Jika anda adalah seorang yang suka mengembara ke destinasi menarik seperti pulau, pantai, sungai, tasik dan apa saja
tempat percutian selangor yang tarikannya ada air. Pastilah takkan melepaskan peluang untuk turut bermandi manda bersama keluarga apabila bercuti. Tapi bagi golongan yang takutkan pada kedalaman air disebabkan tak ada kemahiran berenang pasti akan panik dan hanya menikmati di tepian saja. Betul kan? Kita serupa.
Perkenalkan Swim Rush menyediakan perkhidmatan belajar kelas renang di banyak tempat sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Tak perlu risaukan tentang masa, andai kata tak punya banyak masa pada hari bekerja maka boleh memilih untuk belajar berenang pada hari minggu.
Kelas renang akan diadakan setiap hujung minggu selepas waktu bekerja. Seronok juga kalau dapat belajar berenang bersama keluarga di hari minggu bukan? Kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke atas dah boleh pelajari kemahiran berenang. Haa amacam eloklah didik anak sedari kecil.
Khusus untuk wanita muslimah yang teringin belajar berenang, Swim rush turut mengadakan kelas privasi untuk perempuan. Jadi jangan risaukan tentang aurat serta batas pergaulan dengan jurulatih. Jurulatih wanita yang mengajar anda bukan jurulatih lelaki ya.
Bukan hanya diajar teknik asas tapi anda
turut diajar Survival Skills, dan bagaimana cara untuk meningkatkan keyakinan diri ketika berada di dalam air (water confidence). Bagi kelas renang untuk kaum lelaki pula diadakan di cawangan Batu Caves. Anda akan belajar dari ZERO TO HERO! Hebat bukan.
Dalam kelas renang ini lah boleh
touch up skills untuk menyelam di kedalaman 1.2 – 1.8 meter. Sangat sesuai bagi yang teringin nak menyelam di dasar laut. Impikan kelas private? Nak jurulatih datang mengajar ke tempat anda. Tiada masalah, swim rush juga turut menyediakan kelas persendirian. HOME TO HOME BASIS; Di mana jurulatih akan datang mengajar ke rumah anda untuk mengajar.
Senarai Lokasi Cawangan Kelas Berenang Oleh Swim Rush
📍 Batu Caves – Kompleks Renang Seri Siantan Untuk Kanak-Kanak + Perempuan + Lelaki
📍 Bangsar – Jalan Turi Bukit Bandaraya, kelas private untuk kanak-kanak
📍 Cheras – Kompleks Sukan Desa Tasik, kelas renang untuk wanita + kanak-kanak
📍 Shah Alam – Seksyen 14, Kelas renang private untuk wanita sahaja
Untuk maklumat lanjut sila rujuk di bawah;
Website Swim Rush
Facebook page Swim Rush
Instagram Swim Rush
bagusnya mesra muslim classnya
ReplyDeleteTerbaik ni Husniey.tak risau bab aurat sebab tidak bercampur.Alhamdulillah.Sunnah juga.
ReplyDeletemama ni tak pandai swimming tingin gak nak masu kkelas
ReplyDelete