MENDIDIK ANAK DALAM SIFAT MARAH - Husniey Husain

Breaking

Husniey Husain

Menulis Dari Hati, Via Jari Jemari

Post Top Ad

Monday, 17 August 2020

MENDIDIK ANAK DALAM SIFAT MARAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, izinkan husniey berkongsi sedikit perkongsian pada kali ini. Walaupun belum mempunyai zuriat namun tak salah rasanya menuntut ilmu tentang keibubapaan. Moga tak lama lagi tibalah rezeki anak soleh solehah yang sudah lama dinantikan kami :)

Sebelum membuat perkongsian di blog, husniey dah mendapatkan keizinan dari empunya perkongsian ini. Bukan orang lain, sepupu husniey yang dah dianggap seperti kakak kandung, dah banyak dia beri nasihat dan kata-kata semangat dalam menghadapi ujian hidup. Alhamdulilah ❤


Mendidik Anak Dalam Sifat Marah ~


.

Marah merupakan salah satu elemen yang perlu ada dalam urusan mendidik anak-anak. Marah juga tanda sayang, sama rasa dengan perbuatan kasih sayang yang lainnya.




Namun perlu di ingat, tidak semua benda yang dilakukan anak-anak perlu kita marah, marah pada silap anak-anak, pada tempatnya. Jangan pula, sikit-sikit nak marah dan jangan pula langsung tak marah anak walau saat silap anak-anak..


LANGSUNG TIDAK MARAH (ketika silap) pada anak boleh mencenderungkan untuk ibu ayah melahirkan tuan sebagai mana yang terdapat dalam hadis nabi..

Namun,
.
Marah pon ada syaratnya, ada kriteria yang perlu ibu bapa patuhi sesudah mengeluarkan sifat amarah ini. Perlu di ingat, marah pada anak bukan kerana benci kita pada batang tubuh anak, namun marah kita pada perilaku yang bawa mudarat tersebut, marah ialah untuk mendidik mereka,

Usai marah, setelah ibu ayah dan anak-anak sama-sama tenang,
jangan lupa 4 perkara ini

1. Panggil anak
Panggil nama anak, berhadapan muka, tatap mata anak dalam-dalam.

2. Terangkan
Explain kepada mereka asbab kemarahan kita dan apa kesilapan mereka yang tak sepatutnya mereka buat.

3. Memeluk erat
Memeluk erat ke dada dengan ucap kata-kata maaf dari kita: Peluk anak erat-erat setelah selesai kita terangkan kesilapan anak-anak, ucap maaf dari kita sebab terpaksa marah untuk bagi kesedaran pada mereka dengan ketegasan..

4. Ucapan sayang serta beri harapan + doa: 
Last, pandang muka anak-anak, ucapkanlah marah kita kerana sayang mereka, moga tidak ulangi kesilapan, doakan anak menjadi anak soleh solehah dan menjadi insan yang baik di hadapan mereka.

Kesilapan kita dalam menguruskan sikap marah boleh memberi impak yang besar terhadap pertumbuhan anak-anak. Mereka boleh membesar dengan satu memori dan jiwa yang sakit dan jangan terkejut jika di copy paste pula cara yang di terima mereka kepada zuriat mereka pula.


Perlu di ingat..

Marah itu dari syaitan, marah itu ada apinya, maka siramkanlah sifat itu dengan kelembutan. Peranan suami isteri dalam menguruskan sifat ini, hendaklah salah satu menjadi pro dan satu menjadi contra.. Bila suami sedang marah, isteri diam berperanan untuk menyejukkan suami agar marah itu tidak terlalu membakar.. Begitu lah jika sebaliknya yang berlaku..

Dan proses melembutkan, menenangkan antara satu sama lain itu hendaklah berlaku di luar pengetahuan anak-anak agar tidak tertanam dalam diri mereka bahawa "alah, kalau ayah marah, mak mesti backup punya". Ibu ayah mesti dalam kerjasama yang terbaik.

Panjang lagi mahu tulis, tapi cukuplah setakat itu..



Insiden tengah hari tadi cukup membuat abang dan kakak merasai erti tanggungjawab. Adiknya terkepit di tingkap kereta saat Kak Chik menaikkan tingkap sedang kepala Kak teh di luar kereta.. Riuh suara pekerja Shell melaungkan "jangan" pada anak-anak dalam kereta. Ummi abi sedang sibuk menguruskan kereta. Moga menjadi pengajaran.

#UmmiShare
#LillahwaFillah

Orang Ganu, Jom Rasa Senang Kambing Perap 

Ini ada sedikit pengumuman, sekarang ramai yang suka buat mini gathering bersama keluarga kecil memandangkan ada juga yang dah lama tak jumpa. Perkenalkan Senang Kambing Perap! Ada kambing perap dah ready to cook ini tak payah dah korang mencari resepi kat Google. Mana nak cari barang lagi kan. Renyah juga tu. Lagipun rasanya bukan senang nak cari daging kambing kat pasar kan?





Untuk warga negeri Terengganu yang teringin hendak merasai keenakan kambing perap dan arnab perap. Boleh beli dengan Senang Frozen Food; Kambing Perap dari berat 500 gram yang cuma RM 28 sahaja, manakala bagi kambing perap yang berat 1000 gram berharga RM 43 aje! Daging Arnab pula cuma RM 45, 1kg. 


Penghantaran sekitar daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang. Hubungi / Whatsapp;  011-20803305


7 comments:

  1. Terima kasih Husniey perkongsian.Marah perlu,pada tempat dan masa serta alasan yang sewajarnya.

    ReplyDelete
  2. terima kasih husniey atas perkongsian..akak pun selalu jugak jadik mak ko ijo bila anak buat salah..hihih..tapi lepas marah tu memang kena explain balik bagi dia faham kenapa kita marah..

    ReplyDelete
  3. kadang2 peel anak mmg buat kita kurang sabar.. tak marah pun tak boleh juga tp kalau dah marah kena lah cepat2 ambil semula hati anak

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yang baik Husniey...Boleh buat pedoman dan diaplikasi suatu hari nanti...

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang baik Husniey. Tengah train diri jugak supaya kurang jadi mak ko hijo ni. Kadang bila dalam keadaan ramai, memangkan kita sukar mengawal anak dengan mata banyak memandang.

    ReplyDelete
  6. Terbaik perkongsian ini. Marah pun perlu ada untuk mendidik anak2 . Tapi marah dengan penuh kasih syg. Bukan marah dengan benci. Tegur je jika ada kesilapan anak buat.

    ReplyDelete
  7. nice sharing husniey..thanks panduan tuk akak juga ni

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.