Resepi Menu Tengahari Ringkas: Ayam Masak Halia Sedap! - Husniey Husain

Breaking

Husniey Husain

Menulis Dari Hati, Via Jari Jemari

Post Top Ad

Saturday, 4 April 2020

Resepi Menu Tengahari Ringkas: Ayam Masak Halia Sedap!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Semoga pembaca blog husniey sihat dan ceria selalu hendaknya. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan ini satu persatu menu makanan yang husniey teringin nak mencuba. Tapi itulah kena tengok dulu menu menu yang tular di media sosial itu menu sihat ke tak. Bila Google search serta membaca informasi yang ada kongsikan di WhatsApp, ada yang menulis bahan-bahan alami yang bagus untuk diamalkan ketika jangkitan wabak covid-19. 

Salah satu bahan semulajadi terbaik ialah halia. Ia sangat bagus diamalkan. Selalu tengok warga emas suka minum teh halia untuk buang angin. Elok juga untuk sistem imun tubuh kita. Cegah demam dan selesema, mengubati batuk berkahak, mengurangkan sakit perut dan bantu penyerapan nutrien dalam usus. Wow sangat banyak khasiat bagi halia. 

Jadi husniey terus terfikir untuk mencari resepi masakan yang berasaskan Halia. Terjumpalah beberapa menu resepi Ayam Masak Halia. Belum pernah mencubanya. Haaa jom baca sampai akhir entri ya.. 



Resepi Ayam Masak Halia | Bahan-Bahan Yang Diperlukan
(Untuk 2-3 Orang Makan)

Beberapa ketul ayam (5-6 ketul) 
* Bawang merah 2 biji 
* Bawang putih 2 ulas
* 1 inci halia muda 
* Cili padi 3 biji 

* Bahan dihiris atau ditumbuk

Bahan-Bahan Lain Untuk Sos
2 sudu sos tiram 
3 sudu kicap manis 
Garam & perasa
Gula sedikit

Cara Menyediakan Ayam Masak Halia 
InsyaAllah mudah sahaja. Gorengkan ayam dan tumis bahan sos. Simple. Pertamanya, ayam dimasukkan dengan bahan bahan seperti garam dan sedikit serbuk kunyit untuk di gorengkan. Dah panaskan kuali dan siap menggoreng, ketepikan ayam. 

Dalam kuali yang sama, buang sedikit minyak menggoreng tadi untuk menumis pula. Panaskan kuali dan tumiskan bahan yang dihiris (bawang merah, bawang putih, halia, cili padi).

Masukkan bahan bahan untuk sos. Sos tiram, kicap dan juga ayam yang digoreng tadi. Ratakan. Tambahkan sedikit air. 

Tunggu sehingga air yang dimasukkan menjadi kuah sedikit pekat. Jangan lupa perasakan dengan gula & sedikit garam ya. Tak perlu banyak sangat garam, sebab ayam goreng tu dah ada rasa masin. Akhir sekali kalau nak tambahkan tomato ke okay juga 😍


Sudah siap. Sedia untuk dihidangkan. Confirm korang makan menambah tak ingat dah misi nak diet tu! Hehee. Suka tengok suami bertambah nasi makan menu husniey masak ini. Nanti husniey nak masak lagilah. Semoga perkongsian kali ini bermanfaat ya. Terima kasih kerana sudi membaca blog www.husnieyhusain.com ❤️

4 comments:

  1. Sangat bermanfaat.Lauk ni sering menjadi pilihan terutama bulan puasa..masak lebih untuk berbuka dan sahur.

    ReplyDelete
  2. Tgk menu ni ingat bulan puasa

    ReplyDelete
  3. dulu rajin masa kerja dulu memasak ayam halia ni mmg antara menu fav sbb ringkas dan cepat..

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.