Mudahnya Memasak Ketam Masak Lemak Cili Padi - Husniey Husain

10 December 2017

Mudahnya Memasak Ketam Masak Lemak Cili Padi



Assalamualaikum!

Semoga kalian semua sihat sejahtera selalu

Dulunya husniey tak pandai pun masak masakan kuah yang ada santan ni..
Bukan tak pandai, cuma tak berapa nak yakin takut sangat kalau kuah tu jadi berketul ketul ๐Ÿ˜‚

Alhamdulillah setelah berkali mencuba biasakan diri dengan masakan bersantan, rupanya tak ada lah susah mana pun..



Jom tengok resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi di bawah ni..




BAHAN BAHAN YANG DIPERLUKAN :


- Ketam 1/2 kilo

Bahan Blend / Ditumbuk Menggunakan Lesung
- Bawang merah 3 ulas, bawang putih 3 ulas, kunyit sebesar ibu jari, sedikit halia, cili padi 5. Jika suka pedas boleh letak lebih banyak cili

Serai 2 batang diketuk
Santan


MENYEDIAKAN KETAM MASAK LEMAK (CARA SAYA) 



1) Panaskan dalam periuk sedikit minyak
2) Tumiskan sekejap bahan blend tak perlu lama, nak naikkan bau je
3) Masukkan beberapa gelas air
4) Masukkan Santan
5) Kacau rata, masukkan ketam dan serai
6) Perasakan dengan garam dan sedikit gula
7) Jika suka boleh tambahkan sedikit lada hitam
8) Masak dalam 10 minit..

Ketam dah bertukar ke warna oren,
kuah dah sedikit kering. Siap!





Hidangkan dengan nasi panas.
Husniey suka makan kuah lemak ni bersama ikan kerisi goreng.. Sedap sangat menambah nasi dua kali tak sedar, hehe ๐Ÿ˜

Moga resepi ini memberi manfaat kepada anda semua..

Terima kasih membaca entri ini!





11 comments:

  1. Sedapnya, tapi ketam mmg mahal skrng ini kan???

    ReplyDelete
  2. hmm sedapnya! dah lama tak makan ketam ni huhu

    ReplyDelete
  3. singgah sini Husniey.. ya Allah sedapnyaa masak lemak ketam hii.. simple jerr resepi ni.. tq sudi singgah ya

    ReplyDelete
  4. antara fav menu ana ni husniey. kalau dpt ketam yang besar2 lg syok makan. sedapnyaaaaa..terliur tgk.

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap je XD
    Nice resipi, thanks for sharing!

    ReplyDelete
  6. lama tak makan ketam. sedapnya :')

    ReplyDelete
  7. Terliur CCL tengok masakan ni , lagi-lagi CCL ni penggemar masak lemak ciii padi . Lagi pedas lagi best makan

    ReplyDelete
  8. dulu pun ingat susah nak masak rupanya senang je, sedap pulak tu

    ReplyDelete
  9. Wah sedapnya, Kak Sue suka sangat masak lemak ketam..

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai

Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan blogwalking

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com