10/14/2020 09:00:00 am
1/02/2019 06:30:00 pm
Review: Murtabak Mengkasar | Murtabak Terbaik di Kuantan Pahang
1/02/2019 06:30:00 pmMurtabak Mengkasar | Murtabak Sedap Terbaik di Kuantan. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kita baru saja memasuki tahun baru 2019, se...
Murtabak Mengkasar | Murtabak Sedap Terbaik di Kuantan. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Kita baru saja memasuki tahun baru 2019, semoga kalian ceria selalu. Sebut saja jalan jalan memang suka nak cari tempat makan best. Kuantan antara destinasi popular bagi pelancong kerana kedudukan geografinya yang terletak dekat dengan persisiran pantai. Nak melancong, nak beli belah semua boleh. Pendek kata semua bestlah termasuk tempat makan menarik di Kuantan tidak kurang juga hebatnya. Jom baca sehingga sampai hujung entri tentang perkongsian ini
Murtabak Mengkasar sudah 17 tahun lamanya beroperasi di Bukit Sekilau Kuantan, bagi penduduk tempatan mesti dah selalu datang sini. Makin lewat petang makin ramai pelanggan yang datang. Dengar kata kalau musim bulan puasa beratur panjang pelanggan yang datang ingin membeli murtabak disini. Sedikit info dan fakta penting tentang sejarah Murtabak Mengkasar. Amat sinonim sebagai satu jenama murtabak di negeri Pahang. Murtabak Mengkasar ini juga menjadi santapan kegemaran bagi kerabat Diraja Pahang. Menariknya lagi rupanya ramuan istimewa yang diturunkan oleh tukang masak Sultan Pahang. Wah, hebat bukan?
![]() |
| Warung murtabak mengkasar |
![]() |
| Harga dipaparkan dalam kedai. |
![]() |
| See, nampak sedap kan? :D Ini murtabak mixed special |
![]() |
| Cekap buat pesanan murtabak ~ Good job |
Setiap murtabak disini berbeza rempahnya, tak macam murtabak biasa yang dijual di pasar malam.contohnya bagi menu murtabak special ia disalutkan bersama telur nipis aje di bahagian luar. Unik betul. Jatuh cinta disaat kali pertama husniey merasai Murtabak Mengkasar. Dalam kepala ni duk fikir mesti muak nanti kalau nak habiskan. Rupanya satu suapan ke dalam mulut tak cukup tau! Untuk pengetahuan anda, Murtabak Mengakasar ini juga mempunyai cawangan di kawasan Pekan. Jadi kalau anda ke Pekan bolehlah mencuba murtabak istimewa ini
Pilihan Menu di Murtabak Mengkasar
Antara menu murtabak yang husniey cuba ketika makan di warung ini ialah; murtabak biasa, murtabak daging special, ayam special serta ayam biasa dan daging biasa. Harga berpatutan sebabnya hidangan bagi satu murtabak sangatlah besar. Boleh dimakan untuk dua orang bagi satu keping murtabak. Harga dari RM 8 sehingga RM 12. Menariknya lagi bentuk bagi murtabak disini ialah segi empat tepat bukan segi empat sama, jadi ia agak panjanglah. Inti kat dalam murtabak tu meriah betul!![]() |
| Murtabak Ayam Biasa atau Daging biasa harga RM 8 |
![]() |
| Sedap sungguh bila dicicah bersama kuah dan jeruk bawang tuu. Nikmat! |
Selain itu terdapat juga menu sampingan yang turut disediakan disini iaitu roti canai, roti telur, roti bawang, roti planta, roti boom. Harga bagi menu sampingan ialah dari RM 1.20 sehingga RM 2.40
Untuk maklumat lanjut
Murtabak Mengkasar Kini Turut Menyediakan Produk Sejuk Beku
Murtabak Mengkasar semakin mendapat perhatian dan sedang menempa namanya sehingga ia dipasarkan sehingga ke Jeddah, jadi kalau pergi umrah atau haji tu kemungkinan boleh makan murtabak ni di sana. Bolehlah panaskan badan makan murtabak panas, lagi lagi kalau pergi umrah semasa musim sejuk (rujuk lagi di sukamakanjalan). Murtabak sejuk beku ini dah lama, dari berniaga kecil kecilan. Sehingga ada packaging yang menarik. Kata Tuan Haji Din,
beliau mendapat respon dari pelanggannya yang membawa murtabak ini semasa bercuti ke luar negara didapati ia tahan lama.
![]() |
| Berpeluang jumpa owner, Tuan Hj Din. Orangnya bersahaja |
![]() |
| Bergambar bersama owner dan juga rakan-rakan blogger :) |
![]() |
| Nahh, besar juga murtabak sejuk beku ni |
Pengurusan Murtabak Mengkasar sentiasa memastikan kualiti terhadap produk makanan yang dijual di pasaran. Alhamdulilah tahniah buat Haji Din dan team. Bagi anda yang berminat untuk menjadi ejen bagi menjual Murtabak Sejuk Beku sangatlah dialukan, sekarang ini mereka sedang mencari ejen bagi seluruh Semenanjung Malaysia.
Husniey juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba murtabak sejuk beku, tiba je di rumah sendiri husniey masak je dalam kuali. Dalam masa 5 minit dah siap, terus hidang dan boleh makan. Senang je. Murtabak sejuk beku ini juga boleh dimasak menggunakan air fryer. Enak sungguh dijamu bersama bawang jeruk.
Review Ikhlas Mengenai Murtabak Mengkasar
Jujurnya tentang rasa murtabak ini husniey sangatlah tak sangka, sedap sungguh dan memang tak muak. Isinya yang padat dan tak kedekut. Lembut dan rangup bila kunyah. Paling unik kan, setiap murtabak itu ada rempahnya tersendiri. Berbeza rasanya. Servis di warungnya juga okay tidak terlalu lama menunggu. Cadangan husniey jika anda tinggal jauh bolehlah mencuba produk sejuk beku, harga pun berpatutan. Rating diberikan 4.8/5. Terbaik! Semoga semakin maju jaya perniagaan Murtabak Mengkasar.
Untuk maklumat lanjut
- Produk: Murtabak Mengkasar | Murtabak Sejuk Beku
- Lokasi: Pusat Jaja UiTM, Jalan Bukit Sekilau, 26060 Kuantan Pahang
- No Telefon: 012-9630448
- Waktu Operasi: 3 pm - 1 am
- Facebook: www.facebook.com/murtabakmengkasarsdnbhd/
12/30/2018 07:00:00 pm
Bummbu Nasi Singgey - Hidangan Lauk Singgang Menu Tengahari Best Di Kuantan
12/30/2018 07:00:00 pmAssalamualaikum, baru je balik dari Kuantan sempena akhir tahun ni kan apa lagi jjcm lah. Husniey jumpa tempat makan menarik, anda ken...
Assalamualaikum, baru je balik dari Kuantan sempena akhir tahun ni kan apa lagi jjcm lah. Husniey jumpa tempat makan menarik, anda kena masukkan dalam senarai jika jalan jalan di Kuantan. Restoran Bummbu Nasi Singgey telah bermula operasi sejak dari 5 Ogos 2018. Dibuka dari pagi sampai petang. Jika di Kelantan atau Terengganu sangatlah sinonim dengan hidangan Kuah Singgang Ikan Tongkol. Di restoran ini pula menu istimewanya ialah lauk Singgang Daging. Eh singgang ikan tongkol pun ada juga tau! Jika anda mengidam kuah singgang bolehlah ke Kuantan singgah di Restoran Bummbu Nasi Singgey ni. Merupakan restoran baru yang best untuk anda lepak di Kuantan
Baca sini juga artikel best
📍 Tips Untuk Anda Bercuti Ke Pulau Dengan Harga Berpatutan
📍 Serum Natural Oil Penyelesaian Bagi Masalah Kulit Jerawat Jeragat
📍Travel Ke Korea Selatan Menggunakan Pocket WiFi Untuk Tetap Berhubung
📍Rutin Harian Dengan Skincare Dari Korea | Hansaegee Nature
Baca sini juga artikel best
📍 Tips Untuk Anda Bercuti Ke Pulau Dengan Harga Berpatutan
📍 Serum Natural Oil Penyelesaian Bagi Masalah Kulit Jerawat Jeragat
📍Travel Ke Korea Selatan Menggunakan Pocket WiFi Untuk Tetap Berhubung
📍Rutin Harian Dengan Skincare Dari Korea | Hansaegee Nature
Ini merupakan kali pertama husniey mencuba menu Singgang Daging.
Sebelum terlupa ingin ceritakan sedikit asal nama restoran ini. Apa maksud Bummbu tu? Bummbu itu perencah atau rempah dalam bahasa jawa. Singgey itu pula ialah Singgang (lauk Singgang yang ditulis dalam loghat Kelantan). Menariknya lagi di restoran ini. Resepi original dari temurun tok nenek owner dulu. Menu hidangan yang anda perlu rasai ialah Nasi dan lauk Singgey. Ia hadir sekali bersama sambal belacan dan ulam timun.
Sebelum terlupa ingin ceritakan sedikit asal nama restoran ini. Apa maksud Bummbu tu? Bummbu itu perencah atau rempah dalam bahasa jawa. Singgey itu pula ialah Singgang (lauk Singgang yang ditulis dalam loghat Kelantan). Menariknya lagi di restoran ini. Resepi original dari temurun tok nenek owner dulu. Menu hidangan yang anda perlu rasai ialah Nasi dan lauk Singgey. Ia hadir sekali bersama sambal belacan dan ulam timun.
Terdapat pelbagai jenis set nasi yang dimakan bersama kuah singgang.
Bummbu Set
Set A: Ayam Bakar + Air Sirap / Teh O Beng
Set B: Daging Bakar + Air Sirap / Teh O Beng
Set E: Lemak Bakar + Air Sirap / Teh O Beng
Set F: Singgang Daging + Air Sirap / Teh O Beng
![]() |
| Adik Ida beria hirup singgang daging tu. Sedap sungguh katanya |
HARGA BAGI BUMMBU SET INI
DIJUAL DARI HARGA RM 6.50 SEHINGGA
RM 11 SAHAJA. Berbaloi bukan?
Husniey juga tidak lepaskan peluang mencuba menu Bummbu Plate, dalam menu ini ada Ayam Plate, Daging serta Kambing Plate. Puas hati sebab hidangan besar juga, harga pun berbaloi cuma
RM 13.50 hingga RM 17.50 sahaja. Bummbu plate ini sesuai sangat bagi anda yang inginkan kelainan atau tak teringin nak makan nasi :)
RM 13.50 hingga RM 17.50 sahaja. Bummbu plate ini sesuai sangat bagi anda yang inginkan kelainan atau tak teringin nak makan nasi :)
Selain itu turut disediakan menu ala pantai timur bagi menu sampingan iaitu Lempeng Nyior, Kepok Cheezy, Chicken Ball, Tuna Sandwich harga bagi side plate ini juga tidak mahal masih mampu makan dari RM 2.50 sehingga RM 6.00
Kepok cheezy yang sedap! kena cuba ni
Menu sampingan - Tuna sandwich dan Chicken Ball
Istimewa lagi di restoran ini adalah minumannya. Kalau anda tak ambil set nasi bersama minuman, husniey syorkan merasai keenakan minuman Bummbu Blend iaitu Kopi Bummbu Blend, Jagung Bummbu Blend, Milo Bummbu Blend yang berharga cuma RM 4.50 sahaja. Berbaloi dah dengan rasanya yang unik.
Siap ada aiskrim diletakkan sebagai topping.
Siap ada aiskrim diletakkan sebagai topping.
Review Ikhlas Makan di Bummbu Nasi Singgey
Untuk makluman anda, di Restoran Bummbu sekarang ini ada special offers iaitu minuman hanya berharga RM 0.50 sen bagi air sirap beng dan teh o beng.
Ini sangatlah gempak kan? Mana nak cari minuman manis berharga dari lima puluh sen sahaja. heee. Tak ada kat tempat lain tau. Payah jumpa ni. Pihak restoran turut menyediakan masakan barat bagi memenuhi selera dan kehendak pelanggan. Alhamdulilah ini dikatakan berniaga mengikut citarasa pelanggan.
Ini sangatlah gempak kan? Mana nak cari minuman manis berharga dari lima puluh sen sahaja. heee. Tak ada kat tempat lain tau. Payah jumpa ni. Pihak restoran turut menyediakan masakan barat bagi memenuhi selera dan kehendak pelanggan. Alhamdulilah ini dikatakan berniaga mengikut citarasa pelanggan.
Menu best disini husniey cuba ialah Nasi Singgang dengan Ikan Bakar, Ayam Plate. Sedap sangat rempah ayam bakar bersama kuah lada hitam. Tidak ketinggalan side plates seperti Chicken ball dan kepok cheezy. Syok habis tak pandang kiri kanan dah 😂
![]() |
| Port bergambar dalam restoran ❤️ |
![]() |
| Bersama rakan - rakan Blogger |
![]() |
| Sekeping disini untuk abadikan kenangan 😍 |
Kalau ke sini anda tidak perlu risau kerana kawasan restoran ini ada kemudahan parking. Waktu operasi pun sangatlah menarik anda boleh pilih nak makan pagi ke, nak makan tengahari disini. Ia dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Jikalau ada permintaan ramai mungkin bolehlah dilanjutkan waktu operasi hingga ke malam. Seronok dapat rasa singgang daging di sini. Daging lembut sungguh.
Design restoran cantik. So cosy. Meja kerusi diperbuat dari kayu pallet. Alhamdulillah semua okay. Mungkin perlu ditingkatkan dari segi servis saja. Rating diberikan 4.5/5. Untuk pengetahuan anda restoran ini turut membuat servis penghantaran makanan ke beberapa lokasi berdekatan. Semoga perkongsian ini memberi manfaat!
Maklumat lanjut sila layari
Facebook:
Instagram
Lokasi:
7/14/2018 07:36:00 am
McDonald's Jalan Gambang | Fakta Menarik Mengenai Guest Experience Leader Yang Berumur 50an. Jom Lihat Fakta Menarik ini!
7/14/2018 07:36:00 amMengenai McDonald’s Jalan Gambang McDonald’s Jalan Gambang, Kuantan, dibuka pada 15 April 2015 dan dikenali sebagai salah satu...
McDonald’s Jalan Gambang, Kuantan, dibuka pada 15 April 2015 dan dikenali sebagai salah satu lokasi persinggahan buat pengunjung yang datang atau pulang daripada Bukit Gambang Resort City. Restoran yang juga mempunyai McCafe, memberi kemudahan dan kelapangan buat pelanggan untuk datang pada bila-bila masa.
Lengkap dengan kemudahan pandu-lalu, bilik bayi, tandas, kemudahan orang kurang upaya dan juga ruang permainan untuk kanak-kanak, restoran McDonald’s Jalan Gambang sesuai dihadiri seisi keluarga dan mementingkan semua lapisan masyarakat tidak kira muda atau tua.
Lengkap dengan kemudahan pandu-lalu, bilik bayi, tandas, kemudahan orang kurang upaya dan juga ruang permainan untuk kanak-kanak, restoran McDonald’s Jalan Gambang sesuai dihadiri seisi keluarga dan mementingkan semua lapisan masyarakat tidak kira muda atau tua.
Tempat pilihan kepada yang ingin mengadakan sambutan hari jadi kanak-kanak di McDonald’s Jalan Gambang, tentunya menjanjikan kegembiraan dan memori indah dilakar buat semua yang hadir. Sesuai juga untuk semua peringkat, tidak kira anda kumpulan remaja atau sebuah keluarga yang hadir di McDonald’s Jalan Gambang, staf-staf dan juga perkhidmatan terbaik menanti anda tidak kira masa!
![]() |
| McDonald’s Jalan Gambang |
Fakta Menarik Mengenai Guest Experience Leader (GEL) yang bekerja di restoran McDonald’s Jalan Gambang
- Latar belakang
Nik Anisah binti Mohd Ibrahim seorang ibu kepada tiga orang anak. Umurnya yang kini mencecah 50 tahun bagaimanapun tidak menghalangnya untuk bertugas sebagai Guest Experience Leader (GEL) di restoran McDonald’s Jalan Gambang. Merupakan contoh terbaik kepada wanita berumur di Malaysia yang memegang kepercayaan bahawa umur bukanlah penghalang bagi seorang wanita berkhidmat kepada masyarakat.
- Tempoh bekerja di McDonald’s
Nik Anisah mula bekerja di McDonald’s Jalan Gambang pada 6 April 2015, menjadikan tahun ini tahun ketiga dia berkhidmat.
Walau bagaimanapun, dedikasinya sebagai pekerja menarik perhatian pihak pengurusan sehingga pada 1 Oktober 2015, hanya 6 bulan selepas bermulanya perkhidmatannya, beliau dinaikkan pangkat untuk menjadi GEL
![]() |
| Wajah ceria Nik Anisah dan rakan kerjanya |
Walau bagaimanapun, dedikasinya sebagai pekerja menarik perhatian pihak pengurusan sehingga pada 1 Oktober 2015, hanya 6 bulan selepas bermulanya perkhidmatannya, beliau dinaikkan pangkat untuk menjadi GEL
- Cerita disebalik bermulanya Nik Anisah bekerja di McDonald’s
Pada permulaannya, Nik Anisah ingin bekerja di McDonald’s hanya kerana ingin membantu menambah pendapatan keluarga. Penutupan syarikat perniagaannya sendiri memaksa beliau menjadi suri rumah sepenuh masa. Punca penutupan syarikat tersebut disebabkan masalah ekonomi dan ketiadaan projek. Nik Anisah selepas itu bertemu rezeki sebagai pekerja di McDonald’s Jalan Gambang
- Pandangan Nik Anisah tentang persekitaran kerja di McDonald’s Jalan Gambang
Nik Anisah sentiasa berasa muda dan ceria di restoran McDonald’s tempat beliau bekerja. Beliau berkata ini kerana beliau berpeluang bertemu dan bergaul dengan setiap lapisan masyrakat Malaysia yang hadir di situ. Tidak kira peringkat umur, lapisan masyarakat ataupun status, semua pelanggan memberi kegembiraan dan pengalaman baru kepada beliau. Hubungan sesama pekerja direstoran juga tidak ubah seperti hubungan keluarga dan mereka sentiasa saling membantu antara satu sama lain.
- Pengalaman Nik Anisah sepanjang berurusan dengan pelanggan
Nik Anisah menganggap pelanggan sebagai tetamu yang penting, kerana itu beliau mengambil inisiatif untuk berkenalan dan berkawan dengan mereka tanpa mengira bangsa, umur dan pangkat.
Setiap hari bekerja, Nik Anisah sentiasa bersemangat dan teruja untuk melakukan tugasannya. Hobinya yang suka bersembang dan bercerita dengan orang lebih-lebih lagi membantu beliau ditempat kerja. Beliau berkata, dengan bercakap dengan ramai orang, kita sendiri akan mendapat manfaat dan banyak maklumat daripada mereka. Nik Anisah berkata ramai pelanggan yang datang ke restoran McDonald’s Jalan Gambang adalah daripada golongan muda dan bersekolah, dan mereka mesra memanggil Nik Anisah dengan panggilan ‘mama’.
![]() |
| Nik Anisah @ dikenali sebagai Mama |
- Pengalaman manis Nik Anisah sepanjang bekerja di McDonald’s Jalan Gambang
Antara pengalaman manis Nik Anisah adalah apabila beliau dapat meraikan sambutan hari jadi dan Hari Kanak-kanak di restoran McDonald’s Jalan Gambang.
Beliau teruja dapat melayani anak-anak yang riang gembira. Salah satu pengalaman manis Nik Anisah juga apabila beliau dinaikkan pangkat daripada seorang kru yang bertugas dilobi kepada GEL, walaupun beliau sudah berumur
Beliau teruja dapat melayani anak-anak yang riang gembira. Salah satu pengalaman manis Nik Anisah juga apabila beliau dinaikkan pangkat daripada seorang kru yang bertugas dilobi kepada GEL, walaupun beliau sudah berumur
![]() |
| Staf McDonald’s yang ceria sambil melakukan tugasan |
- Pekerjaan Nik Anisah sebelum bekerja di McDonald’s
Sebelum berkhidmat di McDonald’s Jalan Gambang, Nik Anisah menjalankan perniagaan kontraktor elektrik dan mekanikal. Nik Anisah malahan pernah menjalankan projek kerajaan dan swasta bernilai hampir RM1 juta.
- Perbezaan ketara sebelum dan selepas bekerja di McDonald’s
Sebelum bekerja di McDonald’s, Nik Anisah tidak tahu betapa pentingya elemen ‘hospitaliti’ kepada tetamu di dalam sesebuah perniagaan. Beliau juga banyak belajar melayan pelanggan yang datang dari pelbagai bangsa dan umur
Pesanan kepada masyarakat berdasarkan pengalaman bekerja di McDonald’s Jalan Gambang
Pesanan kepada masyarakat berdasarkan pengalaman bekerja di McDonald’s Jalan Gambang
McDonald’s merupakan sebuah syarikat yang sentiasa memberi peluang kepada semua pekerjanya untuk membina kerjaya walaupun sudah berumur. McDonald’s juga sentiasa menjaga kebajikan perkerjanya. Sebagai contoh, baru-baru ini ramai pekerja Islam yang berkelayakan telah menerima zakat pada musim perayaan Aidilfitri. McDonald’s merupakan tempat makanan yang sentiasa mengutamakan kepuasan pelanggan selain memberi layanan yang bagus. Nik Anisah sebagai pekerja sentiasa menganggap pelanggan adalah VIP dan mengalu-alukan kedatangan mereka di restoran tersebut
- Pengalaman Bergembira Di McDonald’s Jalan Gambang
Bersama dengan sebahagian Blogger Pantai Timur singgah sebelum bersurai program kembara kami iaitu #DiscoverGambang. Pertama kali menjejakkan kaki disini terasa kagum kepada staf McDonald's, mereka menyapa dengan sungguh ramahSebelum terlupa husniey ingin menambahkan sedikit info tentang Mama.
Sebagai GEL, Nik Anisah atau Mama berperanan untuk berkhidmat sebagai duta khidmat pelanggan. Fokus beliau adalah untuk memberi pengalaman hebat kepada pelanggan McDonald’s. Termasuk memastikan pelanggan diberi layanan baik dan meninggalkan restoran McDonald’s Jalan Gambang dalam keadaan gembira dan berpuas hati dengan pengalaman mereka sepanjang berada disitu.
![]() |
| Menu kami 😍 Kanak kanak dapat Happy Meal, air milo |
![]() |
| Burger Rio yang terbaharu di McDonald’s |
![]() |
| Suasana meriahnya di McDonald’s Jalan Gambang |
Memang terbukti peribadi Mama dan staf disini ramah dan servis perkhidmatan mereka terbaik yang pernah saya lalui. Mereka meraikan kesemua pelanggan yang datang, seolah menghadiri kenduri kahwin di kampung.
Selesa sungguh bersembang dengan Mama. Siap beliau pesan kalau datang lagi singgah lah sini dan Mama pasti ingat kami semua.
Nah, kalau anda semua berpeluang melawat Kuantan dan berdekatan silalah berkunjungan ke McDonald's Jalan Gambang ini, seronok sungguh tengok anak - anak dapat layanan baik dan hadiah. Untuk anda yang bawa anak kecil akan dapat pelbagai saguhati, mainan, aiskrim, belon. Wahh kami yang dewasa ni pun rasa teruja
MAKLUMAT LANJUT | MCDONALD'S JALAN GAMBANG
Waktu Urusniaga: 24 Jam
Telefon: 09- 536 2746
Website: mcdonalds.com.my
Alamat: No A29(Gf), Pusat Komersial Batu 3,
Jalan Gambang, Pahang, 25150 Kuantan
Peta Ke Lokasi








































