Salam Ramadan 1439H - Husniey Husain

17 May 2018

Salam Ramadan 1439H


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Alhamdulillah diberi peluang bertemu kembali pada Ramadan tahun ini. MasyaAllah pantas sungguh waktu berlalu..

Di kesempatan ini husniey ingin memohon maaf andainya terdapat kekhilafan sepanjang mengenali kalian. Tak kisahlah kita tak pernah berjumpa atau pun tak kan๐Ÿ˜…

Ramadan 2018 masih lagi berdua, mungkin pada mata orang lain
"alah bilalah kau ni nak bertiga bereempat kan." Untuk persoalan begini husniey tiada jawapan.
Allah saja yang tahu bila waktunya. Bagi husniey dan suami tak kisahlah tatkala menghadapi waktu susah atau senang paling penting ialah kami tetap merasa bersyukur. Alhamdulillah dengan keadaan ini ada yang diuji lebih teruk. Berpuluh tahun menanti pasangan, hidup sebatang kara.
Moga dengan merasa cukup (Qanaah), Allah akan tambahkan lagi nikmat yang lain ☺️

Tiap kali tiba Ramadan, husniey teringatkan insan insan yang telah tiada di dunia ini. SubhanaAllah rindunya! Orang yang baik ni, bila meninggalkan dunia kita terasa seperti mereka masih ada, cuma mungkin jasadnya sahaja tak ada. Tapi kenangan dan auranya sentiasa dalam ingatan. Al-fatihah untuk yang telah pergi. Ayah mertua, kedua nenek dan atuk, bapa bapa saudara tersayang ๐Ÿ˜ฅ Ramai yang telah pergi mengejut..
Itulah ajal, giliran kita dijemput tak tahu pula bila

Dalam 11 bulan yang ada sepanjang tahun, mungkin tak sedar banyak khilaf yang telah kita buat. Dijadikan 1 bulan ini (Ramadan) untuk menyucikan jiwa dan banyakkan bertaubat, dan Allah juga sediakan ganjaran hebat. Memanglah kita tak nampak di dunia ni, tapi insyaAllah di akhirat nanti kita akan lihat hasilnya

Jangan lupa ya

❌ Kurangkan mengumpat dan bergosip 
❌ Kurangkan bercakap perkara mengarut
✔️ Lazimkan dengan zikir / mengaji / solat sunat 
✔️ Bersedekah 
✔️ Membantu urusan isteri di rumah 
✔️ Banyakkan berdoa untuk diri kita, keluarga dan saudara seIslam di seluruh dunia. 
Di Palestin sedang berlangsung peperangan kerana yang terkini Amerika Syarikat baru beberapa hari mengisytiharkan Baitulmuqaddis menjadi ibu negara Israel, dan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Jerusalem.
Ramai saudara kita yang terkorban. Allahuakbar. Sungguh kita sedang berada di akhir zaman ๐Ÿ˜ญ

Untuk maklumat terkini boleh lihat di Facebook Page: Aman Palestin

DOA QUNUT NAZILAH 


Orang Arab selalu menyebut ุฑู…ุถุงู† ูƒุฑูŠู… Ramadhan Kareem bila datangnya bulan Ramadan.
Apakah maksudnya?

Iaitu bulan istimewa dan yang mulia.
Terdapat banyak keistimewaan antaranya ialah:

1. Terbuka luas pintu taubat
2. Dilipat gandakan pahala kebaikan
3. Dan paling hebat adalah Lailatulqadar.

Jadi jawabnya ialah ุงู„ู„ู‡ ุงَูƒْุฑَู…ُ Allahhu Akram (Allah Maha Pemurah/Dermawan/Mulia)
Sebab Allah lagi Maha Pemurah, Maha Mulia dan Penyayang, menganugerahkan bulan Ramadan serta pelbagai keistimewaannya buat kita

9 comments:

  1. Salam Ramadhan Kareem Husniey...sebak kak PC bila mengenangkan Palestin..kita sama-sama mendoakan mereka..

    ReplyDelete
  2. salam ramadhan kareem Husniey..")

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadhan Kareem HH..
    Seronok baca kelebihan bulan Ramadhan.. Syukur kita dapat tempuhi bulan Ramadhan ini..
    Semoga kita diberi peluang untuk menambah amal ibadah kita dalam bulan yang mulia ini..

    ReplyDelete
  4. Salam Ramadhan Kareem :)

    http://mylittlestoryi.blogspot.my/

    ReplyDelete
  5. Ramadan Kareem Husniey. Semoga sihat dan ceria selalu. Jom sama2 tingkatkan amal ibadah kita.

    ReplyDelete
  6. Ramadhan Kareem ya ukhti .. eleh cakak Arab pulak kite hehehe .. Selamat Berpuasa !

    ReplyDelete
  7. Salam Ramadhan Husniey, semoga kita terua istiqomah perbaiki diri dan amal kan.. aamin ya rabb..

    ReplyDelete
  8. Salam ramadhan husniey..

    Salam kenal..
    Kalau sudi follow balik naaa..
    www.iradzahir.com

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai

Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan blogwalking

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com