JJCM @ Kuantan City Mall - Husniey Husain

07 March 2018

JJCM @ Kuantan City Mall


Assalamualaikum semua, semoga sihat selalu ya. 
Harini husniey mengambil peluang untuk menulis di blog tentang kisah perjalanan ke Kuantan baru baru ini. 
Untuk makluman, husniey berasal dari Kemaman Terengganu dan Kuantan merupakan tempat lahir husniey, hee. Dilahirkan di hospital besar Kuantan. Dari 4 beradik, husniey seorang sahaja yang tercampak di negeri lain. 
Nama aje tempat lahir, tapi memang jarang sungguh nak jalan jalan di Kuantan, (mungkin husniey suka pergi lebih jauh kot). Selok belok bandar Kuala Lumpur lebih arif dari bandar Kuantan. Hahaha okay kelakar pulak rasanya
Perayaan tahun baru cina haritu Husniey balik kampung di Kemaman, selalunya bila dah balik kampung aktiviti kami sekeluarga memang wajib pergi ke kebun bersama mak ayah tapi haritu mereka demam. 
Jadi kami suami isteri sepakat untuk explore Kuantan. 

Kuantan City Mall merupakan pusat beli belah yang baru dibuka pada tahun lepas. Mesti orang Kuantan dah bosan jalan jalan sini kan, hehe
Banyak outlet menarik yang ada, teruja sungguh masuk ke situ. Maklumlah di Terengganu tak ada mall gah seperti itu. Oh ya tempat letak kereta bertingkat ada disediakan untuk anda yang nak membeli belah di KCM, 
harga pula mengikut jam. 3 jam pertama hanya dicas RM 2 sahaja. Murahlah kan, masa husniey pergi ni hari minggu (Sabtu) so tempat letak kereta banyak yang dah penuh, jenuh duk pusing cari kekosongan ๐Ÿ˜‚


Jalan Jalan Cuci Mata 


Singgah di outlet Sport Direct. Dah lama teringin nak masuk ke kedai ni sejak ia tular di media sosial. 
Dalam kedai ini memang banyak sangat pilihan barangan sukan seperti kasut, pakaian, pakaian renang, 
pakaian sukan dan alat - alatan. Punyalah teruja tengok raket.
Sepasang berharga dari  RM 49.90, ringan aje raket tu. Teringin nak main badminton dengan suami / adik - beradik. Beli jugalah sepasang.
Dipendekkan cerita memang banyak juga barangan yang sedang berlangsung promosi



Seterusnya ke Kaison, wajib masuk kalau ke shopping mall. 
Jalan jalan dalam Kaison memang buat husniey kelabu mata melihat pelbagai barangan hiasan dalaman rumah yang cantik


Jalan Jalan Cari Makan 


Pertama kali mencuba Mee Tarik Warisan Asli, memang sedap. Servis pun cepat je.
Nampak je dalam gambar hidangan tu macam sikit tapi sangatlah banyak dan kenyang
Mujur Husniey pesan satu je. Lainkali nak ulang lagi makan di sini.
Mee itu sedap, sebab handmade
Ralit sungguh husniey melihat staf Mee Warisan tu buat



Kemudian, sebelum balik sempat pergi beli Sushi. 
Kedai Empire Sushi ini ada banyak pilihan dan harganya pun murah. 
Terletak di Level 4. Lama juga berfikir nak pilih yang mana, kalau boleh nak ambil semua.
Peminat sushi wajib rasa ya, husniey suka kebanyakan jenis yang ada. Inari Tako best ๐Ÿ‘

Ramai orang yang datang membeli 

Semua sedap sedap belaka๐Ÿ˜

Murah je tu haa, sila klik pada imej untuk melihat dengan lebih jelas


Husniey tapau 2 bungkus satu lagi untuk keluarga. Banyak juga yang diambil,
kenyang makan sushi dalam perjalanan balik.
Jumlah belanjawan membeli sushi di Empire Sushi ialah RM 48. 
Berpatutan dan memang sedapp! Nak beli lagi nanti ❤
Dijamin halal, ada pengesahan halal diletakkan di kaunter 

Surau untuk pengunjung menunaikan solat turut disediakan. 
Terletak di kawasan tempat letak kereta. Level 5. Ingat kecil je suraunya, 
boleh tahan besar dan selesa. 
Kemudahan seperti kain telekung, serta sejadah memang ada banyak disediakan,
Semuanya masih baru.  Tempat wuduk di dalam surau berasingan (Lelaki dan Perempuan).

Sekian sahaja cerita JJCM husniey. 
Jalan Jalan Cari Makan a.k.a Jalan Jalan Cuci Mata 
Terima kasih membacanya ya ๐ŸŽ€


Maklumat Lanjut tentang KCM 

Waktu Operasi:
10am to 10pm (weekdays),
10am to 10pm (weekends)

Alamat:
Kuantan City Mall, Jalan Putra Square 6/1, Putra Square 25300,
Kuantan Pahang Darul Makmur


Peta ke Lokasi 

14 comments:

  1. Seronoknya tengok, makanan tu memang nampak sedap-sedap belaka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap pun Nadhie,
      tak muak dan secukup rasa ๐Ÿ˜

      Delete
  2. wahhhh
    sakan jjcm yer
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali je ni Encik Hans ๐Ÿ˜‚

      Delete
    2. hhehehe
      okay lah tu
      sesekali kan

      Delete
  3. heheh selalu sgt g sane..orang kuantan katekan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai orang Kuantan! ๐Ÿ˜
      Salam kenal ya

      Delete
  4. Wah....mee tarik warisan asli memang sedap...kak PC dan En Suami pun suka...tempoh hari kak PC ke kuantan juga..adik ipar kawin...tapi tak sempat pergi banyak tempat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan memang sedap Mee tarik tu, best kak pc jalan jalan musim orang kahwin ni.. Bestnya satu hari nanti kalau dapat jumpa kak pc ๐Ÿ˜

      Delete
  5. One day ganu ada lah mall gah cmtu ye husniey. Hehe. Wah mee tarik pun ada. Dulu masa keje selalu juga ana makan mee tarik tu. Skrg ni mcm kurang sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap harapnya gitulah Ana.. Husniey suka jalan jalan cari makan dalam satu tempat macam mall gitu, tidaklah nak fikir shopping sakan pun ๐Ÿ˜‚
      Nak try makanan je

      Aah banyak juga outlet kedai makan dalam KCM ni..

      Delete
  6. lapar pulak tgk gambar makanan haha

    ReplyDelete
  7. nanti kkalau CR g KCM lagi boleh la try rasa sushi tu lak..cam sedap je tu

    ReplyDelete
  8. hahahaha pelik jugak JJCM pergi Kaison rupanya JJCM lain.

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai

Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan blogwalking

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com