Roti Bakar Sedap, Patut Cuba! ♡ - Husniey Husain

Sunday, 19 November 2017

Roti Bakar Sedap, Patut Cuba! ♡




Assalamualaikum

Husniey nak kongsikan roti bakar patut dicuba ni. Sesuai dimakan semasa sarapan pagi atau bila bila masa anda lapar, Heehe

Husniey tak tahulah kenapa suka sangat dengan makanan berasaskan roti
Ni terasa nak buat puding roti pulak,
lama betul tak buat pemanis mulut..

Fuhh sedapnya 😂


Okay sambung balik pasal roti bakar..
Husniey pada mulanya suka rasa di kedai kedai. Ada satu kedai makan tu, roti bakar dia memang sedapp.
Husniey hayati rasa pada roti tu memang unik, ada manis dan masam berlemak gitu.. Mulanya ingatkan cheese tapi mayonis rupanya..
Disebabkan tak puas makan di kedai, portion sikit je
husniey cuba buat dirumah pulak! 😁



🌸Bahan Bahan Yang Diperlukan🌸 


Sebungkus Roti Bata
Buttercup
Sekaya (Tak kisahlah brand apa pun)
Mayonis (Guna brand Kewpie sedap!)

🎵 Cara Cara Menyediakan 🎵
Roti Bata dipotong.. (Ikut anda nak berapa keping)
Letakkan butter di dalam pan setelah butter mula mencair, masukkan roti
Bakar roti sehingga bertukar warna dan rangup
Sapukan sekaya dan letakkan mayonis
Siap! 😘

Kalau nak nampak lebih kemas hidangan roti ni, selepas siap semuanya lipatkan roti dan potong kecil.. Roti bata ni agak besar tau..


Maaf akibat ketidaksabaran nak makan jadi tak kemas presentation roti bakar ni..
Sila abaikan rupanya 😂


Sesuai dijamu dengan minuman panas
Kopi atau Coklat panas 😍


Semoga Bermanfaat!



10 comments:

  1. Simple nampak tp confirm sedap. Bawa ke shah alam nanti. Heheheh

    ReplyDelete
  2. ok nangis sbb nmpk sdp sgt n terliur gile ni.

    jom join n meriahkan segmen GA kt sini

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  3. sedap ni Husniey...
    kak pip kalau buat roti bakar, suka minum dgn milo panas.

    ReplyDelete
  4. memang sedap!
    kalau saya buat sendiri, saya tak letak mayonis. 😋

    ReplyDelete
  5. salam done follow blog juga...

    menarik menu ni boleh cuba di rumah nanti

    ReplyDelete
  6. Sedap dibuat makan sarapan atau minum petang ni

    ReplyDelete
  7. uuih letak mayo eh ? first time ni tengok.. menarik menarik..

    ReplyDelete
  8. Kalau hari hujan cepat je rasa lapar. Perut asyik minta makan je hikhik

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com