Filem Tempatan: Operasi X Ditayangkan Awal November 2018 - Husniey Husain

Wednesday, 31 October 2018

Filem Tempatan: Operasi X Ditayangkan Awal November 2018


Assalamualaikum semua dan Hai Salam Sejahtera. Moga anda selalu sihat dan ceria hendaknya. 2018 menyaksikan banyak juga filem hebat tempatan dari Malaysia yang telah dihasilkan. Operasi X merupakan filem aksi terbaru yang akan ditayangkan di pawagam awal November ini.

Dream Pictures Production 
Pengarah: Sandosh Kesavan
Penerbit: Zarina Sham

Mesti anda semua nak tahu kan siapa para pelakon yang akan beraksi di dalam filem Operasi X yang bakal ditayangkan pada awal Novemberi ini. Antara barisan pelakon yang terlibat di dalam filem Operasi X ini ialah Dato Aaron Aziz, Dato Awie, Datuk Yusof Haslam, Nasir Bilal Khan, Hairul Azreen, Hefny Sahad, Gbob, Rahhim Omar, Hanna Aqeela, Nashra Shah, Rafizah Shima, Zaidi Omar


Menariknya pelakon yang beraksi semua legenda tanah air. Dato Aaron Aziz tu lama dah tak tengok beliau berlakon dalam filem, hee. Kalau Dato Awie tu tahun ni kiranya rezeki melimpah ruah juga ya, baru sahaja haritu tonton lakonan beliau dalam Hantu Kak Limah 2 mesti best ni kalau ada Dato Awie. Tengok pada trailer macam ada ayatnya yang agak kelakar, haih tak sabar nak tengok nampak gaya kali ini lakonan Awie sebagai penjenayah. Jarang tengok beliau pegang watak begini. Genre bagi filem Operasi X ini ialah aksi dan jenayah. Jemput tengok video trailer dekat Youtube


Jom ramai-ramai gegarkan pawagam terdekat menyaksikan filem aksi hebat Operasi X ini yang akan ditayangkan di pawagam bermula 1 November 2018.
Pssttt tuan suami mesti suka filem bergenre aksi begini. Husniey bakal menulis review penuh setelah menontonnya nanti. Stay tune! :)

Maklumat lanjut boleh layari Facebook | Instagram | Twitter


6 comments:

  1. Nama-nama besar dan hebat yang terlibat dalam filem ni kan Husniey..

    ReplyDelete
  2. my fav actor Dato Aaron ni,so..harus pergi

    ReplyDelete
  3. Banyak orang best berlakon ni..

    ReplyDelete
  4. wah menarik! boleh ajak kawan tengok ni since dah cuti ni

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com