Doa - Doa & Amalan Yang Boleh Diamalkan Ketika Wabak Covid-19 - Husniey Husain

Breaking

Husniey Husain

Menulis Dari Hati, Via Jari Jemari

Post Top Ad

Tuesday, 17 March 2020

Doa - Doa & Amalan Yang Boleh Diamalkan Ketika Wabak Covid-19

Himpunan Doa-Doa yang Boleh Diamalkan Dalam Islam Ketika Hadapi Musibah / Sakit 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Semoga semua para pembaca sihat walafiat dan ceria di samping keluarga. Disini husniey mengambil peluang untuk menulis dan membuat perkongsian ilmu. Sudah lama tak menulis, banyak benda yang terjadi kan pada bulan Mac 2020 ini. Kita semua sedang diuji oleh Allah. Pasti ada hikmah besar dalam tiap kejadian. Dalam Islam kita diajar untuk bersabar dan bersolat dalam menghadapi ujian hidup. 

Allah sudah berfirman dalam Al-Quran:
"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh Allah berserta orang-orang bersabar." - Surah Al Baqarah 153

Antara doa yang boleh dijadikan amalan sepanjang masa, lagi lagi ketika nak keluar rumah. Ada yang tetap bekerja walaupun keadaan jangkitan wabak virus covid-19 makin meruncing. Marilah kita berdoa dan bertawakkal kepada Allah selepas dah usaha untuk menjaga diri dengan langkah-langkah pencegahan kesihatan yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Doa Keluar Rumah.
Mesti ramai yang selalu amalkan yang ini  

Faedah membaca doa keluar rumah 😊

1. Bismillahi Tawakkaltu AlaAllah 3x
2. Bismillahilazi La Yadurru (dibaca 3 kali, Pagi & Petang) 

Doa Untuk Perlindungan Diri,
Elak Perkara Mudarat 

Ayat Kursi berserta makna

3. Ayat Kursi 
4. Surah 3 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas)
5. HasbunaAllah Wani'mal Wakeel 
6. La Hawla Waala Quwatailla Billah 

SubhanaAllah banyakkan doa yang boleh diamalkan. Sambil membaca doa-doa di atas, jangan lupa niatkan minta Allah melindungi diri kita dari sebarang bahaya, penyakit untuk ahli keluarga, suami isteri, anak-anak, saudara mara kita. 

Doa Qunut Nazilah

Sebenarnya ada banyak doa dan amalan boleh diamalkan, ramai ustaz serta para alim ulama buat perkongsian di media sosial. Ada yang mencadangkan bacaan Qunut Nazilah selepas solat fardhu. Semua itu kita boleh amalkan untuk kebaikan diri juga. Pahala pun akan bertambah. Semoga kita semua dilindungi oleh Allah, diberi kekuatan dan kesabaran. Letakkan pergantungan tinggi padaNya setelah berusaha yang terbaik. 

Perkongsian Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani tentang Langkah Pencegahan Covid-19 Menurut Rawatan Islam. 


Husniey juga dalam fasa panik dengan keadaan, sebabnya tugasan tuan suami di luar sana yang kena menghadap ramai orang. Setiap hari dia kerja mencari rezeki diluar kawasan, travel sejauh beratus kilometer dengan memandu bas bawa penumpang ke destinasi tujuan mereka di Kuala Lumpur dan balik semula ke Kuala Terengganu. Ingatkan dia dapatlah cuti sempena Kawalan Pergerakan, sekali bidang pengangkutan dikecualikan. Apa lagi mestilah syarikat tak nak rugi. Mestilah kena kerja juga. Memang risau tapi kita harapkan dan doakan yang baik baik sajalah. Allah ada. Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. 



Akhir kata semoga perkongsian ilmu ini bermanfaat. Marilah kita ambil masa bertenang, beribadat lebih ekstra dari kebiasaan lagi pun tak lama lagi dah nak masuk bulan Ramadan. Sesuai sangat banyakkan ibadat di rumah bersama keluarga. Perintah Kawalan Pergerakan bermula dari 18 Mac sehingga 31 Mac 2020. Harapnya akan banyak berita baik dalam tempoh 2 minggu ini.

7 comments:

  1. tq for sharing..smoga kita smua dilindungi dr wabak covid19

    ReplyDelete
  2. Smeog wabak ini cepat hilang. Aamiin. Take care kak.

    ReplyDelete
  3. Semoga wabak ini cepat hilang aamiin. Take care kak

    ReplyDelete
  4. nice sharing Husniey.. semoga Allah lindung kita semua selalu.

    ReplyDelete
  5. Tq huaniey for sharing Boleh diamalkn nanti

    ReplyDelete
  6. sangat2 baik perkongsian HH ini sebagai pengisian di kesempatan waktu yang hadir. terima kasih

    ReplyDelete
  7. thank you so much kak husniey

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.