Sambungan Short Vacay KL; Berjumpa Rakan Blogger Rodiah Amir - Husniey Husain

Breaking

Husniey Husain

Menulis Dari Hati, Via Jari Jemari

Post Top Ad

Monday, 5 August 2019

Sambungan Short Vacay KL; Berjumpa Rakan Blogger Rodiah Amir

Beraya Dengan Rakan Blogger Rodiah Amir | Ini merupakan kisah bersambung ketika bermalam di Ampang; klik older post untuk baca kisah sebelumnya tentang review husniey menginap di Arte Plus Ampang. Semasa buat keputusan nak berjumpa Blogger Rodiah Amir kita masih lagi berada dalam bulan Syawal. Mood beraya masih lagi wujud walaupun dah di penghujung bulan Syawal. Sudah maklumkan awal nak beraya di rumahnya. Husniey bahasakan (panggil) Kak Diah. Dari Ampang ke Melawati tak jauh mana, hanya 15 minit. 


Selepas masuk waktu isyak dalam pukul 9 lebih kami sampai dekat kawasan rumahnya, ada cerita kelakar terselit semasa nak naik menapak ke rumah Kak Diah yang berada di tingkat 7. Kami suami isteri tak terfikir nak mencari lif sebab tak ternampak signboard ke apa depan mata. Jadi gigih sungguh menapak ke rumah Kak Diah dengan menaiki tangga. HAHA serius kerja gila. Naik tangga 7 tingkat. Fuh mestilah mengah yer kawan-kawan husniey bukanlah stamina kuat mana cuma nasib baik kami pun tinggal di flat yang tak ada lif, tapi itu pun selalu panjat tiga tingkat je haahaa.  



Semasa mula masuk perkarangan apartment dah nampak Kak Diah lambai tangan dari jauh dari rumahnya. Kiranya macam tak sabar nak naik ke ataslah, hahaha. Kena bebel dengan Kak Diah sebab menapak ke rumahnya naik tangga. Lepas itu dia ada kongsikan cerita sebelum ini pernah juga courier hantar barang naik tangga.  Ingatkan kami berdua aje tak nampak kewujudan lif disitu, heehe. Untuk kedua kalinya bertemu. Pertama kali pertemuan manis kita di Melaka kebetulan tersama tarikh pergi sana untuk job review. Seronok jumpa sesama blogger ni kadangkala bukan nak cakap pasal kerja atau gosip mende pun, sekadar menyambung ikatan persahabatan. Husniey memang jenis suka berkawan tak kira umur muda ke tua, janji kawan tu jenis ada akhlak baik itu pun dah okay. Tiada syarat dalam berkawan, tak nanti berharta. Ribuan terima kasih kepada Kak Diah serta suami sebab beri layanan baik, penuhkan meja makan dengan juadah. 

family photo :D 


penuh atas meja tu haa ~ 


Rajin betul dia masak beberapa jenis juadah. Bihun sup, nasi impit, kuih muih, selepas itu siap hidang dengan pencuci mulut aiskrim, kek biskut. Ya Allah kenyang betul malam itu.  Untuk yang belum tahu, Blogger Rodiah Amir ini ada menulis karyanya di dalam buku yang bertajuk Mama, Kopi, WiFi. Tahniah sebab jadi mama yang hebat + merendah diri. Boleh hubungi beliau untuk dapatkan buku tersebut; www.rodiahamir.com. Sekian saja entri kali ini, terima kasih sudi baca :)

8 comments:

  1. Mengah dalam kelucuan ni Husniey. Bila ingat sendiri mesti senyumkan. Betullah..selagi orang baik dan sudi ikhlas nak kawan dengan kita.. Itu rezeki kan.. Alhamdulillah sangat-sangat.

    ReplyDelete
  2. Adoiii husniey.. tingkat 7 tu. Sabar ajelah. Nasib baik kak diah dah tunggu siap²

    ReplyDelete
  3. Tingkat 7 tu memang mengah lah hehe

    ReplyDelete
  4. mcm2 dijamu utk tetamu yg dtg kn...

    ReplyDelete
  5. meriahnya makanan hehehe

    aduh boleh rasa lenguh tu mcm mana. Naik tangga tingkat 7 tu. hehehe tu lah kekadang kalau lift tersorok kita pun tak terfikir nak cari kan.

    ReplyDelete
  6. ya Allah thanks Husniey datang. Jangan serik datang lagi ok. padahal dah pesan ada lift. Gigih juga dia nak naik tangga hahahha

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.