Kisah Hari Kedua Di Perth | Explore Bandar Perth Menaiki Bas Percuma - Husniey Husain

Breaking

Husniey Husain

Menulis Dari Hati, Via Jari Jemari

Post Top Ad

Friday, 7 August 2020

Kisah Hari Kedua Di Perth | Explore Bandar Perth Menaiki Bas Percuma

Melawat Tempat Tarikan Di Perth Dengan Menaiki Kemudahan Pengangkutan Awam Bas



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Moga happy selalu. Psstt masih belum habis kisah travel ke Perth Oktober 2019. Haa jom baca. Kami memilih untuk bergerak menggunakan kemudahan pengangkutan awam bas Transperth atau CAT Bas ketika explore bandar. 

Kebiasaannya kami akan lebih banyak menaiki keretapi namun trip kali ini lebih efisyen menaiki bas. Cepat jimat masa, lebih mudah & senang sebab terus naik dan turun di destinasi kita tuju. Kalau naik train nak kena menapak ke bawah tanah. Perlu melangkah lebih jauh dan pasti mencabar sebab naik turun tangga kan. Kita akan cepat penat. Cukuplah ketika bercuti di Osaka dan Seoul banyak naik train. Lesson learned! 

Boleh rujuk (LIVE PERTH CAT TIMES
Ada 4 jenis CAT BUS. Blue, Red, Yellow & Green CAT BUS. 


Menaiki Red CAT Bus Dari Kawsan Apartment 



Jomlah bersambung baca kisah hari kedua ini, husniey dan tuan suami keluar dari apartment lepas waktu sarapan pagi. Tak ada disediakan sarapan. Masaklah sendiri disitu. Alhamdulilah sepanjang trip ini tak susah nak bergerak dengan kemudahan awam. Dekat dengan apartment kami menginap terdapat 2 buah hentian bas yang dari situ kita oleh akses naik dan turun bas. Sebut hentian bas memang kecil jelah, jangan bayangkan stesen bas pula yer. Ada beza. Stesen bas lebih besar, hentian bas ini selalunya tempat turunkan penumpang dan ambil penumpang. Berjalan kaki 3 minit aje dari apartment. Hentian bas di situ bernama Charlton


Teringin nak mencuba menaiki bas percuma. Alhamdulillah very efficient, menunggu tak sampai 5 minit bas dah datang, phone selalu dekat tangan husniey study pasal laluan di Google Maps. Dari rumah kami menaiki Red CAT laluan berwarna merah, ditulis juga next stop. 

Mudah faham bila rujuk di Google Maps. Siap boleh tengok masa bas tiba di hentian kita sedang tunggu. Mudah. Paling penting kena ada perancangan itinerary. Husniey punya itinerary asyik berubah, bergantung keadaan diri tak suka untuk memaksa diri explore banyak tempat. Kami jenis santai saja sehari cukup 2,3 tempat cover. Risau sakit-sakit badan nanti sebab itu kena rileks aje enjoy moments.  


Hayati Keunikan Keindahan Bandar Perth 

Tekan loceng dan bas berhenti di Town Hall, menapak berjalan kaki sightseeing di kawasan bandar. Rupanya cantik juga permandangan bangunan di bandar Perth ini. Macam ada sentuhan dari Eropah sikit, boleh laa feeling tu nak pergi Eropah entah bila merasa. Kalau tak silap sejarah negara Australia merupakan tanah jajahan British dahulu. Oleh sebab itu ramai orang putih. 

Suka tengok langit dekat Perth. Sentiasa biru. So bright!


Area Town Hall
The Mines Royal Arcade

Nice weather 😍

Kemudian, kami menuju ke tempat menarik wajib singgah ketika di Perth. Elizabeth Quay & The Bell Tower. Sampai dekat hentian bas mende entah, kami turun berjalan kaki. Kali ini menaiki Blue Cat Bus. Kejap aje. Turun jalan kaki, nak ke kawasan Elizabeth Quay. Masa duk menapak berjalan kaki kami masuk ke kawasan taman yang sangat unik. Pokok besar dan tinggi, rumput menghijau. Serius cantik dan bersih!


Asal nampak angle lawa ~

Masih tersisa bunga-bungaan. Ikutkan musim dah nak habis


Macam tak percaya view cantik ni depan mata ~

Okaylah berjalan-jalan boleh menikmati permandangan indah (hidden gem). Taman kami jumpa ini macam hidden gem di dalam bandar. Cantik betul bunga dekat dalam taman, rumput dia macam tipu je. Pokok besar-besar. Confuse kejap, dalam hati ini ‘kita dekat Australia ke dah sampai Amerika eh’, hehe. Unik sungguh permandangan. Kalau rujuk maps, kawasan kami singgah masuk ini namanya ialah Supreme Court Gardens. 

Jarang nampak bunga warna purple ~ 


Tuan suami nampak kerdil disitu ~Besar betul pokok
Bila suruh orang lalu lalang ambilkan gambar, 
tak nampak Bell Tower kat belakang 

Confirm tak sesat, banyak papan kenyataan boleh dibaca ~


Wajib Bergambar Di Bell Tower & Elizabeth Quay 

15 minit berjalan kaki sambil berhenti bergambar disitu tiba di destinasi tujuan pertama, The Bell Tower. Boleh baca informasi dekat luar bangunan itu, kalau masuk ke dalam The Bell Tower itu kena bayar. Bangunan ini antara bangunan ikonik bandar Perth. Sekejap saja kami disitu. Tak masuk ke dalam bangunan pun. 


The Bell Tower

Jadi kami terus sambung berjalan kaki ke Elizabeth Quay. Dua tempat ini bersebelahan saja. Dekat sangat. Bila sampai kawasan Elizabeth Quay, amboi lama pula kami kat sini, duk bergambar macam-macam gaya. Banyak sudut menarik kat sini. Layan permandangan dekat Riverside. Lawa sangat nampak bot lalu lalang, naik dekat jambatan. Amazing view here! 

Iconic landmark of Perth. Elizabeth Quay 😍

Gambar blur guna kamera handphone aje ni ~


Permandangan riverside dari atas jambatan~


Ramai juga pelancong & warga tempatan yang duk lalu dekat sini.
Ada yang menaiki basikal, berjalan kaki

Wide angle - Shoot using SJCAM SJ6 Legend
Take care guys. My fav photo. Masa dah nak balik, terbaca reminder kat lantai. 
So sweet!

Bersiar-siar di kawasan Elizabeth Quay antara aktiviti wajib korang buat jika datang bercuti ke Perth. Permandangan sangatlah cantik, melihat Swan River yang tenang, bangunan pencakar langit yang unik designnya, angin sepoi-sepoi bahasa. Langit biru, cuaca cerah sejuk & berangin. Waktu kami pergi ini ikutkan masih lagi dalam musim Spring (Bunga) tapi dah nak bertukar masuk musim Summer (Panas), cuaca just nice. Sejuk masih terasa cumanya takdelah suhu sampai berbelas, Korea lebih sejuk. Hee. Dekat Perth ni okay sangat dalam 20'c lebih aje tak perlu pakai jaket. Waktu malam baru terasa sejuk mengigil. But still kulit ada nampak perubahannya, nak kena pakai moisturiser selalu supaya kulit tak kering atau menggelupas. 

#husnieyizzattravel




Tak lupa selit gambar pelabuhan jeti ini yang berdekatan, dari jeti ini anda boleh pergi ke Rottnest Island.  Memang popular sangat view pulau yang cantik, sila google more info. Rasanya lebih satu jam menaiki feri untuk ke Rottnest Island. Ada juga buat kajian tengok harga tiket feri ke sana, agak mahal.

Australia musimnya tak sama dengan negara lain. Kalau negara Asia seperti Jepun, Korea, China dan negara 4 musim lainnya hujung tahun akan masuk musim sejuk, namun berbeza di Australia hujung tahun musimnya panas terik. Salah satu perkara yang husniey berminat untuk ambil tahu dan teliti adalah tentang perubahan waktu, perbezaan musim antara negara-negara yang dilawati.  Makin kagum rasanya dengan ciptaan Allah, inilah hikmahnya bila berjalan-jalan tempat orang. Minda lebih terbuka, banyak ilmu serta pengalaman bert
ambah. 


Beli Minyak Wangi Di Outlet Chemist ~



Bila dah bercuti ke tempat orang tak sah la kalau tak shopping, paling kurang mesti ada satu dua benda bawa balik sebagai cenderamata. Husniey dan suami sambung sightseeing di bandar. Sambil tu teringatlah ada baca pasal tempat shopping best wajib singgah masuk kalau dah sampai di Australia. Ramai juga yang suggest beli minyak wangi dan produk suplement. Terbaca dekat group facebook; Tips Cuti Cuti Perth, husniey members group itu since 2016. Kiranya agak lama juga simpan impian nak ke Australia. Sungguh tak sangka tahun 2019 jadi rezeki kami. Allah bagi rezeki pergi dengan tajaan dari Traveloka hasil menang giveaway. SubhanaAllah! 

Masuk ke outlet Chemist yang terletak di William street. Chemist merupakan kedai barang-barangan penjagaan diri, terdapat pelbagai pilihan dan jenama. Dari bahagian suplement sampai ke barangan makeup, minyak wangi dan banyak lagilah. Kalau dekat Malaysia maybe kedai ini boleh disamakan seperti Watson, Guardian. Yang bezanya barang dijual berkualiti tinggi, lebih murah. Kami ada borong beberapa jenis minyak wangi untuk diri sendiri dan family.

Saiz agak besar - stok 2-3 bulan ni agaknya. Hihi

Convert lah sendiri ye. Hihi
Cantik kan, jenuh memilih bau satu persatu tester ~ 


Jenis-jenis minyak wangi yang korang boleh jumpa di Chemist. Jenama Adidas, CK, David Beckham, Beyonce dan banyaklah jenama artis artis terkenal. Harga not bad, kalau convert dalam RM masih jauh lebih murah dari korang beli dekat Malaysia. Jemput rujuk pada gambarlah ye, tak larat nak explain satu persatu. Hehe. 


Makan Tengahari Kedai Makan Halal; Insan's Cafe

Kebetulan keluar outlet Chemist hujan lebat, tunggu hujan reda baru kami gerak semula jalan-jalan di sekitar Hay street mall. Perut dah mula lapar, teringatkan nota yang husniey catat tempat makan halal di sekitar bandar Perth. Misi mencari kedai makan Halal. Baca dalam senarai, kedai makan paling dekat ialah Insan's Cafe terletak di Murray Street. Menapak ke Insan's Cafe tak terasa jauh dalam 15 minit kot. Nasiblah buka operasi. Alhamdulilah sedikit lega bila tengok ramai juga orang Melayu Islam dalam kedai tu. 

Suasana dalam Insan's Cafe

Ada menu makan tengahari seperti Nasi campur dan beberapa jenis lauk pauk, Meriah, siap ada sambal belacan. Semuanya dicas dalam kadar wang Australian Dollar (AUD). Boleh tahan harganya, sambal belacan pun dah lima puluh sen (AUD), hee. Suami sempatlah mengusik krew kafe yang bekerja disitu, ini kalau kami bayar dalam duit ringgit boleh ke. Hahaha 🤣 selamba je dia. Lauk sedap semuanya kena dengan tekak. Tak pastilah sedap sangat atau husniey yang lapar. Barulah bertenaga bila dah makan nasi ~ padahal boleh je makan kebab ke apa, sebab tekak teringin nasi itu yang rela menapak jauh sikit.

Air sirap, nasi putih berlauk ikan dan sayur.
Suami pula ambil sayur dan ayam, sambal belacan.

Belanja makan di sini 28$ AUD, bersamaan RM 80. Haaa ambik, terkejut mendengarnya. Nasiblah kami tahu awal about this fact. Kos makan di Australia memang mahal. Apa saja yang berbentuk service memang kena bayar pada kadar yang mahal. Sebab mereka membayar gaji pekerja pada nilai yang agak tinggi. Berbaloi makan mahal, servis okay. Australia memang popular lifestyle mereka memberi gaji pada kadar lumayan

Mungkin sebab itu ramai orang asing suka berhijrah ke negara ini. Hidup lebih seimbang. Gaji dibayar mahal. Ekonomi ok. Barang keperluan rumah dijual agak murah, rakyat boleh hidup happy. Waktu malam dah tak perlu kerja. Kebanyakannya premis tutup operasi lewat petang. Malam adalah waktu bersama keluarga. Ini antara informasi yang husniey dengar sendiri dari Chinese Malaysian yang duduk bersebelahan suami ketika dalam flight, panjang lebar dia kongsikan pengalaman. Katanya memang suka ulang alik travel ke Australia, tak pernah puas. Sudah banyak negeri di Australia explore dengan Caravan. Hebat tauke besar agaknya mampu travel banyak kali ke Aussie. Pergh bestnya!

Shopping Barang Dapur Di Woolworths Untuk Memasak 

Menapak masuk pasaraya Woolworths yang terletak di Murray Street. Maka bila sedar kos makanan mahal jadi waktu lepas makan tengahari di Insan's Cafe itu terus mencari pasaraya yang boleh membeli barangan dapur, lagi pun alat untuk memasak disediakan lengkap di apartment kami sewa selama 5 malam. Singgah ke WoolWorths. Syok masuk ke sini membeli belah tak padat sangat. Barang banyak pilihan, pasaraya bersih, ada potongan harga. Pendek kata memang selesa.

Jemput tengok slideshow yang disediakan ~Bersih je pasaraya ni


Fresh milk - Harga $1 je gais, haih murahnya!
Yang terbalut rapi ialah udang. Nice packaging.

Benar best pengalaman kali ini, feeling macam orang tempatan Aussie bila shopping barang dapur, lalalaa. Padahal datang bercuti. Beli udang, sayur sayuran segar, bawang, buah-buahan, susu segar. Paling suka kopi brand Dare. Setiap hari kami minum sedap sangat weh. Harga berbaloi. Biasa husniey akan pening kepala kalau minum kopi, tapi takde pula rasa tak selesa bila minum kopi Dare tu. Sudahnya kami borong bawa balik Malaysia. Hihi. Oh ya, yang menarik di dalam supermarket Woolworths ada menyediakan bakul buah untuk kanak-kanak boleh ambil secara PERCUMA. Good job, management. 

Deretan kaunter bayaran layan diri ~

Agaknya sebab terlalu banyak hasil buah-buahan segar dari bumi Australia jadi pengurusan buat kebajikan macam ni kan. Bayaran di kaunter, konsepnya layan diri. Setiap hari kami jadi cashier, pengalaman tak boleh lupa. Boleh pilih buat bayaran kaedah tunai atau guna kad. Semua barangan anda scan sendiri dan bayar sendiri. Teruja! Takpe kalau tak faham atau berlaku kesilapan, ada staf yang incharge perhatikan korang dari jauh. Nanti laju jer staf datang tolong. Jumlah hangus shopping 31.30$ AUD bersamaan RM 89.52

Berpatutan, banyak barang murah. Penat berjalan seharian beg galas dah penuh dengan barang shopping, ayuhlah kita pulang ke apartment, macam biasa hanya dengan menaiki kemudahan awam, CAT Bus. Bila benda percuma ni, tak khuatir sangat kos pengangkutan. Alhamdulilah ~

Bila #dapurhusniey berasap dekat Aussie ~ menu simple

Tiba di apartment bersihkan diri, solat. Kemudiannya kita main masak-masak di dapur untuk menjamu selera. Perut asyik lapar, hari pula makin larut malam suasana agak dingin sejuk. Kami tak pasang aircond pun masih sejuk. Masak maggie kari udang aje. Udang segar hasil tangkapan di supermarket tadi. Alhamdulilah. Rezeki. 


 
Tonton video di Youtube Channel 

Selesai makan tonton TV sambil berbincang itinerari keesokan harinya, untuk ambil kereta sewa yang dah booking awal sebelum datang ke Australia. Till the next update pula ye, stay tune bakal kongsikan pengalaman road trip pula nanti. Terima kasih buat pembaca yang sudi membaca hingga ke akhir entri. Semoga bermanfaat!

💐 Belanja Day 2 | Perth Australia 
Shopping @ Chemist -  $ 20.46 @ RM 58.51
Lunch @ Insan's Cafe - $ 28 @ RM 80.18
Grocerries @ Woolworths - $ 31.30 @ 
RM 89.52 

Total - 79.76$ @ RM 228.21 
Kos hangus untuk 2 orang. Kadar tukaran matawang AUD - MYR, adalah kadar semasa bercuti ke sana.

5 comments:

  1. i love reading travel blog!
    such a great experience n nice memories huh hehe

    ReplyDelete
  2. Suka bila Husniey share macam ni.Sekurang-kurangnya kak PC dapat tengok negara orang walau cuma dengan gambar sahaja.

    ReplyDelete
  3. Seronoknya dapat travel santai-santai.
    Tak sabar tunggu Covid-19 berakhir! Lama sangat terkurung, kaki pun gatal nak jalan-jalan hihihiiii.

    ReplyDelete
  4. Lawanya bunga purple tu husni. Wah seronok bab shopping groceries tu.kalau ana pun boleh lupa diri juga.heh

    ReplyDelete
  5. terima kasih share, berpeluang tengok negara orang melalui blog Husniey je hehehhe

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.