June 2018 - Husniey Husain

Friday, 29 June 2018

Explore Lombok [Penginapan Yang Selesa dan Murah di Sengigi Lombok]
29 June 27 Comments

Penginapan Pertama di Lombok, Sengigi

Best and Cheap Hotel in Sengigi, Lombok
Hotel pertama husniey menginap semasa misi explore Lombok April lalu ialah di kawasan Sengigi. Sengigi terletak di Lombok, Indonesia, Nusa Tenggara Barat. Berada di bahagian belah pantai barat Lombok. Mengambil masa kira-kira 1 jam 15 minit dari Lapangan Terbang, dan kedudukannya ditengah - tengah, senang nak melawat ke mana-mana destinasi menarik.
Selalunya Sengigi menjadi lokasi pilihan untuk pelancong menginap
semasa mengembara di Lombok selain menginap di Gili Trawangan


Lombok Sengigi Hotel

Selepas seharian berjalan melawat beberapa pantai yang indah pada hari pertama,
husniey dan tuan suami dibawa driver yang kami upah ke hotel yang telah ditempah awal.
Kali ini husniey menggunakan khidmat Airasiago. Kalau nak jimat rasanya AirasiaGo murah.
Kalau ada bajet lebih husniey akan guna Agoda tu pun sebab nak kumpul Airasia Big Point.

Okay dah bersambung cerita mengenai hotel pertama yang kami bermalam di kawasan Sengigi, Lombok. Setelah penat berjalan jalan mengadap terik mentari, haa lega rasanya dapat rehatkan diri dan bersihkan diri ๐Ÿ˜


Kemudahan di Lombok Sengigi Hotel

Hotel 3 bintang ini menyediakan kemudahan
  • Sarapan pagi
  • WiFi percuma
  • Restoran
  • Kolam
Seperti kebiasaan hotel lain, hotel ini turut menawarkan WiFi percuma di bilik (WiFi laju), ada balkoni, TV berskrin rata dengan saluran kabel, air mineral percuma, peti keselamatan.
Terdapat juga kemudahan asas seperti bilik dilengkapi penghawa dingin, tuala, tempat sidai pakaian, almari dan lain lain


Dalam bilik dan kelengkapan yang ada ~

Husniey suka hotel ni walaupun tak besar mana dan ia seperti sebuah villa je (ada 14 bilik)
tapi husniey suka suasananya, bilik bebetul mengadap kolam renang.
Haih tenang tau duk lepak luar bilik tu sambil duk layan wifi
Kiranya kalau anda stay sini kebanyakan bilik ialah; Garden view + Pool view ๐Ÿ˜


Laluan ke bilik ~
Nak sarapan pagi pun tak payah keluar mencari dah, sebab dah tersedia sarapan pagi sekaligus dengan bilik, dan juga ada restoran. Pagi hari kedua sebelum check out kami sarapan pagi di tepi kolam berhadapan bilik. Syok betul suasana tu! Masakannya sedap. Paling suka nasi gorengnya, secukup rasa. Nak breakfast ala English style pun boleh, cuma pilih je. Sini takde pilihan buffet style. Ala Carte sahaja. Layanan staf terbaik. Sopan betul orang Lombok ni, senyum sokmo ❤️


Sarapan Pagi di Lombok yang super sedap!

Harga satu malam menginap di Lombok Sengigi Hotel ini ialah RM 123.65 ๐Ÿ’ฐ
Berbaloi bukan? Tak perlu belanja penginapan terlalu mahal. Pilih yang mampu sahaja sudah cukup puaskan hati

Lokasi Hotel Ini

Terletak berhampiran Pantai Sengigi, berjarak 10 minit berjalan kaki dan
Pasar Seni Senggigi. Pura Batu Bolong adalah 1.1 batu (1.7 km) jaraknya
Boleh rujuk ke peta yang dikongsikan dibawah ini




Reading Time:

Sunday, 24 June 2018

Cerita Aidilfitri 1439H
24 June 15 Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Alhamdulillah berjaya sudah kita selesaikan ibadat berpuasa selama sebulan Ramadan haritu ๐Ÿ˜


Harapnya tak terlambat untuk husniey mengucapkan. Salam Aidilfitri 1439H dan mohon maaf andainya terdapat kekhilafan sepanjang mengenali kalian

Seronok sungguh dapat mengenali ramai rakan blogger yang baik dan positif. Alhamdulillah, semoga ukhuwah ini berpanjangan ya ๐Ÿ’•

Cerita Aidilfitri husniey kali ini biasa biasa saja, kalau tahun lepas husniey dan tuan suami memilih untuk beraya sambil bercuti di negara Jepun, tahun ini pula kami memilih beraya di kampung belah suami terdahulu. Tak jauh pun dekat je cuma beberapa minit ๐Ÿ˜‚

Mula buat persiapan untuk hari raya dua hari sebelum tamat berpuasa. 
Goreng kacang tanah untuk buat kuah kacang. Pertama kali husniey mencuba buat sendiri. Alhamdulillah menjadii

Kuah kacang by husnieyhusain ๐Ÿ˜š

Tuan suami cakap "sedapp lah sayang buat kuah kacang, dah macam arwah tok buat". Tu dia kembang semangkuk dengar pujiannya. Bila dipuji ni makin bertambah rajin dan semangat si isteri. Haa mak mertua pun puji sedap kuah kacang husniey, menjadi cukup rasa. Hilang penat bila orang puji ni kan ๐Ÿ˜›

Saat akhir sebelum nak beraya,
husniey rasa nak buat nasi ayam untuk dimakan di pagi raya. Pukul 4.30 pagi bangun siapkan menu nasi ayam ๐Ÿ’ช
Nasi Ayam by husnieyhusain (Gambar air lada lupa nak ambil) 

Sebenarnya keluarga mertua tak tahu kami akan beraya bersama mereka. Malam raya tu barulah buat kejutan.
Itu pun sebab husniey siapkan sate ayam, buat kuah kacang dan nasi impit serta sediakan beberapa bungkus sosej yang diperap. Jadi aktiviti malam raya membakor sate lah. Semua persiapan disediakan husniey dan tuan suami.
3 ekor 1/2 ayam berjaya disiang dan dipotong serta diperap. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Seronok dapat gembirakan keluarga suami

Tema Hari Raya Aidilfitri

Tema baju raya tahun ni berwarna biru lembut @ dikenali dengan warna mint.
Haa yelah kot mint. Masa buat persiapan,
beli baju kurung husniey terlebih dahulu kemudian baru beli baju melayu tuan suami. Dah 2 tahun suami beraya pakai baju kurta je lama tak tengok dia pakai satu set lengkap baju melayu di hari raya




Alhamdulillah tuan suami merasa yakin dan tampil kacak betul di hari raya lepas tu siap feeling macam pengantin baru, padahal dah 4 tahun kahwin! Hehe ๐Ÿคฃ

Tema raya kedua berbaju coklat.
Baju coklat husniey asalnya cuma blaus labuh tapi diubahsuai menjadi seperti baju kurung๐Ÿ˜‚


Macam mana cerita raya awok semua? Mesti meriah kan? Husniey simple jelah. Kiranya cuma ada 2 pasang baju raya sahaja. Ngee ☺️

Bermula pagi raya kedua dan raya ketiga husniey menyibukkan diri membantu persiapan  kenduri kahwin sepupu husniey di Kerteh, Kemaman 

Kemudian pada hari raya keempat kelima keenam adalah misi jalan jalan cari makan di Hatyai dan Penang (Backpack sendiri) 

Boleh tengok gambar di media sosial husniey (Facebook | Instagram)

Nantikan cerita jalan jalan husniey tu ya, doakan mood rajin menulis datang dan moga husniey istiqamah menulis perkara yang memberi manfaat ❤ ๐Ÿค—

Thank you baca entri ini.
Salam Syawal semuanya!
Kalau nak jemput ke rumah terbuka tu silalah, rayakan sebulan ๐Ÿ˜‹
Haa jangan lupa berpuasa sunat enam hari

Reading Time:

Thursday, 14 June 2018

 A Fresh New Addition to Dominoโ€™s Hottest Korean Sensation
14 June 9 Comments

Hi Readers, Husniey wanna share the new flavors Ssamjeang Pizza and the promotions too. Before this husniey had tried all the flavors Ssamjeang Pizza Beef, Tuna, and Chicken. 
All of them really delicious and spicy. Love it very much! I keep repeat order the Ssamjeang Pizza, cannot move on! hehe. Last week also order and enjoyed Iftar and Moreh with my family
Yes, menu last week. Here is the details of order

Fall in love all over again with the sweet and spicy Ssamjeang flavors especially created by Domino’s Pizza. 
Hot on the trail of its popular Ssamjeang Pizza range
now Domino’s introduces its latest addition, the new Ssamjeang Prawn pizza, 
the fourth variant added to the range.
Wow it's seafood pizza. My husband really like prawn :D

This Ssamjeang Prawn Pizza featuring springy, succulent prawns marinated with Italian herbs & spices coupled with nutritious seaweed that’s rich with umami flavour, fresh cherry tomatoes, green peppers, sprinkled with roasted sesame seeds atop the specially developed Ssamjeang sauce, the Ssamjeang Pizza is packed with well-balanced flavors and textures.


Speaking on the new flavors, Shamsul Amree, Senior General Manager, Operations, Domino’s Pizza Malaysia and Singapore said, “We received tremendous love and support from our customers and Korean fans when we first launched the Ssamjeang Tuna, Chicken and Beef. The response was overwhelming and to cater to the growing request of the Ssamjeang pizzas, we have taken it further and created Ssamjeang Prawn. We believe this new addition enhances the flavor profile of the Ssamjeang sauce especially with the delicious combination of multiple flavours and textures in a single pizza.”

“We are heartened by the positive response from our customers and we hope this new flavor will be well received as well. Fasting month and the Raya period is a great opportunity to get together with family and friends while enjoying your favorite pizzas. We are offering fantastic deals for the festive period and we hope our customers will take up the opportunity to enjoy this latest item on our menu while it lasts!”

Truly inspired by Malaysians love for Korean food, Domino’s Ssamjeang Pizzas were specially crafted to deliver the perfect combination of savory, sweet and spicy flavors. Versatile and flavorful, the Ssamjeang sauce is also available with Ayam-haseyo Chicken Wings, a side of chicken wings baked to perfection with an outer coating of the deliciously addictive Ssamjeang sauce.


DOMINO'S PROMOTIONS DURING RAMADAN & AIDILFITRI 2018! ❤


During the festive Ramadan and Raya period, customers can enjoy Ssamjeang Prawn with the two combo deals namely Ssamjeang Buddy Combo and the Ssamjeang Super Combo

Ssamjeang Buddy Combo priced at 
RM 37.65 includes 
  • 1 Regular Ssamjeang pizza
  • 1 Ayam-Haseyo
  • 1 Garlic Twisty Bread 
  • 2 cans of soft drinks 

Ssamjeang Super Combo, priced at 
RM56.51 includes
  • comprises of 2 Regular Pizzas 
  • 1 Ayam-Haseyo 
  • 1 Cheesy Mozzarella/Cheddar Stix 
  • a bottle of 1.5L soft drink
The all new Ssamjeang Prawn is available at all Domino’s Pizza stores for a limited time only, from June 4 to July 1, 2018, while stocks last. Visit Domino’s stores, order online to make an order. To learn more about Domino’s Pizza Malaysia’s Ssamjeang Prawn Pizza as well as other ongoing promotions, visit the Domino's website. Refer details below 

More details about Domino's Pizza MalaysiaFor the latest update on social media;



Submit your order now!

Call:1300-888-333

Website: www.dominos.com.my 

Reading Time:

Wednesday, 13 June 2018

Buka Buku Baru Giveaway by Mai
13 June 4 Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Esok dah hari terakhir berpuasa bagi tahun 2018. Selamat membuat persediaan hari raya semuanya. Di kesempatan ini sebelum blog berdebu ditinggalkan bagi berhari raya dan bercuti. So husniey nak join giveaway dari  Blogger Noor Maizan. 
Mai buat giveaway ni sempena dirinya bakal bertukar status dari Single to Married ๐Ÿ‘ฐ

Ucapan dan Nasihat untuk Mai 

Disebabkan syarat giveaway ini perlu ada ucapan / nasihat untuk Mai. 
So Husniey mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru ya Mai dan Pasangan. 
Selamat Melayari Alam Rumahtangga yang sememangnya indah. 
Semoga perkahwinan diberkati Allah 
dan berkekalan hingga ke Jannah ๐Ÿ˜

Nasihat husniey untuk Mai dan pasangan, sentiasalah bertolak ansur antara satu sama lain. Kekalkan mana yang baik, 
saling membantu dan saling mendengarkan. 
Letakkan Allah di depan ya. 
Suami ada syurganya, dan suami pula syurga bagi kita. 

Jika ada kekurangan sama sama diperbaiki.. Bukan mudah bila ada keluarga baru dan nak kekalkan keadaan harmoni tapi semua tu perlu diusahakan bersama sama jika nak kekal harmoni dan bahagia ๐Ÿค—

Lots of love, Husniey 

Rakan rakan blogger, 
jom meriahkan giveaway ini. 
Klik pada banner untuk lihat entri giveaway 

Tarikh tutup penyertaan pada 
15 Julai 2018 
Reading Time:

Tuesday, 12 June 2018

Buka Puasa di Sushi King
12 June 7 Comments

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, tinggal beberapa hari lagi Ramadan bakal meninggalkan kita semua. Semoga amalan baik kita diterima Allah.

2018 ni husniey banyak berbuka puasa di rumah, adakala bila mood rajin mestilah memasak untuk suami tercinta tapi adakalanya beli bungkus je dekat Bazaar. Jarang berbuka di kedai makan, sebab tak suka serabut ramai orang. Hee

7 June haritu husniey dan tuan suami pergi berbuka di Sushi King Kuala Terengganu, sebenarnya tak tahu pun tengah ada promosi. 
SYOK-ING FIESTA namanya pelanggan boleh menikmati kesemua yang atas kaiten dengan berharga RM 3 satu piring tu. Murahlahh kan.
Jimat sangat dah tu


Tiba di Restoran Sushi King sebelum masuk ke restoran husniey ditanya pekerjanya "ada dapat tak mesej promosi dari SK". Barulah teringat haa macam ada dapat mesej promosi tu.. Nasib husniey belum terpadam mesej promosi tu
Voucher yang ditebus dan maklumat promosi

Mesej yang diterima 

Belek mesej dekat telefon terus buka link diberi pada mesej tersebut.
Selesai disahkan oleh pekerjanya dan yess dapatlah haritu lepaskan hajat nak makan Sushi dan Bento, bertambah gembira sebab dapat murah dengan harga promosi + no gst ๐Ÿ˜๐Ÿ’ƒ

Memula risau jugak kalau kena buat tempahan awal (bulan puasa kan)
rupanya tak perlu pun,
ia dibuka untuk yang nak walk in sahaja.
So kiranya siapa cepat dapatlah duduk dan makan dengan tenang. Hee.
Kalau korang teringin nak makan tu bolehlah pergi Sushi king berdekatan ya

Antara menu berbuka puasa yang dipilih berserta harganya ialah 

Menu iftar pada 7 June 2018


  1. Blackcurrant Yakult RM 4.90
  2. Ice Green tea ๐Ÿต RM 1.00 
  3. Yakiniku Chicken Katsu Bento RM 14.90
  4. Mixed Bento RM 14. 90 
  5. Soft Shell Crab Temaki RM 5.00 

Tambahan 
4 pinggan @ RM 3 ~ RM 12

1 pinggan Norwegian Salmon dan lagi

3 pinggan ialah Chuka Idako, tuan suami suka sangatlah Chuka Idako.
Selalunya dia payah nak makan benda pelik gini. Jenis berjiwa klasik sikit, hehe.
Tapi bila makan di SK dia berani cuba banyak benda dan memang sedap sungguh katanya ๐Ÿค—

Selepas berbuka ๐Ÿ˜‚



Jumlah kesemuanya termasuk service charge SST: RM 57.95

Pulanglah haritu ke rumah dengan hati senang. Korang pula macam mana puasa kali ini, banyak berbuka diluar ke dirumah? Jom kongsi diruangan komen!

Pssttt. Rindunya Jepun. Masa ke Jepun tahun lepas terliur betul tengok kedai kedai sushi begini. Kedai makan kat sana dahlah cantik, kemas kreatif pulak tu siap display makanan kat depan kedai. 
Tapi tak boleh nak makanlah susah nak cari kedai yang halal ๐Ÿ˜‚
Harap lepas ni kalau ada rezeki ke Jepun lagi dah banyak kedai makan yang halal. Nak sangat food hunting disana!
Dengar kata Jepun sedang menaiktarafkan lagi makanan halal untuk pelancong muslim. Kemudahan surau pun dah banyak disediakan.. Kalau betul desas desus ni, Alhamdulillah ๐Ÿ’•
BACA ENTRI LAIN JUGA: 
>> Travel to Lombok: Air Terjun Benang Kelambu <<
Reading Time:

Wednesday, 6 June 2018

21 Ramadan | Sedikit Nurkilan dan Perkongsian
06 June 6 Comments

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, buat rakan sesama muslim.
Selamat Berpuasa ya, harini dah pun masuk 22 Ramadan 1439H
MasyaAllah cepatnya waktu berjalan.
Eh berjalan ke marathon ni.. Laju betul

Rasa macam baru je haritu masuk awal Ramadan, moga segala amal ibadat diterima Allah.. 


Tahun akan datang masih adakah kesempatan untuk bertemu bulan yang penuh keistimewaan ini? Kita tak tahu


Di kesempatan ini husniey nak memohon maaf walaupun lambat lagi berhari raya, tak salah kalau mohon ampun dan maaf lebih awal. Tak semestinya tunggu hari raya kan ๐Ÿ˜Š

Mohon maaf jika terdapat kesalahan, jika kekurangan layanan terhadap rakan rakan blogger dan pembaca blog ni. Husniey suka je berkawan tak kira siapa pun.
Yang baik kita ambil jadikan contoh,
yang kurang baik jangan dikut dan jadikan iktibar. Minggu ini husniey banyak duk termenung dan ingat mati.
Kadang nampak je luaran sihat walafiat, tapi tak tahu ajal bebila masa je boleh datang menjemput ๐Ÿ˜ญ

Hidup dan mati ni rahsia Allah
Kadang yang sakit lagi panjang hayatnya, yang sihat pula pergi dulu. Rahsia Allah!


Rindu Pada Yang Telah Pergi

Husniey pernah kehilangan beberapa orang yang disayangi dengan mengejut. Kehilangan mengejut ni memang kita mintak dijauhkan dan memang keadaan yang kita tak sangkalah kan

Orang baik baik ni kalau dia pergi selamanya,  kita akan merasa seolah mereka cuma pergi bekerja tapi tak kembali.. Macam contoh keadaan husniey pernah lalui, arwah ayah mertua husniey meninggal semasa bekerja dan 2 hari sebelum berhari raya pada 2014. 
Masa tu baru je kahwin 1 bulan lebih. Baru aje nak feeling sambut raya dengan suami dan keluarga suami dengan meriahnya. Tapi siapa sangka raya yang pertama bersama suami tu meninggalkan memori duka. 

Arwah ayah tak ada sakit apa pun, tetiba kawannya datang beritahu ayah macam pengsan. Pergi macam tu je, mudahnya.  Allahuakbar.. Berat ujian masa tu nak raya.. Dengan adik adik ipar masih kecil.
Sampai sekarang merasakan seolah arwah pergi kerja tapi tak pulang..
Walaupun masa tu baru jadi menantunya, husniey bahagia. Ayah layan husniey baik sangat.. Ikhlas tu dapat dirasai

Arwah ayah suka memancing dan bawa balik ikan besar, pastu dijamu makan untuk keluarga. Sehari sebelum dia meninggal tu sempat dia bawa ikan ikan hasil tangkapannya berbuka bersama keluarga besarnya.. Dan dia ada berikan tanda dalam nada gurauan.
Katanya "ikan ni yang akhir dah ni,
lepas ni takde dah"๐Ÿ˜ญ
Esoknya bila ayah mertua pergi adik beradiknya tak percaya baru semalam bersama bergelak ketawa

Rindunyaa. Lepas ayah tak ada macam macam ujian datang. Sungguh inilah ujian untuk kami yang masih di dunia perlu tempuhi

Masih ingat pada hari tu,
bergegas ke hospital dan melihat arwah di bilik mayat.
Tanda tanda arwah nak pergi tu ada tapi semua tak perasan..
Ramai lagi saudara husniey yang disayangi pergi mengejut masa bulan Ramadan
Moga Allah tempatkan mereka di kalangan orang beriman.. Aamiinn

Sedikit perkongsian dari facebook buat mereka yang sedang ditimpa masalah dan dugaan.. Moga tabah ๐Ÿ’ช
Jangan lupa banyakkan pelbagai amalan baik diakhir Ramadan ni, banyak pahala yang dijanjikan. Ingatan untuk diri sendiri juga ๐Ÿ˜Š


Credit pic Traveloka

Kadangkala kita doa untuk dikurniakan pasangan yang baik tapi Tuhan hantar kawan-kawan baru yang baik.
Kadangkala kita doa untuk dapat anak, namun dikurniakan tambahan kewangan.
Kita doa untuk begini, tapi Tuhan bagi yang begitu. 


Mungkin buat waktu ini kita lebih perlu untuk berada dalam keadaan sekarang.
Tuhan lebih tahu.
Apapun teruskan doa & usaha, kerana rezeki itu ada, cuma berbeza ceritanya.
Sabar, okay?
Ganjaran sabar sangat tidak terbatas.
Dan pasti ada sesuatu yang indah menanti
— via arnamee
Credit to FB Aku Islam 
Reading Time:

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com