Menikmati Menu Terbaru McDonald’s Fish Prosperity
2/04/2019 12:30:00 pmAssalamualaikum.. Dan Salam Sejahtera. Semoga sihat dan ceria selalu ya. Izinkan husniey throwback sikit je cerita penghujung Januari 2019 ...
Tujuan asal nak bersarapan pagi bersama sambil bersantai bersembang, kami ni nama je blogger yang menetap di Kuala Terengganu tapi jarang sungguh dapat jumpa. Waktu hari bekerja adalah hari yang ideal untuk jumpa bersama. Sebabnya kedua ibu comel Sis Gee dan Sis Zarini akan punya masa lapang waktu pagi tu je. Lepas tengahari dah sibuk dengan anak² pulang dari sekolah.
Dari sarapan pagi chit chat. Kemudian dibawa ke makan tengahari sekali. Alhamdulillah rezeki kami haritu pihak McDonald’s Kuala Terengganu memberi peluang merasai menu baharu iaitu McDonald’s Fish Prosperity ❤. Masa kami rasa tu baru je hari kedua dilancarkan di pasaran.
Perbezaan bagi fish prosperity ini, setiap kali krew McDonald’s menerima pesanan barulah mereka akan mula menyediakan menu itu dengan celupkan ke dalam sos blackpepper. So ia disediakan dalam keadaan segar, sebab kalau sediakan awal sos blackpepper itu akan menyerap dengan pantas. Untuk pengetahuan anda, set Fish Prosperity ini hadir bersama dengan Twister fries dan minuman McFizz (jus oren).
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web📍 www.mcdonalds.com.my
Kejayaan Pengurus Besar Restoran McDonald's Meru Raya & Santai Bersama Rakan Blogger
12/26/2018 06:00:00 pmAssalamualaikum dan Salam sejahtera. Moga akhir tahun 2018 ini baik baik saja. Sebelum husniey berkongsi lebih lanjut kisah bersantai di Mc...
- Nama penuh : Mohd Azharmarudin Bin Che Aruh
- Umur: 35 tahun
- Status perkahwinan: Berkahwin
- Jumlah anak: 1
- Tahap pendidikan: SPM
![]() |
| Encik Azhar Pengurus Besar McDonald Meru Raya |
Semangat Encik Azhar Untuk Terus Berjaya
Untuk pengetahuan kalian, beliau bermula dari bawah bekerja sebagai krew restoran sahaja, dan kini berjaya memegang jawatan sebagai Pengurus Besar Restoran. Dengan pelbagai peluang pembangunan diri yang ada di McDonald's, kenangan manis adalah apabila beliau mendapat kenaikan pangkat sebagai Pengurus pada usia yang masih muda dan kemudiannya terus menaiki tangga kerjaya sebagai Pengurus Besar Restoran. Alhamdulilah berbaloi usaha Encik Azhar selama ini. Tidak menyangka dari seorang budak lepasan SPM yang tak tahu apa-apa, kini mampu mengetuai dan menguruskan sebuah pasukan seperti sekarang.Persekitaran Kerja Di McDonald's Yang Menyeronokkan Dan Suasana Positif
Encik Azhar memulakan pekerjaan di McDonald's selepas tamat SPM pada tahun 2000 sekadar suka-suka. Tapi mula jatuh cinta dengan McDonald's disebabkan persekitaran kerja yang positif dan peluang untuk meningkatkan kemahiran diri seterusnya mengembangkan kerjaya. Antara titik tolaknya adalah apabila beliau diberi peluang menyertai pertandingan yang diberi nama Crew Olimpic pada tahun 2001. Kemenangan beliau untuk McDonald's Zon Utara melayakkan beliau ke peringkat Kebangsaan yang diadakan di McDonald's Seksyen 3, Shah Alam dan bertembung dengan lebih ramai peserta dari McDonald's seluruh negara dan beliau telah memenangi tempat pertama bagi kategori lobi pada Crew Olimpic 2001. Bak kata perumpamaan Usaha Itu Tangga Kejayaan
![]() |
| Suasana dalam restoran McDonald's Meru Raya |
Menu makan tengahari di Mcdonald’s Meru Raya bagi yang dewasa adalah Burger GCB, ni memang sedap dan merupakan burger kegemaran husniey. Gembira betul kanak-kanak menjamu selera dengan set happy meal. Tak merengek dah si cilik ni bila jumpa set happy meal bersama toys.
Adik Nur yang ceria bila dapat makan set happy meal.
![]() |
| Restoran yang selesa. Besar keluasan restoran ini. |
![]() |
| Kenangan tercipta |
McDonald's Prihatin | Sumbang lebih RM 480,000 Kepada Golongan Asnaf Di Kelantan
12/20/2018 08:00:00 amAssalamualaikum dan salam sejahtera. Satu majlis komuniti oleh McDonald’s dan RMHC telah diadakan di Pengkalan Chepa, Kelantan. McDonald’...
Majlis Komuniti Yang Penuh Kemeriahan
Beruntung rasanya berpeluang berada dalam majlis komuniti seperti ini. Majlis dimulakan pada jam 10.30 pagi, dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Lagu Negeri Kelantan juga tidak ketinggalan bacaan doa bagi memastikan program ini mendapat rahmat dan berkat. Meriahnya apabila majlis ini diserikan lagi dengan tarian oleh kanak kanak. McDonald's turut menyediakan makanan kepada hadirin yang berada dalam majlis pagi itu.![]() |
| Bersama blogger jemputan |
![]() |
| Jamuan makan selepas majlis |
Sumbangan Zakat McDonald’s Kepada MAIK
“Kami berterima kasih kepada McDonald's Malaysia kerana memenuhi kewajipan zakat kepada negeri Kelantan hari ini. Bukan itu sahaja, inisiatif lain yang diumumkan hari ini juga menunjukkan komitmen McDonald’s dalam melibatkan diri membantu golongan yang kurang bernasib baik," kata Dr Haji Nik Mohd Azlan.
"McDonald’s Malaysia, di bawah pemilikan baharu Kumpulan Reza, telah memenuhi kewajipan zakatnya sejak tahun lalu, kerana ia merupakan entiti perniagaan yang 100% dimiliki oleh umat Islam. Kumpulan Reza adalah syarikat yang memiliki dan mengurus kesemua cawangan McDonald’s di wilayah barat dan selatan Arab Saudi secara eksklusif sejak 20 tahun lalu," kata Pengarah Kanan Sumber Manusia, McDonald's Malaysia, Azhar Darbi.
Program Perantisan McDonald's Malaysia
"Kami mengalu-alukan para belia dari golongan asnaf di negeri Kelantan untuk menyertai program perantisan kami. Tempoh latihan adalah selama 18 bulan di mana para perantis akan menerima latihan praktikal dan pembelajaran teori di dalam kelas. Sebaik sahaja mereka menamatkan program ini, mereka layak untuk bekerja di restoran McDonald's sepenuh masa. Di samping itu, program ini juga membolehkan mereka untuk mempelajari kemahiran sepanjang hayat," kata Azhar.
Selain mendapat manfaat dari penajaan penuh program latihan, setiap perantis juga diberi elaun bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma. Wah hebat program ini bukan?
Program "Kembali ke Sekolah" Untuk Kanak-Kanak Yang Kurang Bernasib Baik Di Seluruh Negara
![]() |
| Penyampaian sumbangan pek Kembali Ke Sekolah. Tetamu kehormat memakaikan pakaian sekolah pada anak-anak yang menerima bantuan. |
![]() |
| Turut memberi sumbangan beg sekolah. Cantik beg sekolah berwarna merah! |
![]() |
![]() |
| Bergambar kenangan. Alhamdulillah Syabas McDonald's Malaysia. Seronok sangat lihat senyuman anak anak ini. |
“Kanak-kanak adalah pemimpin masa hadapan negara, dan pengalaman pembelajaran yang mereka lalui adalah sesuatu yang amat penting bagi kami. Melalui program “Kembali ke Sekolah”, kami berharap usaha ini dapat membantu mengurangkan beban kewangan keluarga kanak-kanak yang terlibat dan memberi motivasi kepada kanak-kanak ini untuk memulakan tahun persekolahan yang baharu dengan penuh keyakinan,” tambah Azhar.
Rumah Ronald McDonald ke-2 di HUSM Kubang Kerian Dijangka Siap Awal Tahun 2019
- Baca sini tentang RMH [ KLIK SINI ]
Penubuhan rumah ini diharapkan dapat meringankan beban kewangan keluarga pesakit kanak-kanak yang terlibat di samping menyediakan kemudahan yang selesa dan berpatutan demi memastikan keluarga dapat berada dekat dengan anak-anak mereka. Semoga pelbagai usaha dijalankan Mcdonalds berjalan dengan lancar. Orang ramai yang ingin turut menyumbang dan mengetahui maklumat lanjut boleh berbuat demikian di laman sesawang:
BGRC dan McDonald's Telah Bersatu Untuk Riangkan Hati Adik-adik KAFA Di Kuantan
11/15/2018 05:39:00 pmPada 07 November 2018 bersamaan dengan hari Rabu telah berlangsung satu aktiviti amal yang telah dianjurkan oleh 2 (dua) pihak yang se...
Aktiviti amal ini dilangsungkan demi untuk meraikan anak-anak tahfiz seramai 74 orang anak-anak tahfiz termasuk guru dari Sekolah Agama Rakyat KAFA Al-Hidayah Ad-Diniah Perkampungan (F) Bukit Goh, Kuantan, Pahang sebagai tanda sokongan untuk adik-adik ini terus berusaha di dalam pelajaran masing-masing meskipun kebanyakan daripada mereka datang dari keluarga yang kurang berkemampuan.
Keperihatinan pihak Bukit Gambang Resort City ( BGRC ) dan McDonald's yang telah sudi meraikan adik-adik ini pada hari tersebut telah merakamkan sebuah lagi sejarah kerana secara tidak langsung ia adalah merupakan kerjasama rasmi pertama di antara BGRC dan juga McDonald's Jalan Gambang yang selama ini hanyalah terletak lebih kurang setengah jam saja perjalanan di antara keduanya. Ini patut dibanggakan oleh warga Kuantan itu sendiri kerana di tempat mereka masih ada pihak-pihak yang sudi menyumbang semula kepada pihak masyarakat setempat.
![]() |
| Team McDonalds Jalan Gambang sedang menyiapkan makanan |
![]() |
| Melaksanakan tugasan. Alhamdulillah ❤ |
![]() |
| Bersama Manager dan GEL McDonalds Jalan Gambang, terima kasih atas layanan mesra ~ |
Kenangan Terindah Yang Tak Mungkin Akan Dilupakan
Keprihatinan BGRC dan McDonald's Memang Patut Dipuji
Dapatkan Kopi Percuma di McCafe
11/03/2018 10:42:00 amAssalamualaikum dan Selamat berhujung minggu semua pembaca dan rakan rakan blogger. Harini husniey nak tulis santai je, saja share sini kot...
Tahun ni husniey banyak betul minum kopi, pelbagai jenis kopi suka cuba minum.
Selalu duk ulang minum kopi di McCafe. Yang selalu jadi pilihan husniey antaranya Ice Latte, Caramel Latte, Mocha, dan ada lagi beberapa jenis tu.
![]() |
![]() |
| memang suka bila dapat bau aroma kopi |
![]() |
![]() |
| Klik pada gambar untuk membaca teks lebih jelas. |
Nanti dah cukup 3x dicop silalah tebus (rujuk gambar di atas tu dah boleh tebus tu, tapi husniey peram dulu). Setakat ni dah dua kali dalam bulan Oktober dapat kad kupon ni, hee kuat betul minum kopi weh. Sebelum terlupa minuman yang boleh didapati bila dah tebus ialah Americano, Latte, Cappucino, Ice latte, Ice Americano.
Beli kopi tapi lupa nak suruh staf McCafe cop? Cuma tunjuk resit dan nanti akan dicop pada kad. Boleh terus tebus bila dah cukup, nak tebus pada kemudian hari pun boleh juga. Korang penggemar kopi atau teh? Kalau suka kopi kopi apakah yang jadi pilihan. Jom share di ruangan komen :)
Rumah Ronald McDonald di HUSM Mula Dibina
10/03/2018 10:38:00 amMajlis Solat Hajat, Bacaan Yaasin & Tahlil Doa Selamat Sempena Permulaan Kerja – Kerja Pembinaan Rumah Ronald McDonald di Hospital ...
Majlis Solat Hajat, Bacaan Yaasin & Tahlil Doa Selamat Sempena Permulaan Kerja – Kerja Pembinaan Rumah Ronald McDonald di Hospital USM
Latar Belakang Rumah Ronald McDonald |
A) Rumah Ronald McDonald di PPUKM, Kuala Lumpur
- Rumah Ronald McDonald merupakan program utama RMHC dan Rumah Ronald McDonald yang pertama di Malaysia telah dibina oleh RMHC pada tahun 1999 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Kuala Lumpur.
- Rumah Ronald McDonald yang pertama ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr Siti Hasmah Binti Mohamad Ali pada 21 Jun 1999 dan juga merupakan Rumah Ronald McDonald yang pertama di Asia.
- Semenjak Rumah Ronald McDonald di PPUKM ditubuhkan kira-kira 19 tahun yang lalu, lebih 850 keluarga kanak-kanak telah menggunakan kemudahan ini dan RMHC telah membelanjakan lebih RM5.5 juta untuk tujuan ini.
- Rumah Ronald McDonald di Hospital USM merupakan Rumah Ronald McDonald yang kedua di Malaysia dan dijangka akan dibuka pada bulan Mac 2019.
- Rumah ini merupakan kediaman berkelengkapan penuh yang menampilkan 18 buah bilik tidur, ruang makan, dapur, bilik dobi, bilik permainanan dan lain-lain kemudahan untuk penghuni.
- Rumah Ronald McDonald kedua di Hospital USM menyediakan tempat tinggal sementara kepada keluarga pesakit kanak-kanak yang sedang menjalani rawatan di Hospital USM.
- Kewujudan rumah ini akan dapat membantu pesakit kanak-kanak dan keluarga dengan meringankan kos penginapan dan memudahkan mereka berurusan sewaktu menerima rawatan di Hospital USM.
- Kerja-kerja pembinaan Rumah Ronald McDonald di Hospital USM akan bermula pada 2 Oktober 2018.
- Pembinaan Rumah Ronald McDonald di Hospital USM memerlukan belanja sebanyak RM 4 juta.
- Sehingga kini, RMHC telah berjaya mengumpul sebanyak RM 3.6 juta untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald – di mana jumlah ini diperoleh daripada sumbangan syarikat-syarikat korporat semenjak beberapa tahun yang lalu dan orang ramai menerusi tabung derma di kaunter-kaunter restoran McDonald’s di seluruh negara.
- RMHC masih memerlukan sejumlah RM 400,000 untuk menyempurnakan pembinaan Rumah ini.














































