Masjid Cantik Di Negeri Melaka - Husniey Husain

Friday, 9 February 2018

Masjid Cantik Di Negeri Melaka


Assalamualaikum..

Husniey nak berkongsi tentang masjid yang cantik di Melaka yang mesti dikunjungi
Kemana saja tempat husniey bercuti,
keluar bermusafir pasti akan mencari masjid sebagai tempat berehat..
Kalau dalam perjalanan itu tak jumpa masjid, RNR pun bolehlah surau pun ada kan buat melepaskan lelah sepanjang perjalanan dan bertenang sejenak ๐Ÿ˜Š

Masjid pertama yang Husniey nak kongsikan ini terletak di Pulau Melaka
Haa mesti anda fikir nak kena naik bot atau feri kan? Tidaklah.
Nama aje Pulau Melaka tapi untuk ke masjid ini tidak perlu diakses dengan pengangkutan atas air pun. Memandu dengan kenderaan anda sahaja. Baca sampai habis ada selitkan peta ke lokasi


MASJID SELAT MELAKA


Jika di negeri Terengganu popular dengan Masjid Kristal dan Masjid Tengku Zaharah (Masjid Terapung) di Melaka turut ada Masjid Terapung yang dikenali sebagai Masjid Selat Melaka.
Masjid di Terengganu terapung di atas air tawar iaitu (Sungai dan Tasik) manakala uniknya Masjid Selat Melaka pula dibina di pinggir laut

Masjid ini semakin terkenal dan menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan juga luar negara. Keindahan permandangan di sekitar masjid ini pasti akan membuat anda merasa tenang ๐Ÿ˜

Angle tepi masjid, cantikkan reka bentuknya 

Gambar gambar kawasan masjid
tenang sungguh disini 


Kemudahan Yang Ada :
- Tempat Letak Kereta
- Tandas Lelaki dan Tandas Wanita
- Ruang Solat Lelaki
- Ruang Solat Wanita

Untuk pengunjung yang non muslim turut dialukan kedatangan mereka, pihak masjid turut menyediakan informasi penting tentang masjid dan Islam
Husniey tertarik pada pengurusan masjid cuba menyampaikan dakwah pada non muslim, 
jelas terpapar banyak artikel info tentang Islam boleh djbaca pada bunting, papan kenyataan dan juga risalah.. Senang faham dan menarik!

Tangga dalam masjid untuk ke ruang solat wanita. Lawa sungguh reka bentuknya

- PETA LOKASI MASJID SELAT MELAKA -

klik pada peta untuk melihat lebih jelas 


MASJID CINA NEGERI MELAKA

Keunikan masjid ini tidak dapat disangkal lagi corak dan reka bentuknya sangat unik.
Baru beroperasi kalau tidak silap
2 tahun umurnya..
Husniey sempat singgah di sini semasa  berkunjungan ke Melaka tempoh hari. Sepupu husniey yang bawakan ke sini kebetulan masuk waktu maghrib, singgah rehat dan solat disini. 
Kalau tak dapat peluang begini mungkin Husniey sendiri tak tahu juga kewujudan Masjid Cina ini

Kemudahan Yang Ada :
- Tempat Letak Kereta
- Tandas Lelaki dan Tandas Wanita, bilik mandi
- Ruang Solat Lelaki
- Ruang Solat Wanita
- Telekung Solat




Suka suasananya bersih, tenang dan indah sungguh binaannya..
Kemudahan tandas dan bilik air cukup banyak disediakan. Tandas dalam keadaan bersih dan wangi pula tu. Sesuai jika anda yang sedang bermusafir dengan keluarga yang bawa anak anak nak tukar pampers, nak dimandikan anak boleh sangat ๐Ÿ˜Š
Kalau anda kebetulan ke Melaka, silalah berkunjung di masjid yang Husniey ceritakan di atas. Lokasinya berdekatan dengan Stadium Hang Tuah di kawasan Krubong 


- PETA LOKASI MASJID CINA -


klik pada peta untuk melihat lebih jelas 



Akhir sekali Husniey nak sentuh sedikit tentang kebersihan dan adat di Masjid..
Kalau berpeluang berkunjung jangan lupa jaga kebersihan ya..
Kemaskan yang telah diguna pakai.. Jangan melakukan pembaziran
Jangan lupa untuk bersedekah, letak di tabung masjid. Iyalah kena ingat juga masjid pun nak diuruskan dengan sempurna, jadi kita yang beragama Islam inilah yang sepatutnya membantu pengurusan masjid, bagi memastikan rumah Allah sentiasa dimakmurkan dan urusan itu berjalan lancar

Mudah mudahan hidup dalam rahmatNya selalu
Sekian, semoga entri kali ini bermanfaat pada semua yang membaca ๐Ÿ˜Š

27 comments:

  1. Pemandangan waktu siang cantik...pemandangan waktu malamnya lagi-lagi cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak PC.. Lawa sungguh.. ๐Ÿ˜
      Terpesona melihatnya

      Delete
  2. Cantiknya masjid cina tu. Antara keistimewaan melaka adalah rekabentuknya. Macam2 budaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul tu Salbiah,
      Reka bentuk yang unik di Melaka.. Dari binaan rumah, bangunan bangunannya

      Delete
  3. mama suka sgt tengok masjid dan rumah melaka. malangnya rumah di melaka dah banyak yg moden dah sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik dan unikkan..husniey pun suka tengok.. N9 pun cantik,kemas

      Delete
  4. Replies
    1. Ya kak sue.. Lawa sungguh, cantik dimata memandang tenang dihati๐ŸŒธ

      Delete
  5. pernah pergi melaka tapi tak pergi masjid cina ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rabia kena datang sini nanti kalau repeat ya

      Delete
  6. tak sampai lagi melaka huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti pasti ada rezeki tu cik ash ๐Ÿ˜Š

      Delete
  7. Masjid cina ana tak sampai lg. Next time boleh lah singgah. Cantik senibina masjid Cina tu husniey.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak jauh mana kan Ana nak ke Melaka, hehe nanti mesti pergi.. Lawa binaan dia.. Siang dan malam dedua cantik nak bergambar

      Delete
  8. Wah.. bagus sangat entri ni

    ReplyDelete
  9. Suka sangat tengok masjid2 ni. Sebab kat setiap masjid mesti ada keunikan tersendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tuu Nurjuwaini ๐Ÿ˜Š
      Samalah,husniey pun suka lawat masjid.. Semua ada keunikannya tersendiri

      Delete
  10. Melaka memang terkenal dengan keunikan rekabentuk masjid.. Thanks for sharing HH, dapat LZ tengok dengan lebih dekat masjid terapung di Melaka.. Cantik sangat. Harap orang ramai dapat kekalkan kebersihan dan keindahan masjid-masjid ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. Suka betul melihat reka bentuk yang menarik, cantik dimata tenang dihati..

      Husniey pun harap macam tu juga.. Masjid ni perlu dikekalkan
      kebersihan.. Biar non muslim yang datang tengok, mereka nampak Islam itu Indah

      Delete
  11. masjid selat tu memang cantik :)

    ReplyDelete
  12. masjid masjid kat Malaysia memang cantik2. lagi2 kalo ada sejarah disebalik pembinaan. antara daya tarikan di negara kita =)

    ReplyDelete
  13. tenang je tngok masjid cntik2 ni.. suka sngt..

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAlla, akan saya kunjungi blog anda semula.

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com