Keindahan Kampung Jambu Bongkok, Marang | Suasana Nyaman Tenang - Husniey Husain

Breaking

Husniey Husain

Menulis Dari Hati, Via Jari Jemari

Post Top Ad

Friday, 31 May 2019

Keindahan Kampung Jambu Bongkok, Marang | Suasana Nyaman Tenang


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Moga sihat selalu hendaknya. Semoga di akhir ramadan 1440H ini semangat beribadat semakin meningkat. Apabila hati mula rindukan keindahan alam, serta rindukan suasana kampung dan view pantai mesti husniey akan tercari-cari 'port' cantik dikelilingi kehijauan kebiruan alam. Duk terfikir je mana destinasi menarik boleh bersantai


shoot by me using phone. Honor 8 pro.

Di mana ada keindahan panaroma, akan hadir rasa tenang. Seolah hilang segala rasa yang berkecamuk, lupa sebentar kesibukan kota. Selain itu paling husniey suka ialah kita akan bertambah-tambah yakin akan kuasa Allah. SubhanaAllah ❤️. Panjang betul mukadimah.

Untuk makluman semua pembaca blog husniey, kawasan Kampung Jambu Bongkok ini bukanlah tempat pelancongan. Hanyalah sebuah kampung biasa. Tapi disebabkan keindahannya itu jadi tular (viral) di kebanyakan page popular, maka makin ramai yang datang melawat kampung ini. 


Kampung Jambu Bongkok ini istimewa, sebabkan permandangannya unik dan jauh dari bandar jadi memang original kawasan kampung. Damai sungguh suasananya. Terletak di dalam daerah Marang Terengganu, berjarak 39 km dari bandar Marang. Jika dari Kuala Terengganu lagi lah jauh sekitar 55 km jaraknya.


Boleh lihat ada banyak pokok kelapa sepanjang jalan di kampung ini



Lawa kan gambar-gambar yang husniey shoot ini? Kata penduduk tempatan kalau hari minggu atau cuti sekolah lagi ramai orang datang melawat. Semata-mata untuk bergambar di kawasan kampung ni. Wahh hebat bukan?


Port bergambar di Kampung Jambu Bongkok.
Ada beberapa pondok macam ni tapi yang ini paling comellah kot. 
Siap ada langsir bagai 💗

Yelah zaman sekarang kalau tempat cantik yang viral, jauh pun orang sanggup datang. Kampung ini juga pernah ada beberapa drama yang shoot disini. Husniey pernah lah beberapa tahun lepas tengok satu dua drama Melayu, kebetulan perasan eh ini mesti shoot kat Marang Terengganu.

Sempat bergambar dekat buaian. Masa husniey pergi ni baru pukul 10.30 pagi,
tapi panas sungguh cuacanya.


okay ke sudut ni? tengah tahan panas tu sebenarnya, haha


With my love. 
Mujur husniey bawa tripod so setkan camera telefon dengan timer 5 saat :) 

yer pantai tuu.. tapi tak boleh mandi manda tau, airnya dalam.


lagi gambar dekat buaian cantik, belakangkan view pantai. Ah indahnya

BACA SINI ARTIKEL LAIN YANG MENARIK: 

Lokasi kampung ini dekat je dengan jalanraya utama. Boleh je masuk di mana mana lorong yang ada jalan tar tu. Jangan masuk lorong ke rumah orang sudah. Hehee. Mohon jaga kebersihan disini jangan buang sampah merata okayy.. In love with Marang Terengganu. Marang merupakan daerah yang ada banyak view cantik. Korang nak layan view pantai, pulau, kampung, unik disini. Semoga lain hari dapat husniey explore daerah lain pula. Banyak lagi kampung cantik dekat Terengganu ini. Thank you korang baca sampai akhir entri. Moga bermanfaat ❤

8 comments:

  1. Cantiknya.. Memang orang sanggup pergi walaupun jauh nie..

    ReplyDelete
  2. kena bawak ak g ni husniey. bulan 8 nih

    ReplyDelete
  3. the view is ahmayzinggggggg !!!!!!

    ReplyDelete
  4. Selamat Hari Raya Aidilfitri HH, Maaf Zahir & Batin..
    Cantik sungguh pemandangan.. Sejak HH post gambar keindahan Terengganu terasa ingin ke sana.. Letak dulu dalam wishlist sis..

    ReplyDelete
  5. cantik view...nyaman rasa bila tgk pokok kelapa ngan pantai tu

    ReplyDelete
  6. terengganu & pantai nan indah, mana kan boleh terpisah.
    syurgaaaa bila ke sana.
    saujana mata memandang ke arah lautan dan pantai yg bersih memutih :)

    ReplyDelete
  7. Kena hargai keindahan tempat sendiri kan bestnya

    ReplyDelete
  8. Asal tgk gambar2 husniey mesti rasa rindu nak balik Ganu. Suka suasana dekat sana. Tenang je.

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.