Menghadiri Program Seminar Terbesar di Malaysia, Nak Ubah Hidup 2020 - Husniey Husain

Breaking

Husniey Husain

Menulis Dari Hati, Via Jari Jemari

Post Top Ad

Friday, 31 January 2020

Menghadiri Program Seminar Terbesar di Malaysia, Nak Ubah Hidup 2020

Program Seminar Nak Ubah Hidup 2020 Dihadiri 13 Ribu Peserta Dari Dalam Dan Luar Negara 

Bersama Titans Hebat; Das Abdul Jutawan Bantal, Najib Asaddok dan Kartika. 

Kata-kata pertama dari Dr Azizan Osman yang mendebarkan hati ialah; Tidak bertindak lebih menyusahkan hidup you, daripada mula bertindak". Alhamdulilah merupakan rezeki yang tak ternilai apabila dapat menghadiri ke program Nak Ubah Hidup 2020. Program yang dihadiri 13 ribu orang peserta dari pelusuk Malaysia (pantai barat, pantai timur, selatan, utara) dari Sabah Sarawak serta Singapore, Indonesia, dan juga peserta dari Brunei. Dah kenapa ramai sangat datang program seminar ini? Kesemua yang datang rata-ratanya usahawan, orang berniaga yang nak merubah kehidupan mereka ke arah lebih berjaya.


Dalam 3 hari program ilmiah ini, seramai 13,000 peserta membanjiri Setia City Convention Center (SCCC) dari pagi hingga ke malam. Selama 12 tahun (2008 – 2020) dalam menganjurkan program dengan tujuan yang sama, dapat dilihat semakin ramai orang tahu dan faham bahawa hanya dengan perniagaan ia dapat membantu mereka meningkatkan tahap pendapatan mereka. Namun, masih terdapat juga yang memulakan dan menjalankan perniagaan tanpa ilmu yang betul di dada. Mereka tidak tahu hala tuju sebenar untuk berniaga.
Cakap kat orang sebelah -- Saya Kaya & Berjaya 


Mendapat tahu pasal program Nak Ubah Hidup 2020 kerana diajak oleh rakan. Namun bila tahu aje tentang program dianjurkan Dr Azizan Osman, memang teruja. Aura dia lain macam sebab ini kali kedua husniey menghadiri programnya setelah beberapa tahun lalu. Kali terakhir pada tahun 2015. Alhamdulillah balik dari seminar itu, husniey terus mencuba perniagaan makanan secara kecil kecilan. It's not easy. Buat makanan, kemudian penghantaran. Jadi pada tahun 2016 tercetusnya idea hendak menjual pakej pulau setelah pulang dari percutian ke Pulau Kapas. Alhamdulillah sampai sekarang masih berniaga. InsyaAllah 2020 ini husniey akan melakar kejayaan dalam business. Aamiin. Sama-sama doakan. Seminar Nak Ubah Hidup ini tersangat sesuai untuk ahli perniagaan mesti korang balik akan nak business lebih tinggi income. Semasa di Setia Alam, husniey memilih untuk menginap di Trefoil Setia Alam hanya berjalan kaki berjarak 400 meter ulang alik ke Setia City Convention Centre.

Rezeki sungguh dapat stay di situ walaupun last minute membuat tempahan. Masa yang digunakan sepanjang 3 hari 2 malam sangat padat dan husniey tak melepaskan peluang untuk menghadiri sesi di sebelah pagi ataupun malam. SubhanaAllah tak sangka energy sekuat itu, bayangkan travel jauh from Terengganu to Shah Alam tapi energy dalam seminar ini memang kuat sungguh. Dah tu balik dari sesi malam kami bersambung bersekang mata siapkan senarai 101 impian. Masih kekal di ingatan kata Dr Azizan, "apa yang you tulis adalah doa". Jadi mulalah dengan menulis impian. Tulis selengkapnya.

Boleh rujuk sini kalau nak memilih penginapan berdekatan Setia City Convention Centre

Tempat duduk husniey dan rakan-rakan di bahagian Super Supreme di belakang Spire,
seronok ambil aura orang hebat!

Berdiri atas kerusi? Kena denda ke tu.
Tidak, energy makin meningkat bila kita buat sesuatu yang luar biasa.

Dalam menjalankan perniagaan pasti kita akan mengalami pelbagai permasalahan contohnya berhutang keliling pinggang, perniagaan stuck tak dapat maju ke depan. Jadi seminar seperti ini berfungsi membantu anda mengenalpasti halangan untuk maju dan menyelesaikan masalah dengan segera. Bagi kaum lelaki pula halangan untuk berjaya adalah tabiat suka merokok. Pastinya kita akan mencari jalan untuk keluar dari zon yang tidak selesa. Rasa bergetar bercampur sayu melihat kaum lelaki yang merokok membuang rokok mereka semasa sesi berlangsung. Yelah seperti kita tahu lelaki dan sikap ego sangat susah dipisahkan.

Akibat halangan demi halangan, ramai usahawan tidak mampu bertahan sehingga 3 tahun pertama dalam perniagaan. Ada ramai yang gulung tikar, mengalami kerugian dan ramai juga yang terpaksa menanggung beban muflis akibat perniagaan tidak berjalan lancar seperti yang diinginkan.

Nak Berjaya Ubah Hidup, Kena Ikut Formula! 

Menariknya lagi dalam seminar selama 3 hari itu kami memberi tumpuan penuh dengan mencatat dan mendengar banyak input daripada Dr Azizan Osman. Antara formula yang diajar ialah; dalam Nak Ubah Hidup ini kena ada Thought, Feeling, Action, Result. Thought memerlukan anda untuk mengubah cara berfikir. Contohnya "aku rasa tak boleh capai sales sebulan RM 50 ribu", tukarkan kepada "aku yakin boleh buat". Yang kedua ialah; Feeling. Feeling ini memerlukan anda merasakan bahawa Allah itu tidak limited. Rezeki Allah itu Maha Luas di langit di bumi, di dalam lautan dan di darat. Tahu tak yang terhad itu siapa? Kitalah. Sebenarnya tersangat banyak rezeki Allah boleh berikan kepada hambanya tapi hanya hamba yang terpilih saja yang dapat menadah dengan 'kolam yang besar'. Yakinlah bahawa Allah yang beri kita hidup pasti Dia akan memberi kehidupan. Dia Maha Kaya, apalah sangat nak bagi kekayaan kepada kita.

Jom jadi orang yang luar biasa!


Suasana dalam dewan sebelum Dr Azizan On Stage -- 

Dalaman yang negatif akan mempengaruhi luaran untuk bertindak negatif sama. Kayakan dalaman anda, insyaAllah tindakan luaran akan positif. Solat dua rakaat sebelum masuk waktu subuh akan memudahkan jalan rezeki anda. Bagi Action pula, jika anda bertindak pantas dengan ilmu yang diperolehi anda akan dapat keputusan cemerlang. Sanggup buat apa sahaja untuk mengubah hidup (Big Why), semakin kuat big why yang ada seperti ingin keluar dari kepompong kemiskinan, langsaikan hutang dan lain-lain, jadi anda akan semakin komited mencari jalan untuk menjadi orang kaya dan berjaya. Kejayaan memang begitu dalam hati anda pastinya berkata Nak, Nak. Aku Nak Berjaya tapi berasa takut. Takut kalau kaya berjaya nanti lupa diri. Takut nanti harta banyak jadi bergaduh dengan keluarga, begitu? Haih itu semua kena buang. Nak berjaya tidak boleh ada perasaan takut. Wang dan harta benda tidak pernah bersalah. Yang bersalah ialah diri sendiri kerana kolam dalam jiwa kotor.

Hasil daripada bimbingan Dr Azizan Osman dan dengan izin Allah. Telah banyak ribuan usahawan yang pernah dibimbingnya berjaya mendapatkan hasil jualan di luar jangkaan. Dengan misi untuk membantu dan membangkitkan usahawan Melayu, bangsa usahawan (BANGSAWAN), ramai pelajarnya datang dari beberapa pelusuk negeri. Ada yang datang dari Kota Tinggi, Johor, Terengganu, Port Dickson dan pelbagai lagi negeri lain.

Hal ini juga membuktikan yang usahawan dari luar bandar juga boleh dibantu dan dibina. Produk dan perkhidmatan yang mereka berniaga pun hanya biasa-biasa saja. Ada yang menjual baju kurung, kek, dan ada yang masak char kuey teow saja dah boleh dapatkan hasil jualan jutaan ringgit.

Antara Kisah Kejayaan Titans, Anak Didik Dr Azizan Osman

Antara peserta yang Dr Azizan Osman bantu dan berkongsi kisah kejayaan mereka dalam satu sesi forum adalah Eriyca Baiduri dari Noir Health & Beauty. Beliau memulakan bisnes pada tahun 2017 pada ketika FB Live sedang menjadi trending. Beliau mula sharing tips-tips kecantikan walaupun ketika itu beliau tidak tahu apa-apa tentang FB Live. Tapi dalam masa sebulan Followers beliau terus naik dari 10 orang ke 8,000 orang. Beliau mula menuntut ilmu marketing dalam program RichWorks iaitu Millionaire Marketing Mastery (MMM) dan seterusnya menjadi salah seorang ahli Titanium (sebuah program Menthorship, bimbingan secara dekat dengan Dr Azizan Osman). Hasilnya dari sales RM3.2 juta pada 2018 naik kepada RM18.3 juta pada 2019. Selain itu, beliau juga mempunyai seramai 3,000 ejen dan 120 stokis di seluruh Malaysia. Apa yang paling menarik, beliau turut menghadiahkan sebuah kereta Mercedes-Benz kepada stokis beliau yang berjaya capai hasil jualan yang wow!

Seterusnya, Siti Noor Sabrina Mamasab Bakery yang menjalankan perniagaan membuat kek sahaja telah mencapai hasil jualan luar biasa pada tahun 2019, RM15.4 juta berbanding 2018, RM5.1 juta. Bisnes beliau yang hanya bermula dari rumah atas dasar ‘suka-suka’ ini rupanya menjadi punca rezeki untuk beliau capai sales jutaan ringgit. Kini beliau mempunyai ejen seramai 3,000 orang. Hasil bimbingan Dr Azizan Osman juga, perniagaannya lebih terurus dan segala selok-belok perniagaannya dipimpin dan dipantau oleh MenThor mereka. Bekas radiographer di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) ini juga berjaya dalam masa 2 tahun dah ada 7 cawangan. Malah beliau turut menerima award Nona Best Growing F&B Business Award dan 100 Top Young CEO 2019.

Rosli Ismail dari Oli Collection ini hanya menjual cadar sahaja. Beliau telah menjalankan perniagaan selama 20 tahun, namun stuck dalam bisnes dan bisnes beliau tak boleh pergi jauh. Pada tahun 2016 sehingga 2018 sales beliau menurun. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mengalami pelbagai cabaran dalam perniagaan. Sebelum beliau menjadi ahli Titanium, sales beliau hanya RM4 juta sahaja dalam masa 20 tahun berbisnes. Sejak mendapat bimbingan dari Dr Azizan Osman, pada 2019 sales beliau telah mencapai RM13.3 juta dan mempunyai 300 orang stokis. Beliau juga berjaya membina semula sebuah Maahad Tahfiz Sains Oli yang telah hampir tutup sebelum ini.

Dari ketiga-tiga kisah inspirasi dan sukses ini, apa yang dapat disimpulkan adalah dengan adanya MenThor, Ilmu dan juga Tindakan dari usahawan ini, mereka berjaya capai hasil jualan yang tinggi. Program yang dianjurkan oleh RichWorks ini juga akan membantu usahawan-usahawan untuk tidak hanya mencapai hasil jualan yang biasa-biasa malah yang lebih luar biasa. Ini juga membuktikan usahawan Melayu turut boleh berjaya dalam perniagaan.

Menerima Kunjungan Tidak Rasmi Perdana Menteri Malaysia 


Pada hari kedua berlangsungnya program Nak Ubah Hidup, Richworks International telah menerima kejutan kunjungan dari Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad di Setia City Convention Centre. Beliau dalam perjalanan ke kunjungan rumah terbuka Tahun Baru Cina. Tun dimaklumkan bahawa terdapat satu perhimpunan usahawan Melayu seramai 13 ribu penyertaan.


TENTANG AZIZAN OSMAN

Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist,
Serial Entrepreneur & Best-Selling Author


Azizan, seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat results dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga berjuta-juta.

Visi Dr Azizan Osman hari ini adalah
▪ Untuk mengurangkan kadar kemiskinan di dunia
▪ Meningkatkan pendapatan setiap isi rumah kepada lebih RM200 ribu setahun
▪ Mewujudkan legasi 100,000 jutawan pada tahun 2030

TENTANG RICHWORKS INTERNATIONAL 

RichWorks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran. Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia. Sepanjang 12 tahun sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 650,000 peserta dan pelanggan dalam lebih daripada 1,500 acara dan seminar dan RichWorks berjaya melahirkan lebih 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks - Titanium dan SPIRE.

Antara topik dan pengisian program adalah:
1. Pengurusan Bisnes
2. Pemasaran
3. Jualan
4. Pematuhan Undang-Undang
5. Perakaunan & Percukaian
6. Operasi
7. Kepimpinan
8. Pembangunan Diri
9. Pelaburan

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring yang berimpak, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya hanya dalam tempoh 6 - 24 bulan. Dua prinsip utama Dr Azizan Osman ialah; "Kalau hidup sekadar hidup kera di hutan juga hidup. Kalau kerja sekadar kerja, babi di hutan juga bekerja". Prinsip kedua pula ia dari hadis Nabi Muhammad iaitu "Sebaik-baik manusia adalah orang yang bermanfaat kepada orang lain. Okay dah mula rindu suasana semasa program berlangsung, rindu nak switchhh! 😊



Jika anda tercari-cari mentor yang boleh mengubah hidup dan perniagaan anda bolehlah mendaftar bagi program seminar Nak Ubah Hidup 2020 dengan melayari website;

8 comments:

  1. wow.. untung husniey dapat pergi seminar Dr Azizan.. semoga ilmu Husniey dapat boleh menaikkan semangat dan menambah rezeki husniey nanti.. Amin

    ReplyDelete
  2. "apa yang you tulis adalah doa"..betul sangat-sangat tu Husniey..tulis besar-besar.Tengok selalu..ucap selalu..usahakan.
    Alhamdulillah bertambah ilmu ya.Syukur.

    ReplyDelete
  3. Moga ada rezeki kita lagi!!All the best husni!

    ReplyDelete
  4. waa.. bestnya dapat join seminar mcm nie

    ReplyDelete
  5. Rasa bersyukur dapat join talk ni. buka mata dan minda

    ReplyDelete
  6. Mudah2an jadi usahawan berjaya suatu hari nanti

    ReplyDelete
  7. best kannnnnn.. hee~ semoga husniey dapat manfaat kan apa yang dipelajari..

    ReplyDelete
  8. pergi kutip ilmu dan positive aura diorang..
    semoga kita juga dapat berjaya macam mereka.

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.