Tak lama lagi Matta Fair, Disini Ada Tips Untuk Anda Bercuti Ke Pulau Dengan Harga Berpatutan - Husniey Husain

Thursday, 7 March 2019

Tak lama lagi Matta Fair, Disini Ada Tips Untuk Anda Bercuti Ke Pulau Dengan Harga Berpatutan


Hai, Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang membaca blog husniey. Semoga dimurahkan rezeki berbahagia selalu . Sekarang dah masuk musim panas kan? Haa tu yang keluar rumah kejap aje dah tak tahan teriknya cuaca bagi bulan Mac. Dijangka panas terik ini berterusan sehingga beberapa bulan. Bulan Mac merupakan bulan dimana Pulau Pulau di sekitar pantai timur kembali dibuka beroperasi, sebab musim dah cantik dan laut tak bergelora. Jika hujung tahun cuaca tak sesuai untuk anda pergi bercuti ke pulau bersama keluarga dan rakan rakan. 


Sedikit Tips Untuk Anda Ingin Bercuti Ke Pulau 

Membuat tempahan awal bagi tiket kapal terbang. Ini wajib tau, korang kena booking awal tiket kapal terbang. Makin lambat makin mahal harga tiket kapal terbang. Yang kedua ialah pastikan anda subscribe email dari syarikat best seperti Traveloka. Mereka selalu hantar email promosi best bersama kod tertentu. So boleh tebus bila nak tempah penginapan dan penerbangan di aplikasi Traveloka. Ini pun penting tau.

Kenangan bersama tuan suami di Pulau Perhentian

Kunjungi festival besar - besaran seperti Malaysia's Tour & Travel Fair (MATTA FAIR) dan  lain-lain karnival yang berkaitan dengan karnival promosi travel and tour. Mesti anda akan dapat hunting promosi pakej dengan harga murah dan berbaloi. Pernah kawan husniey dapat tempah penginapan Mewah di Port Dickson dengan harga yang murah. Kalau anda tak punya masa untuk ke Matta Fair 2019, tidak mengapa kita punya alternatif lain iaitu membeli dan menempah tiket penerbangan atau penginapan murah di Traveloka. Dengar kata tak lama lagi ada promosi besar-besaran. Ada banyak tawaran dan harga yang mampu milik untuk semua smart traveller di Traveloka Saleabration! ๐Ÿ˜

Perkara penting juga apabila travel anda diminta buat persediaan itinerari lengkap. Tahu kan apa itu itinerari? Ia menjadi rukun bagi traveller untuk buat jadual perjalanan. Senang sikit nak bajet masa, bila dah ikut jadual InsyaAllah dapat jimat kos dan jimat masa sekaligus. Ini semua cuma tips asas bagi anda yang ingin bercuti dengan harga mampu dan murah. 


Menempah Percutian Ke Destinasi Menarik 

Bawa pakaian yang sesuai. Tidak tebal dan tidak gelap sebab nanti warna gelap tu akan tinggalkan kesan pada kulit. Jangan lupa bawa skincare yang melindungi kulit dari sunburn seperti sunblock, moisturiser. Peralatan Snorkeling dan Underwater Waterproof Case For Phone dan kamera. Ini langkah berjaga, supaya jika telefon anda terjatuh ke dalam air laut tidaklah rosak nak bergambar pun mudah :) 


Bawa dan minum air mineral secukupnya di musim panas ini. Bahaya kalau tak cukup air dalam badan. Risiko strok haba tau. Husniey tahu anda semua mesti tak sabar, mesti ada yang dah mula merancang percutian bersama keluarga. Ada juga yang dah mula mencari platform best dan murah untuk membeli tiket flight dan promosi hebat untuk hotel. Nak tahu antara tips penting bagi memastikan anda bercuti dalam kos berpatutan dan murah ialah:

Setelah menentukan destinasi pulau yang hendak pergi bercuti tu, seperti biasa korang perlu cari penginapan best dan berbaloi. Kriteria menarik bagi sewa penginapan ialah mesti punyai kemudahan lengkap dan harga murah kan? 

Untuk makluman di Traveloka anda boleh membeli penerbangan sekaligus bersama menempah penginapan. Siap ada diskaun tau. Sebagai contoh anda memilih bercuti di Pulau Perhentian, husniey tahu ramai warga KL suka bercuti ke Pulau Perhentian. Anda perlu bertolak dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Kenapa ke Kota Bharu? Sebab Perhentian memang dekat dengan Kelantan. Kalau anda turun di Kuala Terengganu sangatlah jauh. Makan masa dua jam jalan darat nak ke jeti. So sila jangan khuatir beli je tiket penerbangan ke Kota Bahru jika ingin ke Pulau Perhentian. Nah, klik disini untuk membeli tiket murah di Traveloka: Matta fair promo 

Letakkan maklumat perjalanan anda:
Contohnya 5 April - sehingga 8 April
2 dewasa. Kuala Lumpur ke Kota Bharu.

Husniey suka pilih kombo begini lagi mudah dan murah. Korang pilih Flight + Hotel. Seterusnya masukkan destinasi, tarikh berangkat serta pulang ke KL, dan pilih kawasan untuk anda menginap. Lihat harga yang ditawarkan, berpatutan sungguh. Murah aje tiket penerbangan dan penginapan.

Ini maklumat untuk penginapan. 3 malam, 2 dewasa.
Destinasi itu sila tukarkan kepada
Perhentian Island. Terlupa screenshot.

Lihat pilihan resort di Pulau Perhentian. 

The Barat Perhentian ini okay juga, husniey pernah jalan-jalan dekat sini.
Harga berpatutan RM 1,061 sahaja berdua 
(Termasuk ticket flight return + penginapan 3 malam) 

Isikan maklumat anda. Selesai je klik Continue

Berbaloi bukan harga yang ditawarkan di aplikasi Traveloka. Setelah anda selesai memilih jenis penginapan dan anda akan dibawa untuk mengisi maklumat penerbangan. Isikan dengan betul ya. Harga yang dipaparkan sudah termasuk segala taxes. So agak berbaloi. Takkan jumpa di website atau aplikasi lain. Anda tidak perlu risau jika tak berkesempatan untuk berkunjung dan membeli pakej best di Matta Fair, semua dah mudah sekarang ini boleh hunting di hujung jari. 


Lagi 3 hari Sale Abration di Traveloka! ๐Ÿ˜

Bila lagi nak belanja family bercuti naik kapal terbang dan ke pulau, kita mulakan destinasi dalam Malaysia je dulu. Tuu dia banyak tak tips anda dapat dari artikel ini? Semoga bermanfaat, buatlah pilihan bijak dalam merancang percutian bersama keluarga dan rakan-rakan. 

10 comments:

  1. Sekarang mudahkan Husniey. Cuma kena rajin cari dan pilih pakej yang berbaloi .Cuti sekolah pun hujung bulan ni kan. .Cuma betul la tu.. Cuaca panas terik ni memang kena minum lebih .

    ReplyDelete
  2. Bagus kan bila ade traveloka saleabration ni... Aade diskaun. .Tak sabr ni nak p booking

    ReplyDelete
  3. Sekarang ni semuanya mudah dihujung jari je kita hanya perlu rajin cari je sikit. Lepas tu jangan tersalah pilih hehe

    ReplyDelete
  4. Bagusnya sekarang...sejak dah ada traveloka ni memang semuanya senang kan...traveloka memang sentiasa jadi pilihan...

    ReplyDelete
  5. aaa sudoh doh la. tengok entry diah nk g penang. tgk entry mu nk g pulau pulok. gane niii. keno tepoh dua dua gamoknya.

    ReplyDelete
  6. apesal ramai sangatn nak gi bercuti ni..nak itot jugak boleh.. hii.. pergi pulau time tengah musim macam ni best jugakk..

    ReplyDelete
  7. wish list!!! tak zabarrr nak tunggu promo traveloka!

    ReplyDelete
  8. mmg tgh usha pulau ni.. good tips

    ReplyDelete
  9. Akak dah usha, memang jimat sebab ada potongan. Next holiday kitorang kat tettt..haha

    ReplyDelete
  10. xdan la nak pi Matta Fair KL ni.. tunggu yang Penang insyallah =D

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com