Secebis Penghargaan kepada semua! - Husniey Husain

Friday, 26 January 2018

Secebis Penghargaan kepada semua!



Alhamdulilahh setelah sekian lama berfikir dan menanam impian akhirnya berkat sokongan dari keluarga, suami,
sahabat yang selalu berkunjung ke blog,
dan sokongan moral dari kawan kawan blogger yang positif

Akhirnya dah ada domain sendiri!  www.husnieyhusain.com

Moga baik baik aje untuk perubahan ini,  jemput singgah baca di entri lama pun masih ada πŸ’–



Husniey sebenarnya tidaklah mengantung harapan tinggi langit untuk perubahan ini, sebab kita tak dapat jangka masa depan
Tapi of course berharap yang baik baik dan terus berusaha ke arah lebih baik! 😍

- Berusaha ke arah lebih baik -

Disebabkan selalu diracuni semangat rakan bloggers yang berterusan aktif berkongsi disini, Husniey pun turut mencabar diri nak juga buat sesuatu untuk beri manfaat pada diri sendiri dan orang lain di luar sana. Masih dalam proses berusaha untuk memperbaiki cara penulisan 😊

- Urusan Domain dan Sokongan Rakan Bloggers yang disayangi -

Untuk penukaran domain, urusan menggunakan perkhidmatan Net KL 

Terima kasih pada rakan blogger sejati iaitu, Ana Suhana sebab sudi jadi tempat rujukan buat Husniey. 
Mengenali beliau penghujung tahun 2016 kalau tak silap..
Seorang yang menghormati antara satu sama lain dan tak kedekut berkongsi bila bertanya. Dan paling penting dia tak kisah apa pun yang Husniey bahasakan dirinya.
Memula tahu yang Ana ni lebih berumur dari Husniey kelam kabut diri ni terus mesej di instagram nya meminta maaf sebab panggil nama aje πŸ˜‚

Beliau dengan bersahaja memberitahu
"tak ada apalah, okay je panggil apa pun"
Sebab itulah kalau perasan Husniey tak panggil Ana akak atau sis.. (nak juga jelaskan hihi)   
Hahaha dah dapat keizinan kan.. 
Dan ditakdirkan bulan 11 haritu kami dapat jemputan event yang sama! 

Pertama kali jumpa blogger Ana Suhana dan itu pertama kali untuk Husniey, memenuhi jemputan di Shah Alam Convention Centre. 
Jauh dari Terengganu husniey datang tau 


Best sangat event Karnival Tefal vs syarikat Pacific West Food buat demo masakan
Ramai juga bloggers lain sempat juga tengok dan kenal.. 
Ana Suhana lah yang kenalkan kat Husniey.. Segan juga masa tu!
Dahlah kita tak pernah jumpa kan lepas tu Ana pula yang tegur Husniey dan sergah dulu masa memula masuk dewan tu πŸ˜‚
Banyak yang kami sembangkan, seronok



Masa kat sana jugalah Ana tanya tak teringin ke nak tukar domain sendiri..  
Panjang lebar pulak part ini okay yang belum follow blog beliau, wajib follow tau bloggers anasuhana.com

Ramai lagi rakan bloggers yang lain Husniey terinspirasi dengan penulisan dan kagum dengan akhlak! Suka membaca semua perkongsian menarik serta suka dengan perwatakan yang sederhana kalian tonjolkan.. Terima kasih banyak tau 😊

Sejak masuk sertai group bloggers pantai timur, 
Husniey terima banyak peluang dan ruang untuk mengenali lebih ramai bloggers lain.. Alhamdulilahh semoga ukhuwah yang dibina berkekalan berpanjangan
Bagi yang berminat nak sertai team BPT, boleh bertanyakan lebih lanjut pada sis 
siti awadah dan sis gee (Hazirah Mohd)


Akhir sekali untuk entri kali ini..
Husniey nak maklumkan yang diri ini sudi menerima teguran membina dari kalian,
berbesar hati berkawan dengan semua orang tanpa memilih umur paras rupa pangkat..
Kalau yang berbeza jantina, harap maaf tetap kena jaga batas pergaulan 

Satu hari nanti Husniey akan baca balik kenangan menulis disini
Moga kita saling mendukung dan mendorong antara satu sama lain
Doakan kesihatan yang baik buat diri ini
Moga impian kita menjadi nyata🎈

Terima kasih buat rakan rakan bloggers yang selalu komen di kebanyakan entri blog ini, selalunya memang akan jalan jalan balik di entri kalian tapi itulah kadang tengok masa lapang barulah dapat buat πŸ˜‚


Maaf ya, jika ada kekurangan
Banyak lagi Husniey nak berkongsi di sini.. InsyaAllah teruskan sokongan anda 😊



26 comments:

  1. Tahniah Husniey dah ada domain sendiri dan keep blogging :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak Siqah :')
      insyaAllah akan keep blogging

      Delete
  2. Alhamdulillah...episod baru di dunia blog sebagai seorang blogger...terus melangkah dan berkongsi ceritera..kak PC sentiasa sokong Husniey ok...moga semua dipermudahkan..amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak PC.. Alhamdulilah harapnya begitulah.. Aaminn

      Terima kasih banyak kak PC kerana sentiasa menyokong Husniey
      Akan terus bersemangat disini

      Delete
  3. Blogger Ana memang terbaik. :)

    Tahniah dah ada domain sendri. All the best. #teamBPT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann CR, positif dan bersederhana orangnya

      Terima kasih tau..
      Nanti harap dapat jumpa team bpt pulak! :D

      Delete
  4. wahhhhhhh congratsss all the bestt.. domain pun gempakkk <3

    ReplyDelete
  5. Tahniah dan moga terus sukses ye! #teambpt

    ReplyDelete
  6. Amboi husniey. Puji melampau tu. Ana tolong apa yang Ana tau je. Kata sahabat kan. 😍

    Tahniah Husniey dah ada domain sendiri. Nampak lebih profesional. Semoga lepas ni bertambah rezeki buat Husniey ❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana.. Haha mana ada melampau hanya cakap benda betul.. πŸ˜‚

      Alhamdulilah terima kasih banyak Ana.. Banyak lagi husniey nak kena belajar dan perbaiki tentang dunia blogging ni.. Aaminnn ya Rabb πŸ’–

      Doa untuk Ana juga moga yang baik baik semuanya

      Delete
  7. wahhhh dah ada domain sendiri. tahniah. hehe. azah jugaklah berblog dah lama. masih tak tukar tukar domain. blogspot jeee la. hehe :D in shaa Allah ada rezeki lebih nanti nak jugak tukar domain sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, takpe Azah.. InsyaAllah ada tu rezeki lebih bolehla tukar 😊

      Delete
  8. Tahniah Husniey,, wahhh dah maju satu step ni, moga lepas ni blog dapat beri peluang jana pendapatan lebih buat Husniey.

    Terus maju jaya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak Mai.. Mudahan mudahan kan.. Selama ni pun blog banyak dah membantu dalam mencari rezeki 😁

      insyaAllah moga yang baik baik untuk Mai jugak 😍

      Delete
  9. Tahniah Husniey, semoga terus berkongsi yang dapat beri manfaat kepada semua ya.. ❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak sue.. Ya, mudah mudahan begitulah hajatnya 😘

      Delete
  10. tahniah Husniey...semoga terus cemerlang ;D

    ReplyDelete
  11. tahniah HH dah ada domain sendiri untuk blog . bestnya

    ReplyDelete
  12. Tahniah dah ada domain sendiri. Saya in sha Allah akan dtg

    ReplyDelete
  13. Seronok baca kisah perkenalan antara rakan bloggers dan ukhuwah yang terjalin dalam dunia maya ni.. Ana Suhana memang awesome, LZ pun suka baca blog AS..

    By the way, tahniah HH semakin mengorak langkah dalam dunia blogging..

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com