Pengikut Dajal Paling Ramai Nanti Adalah Wanita - Husniey Husain

Monday, 29 October 2018

Pengikut Dajal Paling Ramai Nanti Adalah Wanita

Salah satu cara musuh merosakkan umat Islam, adalah dengan menyerang wanita-wanita Islam. Sebab itu macam-macam benda pelik timbul.

Baik cara untuk cantikkan diri hinggalah ke video challenge yang bukan-bukan. Yelah, nak pengaruhi lelaki susah sikit. Tapi bila perempuan dah terpengaruh. Mudah kerja. Sebab lelaki ini mudah cair pada pujuk rayu perempuan.


Kaedah Dajjal pun sama. Akan hasut kaum hawa sebanyak-banyaknya.

Daripada Ibnu Umar ra, Nabi SAW bersabda:

يَنْزِلُ الدَّجَّالُ فِى هَذِهِ السَّبَخَةِ بِمَرِّ قَنَاةَ فَيَكُونُ أَكْثَرَ مَنْ يَخْرُجُ إِلَيْهِ النِّسَاءُ حَتَّى إِنَّ الرَّجُلَ لِيَرْجِعُ إِلَى حَمِيمِهِ وَإِلَى أُمِّهِ وَابْنَتِهِ وَأُخْتِهِ وَعَمَّتِهِ فَيُوثِقُهَا رِبَاطاً مَخَافَةَ أَنْ تَخْرُجَ إِلَيْهِ

Dajjal akan turun ke Mirqonah (nama sebuah lembah) dan majoriti pengikutnya adalah kaum wanita, sehingga seseorang akan pergi menemui isterinya, ibunya, puterinya, saudarinya dan mak ciknya kemudian mengikatnya kerana khuatir keluar menuju Dajjal”.

[Hadis Riwayat Ahmad 2: 67]

Justeru, kaum lelaki perlu mainkan peranan penting. Selalulah perhatikan isteri dan anak-anak gadismu. Kasihani mereka. Usah biarkan mereka dibuai hembusan-hembusan fitnah Syaitan dan Dajjal.


Pesan tentang kebenaran agar mereka tak terhindar anasir Syaitan dan Dajjal yang sangat licik lagi halus.

Semoga Allah jauhi fitnah Dajjal Laknatullah dan lindungi kita semua. Amin Ya Rabbal 'Alamin. Boleh share agar sama-sama beringat.

#UFR 
Tulisan ini oleh Ustaz Farid Rashidi 
Follow beliau di facebook banyak perkongsian ilmiah yang boleh dibaca dan jadikan pedoman. >> Facebook Ustaz Farid Rashidi <<

6 comments:

  1. terima kasih atas ingatan...
    info yg sgt bagus untuk snts ingat mengingati

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian ini akak

    ReplyDelete
  3. Kak PC takut dan risau.Mengenangkan diri sendiri..insan-insan yang disayangi..doa mereka terlindung dan terhindar dari fitnah dajjal..melihat situasi sekarang..Allahu,menyesakkan.Melawan nafsu dengan menebalkan iman.Terkadang tersasar juga kak PC ni Husniey.

    ReplyDelete
  4. Nauzubillahhiminzalik...minta dijauhkan drp bisikan syaitan

    ReplyDelete
  5. zaman dajjal sangat menakutkan. pelbagai nikmat dunia dia boleh bagi untuk sesatkan org islam. semoga kita dipeliharaNya.

    ReplyDelete
  6. Akak pun fikir benda sama bila buat video untuk beauty review..rasa taknak dah amek job camtu sebab takut fitnah. Tapi kalau dapat payment besar, amek jugak kot rasanya..iman tak kuat >_<

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.

Must Read

INSTAGRAM

CARI PENGINAPAN

Booking.com