berlaku (dari api kecil, hinggalah besar)
Cepat betul api merebak..
Tak lama selepas itu, media mula mendedahkan bahawa kebakaran bukan punca dari litar pintas.. Ada unsur khianat..
Masa tu juga sekaligus terkeluar pasal isu misteri tong gas yang ada..
Dalam kepala ni duk beranggapan yang buat kerja ni orang dewasa yang gagah, sebabnya gigih kot angkat dua tong gas ke tingkat 3 (asrama pelajar)
Lepas tu semalam mula tersebar video rakaman cctv ada lelaki panjat pagar, menunjukkan fizikalnya macam masih budak belasan tahun
Terbaca juga komen dari netizen menyatakan "mungkin itu budak budak asrama yang fly nak keluar pergi makan.."
Husniey pun fikir macam tu pada mulanya..
Sekali sangkaan husniey itu meleset,
rupanya merekalah suspek.
Sungguh tak ku sangka tak ku duga,
suspek berumur belasan tahun dan ramai juga rupanya yang terlibat
Allahu. Angkara dendam diejek, beberapa orang remaja ni bertindak untuk membakar asrama tahfiz tu.. Agaknya mereka merasa puas dan berbangga ke melakukan perkara itu..??
Melibatkan banyak nyawa terkorban..
Sungguh sayu hati ni bila dapat tahu realiti kes ini
Pahit benar
Semoga mereka semua diberi hukuman setimpal.. Semoga ibu bapa diluar sana mengambil iktibar.. Didiklah anak anak dengan agama, dan akhlak yang baik (positif).. Biarlah menangis kerana bersusah payah didik anak menjadi orang yang baik, daripada menangis kemudian hari..
Dah terlambat nak lentur bila dah jadi 'buluh'
Ya memanglah tiap manusia itu boleh berubah.. Baik ke buruk, buruk ke arah lebih baik.. Tapi sikit sebanyak agak susah
Mungkin ada antara ibu bapa yang sudah sehabis daya cuba mendidik anak mereka, namun anak tetap nakal dan ikut pengaruh kawan kawan..
Husniey percaya tiada ibu bapa yang mahukan anaknya jadi jahat..
Ini lah kehidupan, kita diuji dengan apa yang kita miliki..
Ada yang diuji dengan kemiskinan harta, ada yang diuji dengan kekayaan sehingga lupa diri dan pasangan.. Lalu memilih untuk curang.. Ada yang diuji dengan cacian orang sekeliling kerana tidak punya zuriat sepanjang perkahwinan, ada yang diuji dengan hutang keliling pinggang
Dan tidak kurang yang diuji dengan hadapi masalah akhlak anak anak yang sedang meningkat dewasa..
Jangan lupa kita juga sedang diuji..
Mungkin saja belum tersedar dari lamunan mimpi..
Jaga kata kata
Jaga akhlak
Moga yang baik baik saja untuk kita
Doa yang baik baik
Dari Dia kita datang kepadaNya kita kembali
Al Fatihah buat pelajar tahfiz yang terkorban
Kalian pasti sedang berbahagia di syurga 😭
Status husniey di facebook
Rezeki Suami Berkait dengan Isteri?
9/11/2017 11:43:00 pmPerkongsian dari facebook Ustaz Ebit Lew "Ramai orang bertanya saya. Betul ke bila orang sakitkan hati bidadarinya is...
Perkongsian dari facebook Ustaz Ebit Lew
"Ramai orang bertanya saya. Betul ke bila orang sakitkan hati bidadarinya isterinya rezekinya jadi sempit. Rezeki yang ada pun boleh hilang.. Betul ke doa seorang isteri itu makbul. Benarkah semua orang yang berjaya dibelakangnya ialah doa isterinya dan doa ibunya..?
Siapa bersyukur (menghargai) maka Allah akan tambahkan nikmat. Siapa kufur( ingkar khianat tak jujur) Allah beri azab yang pedih..
Orang paling banyak berkorban asbab manusia ada dalam dunia ini ada 3 orang. Pengorbanan mati separuh nyawa seorang ibu. Seorang ibu mertua. Seorang isteri yang melahirkan anak kita..hargailah wanita ini dan lihatlah bagaimana Allah memberi nikmat dan rezeki kepadanya. Orang yang tak mengasihi tidak dikasihi.
Jangan ada sekelumit pun sangkaan jahat pada orang terutama kepada 3 wanita ini..jangan kasar atau pandang rendah pada 3 wanita ini. Jangan kedekut pada mereka.
Saya teringat masa bidadari saya bersalin anak pertama. Teringat jeritan kami sama-sama baca laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin...
Bila baby keluar bidadari saya tak lama pengsan. Sebab baby lama dan susah nak keluar. Doktor ulang kali. Tolong push kuat-kuat. Nanti baby lemas. Seorang nurse tekan dari atas perut.
Seorang lagi saya tengok tengah macam guna gunting atau pisau di bawah..ya Allah. Menangis. Ya Allah..ampunkan dosaku. Ya Allah selamatkan bidadariku. Selamatkanlah anakku. Tengok jeritan, kesakitan, peluh, darah, tekanan...ya Allah. Ya Allah begitu kuat dan cinta ikhlas dalam hati seorang wanita...
Bila anak keluar isteri dan pengsan tak sedar. Sebab lama sebelum baby bernafas.
Isteri masih minta maaf. Katanya maafkan saya abang...maafkan saya...
Saat bayi diletak dalam pelukan barulah segala kesakitan seolah-olah hilang. Ya Allah..
Masa anak kedua, ketiga , keempat, czer...ya Allah, saya sangka belah perut terus ambil anak rupanya. Berlapis-lapis. Sampai bahagian dalam. Dengan darah kesakitannya..saya menangis. Sambil pegang tangan isteri dan usap dahinya. Abang sayang bidadari abang ini.
Abang cinta sayang bidadari abang..selepas dikeluarkan. Suasananya. Jahit satu-satu lapis perut. Dah macam apa perut itu. Dengan darah penuh. Ya Allah..
Setiap kali dapat anak saya, azan dan iqamah. Selalu sebak. Sebab doa tangisan Nabi saw,anak saya dapat kenal Allah...
Rindu ibu yang melahirkan saya. Kerana itu bagaimana seorang lelaki itu boleh berjaya tanpa rasa syukur yakni menghargai pengorbanan wanita dalam hidupnya...
Nabi Ibrahim as kerana Allah. Hajar ra dan Ismail as berkorban. Sebagai balasan Nabi Ibrahim telah berusaha menjadi ayah dan suami yang baik. Bimbing keluarganya kepada Redha Allah dan masuk syurga..
Sebagai suami yang baik. Bimbinglah isteri dan anak-anak cintakan Allah dan Nabi saw. Bahagiakanlah hati mereka. Jangan kedekut beri duit dan hadiah pada isteri dan ibu kita.
Tidak akan pernah berjaya orang yang tidak menghargai isterinya..Yang tidak hargai ibunya..jagalah amanah Allah ini. Pasti Allah akan jaga kita. Bimbing mereka masuk syurga.
Buat seorang suami, usaha dan doalah supaya dapat bersama dan beri semangat pada isteri saat berrsalin kerana itulah saat sakit teramat. Lihatlah pasti hati keras mana akan berderai dengan air mata. Jatuh cinta lagi..
Selamat Hari Raya Idul Adha. Ya Allah terimalah kami semua jadi daie dan jadi matahari hidayah-ebit lew"
Semoga bermanfaat buat semua..
Pesanan Dr Hamid Arshat Kepada Wanita
6/14/2017 07:40:00 amPESANAN KEPADA WANITA DAN PESAKIT2 SAYA 1. Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang ringgit yang bertim...
1. Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang ringgit yang bertimbun banyaknya pun yang boleh menebus kesihatan bila sudah dilanda penyakit kronik.
2. Pencegahan penyakit adalah lebih baik dari rawatan. Tapi bila sudah ditimpa penyakit perlu cari ubat dari peringkat awal. Cari ubat dari doktor bertauliah dulu. Rawatan alternatif dan tradisional bolih dikabungkan kemudian.
3. Berdoa kepada Allah SWT setiap hari dan setiap waktu dan ditempat yang makbul doa agar dikuatkan iman dan diberi kesihatan badan, jiwa dan panca indera. Jangan putus doa atau putus harapan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.
4. Kuasai, kawal dan urus diri untuk mengikuti caragaya, budaya dan tabiat hidup kearah sihat walafiat. Jangan asyik bergantung dengan ubat. Ubah minda dan ubah tabiat kepada ciri2 positif. Hapuskan kepercayaa dan amalan kuno yang tidak berasaskan ilmu pengtahuan.
5. Maksud hadis - pada akhir zaman (sekarang) dua perkara menjadi punca utama bagi berbagai penyakit iaitu makanan tidak seimbang dan gangguan jiwa dan rohani. Memang benar.
Lain2 punca penyakit ialah keracunan dari berbagai punca saperti bahan2 kimia, radiasi dan pencemaran.
6. Penyakit timbul dari tabiat makan yang tidak sesuai serta pemilehan makanan yang kurang berkhasiat dan berzat. Sering berlebihan gula dan karbohaidret. Juga makanan yang munkin mengandungi toksin sebab diawet, diperoses, ditambaj perisa serta disimpan dalam tin.
Jauhkan makanan2 tersebut dan juga makanan2 segera dan junk serta minuman manis dan bergas. Makan bahan2 yang mentah dan segar - bayakkan sayur2 dan buah. 70% dari makanan dari sumber tersebut.
Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga jangan memasak keterlaluan ( over cooking khususnya sayur2)
7. Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. Konyah makanan perlahan2 dan berulang2 sehingga makanan dalam mulut jadi lumat sebelum ditelan. Tebaik konyah antara 15 hingga 20 kali setiap suap makanan.
8. Mulakan makan dengan buah2an dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum makan nasi. Kalau bolih jangan tambah nasi; tambah lauk(perotin) dan sayur2 jika sajian pertama tidak mengeyangkan.
Waktu selingan (tea dan coffee break) makan kacang badam, peanuts , gajus atau walnut berserta kismis, keroma atau berries yang dikeringkan. Biji2 kuaci, sunflower, labu, semangka, adalah makanan sihat. Disertai air kosong atau air teh hijau.
9. Kurangkan minuman kopi kepada satu atau dua kali sahaja dalam sehari. Biasakan minum juz buah2 yang segar. Jus air kelapa muda tanpa ditambah gula adalah juz buah yang terbaik dari segi kandungan zat, vitamin dan logam. Banyakkan minum air mineral atau air kosong.
Mereka yang sering mengalami gangguan kencing dan lelehan lendir faraj amalkan minum juz cranberry, lemon , limau nipis atau kasturi.
10. Minyak kelapa dara (VCO) atau extra virgin olive oil adalah bail untuk fungsi otak dan jantung. Minumlah satu sudu pagi dan petang. Juga satu sudu madu lebah setiap hari.
11. Jadikan suka makan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup. Ulam raja telah dikaji dan diboktikan sebagai antikanser. Begitu juga berbagai2 pucuk daun yang mudah ditanam disekitar rumah - sambung nyawa, misai kucing, kacang botor, tujuh jarum dll- mengandungi berbagai khasiat kesihatan ; mengawal kencing manis, darah tinggi serta meningkatkan fungsi otak dan jantung.
12. Bila sudah capai umor 50 tahun iaitu umor bagi kebanyakkan wanita capai menopos atau putus haid waspadalah tentang makanan. Ketika itu falsafah kita ialah makan untuk sihat bukan untuk menjamu selera atau untuk puaskan nafsu.
Ketandusan hormon estrogen ketika menopos bolih beri kesan negatif kepada kesihatan.
Banyak sayur2, bijiran dan kekacang saperti soya yang mengadungi phytoestrogen dan bolih dijadikan gantian.
Jika mengalami gejala2 teruk akibat menopos sebaiknya makan pil hormon estrogen sebagai gantian.
13. Stress yang tidak terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis penyakit. Sukar untuk kita lari dari berbagai jenis tekanan fizikal, mental dan rohani kerana ia bolih timbul dimana2 saja. Tetapi kita bolih tangkis, atasi dan mengurus stress supaya ia tidak menimbulkan penyakit.
14. Kaedah utama mengawal stress ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual dan arahan Allah - solat fardu dan sunat, baca quran, zikir dan selawat, puasa dan sedekah. Quran adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah dan didalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi segala penyakit. Baca quran setiap hari.
15. Senyum selalu, ucap salam kepada sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra dan berkenalan, kawal marah, jangan menyakiti dan menghina orang lain, terima teguran, rasa tawaduk dan rendah diri. Terima segala jenis musibah dan ujian Allah sebagai ' qada' dan kadar Allah '
16. Exercise tubuh badan juga satu kaedah kurangkan stress. Pilih saja apa jenis exercise sesuai dengan caragaya hidup kita selama 30 minit asalkan berpeluh - berjalan kaki, jogging, tunggang basikal, pergi gym, treadmill, taichi, silat atau yoga.
Exercise hasilkan banyak khasiat kesihatan, menfaat dan kebaikkan bagi kehidupan sesorang; bantu kawal penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung dan angin ahmar.
17. Lakukan 'deep breathing exercise' dimana2 saja, sambil duduk atau berdiri; dipejabat atau dirumah ; dipejabat khusus setelah berjam2 buat kerja atau pandang komputer.
Duduk dikursi, pusingkan menghadap kebelakang atau kesudut. Sedut nafas melalui hidung sedalam2 dan hembuskan keluar perlahan2 melalui mulut sambil baca subhanalla dan lafaz istigfar. Ulang beberapa kali selama 5 - 7 minit.
Kaedah ini bolih meningkan bekalan oksijen sambil mengurangkan kabon dioksida dari otak menjadikan kita lebih segar dan lebih tenang.
18. Amalkan memeriksa buah dada sendiri waktu mandi untuk mengesan ketulan khususnya kanser payudara. Untuk periksa payudara kanan, angkat keatas tangan kanan dan guna tangan kiri untuk periksa. Ulang sebelah kiri. Juga rasa dan periksa celah ketiak untuk kesan ketulan. Picit puting jika ada keluaran lendir atau darah. Jika ada simptom2 tersebut terus jumpa doktor.
19. Buat ujian 'pap smear' khususnya wanita yang pernah melahirkan anak, yang mengalami lelehan keputihan , perdarahan selepas persetubuhan dan perdarahan lepas menopos. Ulang ujian setiap tahun. Ini bertujuan mengesan kanser pangkal rahim. Malah lebih baik dikesan sebelum jadi kanser.
20. Pantau berat badan. Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg. Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Kawal makan khususnya gula dan karbohaidret. Lakukan exercise setiap hari.
21. Jadikan tabiat berjumpa doktor jika ada sesuatu kelainan dalam edaran haid . Buat scan peranakkan khususnya jika anda mengalami senggugut, perdarahan banyak, berpanjangan dan tak tentu masa atau merasai bonggol atau tumbuhan pada perut. Sila hubungi YJN untuk dapat temu janti buat scan peranakkan.
http://www.jabalnur.net/376648669
22. Amalkan makan multivitamins (seperti obimin atau lain), fish oil, kalsium dan vitamin C terus menerus sehingga akhir hayat. Jangan berhenti selepas bersalin. Jadikan ia satu tabiat dan amalan harian.
Makanan harian kita tidak dapat menampong keperluan vitamin untuk tujuan baik pulih tisu dan organ penting dalam tubuh badan.
Keperluan vitamin dan logan meningkat selepas bersalin, penyusuan bayi dan lepas bedan. Wanita juga kehilang logam iron ketika haid
23. Supplements. Makanan2 tambahan yang mengandungi berbagai unsor saperti antioxidants, fiber, kolegen, peptides dan amino asid banyak dijual dipasaran.
Saya sendiri mengambil extra virgin olive oil, grape seeds(mengandungi resveraterol untuk jantung dan otak), royal jelly dan honey dan habbatus sauda.
24. Jangan tanya saya 'Apa pantang selepas bedah atau lepas bersalin"
Tanya saya 'Apa yang baik dimakan waktu pemulihan?'
Pertanyan kedua lebih wajar dan positif serta proaktif.
Semoga Allah berkati hidup kita dengan keteguhan iman, kesihatan badan dan murah rezeki yang halal. Serta kejayaan dan kebahagian hidup didunia dan akhirat. Aamin.
Sumber Facebook page : Dr Hamid Arshat