Saban hari pasti ada saja hari istimewa yang akan disambut. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kalian semua. Bersambung lagi kisah nak dikongsikan disini pasal Gathering Blogger Ganu di D'Rumoh Pata haritu pada penghujung Ogos.
Kali ini nak tulis tentang Dnialicious Cake House Kuala Terengganu. Kedai kek Dnialicious ini semakin popular di kalangan warga Terengganu sebab harga ditawarkan mampu milik harga bajet sungguh, dekorasi pula cantik dan boleh custom ikut kemahuan pelanggan. Terima kasih kepada Blogger Huda Halid sebab sudah buat tempahan kek comel yang bertemakan hari kemerdekaan.
.
Lokasi kedai ini berdekatan saja dengan rumah husniey dalam 5 minit saja. Kedainya terletak di Pasir Panjang. Manakala rumah husniey di Bukit Kecil. Senang nak parking, ada tertulis reserved disediakan khas untuk pelanggan yang datang. So pada hari majlis diadakan husniey pergi pickup di kedai dan bawa ke lokasi yang dijanjikan. Alhamdulillah tahan kek dari Dnialicious. Dekat sejam lebih juga terbiar di luar. Sambil tunggu rakan rakan blogger yang lain tiba. Kek by Dnialicious ini sedap tak terlalu muak rasanya. Okay je rasanya walaupun cream cake.
Birthday girls 👭
Tonton video di Youtube Channel
Cute kan kek kami tema merdeka, baru nampak semangat patriotik! Blogger Ganu yang lahir pada bulan Ogos ialah; Blogger Huda Halid, Sis Gee, Shahada Fauzi, dan juga seketul Husniey Husain. Dekat situ husniey paling muda tapi terlihat nampak tua kan sebab hakak hakak ni semuanya awet muda you all. Anak 4,3,2 semua maintain kekal cantik. Nak tahu rahsianya kena pergi private message diaorang la ye, hahaaha. Macam Husniey pula mungkin faktor matang awal kot, kahkah okay gurau je 😂
Dnialicious Cake House menyediakan servis menerima tempahan kek custom made, gubahan bunga dan coklat, pelbagai hiasan birthday party seperti belon helium dan suprise delivery di sekitar Kuala Terengganu.
Bagi anda yang berada di kawasan Kuala Terengganu, tak tahu nak beli kek dimana bolehlah walk in ke Dnialicious. Nak lebih selamat sila buat tempahan awal, sebab kalau nasib tidak baik tetiba korang walk in tengok kek dah habis. Macam haritu la Husniey ke kedai nak tengok kek dalam chiller tapi semua dah licin. Laku keras weh. Jomlah bersama menyokong perniagaan orang Islam Melayu.
Sangat sesuai bagi anda yang buat persiapan untuk sambut birthday ke, untuk tempahan majlis ke. Tak tahu nak design macam mana? Pergi terus ke Facebook page Dnialicious screenshot gambar yang berkenan dan terus whatsapp pihak Dnialicious ya. Untuk maklumat lanjut sila rujuk dibawah.
Husniey Husain - I'm Malaysian. Writing and sharing about my experience, travel ke dalam negara dan luar negara, review products, tempat makan, and also writing about random thoughts. Any collaboration, invitation, events please email me at husnieyg@gmail.com
About Me
Husniey Husain - I'm Malaysian. Writing and sharing about my experience, travel ke dalam negara
dan luar negara, review products, tempat makan, and also writing about random thoughts.
Any collaboration, invitation, events please email me at husnieyg@gmail.com
jemput join segmen...
ReplyDeletehttps://ciknurul23.blogspot.com/2019/09/segmen-bloglist-sii-nurul.html
kek dia lawak sangat la... nak makan pun sayang ni
ReplyDeletekek dnialicious mmg best,,
ReplyDeletesy prnh tempah ms tunang dulu2.. sedap..
wow..bestnya...hepi bestday you all..:)
ReplyDeletehappy birthday chuollllsss. semoga sihat semua hendaknya. another year to counts.
ReplyDeletehappy birthday kakak2 semua
ReplyDeletehappy belated birthday gurlsss...syoknya kongsi birthdays ni sesama rakan blogger kan
ReplyDeletecantik hasil decoration kek tu. rasanya mesti sedap ni
ReplyDelete