Motivasi/ Peringatan
21 Ramadan | Sedikit Nurkilan dan Perkongsian
6/06/2018 08:23:00 amSelamat Berpuasa ya, harini dah pun masuk 22 Ramadan 1439H
MasyaAllah cepatnya waktu berjalan.
Eh berjalan ke marathon ni.. Laju betul
Rasa macam baru je haritu masuk awal Ramadan, moga segala amal ibadat diterima Allah..
Tahun akan datang masih adakah kesempatan untuk bertemu bulan yang penuh keistimewaan ini? Kita tak tahu
Mohon maaf jika terdapat kesalahan, jika kekurangan layanan terhadap rakan rakan blogger dan pembaca blog ni. Husniey suka je berkawan tak kira siapa pun.
Yang baik kita ambil jadikan contoh,
yang kurang baik jangan dikut dan jadikan iktibar. Minggu ini husniey banyak duk termenung dan ingat mati.
Kadang nampak je luaran sihat walafiat, tapi tak tahu ajal bebila masa je boleh datang menjemput ðŸ˜
Hidup dan mati ni rahsia Allah
Kadang yang sakit lagi panjang hayatnya, yang sihat pula pergi dulu. Rahsia Allah!
Rindu Pada Yang Telah Pergi
Husniey pernah kehilangan beberapa orang yang disayangi dengan mengejut. Kehilangan mengejut ni memang kita mintak dijauhkan dan memang keadaan yang kita tak sangkalah kan
Orang baik baik ni kalau dia pergi selamanya, kita akan merasa seolah mereka cuma pergi bekerja tapi tak kembali.. Macam contoh keadaan husniey pernah lalui, arwah ayah mertua husniey meninggal semasa bekerja dan 2 hari sebelum berhari raya pada 2014.
Masa tu baru je kahwin 1 bulan lebih. Baru aje nak feeling sambut raya dengan suami dan keluarga suami dengan meriahnya. Tapi siapa sangka raya yang pertama bersama suami tu meninggalkan memori duka.
Arwah ayah tak ada sakit apa pun, tetiba kawannya datang beritahu ayah macam pengsan. Pergi macam tu je, mudahnya. Allahuakbar.. Berat ujian masa tu nak raya.. Dengan adik adik ipar masih kecil.
Sampai sekarang merasakan seolah arwah pergi kerja tapi tak pulang..
Walaupun masa tu baru jadi menantunya, husniey bahagia. Ayah layan husniey baik sangat.. Ikhlas tu dapat dirasai
Arwah ayah suka memancing dan bawa balik ikan besar, pastu dijamu makan untuk keluarga. Sehari sebelum dia meninggal tu sempat dia bawa ikan ikan hasil tangkapannya berbuka bersama keluarga besarnya.. Dan dia ada berikan tanda dalam nada gurauan.
Katanya "ikan ni yang akhir dah ni,
lepas ni takde dah"ðŸ˜
Esoknya bila ayah mertua pergi adik beradiknya tak percaya baru semalam bersama bergelak ketawa
Rindunyaa. Lepas ayah tak ada macam macam ujian datang. Sungguh inilah ujian untuk kami yang masih di dunia perlu tempuhi
Masih ingat pada hari tu,
bergegas ke hospital dan melihat arwah di bilik mayat.
Tanda tanda arwah nak pergi tu ada tapi semua tak perasan..
Ramai lagi saudara husniey yang disayangi pergi mengejut masa bulan Ramadan
Moga Allah tempatkan mereka di kalangan orang beriman.. Aamiinn
Sedikit perkongsian dari facebook buat mereka yang sedang ditimpa masalah dan dugaan.. Moga tabah 💪
Jangan lupa banyakkan pelbagai amalan baik diakhir Ramadan ni, banyak pahala yang dijanjikan. Ingatan untuk diri sendiri juga 😊
Credit pic Traveloka
Kadangkala kita doa untuk dikurniakan pasangan yang baik tapi Tuhan hantar kawan-kawan baru yang baik.
Kadangkala kita doa untuk dapat anak, namun dikurniakan tambahan kewangan.
Kita doa untuk begini, tapi Tuhan bagi yang begitu.
Mungkin buat waktu ini kita lebih perlu untuk berada dalam keadaan sekarang.
Tuhan lebih tahu.
Apapun teruskan doa & usaha, kerana rezeki itu ada, cuma berbeza ceritanya.
Sabar, okay?
Ganjaran sabar sangat tidak terbatas.
Dan pasti ada sesuatu yang indah menanti
— via arnamee
Credit to FB Aku Islam
6 comments
Semoga kita semua tergolong dalam hamba-hambaNya yg dipanjangkan umur dan baik amalan dan dijauhkan dari mati mengejut. InsyaAllah.
ReplyDeleteBetul Husniey....sekarang bila dengar hal kematian sangat mudah...bila Kak PC call bba mma..mesti ada berita kematian jiran-jiran..Allahu...lagi sebak bila bba mma pun cakap...malaikat hari-hari buat lawatan....entah esok lusa giliran bba mma...ya Allah....mati itu pasti...tak mustahil kita pergi dulu...moga kita sentiasa sihat dan umur yang diberi tak disia-siakan.Aamin.
ReplyDeletelebih kurang pengalaman CT masa arwah ayah nak pegi. tak ada tanda2 dia sakit tau2 kena attack stroke and dats it. perit memang perit sampai sekarang masih rasa macam baru semalam. tapi ayah2 kita di tangan yang lebih baik.. doakan mereka sentiasa.
ReplyDeletesalam ramadhan masih bersisa beberapa hari.. rebut peluang mengumpul pahala..
Al Fatihah utk yg telah pergi..ramdhan pun bakal pergi..Moga kita dh memanfaatkan waktu sebaiknya
ReplyDeleteteruskan husnuzzon kan kak :')
ReplyDeleteAllah punya perancangan terbaik, DIA tahu segalanya :)
salam takziah ye kak husniey
ReplyDeleteKomen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.