Explore Lombok Day 1 [Desa Sasak Ende | Pantai Pantai Cantik di Lombok | Shopping) - Husniey Husain

Friday, 25 May 2018

Explore Lombok Day 1 [Desa Sasak Ende | Pantai Pantai Cantik di Lombok | Shopping)

Highlight Day 1: Lombok Airport | Desa Sasak Ende | Pantai Kuta Mandalika, Pantai Mawun, Pantai Selong Belanak | Check In Hotel | Shopping @ Gandrung, Sengigi

16 & 17 April 2018 (KLIA2 - LOMBOK)
Bermulanya kisah travel husniey kali ini
mula bertolak dari Kuala Terengganu ke KLIA 2
pada pukul 9.45 malam dan tiba di lapangan terbang pada pukul 10.45 malam,
husniey dan tuan suami tidur di airport menantikan perjalanan ke Lombok keesokannya.
Untuk makluman dan peringatan, korang wajib sampai awal 
paling kurang 3 jam sebelum flight dijadualkan berangkat ๐Ÿ˜…
Macam sekarang ni flight ke Lombok perlu check in di kaunter,
barulah diberikan boarding pass husniey dah cuba print out di mesin tapi tak dapat.
Kalau sebelum ni tak perlu pun jika tak ada check in baggage.
Lepas tu ada lagi banyak cabaran di airport, antaranya ialah masa kami dah tiba di gate yang ditulis pada boarding pass, haa tiba tiba terbaca pada board, gate berbeza pula iaitu pintu L..
Dah la jauh jugak berjalan kaki..
Elok dah sampai awal di gate yang tertulis pada boarding pass, satu hal pula nak kena kalut berjalan ke gate baru



Kalau terjadi begini (pintu gate tertulis pada boarding pass berbeza dengan board) korang kena ikut yang dikemaskini di board tu.. So pantaslah anda berjalan ke gate baru. Jangan terhegeh pulak..
Husniey dan tuan suami mengambil masa 30 minit jalan kaki dari Gate P ke Gate L..
Tu diaaa lama kan? Nasiblah tak kalut mana, tapi jadi ngam ngam masa untuk berlepas tu.. ๐Ÿ˜‚
Kesian weh kalau kena pada orang tua kena jalan jauh macam ni. So please datanglah ke airport seawal mungkin. Kalau flight awal pagi datanglah tengah malamnya. Panjang pula daku membebel


Geng bersebelahan husniey dalam flight dari Holland. Namanya Irene. Katanya explore Lombok for 10 days, dia baru balik dari Hanoi Vietnam

Perjalanan ke Lombok, Indonesia sedikit lewat dari jadual yang ditetapkan. 30 minit lewatnya. Dari KLIA 2 ke Lombok memakan masa 2 jam 50 minit. Hampir 3 jam jugalah, bertolak awal pagi sekitar jam 9.30 pagi

Tiba di Lombok International Airport
12.15 tengahari tiba di Lombok, haa waktu Lombok sama saja dengan Malaysia.
Agak lama untuk selesaikan urusan di imigresen dan kastam, mungkin sebab ramai orang.
Dah siap semuanya kami terus keluar mencari driver yang sudah dibuat tempahan awal.
Encik Yusuf namanya sudah lama menunggu kami. Husniey memilih untuk menggunakan pakej
2 hari 1 malam untuk explore sebahagian tempat menarik di tanah besar Lombok
Tempat menarik di Lombok agak jauh, memang perlu upah pemandu.
Indonesia dah beberapa negeri husniey lawati, negara mereka susah nak jumpa signboard (belah perkampungan) lagipun keadaan jalan agak bahaya banyak kawasan cerun bukit, jalannya sangat sibuk jadi untuk rakyat Malaysia memandu sendiri mungkin tak sesuai, ada baiknya menggunakan servis tour guide sahaja. Orang Indo ni cekap memandu.. Masa inilah korang nak tengok skill mereka memandu! Hebat sungguh, tak gentar di atas jalanraya
Kagum betul ๐Ÿ˜ Sebelum terlupa, sedikit peringatan dekat airport Lombok ni, agak ketat juga pemeriksaannya sebab ramai orang asing yang dah mula menetap lama di Lombok, pihak imigresen mungkin akan minta untuk melihat tiket yang dah beli untuk balik semula,
so pastikan dah screenshot di telefon tiket anda ya. Husniey nasib baik kebetulan ada simpan di gallery telefon, so tak payah risau nak akses internet bagai.. Sediakan pen juga boleh isi form sebelum flight landing. Alamat hotel pun kena screenshot sekali simpan di telefon๐Ÿ˜Š

Selepas dah selesai urusan, kami disapa beberapa orang seller suruh beli sim telco yang dijual, husniey melalui depan beberapa kedai telco so apa lagi wajiblah beli sim kad Indonesia, senang nak guna internet kan, husniey beli jenis Telekomsel punya 50K rupiah bersamaan RM 14 ada 9GB data internet. Murah gila kan :D


Destinasi pertama kami ke Sasak Ende

Perkampungan suku kaum sasak
Diberitahu oleh tour guide (orang kampung ini) tentang kehidupan suku kaum mereka yang masih diamalkan. Rumah suku kaum sasak ni keseluruhannya diperbuat dari bahan alam semulajadi, contohnya atap dari lalang.. 
Rumah kaum sasak 

Dalam rumahnya

Rumahnya dari kayu berlantaikan tanah dan yang uniknya mereka turut menggunakan najis sapi (lembu) untuk mengukuhkan binaan rumah dan bagi kaum sasak sapi ini ada berkatnya. Setiap keluarga pasti ada membela lembu. Kalau korang berpeluang ke sini, mesti dapat bau kurang selesa tapi pada husniey ini memang rare lah!
Turut ada persembahan disini 


Ekonomi kaum sasak ini mereka hidup dengan sumber pertanian dan perternakan.
Jadi rata-rata orang Lombok ini pekerjaannya menternak, bertani, dan membuat kraf tangan. Seronok jugalah dapat tau pasal budaya dan adat kaum Sasak ni

Destinasi Kedua |Makan Tengahari di Pantai Kuta

Husniey dan tuan suami dibawa makan tengahari di kawasan Pantai Kuta, enak sungguh makan siangnya. Siap ada buah buahan turut disajikan

Itu dia, nampak sedap kan ๐Ÿ˜


Sempat diberi peluang untuk bergambar di kawasan Pantai Kuta Mandalika berdekatan saja dari rumah makan disitu. Lawa sungguh permandangan disini.
Oh ya bukan di Bali saja ada Pantai Kuta,
di Lombok juga ada. Cakap pasal Bali, dari Lombok nak ke bali cuma 1 jam naik bot. Tapi husniey takde rasa nak ke Bali pun, hehee

Suasana sekitar Pantai Kuta Mandalika

Kawasan rumah makan 

Panas terik weh

Pantai dia lawa, takde ombak

Selfie duluan yuk ๐Ÿ˜„

Destinasi Ketiga | Pantai Mawun



Indahnya ciptaan Allah

Dekat sini ramai mat salleh duk berjemur dan menikmati suasana.
Di Pantai Mawun ini cantik sungguh permandangannya. Dalam 10 ke 15 minit memandu untuk ke sini. Jalannya agak berbukit dan tidak rata. Kalau korang kali pertama ke sini mesti tak percaya disebalik jalan yang tidak rata ni ada Pantai Mawun yang terletak indah. It's worth it! ๐Ÿ˜
Layan gambar posing dibawah heee

Macam guna dslr kan? Tak lah pakai telefon je ni ๐Ÿ’• 

Beautiful view ❤️



Me and husband ๐Ÿ’•

Syoklah kami duk bergambar, posing sana sini heee. Sebelum ni selalu tengok permandangan pantai ni di google je, akhirnya tercapai jugak hajat nak lawat pantai cantik di Lombok ni

Destinasi Keempat | Pantai Selong Belanak

Sekejap aje singgah disini. Bergambar beberapa keping dan terus sambung perjalanan. Cuaca panas sangat tak tahan juga kami laki bini, lebih panas dari Malaysia ๐Ÿ˜ญ



Potrait mode using Mi A1

Tapi sebenarnyaa kan cuaca panas tu asbab sahaja, husniey penakut dengan anjing anjing yang berkeliaran di kawasan pantai tu. Huwaaaaa siap anjing tu menyalak nyalak lagi, aduh seramm betul

Check in hotel @ Lombok Sengigi Hotel

Hotel pertama yang terletak di kawasan Sengigi, dekat 1 jam lebih juga perjalanannya untuk ke sini dari
Pantai Selong Belanak yang terakhir kami lawati tu. Tiap pantai pantai yang dilawati tu ada bayarannya, tak mahal mana pun dalam RM 2 gitu je rasanya. Malam pertama di Lombok, husniey telah buat tempahan hotel melalui online dan memilih menginap di Lombok Sengigi Hotel
Suka view macam ni.  ๐Ÿ˜ 

Simple je hotel ni tapi lawa


Dapat rate RM 123 satu malam. Kemudahan biliknya asas sahaja. Tapi cukup selesa dah.
Harga satu malam tu turut termasuk sarapan pagi. Alhamdulillah.. Dapat juga berehat lepaskan penat disini. Suka hotel ni, ia macam villa nantikan review pasal hotel ni ya ๐Ÿ˜

Makan malam di Salsa Restoran



Udang sambal tu sedap weh, tu ikan bakar, ayam apa ntah macam rendang tapi pedas tuu ๐Ÿ˜‹

Muka happy tiapkali jumpa makanan 

Restoran ni berdekatan kawasan Sengigi juga. Husniey suka servis layanan di kedai makan Lombok ni, mereka memang punyai sikap hospitaliti tu..
Sopan, ramah dan bibir tu tak lekang dengan senyuman. Makanan pula semuanya sedap belaka.
Kena dengan citarasa.
Pedas manja gitu lauk pauk disini. Nasi putih yang dihidangkan pun juga banyak. Siap boleh tambah. Haha. Lauk yang dihidangkan ada ikan bakar, sambal udang, sayur, ayam.

Shopping @ Gandrung, Sengigi 

Pintu depan Gandrung

Last but not least Day 1 Tour di Lombok, kami dibawa pergi shopping oleh oleh khas di kedai Gandrung. Ini kedai memang khas untuk anda yang nak membeli cenderahati.
Kalau masuk sini, memang pening. Lama jugak kami duk memilih baju t-shirt untuk dijadikan buah tangan, recommended untuk korang yang nak beli tshirt murah dan berkualiti. Ada pelbagai jenis baju, design pun cantik belaka, susah husniey nak buat pilihan.


Banyak juga kami borong 

Design dan kualiti material okay ๐Ÿ‘

Topi pun ada ๐Ÿ˜‹
Design cun kan? 

Harga berpatutan sesuailah dengan jenis material tu. Hangus disini 500K rupiah. hehe itu dia hari pertama dah shopping sakan.
Dah seronok shopping menghabiskan duit Rupiah dekat sini, pulanglah kami ke hotel untuk berehat dah sehari suntuk berjalan. Pasrah jelah Encik Yusuf driver kami duk tunggu lama, takde pun dipanggilnya ajak balik cepat. Bagus orangnya ๐Ÿ˜…

Wajib singgah sini ya kalau ke Lombok, kedainya pun agak besar. Macam gudang pun ada.
Selain itu ada juga di jual topi, barang hiasan, fridge magnet, keychain dan lainnya. Sila masukkan Gandrung ini dalam list anda ya, sebab kat Gili Trawangan pun takde kedai souvenirs, di Sengigi lah korang nak membeli cenderahati

Hasil 'memancing', hehe

Sebelum korang tertanya tanya berapa harga 2D1N husniey bayar pakej untuk pusing round Lombok ni, sini husniey listkan ya. Husniey cuma ambil ground package aje. Rasanya macam mahal juga tapi masih berpatutan sebab servis okay dan tempat tu agak jauh. Lagi pula kami private tour dan request untuk ikut itinerary kami aje :D

HARGA PER COUPLE: RM 545 
GROUND PACKAGE 2D1N
- Private avanza transport
- Driver
- 2x Lunch
-1x Dinner
- Entrance Fee
- Local guide at Traditional Village
- Local guide for soft trek to waterfall
- Parking Fee

BELANJA HARI PERTAMA DI LOMBOK

  • Beli sim kad di airport 9GB Data - 50K Rp (RM 14.10)
  • Derma di Desa Sasak Ende - 20K Rp (RM 5.60)
  • Beli Belah Baju 10 helai di Gandrung - 500K Rp (RM 142)

Jumlah yang hangus dibelanja pada hari pertama 570K Rp | RM 159.60
Ini rate tukaran wang semasa pergi bercuti pada April 2018 lalu 


Journey yang disimpan oleh 
Google Map pada
17 April lalu ๐Ÿ˜Š

Jangan segan untuk menonton video ini ~ Lombok part 1 

Sekian entri kali ini dah panjang lebar sangat ni, nantikan entri seterusnya ya, husniey akan kongsikan keindahan dan keseronokan mandi manda di air terjun di Lombok, 
ke Gili Trawangan dan lain-lain lagi cerita indah dan pahit terselit! :)
Maaf kalau terkurang terlebih dalam menulis. Lama dah tak menulis entri travel ni haa. Semoga bermanfaat! 

14 comments:

  1. Walau atapnya dari lalang tapi serius cantik dan kemas...berkenan pulak tgok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak PC, memang lawa atapnya tu.. Jadi je diaorang buat tempat berteduh hujan dan pamas.. ๐Ÿ˜
      Tradisi mereka ni

      Delete
  2. Subhanallah cantiknya lombok. Bila lah nak ada peluang ke sini. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah cantik sangat Ana..
      Jatuh cinta husniey tengok depan2 mata keindahannya. Banyak tempat menarik boleh dilawati, culture nya pun okay.. Ramai orang islam sini 98%

      Delete
    2. InsyaAllah ada rezeki Ana sekeluarga nanti ❤️

      Delete
  3. Thanks to the panas terik.. gambaq kat pantai tu nampak cantik gila.. huhu berpanas2 dahulu janji gambaq lawa.. love the shades of blue

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa itulah, thanks to the good weather๐Ÿ˜‚
      Kalau takde cuaca terik tu tak se shantik itu airnya suasananya.. Hehee

      Delete
  4. Wahhh cantiklah view ia tu.. harap-harap berpeluang juga jejakkan kaki kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye Cik Tie.. Lawa sangat Lombok ni dan masih terjaga keindahannya, insyaAllah ada tu nanti rezeki ☺️

      Delete
  5. wow
    seronoklah dah sampai Lombok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok Hans.. Hee rasa nak repeat lagi je

      Best jalan jalan sambil cari idea dan pengalaman untuk masa depan๐Ÿ˜Š

      Delete
  6. Subhanallah...cantik pantai kat lombok...tenang jer tengok

    ReplyDelete
  7. cantik Lombok ni seronoknya tapi CT tak sampai seru lagi nak pergi. terik panas tu Husniey tahan dia ya nak posing hehe.. cantik2 tshirt tu nampak exclusive.. awat tak habaq cheq nak kirim selai ahaha..

    btw Husniey edit video guna apa ya ?

    ReplyDelete
  8. Cantiknya pantai-pantai dekat lombok! Gambar dari hp tu pun cantik sangat, berbaloi kot beli :D

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAlla, akan saya kunjungi blog anda semula.

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com