Pengalaman Road Trip Bercuti Di Western Australia; Hari Ketiga Kami Explore Nature - Husniey Husain

Breaking

Husniey Husain

Menulis Dari Hati, Via Jari Jemari

Post Top Ad

Tuesday, 15 September 2020

Pengalaman Road Trip Bercuti Di Western Australia; Hari Ketiga Kami Explore Nature


Hari Ketiga Memandu Di Australia & Melawat Beberapa Tempat Menarik



Assalamualaikum. Setiap perkara bermula dengan niat. Niat dihati ingin berkongsi pengalaman dan menulis untuk disimpan kenangan. Hari ketiga bercuti di Perth Australia barulah husniey dan tuan suami menggunakan kereta sewa. 

Oleh kerana tempat menarik yang unik di Australia ini terletak agak jauh dari bandar dan terletak di kawasan pendalaman jadi wajarlah memilih menyewa kereta. Sudah buat persediaan rapi sebelum travel. Tempahan untuk sewa kereta di Perth dilakukan lebih awal, risau juga kalau fully booked. 




24 Oktober - Pagi, pukul 10 pagi tepat kami dah tiba disitu untuk pickup kereta. Berjalan kaki dari apartment ke premis kereta sewa. Dekat sangat. 5 minit berjalan kaki. Alhamdulilah, dipermudahkan urusan di premis berkenaan. Kena letak deposit juga ya, dicas pada kad debit (Maybank) dan akan dikembalikan semula deposit berkenaan jika tiada berlaku kemalangan dinasihatkan pilih untuk add on insurance juga baru tak kena deposit mahal. Kad bank milik pemandu yang diperlukan; tak boleh kad orang lain. Jadi korang sebelum syok bercuti ke luar negara PASTIKAN SUDAH MENGAKTIFKAN KAD BANK, UNTUK URUSAN DI LUAR NEGARA.

Sedikit Pengalaman Semasa Road Trip Dengan Kereta Di Negara Orang 

Sebelum mula bergerak kami check keadaan kereta, minyak sudah disediakan terisi penuh. Terbaik servis dari company BaysWater Car Rental. Terus kami mulakan perjalanan, destinasi pertama ke Caversham Wildlife Park. Wajib bawa powerbank, wayar usb sebab banyak gunakan internet dan smartphone. Dari awal sampai akhir perjalanan, kami rujuk Google Maps. Pengalaman kali pertama road trip dan kali pertama kami sewa kereta di negara orang. Setakat ni hanya pernah sewa motor dekat Krabi Thailand.


Jauh perjalanan luas permandangan. MasyaAllah naik lebuhraya best. Bukan biasa-biasa, tidak kelihatan plaza tol dan tiada tambang tol langsung! Jalanraya smooth. Takde jalan berlubang, teruja duk sembang dalam kereta dengan tuan suami pasal kemajuan jalanraya di negara orang. Yelah kagum kami suami isteri tertanya "mana tol, eh memang takde tol ke?".  

Tonton travel vlog disini


Dekat Australia ada banyak kangaroo liar dan banyak lagi haiwan liar macam kambing, lembu yang selalu habitat mereka dibiar hidup bebas. Terdapat hutan simpan yang luas, semak samun jadi sepanjang jalan nampak sign board amaran jangan laju, mungkin kawasan tu kangaroo selalu melintas jalanraya. Had laju yang ditetapkan juga rendah. Memang kena bertabah, paling tinggi had laju kami jumpa 90KM/H (rasa-rasanya), dah lupa. Tapi memang rendahlah. Adakala speed limit tiba-tiba akan drop sampaī 40km/H kalau ada jalan yang sedang dibaiki. Mata kena baca dan perhatikan tanda-tanda signboard dekat tepi jalan.



Menatang apo tuu -_-' (semak samun pun daku snap)


Memang pelik lain macam, sistem had laju dipasang pada kereta. Kereta mengesan had laju, dalam masa sama pabila memandu dekat sign board tertulis amaran 80km/h, kalau kita terlebih speed akan keluar tanda amaran dekat dashboard
. Ini pengalaman husniey laa, tak pasti pengalaman orang lain kan. Tu yang memang tak berani langsung pecut laju walaupun tengok keadaan macam boleh sangat nak pecut, hahaha. Berbahaya, kami jenis yang patuh pada arahan. Lagipun kamera had laju ada dimana-mana. Saman had laju ni boleh tahan, pernah baca blogger Siti Yang Menaip kongsikan cerita kena saman 400 AUD = RM 1,268. Gigih study kat blog CT amaun yang dikenakan, supaya ada lah sikit info bermanfaat untuk korang. ((Baca sini Pengalaman Kena Saman Memandu Laju Di Australia))



Sebagai co-pilot yang berwibawa memang tidak tidur dalam perjalanan 😂 , sedia berkhidmat di samping pilot. Kena baca arah ke kanan ke kiri, ataupun jalan terus sejauh berapa kilometre, haaa kering jugaklah tekak ni duk membebel. Mujurlah dah sediakan bekalan air mineral ~ HAHAA. But I really enjoy ada aje perkara nak digelakkan. Semua depan mata pada haritu adalah benda baru. JAKUN SEKEJAP. Ambil peluang ini menikmati permandangan di tempat orang di sepanjang jalan, cantiknya subhanaAllah. Kalau tahu tempat ni cantik, dah lama Husniey akan kumpul duit dan datang sini secepat mungkin. Namun apakan daya rezeki itu sudah pun tertulis. 2019 barulah diizinkan Allah, tercapai hajat nak jelajah Western Australia. 

Destinasi Pertama Berkunjung Ke Caversham Wildlife Park

Bersambung kisah tiba di Caversham. Kelihatan banyak juga kenderaan yang masuk untuk melawat. Tempat letak kereta luas dan tidak dikenakan bayaran. Di Caversham kami masuk melihat sendiri pelbagai jenis hidupan liar yang unik, yang ada antaranya tidak ada di Malaysia. Sebelum terlupa bayaran masuk 30 AUD. Sekitar RM 85.80/per person. 

Haiwan yang menjadi simbolik bagi negara Australia adalah Kangaroo. Alah, mesti korang dah tahu kan.. Kangaroo boleh diumpamakan seperti lembu laa kalau kat Malaysia, senang jumpa lembu di negara kita. Hihi.


Nak pi mana dulu ni..



Pinggu - pinggu ~ 


BAYARAN MASUK KE CAVERSHAM WILDLIFE PARK berharga $30 seorang dalam RM 85.80, (kadar tukaran waktu itu $1 - RM 2.86), okaylah tak terlalu mahal. Masih mampu untuk ajak keluarga buat aktiviti disini. Dekat sini korang boleh tengok binatang seperti Wombat, uokkas, Penguin, Koala dan banyak lagilah hidupan liar. Boleh disentuh, dan beri makan juga. Pertama kali dapat tengok depan mata Koala, Wombat, Quokkas dan Kangaroo. SubhanaAllah. MasyaAllah.

Beberapa jenis burung. Burung hantu scarry, tapi comel 

Meet Wombat. Nampak macam bab1 namun bukan ia.


Menariknya lagi, pada waktu tertentu krew kat dalam Caversham Wildlife Park ini akan keluarkan haiwan-haiwan tersebut jadi pengunjung boleh bergambar, rekod video untuk simpan sebagai kenangan. Cuma kalau nak ke sini, kena study show times haiwan yang korang nak jumpa. Suka pada krew Caversham, sangat friendly kami tanya pasal jantina wombat Female ke Male, dia jawab dengan tenang. Ajak dan panggil kami bergambar bersama haiwan. Tiada cas dikenakan, dah bayar kat pintu masuk kan. Tempat ini sangatlah luas, terbahagi kepada beberapa buah ladang. 


Suka betul anak mat salleh ni tengok rabbit ~ Menjerit keriangan

Lihatlah gelagat kangaroos. 
Duk perhatikan mak kangaroo bawa anaknya dalam poket! 


Beramah mesra dengan mak bapak dan anak anak kangaroo ~


Terdapat ladang kambing biri-biri, kuda, seladang dan lain-lain. Ladang yang sering menjadi perhatian ramai pengunjung ialah ladang kangaroo. Boleh beri makanan pada kangaroo. Husniey tengok kangaroo dekat situ memang kenyang sangat dah, ada yang tak larat dah nak layan, comel tengok gelagat kangaroo. Ada juga yang datang dekat dengan kita, minta disuap. Husniey macam biasalah, takut-takut tapi tetap cubalah dekat dan sentuh. Paling teruja bila kami tengok dia melompat-lompat. 

Kangaroo berwarna putih, spontan aje nak bergambar balik umah baru perasan


Hey kawan-kawan, sedapnya tidur tuu ingat sempatlah peluk dia ~ 


Kena bijak merancang waktu untuk ke sini nasihat husniey seawal pagi sebelum masuk tengahari, macam rugi ye sebab nanti akan terlepas beberapa show times. Nak tunggu jadual seterusnya pula agak lambat. Kami tak sempat dengan show times Koala. Pergi ke sarang dia tu semua pakat zzzz dah tidur. Maybe memang waktu rehat kot, lepas dah kenyang makan. Comel gaya Koala tidur. Teringin juga nak bergambar peluk si Koala :D

Rancangan Asal Ingin Ke The Pinnacles Dessert Terpaksa Batalkan

Sepatutnya plan asal nak ke The Pinnacles Dessert yang merupakan National park, tempat tarikan pelancong yang kira wajib masuk dalam senarai. Namun waktu seperti tak mengizinkan. Yelah dah lewat tengahari waktu itu jam pukul 2 petang. Perjalanan sehala makan masa 2 jam lebih. Bayangkan kalau perjalanan balik, 2 jam juga kena tempuh perjalanan untuk ke Perth City. Fuhh tak sanggup. Takut tuan suami penat terlampau. Lagipun jalannya agak sunyi, tak mahu la waktu senja masih di jalanaraya dalam kawasan pendalaman. Seram.

Kiranya dalam perjalanan memang husniey berkira-kiralah sempat ke pergi The Pinancles ni, bila fikir masa nak mencari tempat satu hal, nak bergambar satu hal. Terpaksa skip, buatnya kalau indah khabar dari rupa, penat je kan. Terus pilih untuk singgah ke Lancelin. Syukurlah tak sesat sepanjang menuju dan pulang dari destinasi kami. The Pinnacles itu atas lagi, Lancelin bawah sikit boleh rujuk peta. Dalam kiraan kilometer dari bandar nak ke The Pinnacles, 255KM. Serius jauh weh!

Lancelin Sand Dunes Permandangan Padang Pasir Berwarna Putih 

Clear sky, white sand dunes. SubhanaAllah

Capture using Honor 8 pro

Untuk tiba ke destinasi kedua kami ini, ia memakan masa 1 jam lebih. Kawasan Lancelin ini berdekatan pantai. Permandangan dekat sini unik. Terbentang padang pasir putih yang seluas mata memandang. Aktiviti wajib dekat sini haruslah photoshoot. Kalau datang reramai lagi syok, korang boleh bermain papan luncur (sand board), boleh juga naik 4 wheel atau atv pusing satu Lancelin Sand Dunes, heee. Tapi itu semua aktiviti yang memerlukan kos ye. Jadi kami pun macam kesuntukan masa, pilih untuk bersantai ajelah cuma ambil masa untuk bergambar dan rekod video jelah.


Tempat letak kereta di Lancelin Sand Dune. Jauh juga kena menapak

Selfie adalah kewajipan ~

:)

Candid pun boleh kan. Menyesal tak pakai baju cantik sikit,
tertutup blaus kat dalam jaket



Tak jauh dari padang pasir putih ni, husniey tertengok dekat google maps ada pantai yang berdekatan kami. Rujuk jam macam sempat ni kalau singgah pantai. Sebelum ke pantai kami berhenti kat petrol pump, bukan untuk mengisi minyak kereta tapi untuk beli makanan dan minuman, dan buang air kat tandas. Mujur minyak kereta sangatlah jimat digunakan dekat Perth agak mahal harga minyak sentiasa berubah. Alhamdulilah seronok masuk kawasan kampung yang berdekatan pantai, tenang. Jalanraya masih okay. Tandas dekat petrol pump itu pun boleh dipuji, bersih. 

Destinasi Tak Dirancang; Lancelin Beach.


Burung-burung menjadi props

Indahnya ~

Sambung cerita kami ke destinasi tak dirancang, Lancelin Beach. Cantik sangat warna lautnya, unik betul blue shades. SubhanaAllah I'm in love! Seketul Husniey dan Izzat jenis yang tak puas-puas berkunjungan ke pantai, hahaha. Lagi-lagi pantai yang dipilihnya. Stay di Kuala Terengganu dah selalu ke pantai. Bila ke luar negara tetap juga masih sama pilihan kami. Bercuti ke Korea, Indonesia, Thailand pun terselit tempat menarik ada pantai. BEACH. BEST ESCAPE ANYONE CAN HAVE ~ Haa betullah tu kan. 

Beautiful scenery

Kelihatan penduduk tempatan datang memancing

Semasa tiba di pantai Lancelin, nampak suasana macam agak sunyi padahal rupanya ramai pengunjung tempatan duk berkumpul memancing dari atas jeti. Damai layan bayu laut di Australia. Sejuk mengigil itu yang duk pakai jaket aje. Bergambar dan rekod video beberapa minit. Tak sampai 20 minit kot kami disitu, terus pulang ke bandar Perth. 



Yuk pulang ke bandar


Rumusan; Husniey sudah merancang waktu dari pilih waktu untuk pickup kereta. Memang sengaja letak pukul 10 pagi, nanti nak kena pulangkan kereta pada waktu yang sama. Hanya sewa 2 hari, tak mahu lah awal pagi kalut hantar kereta sewa kan. Cuma ada silap sikit sebab tak study pasal show time dekat dalam Caversham Wildlife Park. Kalau tahu maybe dapat bersedia sikit kan. Dari bandar ke Caversham tak jauh mana, hanya 30 minit sahaja. Takpelah redha tak berpeluang ke The Pinnacles Dessert, nanti kita repeat Aussie lagi. Janji akan pergi ke Australia lagi. InsyaAllah!

Mohon bersabar. Belum habiskan cerita hari ketiga, kami memandu balik ke Perth City dan singgah solat Jamak di Masjid Perth serta kisah makan-makan di Chicken Charcoal Daniella belum diselitkan. Sorry dah panjang sangat, nanti bersambung di entri lain nanti kos belanja hari ketig juga akan dituliskan. Semoga tak bosan membaca kisah travel husniey. Terima kasih daun keladi. Eh daun keladi pulak, terima kasih buat semua pembaca 😉



Love,
Husnieyhusain

.
Jom Baca Entri Bercuti Ke Australia yang berkaitan; 

6 comments:

  1. Kak PC baca dan tengok apa yang Husniey share ni pun dah rasa happy dan teruja..sbhanaAllah,apatah lagi Husniey yang dapat pengalaman terus.Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  2. Allhamdulillah... bestnya tengok husniey p perth...

    ReplyDelete
  3. Achievement is a less common direction since it takes a great deal of drive, inventiveness and we should confront realities people, there is low or out of line individuals out there that are not making the street along your excursion any simpler. maintenance planning and scheduling

    ReplyDelete
  4. Baca kisah travel tak pernah bosan. Lagi2 musim covid ni tak dapat nak fly oversea. Rindunya kanggaru. Best jugak lancelin tu. Nanti la kalau ada rezeki nak ke Perth pulak

    ReplyDelete
  5. I really enjoyed your pictures that you have captured at Destinasi Pertama Berkunjung Ke Caversham Wildlife Park. All the pictures are very beautiful. Essay Writing Service

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.