Rumah Ronald McDonald di HUSM Mula Dibina

Majlis Solat Hajat, Bacaan Yaasin & Tahlil Doa Selamat Sempena Permulaan Kerja – Kerja Pembinaan Rumah Ronald McDonald di Hospital ...


Majlis Solat Hajat, Bacaan Yaasin & Tahlil Doa Selamat Sempena Permulaan Kerja – Kerja Pembinaan Rumah Ronald McDonald di Hospital USM


Alhamdulilah projek Ronald McDonald House Charity yang ditandatangani memorandumnya pada Julai lalu telah dipersetujui dan mendapat sepakat bersama pihak Hospital USM Kubang Kerian. Kini sedang dalam permulaan kerja – kerja pembinaan rumah di tapak pembinaan yang terletak di dalam kawasan hospital. 


Objektif majlis diadakan ialah bagi Melancarkan Bulan Komuniti McDonald’s yang diadakan pada setiap bulan Oktober bertujuan untuk menyokong masyarakat setempat dan mendekati golongan kanak-kanak. Selain itu Majlis Doa Selamat ini juga bersempena dengan kerja-kerja pembinaan Rumah Ronald McDonald di Hospital USM yang bermula pada 2 Oktober 2018 ini. Projek ini dijangka akan siap sepenuhnya pada 2019.




Tetamu Tetamu VIP yang hadir ialah;

Timbalan-Timbalan Pengarah serta Ketua ketua Jabatan Hospital USM

Presiden RMHC/Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia, Encik Azmir Jaafar dan kakitangan McDonald’s Malaysia di Pantai Timur serta kakitangan RMHC Malaysia



1 Oktober 2018 melakarkan satu lagi memori buat RMHC dan semua yang terlibat dalam mengadakan projek rumah ini. Majlis Doa Selamat ini diadakan bertempat di Tapak Pembinaan Rumah Ronald McDonald, HUSM





Latar Belakang Rumah Ronald McDonald |
A) Rumah Ronald McDonald di PPUKM, Kuala Lumpur

  • Rumah Ronald McDonald merupakan program utama RMHC dan Rumah Ronald McDonald yang pertama di Malaysia telah dibina oleh RMHC pada tahun 1999 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Kuala Lumpur.
  • Rumah Ronald McDonald yang pertama ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr Siti Hasmah Binti Mohamad Ali pada 21 Jun 1999 dan juga merupakan Rumah Ronald McDonald yang pertama di Asia. 
  • Semenjak Rumah Ronald McDonald di PPUKM ditubuhkan kira-kira 19 tahun yang lalu, lebih 850 keluarga kanak-kanak telah menggunakan kemudahan ini dan RMHC telah membelanjakan lebih RM5.5 juta untuk tujuan ini. 

B) Rumah Ronald McDonald di Hospital USM, Kelantan


  • Rumah Ronald McDonald di Hospital USM merupakan Rumah Ronald McDonald yang kedua di Malaysia dan dijangka akan dibuka pada bulan Mac 2019.
  • Rumah ini merupakan kediaman berkelengkapan penuh yang menampilkan 18 buah bilik tidur, ruang makan, dapur, bilik dobi, bilik permainanan dan lain-lain kemudahan untuk penghuni.

Klik disini untuk menonton video pendek berkaitan rumah RMHC yang bakal siap ini 

  • Rumah Ronald McDonald kedua di Hospital USM menyediakan tempat tinggal sementara kepada keluarga pesakit kanak-kanak yang sedang menjalani rawatan di Hospital USM.
  • Kewujudan rumah ini akan dapat membantu pesakit kanak-kanak dan keluarga dengan meringankan kos penginapan dan memudahkan mereka berurusan sewaktu menerima rawatan di Hospital USM.
  • Kerja-kerja pembinaan Rumah Ronald McDonald di Hospital USM akan bermula pada 2 Oktober 2018.
  • Pembinaan Rumah Ronald McDonald di Hospital USM memerlukan belanja sebanyak RM 4 juta.
  • Sehingga kini, RMHC telah berjaya mengumpul sebanyak RM 3.6 juta untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald – di mana jumlah ini diperoleh daripada sumbangan syarikat-syarikat korporat semenjak beberapa tahun yang lalu  dan orang ramai menerusi tabung derma di kaunter-kaunter restoran McDonald’s di seluruh negara.
  • RMHC masih memerlukan sejumlah RM 400,000 untuk menyempurnakan pembinaan Rumah ini.


Orang ramai dialu-alukan untuk membuat sumbangan menerusi tabung-tabung derma di kaunter-kaunter McDonald’s di seluruh negara atau menerusi pindahan bank atau online ke akaun Maybank Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia: 5125-3014-1938. Maklumat lanjut berhubung perkara ini boleh didapati di https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/


You Might Also Like

5 comments

  1. Alhamdulillah...moga-moga semuanya berlangsung dengan mudah dan lancar...aamin.

    ReplyDelete
  2. Usaha ni memang terbaik untuk membantu golongan berpendapatan rendah. Semoga ada ganjarannya di akhirat nanti..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan dalam kerja membina rumah ni. Banyak manfaat nya buat yg memerlukan.

    ReplyDelete
  4. moga tercapat impian utk siapkan rumah ni nanti

    ReplyDelete
  5. insyaAllah dengan izin allah akan siap ikut ketetapan aminnn

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.