Review : Joe Fisherman Inn, Pangkor

Assalamu'alaikum, Kali ni Husniey nak buat review sikit tentang penginapan yang kami suami isteri menginap semasa bercuti di Pangkor...


Assalamu'alaikum,

Kali ni Husniey nak buat review sikit tentang penginapan yang kami suami isteri menginap semasa bercuti di Pangkor awal bulan 3 yang lalu


Penginapan : Joe Fisherman Inn. 
Lokasi berdekatan dengan Pantai Teluk Nipah. Jalan kaki 3 minit je ke pantai. Lokasi memang dekat sangat dah dengan pantai 👍

Struktur bilik-bilik di sini, diperbuat daripada kayu. Kayu pula tak dikemaskan. Sangatlah bahaya kalau ada yang bawa anak anak kecil menginap di sini. Pintu bilik air pun dari kayu juga. Susah nak buka pintu bilik air dengan pintu bilik.. Berat pula tu. Kalau budak kecil yang duk cuba buka pintu rasanya terjatuh kot.

Lepas tu dah nama pun kayu yang tak rata, lantai bilik tu memang tak selesa langsung nak jejak. Karpet pun takde.. 😂
Argh stress sangat masa kat sini, memang berhati hati nak melangkah takut tersadung dalam bilik tu 😅

Okay, jom layan gambar dulu :

Cantik memang cantik. Tapi tak berkesempatan nak mandi pun 😪

Bahagian lobi. Wi-fi kat sini je ada


Dalam bilik



Ruang dalam bilik. Nampak tak kat pintu tu, lubang lubang cahaya. Haa bahaya, orang boleh skodeng tu 😂
Kayu ni pulak kayu murah je. Nipis pulak tu. 

❌ No breakfast. No cafe

Lagi perkara teruk yang Husniey tak suka semasa menginap disini, tak faham betul dengan staf front desk tu tak senyum langsung, yang peliknya dengan guest yang lain, kemain dia duk bergurau-senda​, duk sembang kat lobi tu.. ( Lelaki )

Husniey dan suami berkali kot bertembung dengan dia, masa mula nak check in tu kami siap ucap terima kasih kat dia sambil senyum. 
Muka dia kelat je.. 😏

Eeee ingatkan sekali tu je dia buat muka kelat, sampai ke hari terakhir nak check out pun macam tu juga.
Macamlah kita menyusahkan dia pun.
Bayar kot menginap kat situ.. Kami takde pun duk tanya apa apa info kat dia, yelah nak jugak tahu kedai runcit atau kedai makan kat mana. Dah mukanya kelat habiss. Malas laa. Tu tak tanya apa lagi dah macam tu 😪 😪

Lagi sakit hati bila husniey baca kat TripAdvisor. Ada dua tiga guest komen cakap staf situ ramah (staff yang sama ni je). Hmm padahal tak pun, senyum pun berkira! Sepanjang menginap tu tak nampak ada staf lain pun ganti tempat dia. Rasanya dia owner kot. Tapi kalau betul owner pun asal menyombong sangat. Takde sikap hospitality langsung.

Entahlah mungkin sebab dia berlainan bangsa dengan kita.
Tak tahulah, atau mungkin dia ingat kami ni belum kahwin, sebab masa nak check in tu dia ada tanya. Bilik asing ke. Laa dah terang bersuluh kita buat booking secara online bilik 1 je..

Nampak gayanya lepas ni kalau nak travel dengan suami, Husniey kena pakai inai selalu supaya orang ingat kita orang ni pasangan dah kahwin. Ke kena sediakan kertas saiz A4 bertaip dekat dahi ni, 
We are Married. 😒 😒

Haa tak marah pun. Geram je ni. Sorry. Jangan salah faham. Ini memang review ikhlas dari hati. Banyak lagi resort lain yang murah dan best. Kalau repeat ke Pangkor lagi, memang tak nak dah stay sini

3/5 je bagi.. Tu pun sebab lokasi strategik 😊

Yang lain semua out.

Husniey akhiri entri ni dengan gambar permandangan pantai di Pulau Pangkor


You Might Also Like

4 comments

  1. Ralat kan kalau macam tu..patutnya hargai tetamu yang datang menginap..ada yang dilayan..ada yang tidak..dah jadi double standard pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah PC. Tak faham betul. Stress jugak tengok muka staf tu tiapkali bertembung, ketat je. Senyum pun tak de..

      Delete
  2. Ada lagi satu resort pun byk bad review pasal owner dia. Bila org tulis bad review dekat TripAdvisor kan nanti owner tu counter balik kata semua tu salah guest. Kalau satu dua ok gak tp semua yg bagi abd review dia counter juga. Mesti orang pikir byk kali nk stay dekat situ kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahaya betul owner yang macam tuu.. Patutnya berlapang dada kalau betul salah dari owner.. 😅

      Delete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.