BEST MOMENT IN MELAKA: PENGALAMAN KE THE SHORE OCEANARIUM MELAKA - Husniey Husain

Wednesday, 13 March 2019

BEST MOMENT IN MELAKA: PENGALAMAN KE THE SHORE OCEANARIUM MELAKA

Assalamualaikum, semasa bercuti perkara yang perlu diambil kira ialah destinasi menarik yang akan dikunjungi ketika berada disitu, mesti kita tercari-cari aktiviti terbaik untuk diluangkan bersama keluarga kan. Jom baca sama-sama perkongsian husniey ke The Shore Oceanarium Melaka pada awal Mac lalu. The Shore Oceanarium merupakan tempat yang sangat sesuai untuk anda bonding quality time, bukan saja dapat luang masa malahan anda pasti akan dapat tambah pengetahuan am hasil melawat dan melakukan aktiviti di The Shore Oceanarium. Mengambil masa satu jam hingga dua jam disini baru puas hati. Oh ya nak parking tak susah di bangunan The Shore ini. Boleh letak kereta secara percuma di tingkat 4-7



Jangan risau semua aktiviti disini tak berat okay, sesuai sangat untuk kanak-kanak. Okay pertama kali husniey tengok tempat ni rasa macam terkejut juga oh kecik je rupanya dari luar ni.. Sekali bila dah masuk tu diaa, pelbagai jenis hidupan laut dan hidupan sungai yang ada di dalam Oceanarium. Menarik sungguh! Ekspo kehidupan marin yang sangatlah mesra kanak-kanak, terdapat beberapa zon yang korang boleh lihat di dalam ni. Ada kolam hidupan marine yang boleh anak-anak sentuh dan in touch dengan haiwan tersebut. Di The Shore Oceanarium juga terdapat lebih seratus jenis cengkerang (sea shells) tau. Unik betul ada bentuk yang seperti tulang ikan, berwarna warni.

Interactive Zone: Menawarkan Peluang Berinteraksi Dengan Hidupan Laut!

Pertamanya mestilah kena pergi ke kaunter hadapan dan beli tiket ye. Nanti di hujung entri husniey akan share harga pakej masuk ke The Shore Oceanarium. Mata anda akan dijamu dengan pelbagai jenis ikan dan hidupan laut yang unik seperti belangkas, ikan yu, pari, timun laut, dan lain-lain lagi ketika di permulaan masuk. Dekat sini je kami spend time masa agak lama juga. Take your time okay, jangan kalut nak habiskan tour korang. Rasai pengalaman menyentuh ikan yu, pari, belangkas, star fish semua tu. Serius best, ini pengalaman pertama husniey sentuh hidupan laut yang unik ni.

berinteraksi dengan hidupan laut

Nak menyelam ke laut dalam belum tentu berani kan. Inilah masa untuk anda dan anak-anak. Di samping itu baru kita tahu dan sedar betapa manjanya hidupan laut ni. Pari disini tidak berbahaya untuk dipegang. Ikan yu juga manja. “Macam kucing je”, kata petugas di situ. Selepas dah dapat sentuh hidupan laut banyak kali tu jangan risau boleh basuh tangan ye ada sinki disediakan disitu. Banyak sangat koleksi gambar husniey snap, so terpaksa collage. Jom layan gambar di bawah :)

udang besar vs udang kecik comel. hehee
Kenal tak ni?

star fish, lawa betul warnanya


Ikan ni boleh disentuh melalui lubang di akuarium ini


Sambung berjalan-jalan di dalam Oceanarium, husniey dapat lihat satu akuarium ni unik sunguh. Dapat lihat ada lubang pada akuarium tersebut tapi ikan tak keluar melompat pun. Rupanya ada sistem canggih yang mengawal udara di dalam bekas tu, so ikan-ikan itu takkan melompat keluar. Huiihhh baru tahu canggih betul akuarium disini. Seronok mata ini melihat pelbagai hidupan unik yang ada. Banyak juga hidupan laut dari luar negara.. SubhanAllah indah betul. Tenang dapat lihat dan belajar benda baru. Korang boleh baca informasi yang terpapar. Very amazing. Just enjoy your time here.

Katak si katak lompat ~ 

Ikan muka anjing

Spesis piranha tapi ni omnivor tak makan orang kot


Rasai Pengalaman Tonton 8 in 1 Cinema 3D Plus, Sea Shell Museum, Fun Interactive 3D Art

Sebelum mula masuk ke dalam, anda akan diberikan spek 3D so boleh enjoy tonton animasi di layar. Menarik tau, boleh tengoklah penyu tembus dari layar. Hahaa masa diperuntukkan disini dalam 10 minit macam tu. Disediakan kerusi untuk pengunjung duduk dengan selesa. Syok tau layan kartun animasi bersama keluarga. Husniey kebetulan bawa suami, adik sepupu dan mak saudara so memang enjoy k. Kalau berdua dengan suami macam bosanlah sikit tu bawa budak jugak nasiblah ada sepupu duk di Melaka. Sweet moment created! Alhamdulilah.

Tonton Cinema 3D plus, Jungle Quest dan
kawasan kolam berinteraksi dengan hidupan laut

Unik semua ini kan

Warna warni Sea Shells

Usia seratus tahun lebih dah ni

Selepas dah layan animasi dengan spek 3D tu melihat pelbagai jenis koleksi cengekerang yang terdapat di Sea Shell Museum. Husniey terkejut melihat ada cengkerang bersaiz sangatlah besar dan berat 100 kilogram yang dah berumur lebih seratus tahun. SubhanaAllah unik betul kan? Ada bentuk yang seperti tulang ikan, ada yang berwarna hijau dan macam-macam. Ada juga yang jenis cengkerang simpan mutiara tu. Huihh cantik betul tau. Fun & Interactive zone anda boleh bergambar secara bebas dan ikut kreativiti tau.

Sea shells dah macam tulang ikan je




Last sekali dapat tengok pelbagai jenis hidupan dalam sungai dan tasik pula. Mata ini terpukau betul dapat lihat pelbagai jenis ikan-ikan bersaiz besar seperti Kelisa dan banyak lagi. Tak ketinggalan juga ada obor-obor dan ikan nemo, jangan keliru habitat nemo ni di laut bukan di sungai. Geram tengok lawa betul obor-obor dan ikan nemo bergerak. Nak bela kat rumah boleh tak? Tenang hati ni dapat lihat pelbagai jenis hidupan laut di The Shore Oceanarium Melaka. Ada banyak lagi benda menarik, kalau anda nak rasai sendiri pengalaman seperti ini, jangan lupa masukkan tempat ini dalam wishlist jika ke Melaka tau.

Sekumpulan Ikan nemo yang comel ~ 

Obor - obor ini gorgeous sungguh


Hidupan marine dari tasik Malaysia

Berita baik untuk anda yang teringin nak berkunjung ke sini. Untuk makluman kini THE SHORE OCEANARIUM telah bekerjasama dengan VRAR INTERACTIVE PARK so dengan pembelian tiket Premium Plus berharga RM 40 / Dewasa dan RM 30 / Kanak-kanak harga ini dah termasuk service tax, anda boleh menikmati dua tempat menarik!

Gift shop. Aneka jenis hadiah boleh dibeli disini


Bergambar kenangan bersama blogger Rodiah Amir ~

Harganya berpatutan weh sebab korang dapat masuk dua tempat menarik dengan pembelian tiket premium plus, lepas dah puas hati melihat pelbagai hidupan laut boleh sambung bermain pelbagai permainan dan rasai pengalaman di VRAR park, seronok tak terkata permainan interakif disini. Next entri husniey akan ceritakan tentang pengalaman di VRAR Interactive Park pula yerr :)

๐Ÿ“ The Shore Oceanarium Melaka, Malaysia 

Alamat: Jalan Persisiran Bunga Raya, Kampung Bunga Paya Pantai, 75100 Melaka

Waktu Urusniaga: Setiap Hari

Masa: 11 am – 9.00 pm

Website: oceanariummelaka.com

Telefon: 06- 2829966

Email: oceanariummelaka@gmail.com


9 comments:

  1. seronoknya weih. buleh g nih.

    ReplyDelete
  2. Baca perkongsian Husniey ni pun Kak PC dah rasa seronok sangat..apatah lagi kalau pergi..tengok sendiri depan mata..subhanaAllah..

    ReplyDelete
  3. Dah pergi. Memang seronok kan pergi sini jumpa hidupan laut :)

    ReplyDelete
  4. Bestnya Husniey. Tak sabar plak nak bawa syafi g sini nanti. Mesti dia suka kan.

    ReplyDelete
  5. kite suka tempat2 macam ni. leka jee tengok biantang2 tu semua.

    ReplyDelete
  6. apsal la haritu akak g melaka tak singgah sini.. best nya !! confirm anak2 suka ni..

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com