Ujian Pasti ada Rahmat dan Hikmah

'Dalam ujian pasti ada rahmat dan hikmah ' Ya aku dah nampak dan melaluinya..  Jika ditakdirkan nasib baik,  tahun i...



'Dalam ujian pasti ada rahmat dan hikmah'

Ya aku dah nampak dan melaluinya.. 

Jika ditakdirkan nasib baik, 
tahun itu aku lalui dengan penuh kebahagiaan.. 

Ada pula tahun yang aku lalui sebaliknya😭
Duka lara pahit maung.. 
Ya rasa seperti itu juga tidak terlepas 


2014 - 2016 banyak ujian yang mencabar

Mula 2016 aku nekad bangun sikit demi sedikit.. Lupakan pahit yang ada..
Aku percaya Allah uji itu sebab aku mampu.. Dia nak aku belajar sesuatu dan ambil pengajaran dari tiap sesuatu.. 
Pernah dengar tak cebisan ayat dari Surah Al Baqarah ni 




Masa pahit yang aku lalui sikit sebanyak mengubah aku jadi orang yang berbeza dari sebelumnya..


2015 
mula rasa nak berniaga makanan.. Berniaga kecilan.. Buat dessert, Cheesekut..

Alhamdulillah, aku akhirnya pandai berniaga dan mencari duit sampingan seperti mak aku dulu.. 
Beliau sangat suka berniaga makanan 😍
Aku happy.. Dulu aku tak minat pun berniaga

Akhirnya aku dah bangkit sedar diri tentang dunia perniagaan.. 
Dulu selalu juga tolong mak aku untuk persiapan berniaga.. Tapi jujurnya aku sering merungut penat dan kononnya akan datang aku tak nak lah berniaga.. Mak aku tu gigih orangnya.. Bekerja tetap dan suka berniaga.. Bermacam cara beliau suka buat untuk dapatkan kehidupan yang selesa untuk anak anak dimasa akan datang katanya..  

Bukannya tak mahu bekerja dengan majikan. Malah aku punya banyak pengalaman kerja sebelum ni.. 
Aku ada sebab tersendiri memilih untuk menjadi suriumah
Taat pada suami itu wajib kan.. 


Dalam melalui kehidupan rumahtangga pasti ada ujiannya.. Banyak yang aku telan, dan ada banyak perkara yang tak diluar jangkaan ku berlaku.. Sungguh Allah itu tahu aku mampu..  😊



Peduli apa yang orang nak anggap..
Buat baik itu satu keperluan, jika perbuatan baik dibalas sebaliknya.. 
Tidak mengapa, bawa bersabar
Jangan sesekali membalas dendam..
Biarlah Allah yang melakukan tugasNya


Allah akan mencatatkan ganjaran besar jika kita bersabar.. 
Ya, aku terus percaya pada ayat yang Allah sentiasa ada bersama kita.. 
La Tahzan. InnaAllahha Ma'ana.. 😊

2016 pula aku mencuba perniagaan yang selaras dengan minatku.. 
Aku waktu itu minat sesuatu perkerjaan yang bekerja bebas dan kalau boleh dapat travel.. 

Akhirnya mendapat idea dan berusaha sendiri untuk mula buka business tentang servis pakej pelancongan..
Benar, tak mudah.. 
Tapi minat mendalam, aku tetap mencuba..
Aku jujur dalam business, Allah temukan aku dengan orang orang yang jujur juga.. Alhamdulillah! 💟

2017
Perniagaan meningkat 2x ganda dari tahun sebelumnya..
Ramai client dapat tahu servis aku buat itu hanya dengan membaca blog ini
Nah, mula mula aku pun macam tak percaya..  Lama kelamaan makin ramai yang membaca iklan aku di blog.. 

80% client yang membaca cerita travel dan iklan yang telah aku tulis di blog ni..

Itu sebab tak berapa nak iklan di mana mana media sosial lain seperti facebook atau instagram personal..
Kerana bagiku cukup dah rezeki yang ada


Alhamdulillah..
Tahun 2017 ini hampir semua yang aku idamkan telah tercapai 
🌸

Alang alang telah menulis lebih lanjut, 
Izinkan aku berkongsi disini rezeki yang tak disangka pada tahun ni 2017 :

Rezeki travel - Krabi Thailand, pulau pulau Malaysia,  dan paling aku tak sangka.. Akhirnya negara yang aku idamkan untuk lawati, (Jepun) dapat juga melawatnya tahun ni..! Alhamdulillah.. Indah sekali kenangan tahun ni.. 😍


Kalau ikutkan duit simpanan ku tidaklah banyak, bajet pun tak tebal.. Mungkin memang sudah tertulis rezeki aku..  😥
Mungkin juga disebabkan berkat rezeki usaha aku berniaga.. Ya, aku beli tiket penerbangan guna simpanan sendiri dan bayar penginapan.. Suami cuma bawa duit belanja aje.. Untungkan suami aku dapat isteri yang tak berkira bila senang.. 
Haha puji diri sendiri 😆

Ya aku memang begitu bila dengan keluarga terdekat.. Hanya dengan keluarga aku akan bebetul sanggup buat apa saja, dan amalkan sikap 'give and take' tanpa ada rasa ragu ragu..


Rezeki berkasih sayang dengan keluargaku.. 

Paling latest rezeki kereta baru..    

Tiap nikmat yang aku perolehi diatas bukanlah mudah. Disusuli dengan usaha keras.. Juga mungkin kerana Allah dah janji ditiap kesusahan akan ada kesenangan..
Di tiap duka akan ada kisah suka..
Berkat sabar menahan segala rasa.. 

Nak buat sesuatu itu prinsip memang mudah disebut tapi kalau tersilap niat dan langkah, 'akan tersadung' juga 




'Usaha, yakin diri, doa sungguh sungguh dan tawakkal pada Allah'


Semoga 2018 lebih baik.. 
Perkataan ni nampak terlalu umum..
Biarlah segala huraian doa itu terletak dihati 
Tak perlu aku khabarkan satu persatu harapanku..

Yang penting sebelum terlupa nak pesan, jangan lupa doakan orang lain juga.. Hati kena ikhlas.. Baru rezeki sentiasa mengalir.. 

Biarlah orang buat jahat pada kita,
kita tak perlu balas apa pun..
Kalau penat dalam menghadapi kehidupan berliku, menangislah mengadu pada Allah 
lalu kembalilah berjuang..
Berjuang di dunia ni untuk menuju ke akhirat


Hidup ni cuma sementara 🌸



Love 
-Husniey Husain-



You Might Also Like

13 comments

  1. Alhamdulillah...rezeki akan tiba disaat yang tepat pada pemilik yang betul.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah Husniey... Perlahan2 bina hiduo, pedulikan kata orang negatif anda tentu akan berjaya...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, Allah mempermudahkan segala urusan. semoga tahun yang mendatang juga dipermudahkan oleh Allah :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah nampak nya kehidupan husniey semakin baik dari sehari ke sehari. Walau ada dugaan itu separuh dari kehidupan kan. Dugaan mematangkan kita dan juga salah satu cara Allah nak naikkan darjat kita. Semoga 2018 memberi lebih kebahagiaan dan apa yang husniey hajatkan tercapai. Amin.

    ReplyDelete
  5. keep strong.. rezeki baby kott.. tahniah!

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah, umpama allah bagi hujan tapi bagi juga pelangi. all the best

    ReplyDelete
  7. Alhamdullilah. Semuanya baik-baik aje untuk Husniey tahun ini. Semoga tahun depan bertambah baik dan bisnes semakin berkembang :)

    ReplyDelete
  8. semoga perniagaan husniey akan terus maju dan maju.

    ReplyDelete
  9. jatuh bangun itu perlu dalam kehidupan baru nampak warna pelanginya kan? :D

    ReplyDelete
  10. dugaan hidup akan semua kita rasa...samada parah atau tidak..semoga kita terus tabah dan berjaya..semoga Husniey berjaya jugak ya

    ReplyDelete
  11. tahniah sis ! nmpk hasil struggle tu.Manisnya.Doakan sy jga.Moga dapat mengharung hidup ini.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah.. rezeki tak putus-putus muncul. Berkat kerja keras sebelum ini

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.