Jangan Takut Nak Travel Dengan Bas. Ini Tips Dan Cara - Cara Travel Menaiki Bas Ekspres Di Malaysia - Husniey Husain

Breaking

Husniey Husain

Menulis Dari Hati, Via Jari Jemari

Post Top Ad

Friday, 2 October 2020

Jangan Takut Nak Travel Dengan Bas. Ini Tips Dan Cara - Cara Travel Menaiki Bas Ekspres Di Malaysia

5 Tips Serta Cara-Cara Untuk Travel Menggunakan Pengangkutan Awam Bas Ekspress Di Dalam Negara 

  


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Sudah lama husniey ingin berkongsi entri sebegini kepada para pembaca blog. Yelah dah selalunya kan asyik menulis kisah travel menaiki pengangkutan awam di luar negara. Marilah kali ini kita baca sama-sama tentang pengangkutan bas di Malaysia. Kali ini husniey cuma nak highlight pasal bas ekspres. Untuk korang yang belum tahu bas ekspress ini selalunya perjalanan ke destinasi yang jauh memakan masa lebih 2 jam hingga 8 jam di atas jalanraya. Kebiasaannya tak ramai orang memilih untuk menaiki bas; selalunya orang yang memilih menaiki bas ini adalah yang suka jalan jauh tapi nak jimat. Memang jimatlah dan semua orang boleh jadi penumpang dan dapat rehat yang cukup sepanjang perjalanan, berbanding korang memandu kereta sendiri, agak penat kan?


- Sedikit Perkongsian -

Sejak dari bangku sekolah dah selalu menaiki bas. Sekolah dan asrama agak jauh. Jadi husniey dan rakan-rakan memang tiap pagi akan naik bas dari asrama ke sekolah. Tapi itu bas kepunyaan asrama, bukan macam bas rapid. Meningkat dewasa Husniey belajar di Johor jauh dari keluarga memerlukan hidup berdikari sendiri. Bas merupakan pengangkutan utama husniey untuk balik ke kampung. 6 jam, 7 jam lebih dari Pasir Gudang ke Kemaman. Pelbagai kenangan pahit manis menaiki bas sepanjang 3 tahun (2011-2014) menuntut ilmu di Politeknik Ibrahim Sultan, Johor. Pernah juga terpaksa membeli tiket bas time balik raya, berlepas dari Johor Bharu (Larkin) dan turun di Kuantan. Kemudian mak ayah datang pickup di Kuantan, agak jauh jugalah. Begitulah. Memang jauh perjalanan sepatutnya naik di Pasir Gudang je tapi sebabkan tiket penuh so kenalah pandai cari alternatif lain kena transit sana transit sini. 

Musim virus covid-19 masih lagi hangat diluar sana,
jangan lupa pakai mask dan jaga jarak sosial ketika dalam bas

Sudah banyak jenis bas dan beberapa syarikat pernah di cuba. Setakat ini memang tak pernah mengalami pengalaman buruk. Bila dah banyak pengalaman, boleh nampaklah ada beza dari segi layanan, keselesaan antara syarikat-syarikat bas. Masih lagi jelas di ingatan husniey pernah menaiki bas Tran****** dari Kemaman untuk pulang ke Pasir Gudang, lantai bas dekat bawah kaki terkopek. Siap ada ruang udara hahaaha siap masuk angin dari bawah, dengan bunyi bising macam tak servis bas jer ~ Hehhee. Lepas pada kejadian itu husniey dah tak berani nak naik bas tersebut. Dulu selalu naik bas ekspress SP Bumi, Adik Beradik. Now masih lagi menaiki SP Bumi kalau balik ke Kemaman. Kalau nak ke belah pantai barat pula selalunya pilih Darul Iman Express atau Mara Liner. Selesa, ada kemudahan asas seperti USB Port, boleh cas phone dan menggunakan WiFi. Tempat duduk luas VIP boleh laras. Kebersihan bas terjaga wangi pulak tu, dan layanan kapten bas okay. Paling suka sebab tiap bas ada speed limit yang dah ditetapkan, paling laju pun 90 km/h sahaja.


Tips Sebelum Menaiki Bas, Semasa & Setibanya Di Destinasi

1) Sebelum menaiki bas ekspres menuju ke destinasi yang jauh, perjalanan yang memakan masa 3 hingga 6 jam. Dinasihatkan supaya kurangkan/elak makan makanan yang cepat membuang (air besar). Pendek kata jangan makan minum banyak sangat hari korang nak travel dengan bas. Hal ini memang boleh susahkan diri & kapten bas nanti. Hee. YES, THIS IS SERIOUS. Husniey pernah lalui situasi ketika dalam bas, rasa sakit perut teramat sangat. Malu weh nak suruh kapten bas berhenti kat mana-mana ada toilet. Selepas kejadian itu memang beringat kosongkan perut beberapa jam sebelum travel kena kurang makan dan buang semua kat rumah (eh s0rry kalau tips ni macam merepek kan). 


2) Beli tiket seawal mungkin, kalau korang merancang nak travel semasa musim perayaan dan cuti sekolah. Weekend pun adakala tiket bas habis dijual. Tak terlupa juga sila berada di STESEN BAS 15 minit sebelum waktu berlepas. Kalau departure dari TERMINAL BESAR seperti Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Terminal Sentral Kuantan (TSK) dan lain-lain terminal bas yang agak besar kena datang lebih awal, paling lewat 30 minit sebelum. 


Popular Terminal Di Malaysia - (TBS, Sungai Nibong, Melaka Sentral, Ipoh Amanjaya, JB Larkin Bus Terminal, Berjaya Times Square, Pudu Sentral Putrajaya, Kuantan Sentral)

Sekarang ini beberapa buah terminal mempunyai sistem yang lebih teratur, setiap penumpang perlu check in di kaunter - dapatkan boarding pass - tunggu di gate - menunggu di gate untuk berlepas. Sedikit leceh sebab banyak prosedur kan, tapi okaylah boleh feeling macam dekat airport! Heee. Lagipun takde lah kes kena tipu dengan ulat tiket. Lebih selamat beli tiket bas di terminal atau melalui website yang dipercayai. 


Steps to Book Bus Tickets Online ON REDBUS - Enter travel details - filter buses -
choose bus operator and seat - pay the ticket price ;)


Contoh tiket bas yang dibeli dekat Apps Redbus ¬


Sedikit info yang husniey nak tambah, jikalau membeli tiket bas menggunakan apps seperti Redbus ke busonlineticket.com ke, korang cuma perlu tunjuk screenshot tiket korang beli ataupun hanya perlu beritahu nama, nombor seat saja pada kapten bas yang bertugas. Ini hanya boleh dibuat jika berlepas di stesen bas biasa. Kalau berlepas dari terminal bas besar seperti TBS, Kuantan Sentral itu tak boleh (kena ada boarding pass, so kalau dah beli online takpe je. Tapi kena pergi ke kaunter check in dan akan diberikan boarding pass. Apapun kalau tak faham pasal eticket perlu print ke tak, korang boleh bertanya dengan kerani kaunter operator bas.

Gambar dari google maps- TBS -


3) Sewaktu di stesen atau terminal bas. Korang rileks, tunggu bas jangan bagi bas pula tunggu korang kalau macam itu nanti kena tinggal, hehee. Kalau dah nampak kemunculan bas tersebut sila pergi beratur dan tunjukkan tiket. Jika bas delay, kebiasaannya disebabkan masalah trafik, atau sebab nak kena kutip ramai penumpang. Kena sabarlah sikit kalau bas terlambat dari waktu yang dijadualkan, kapten bas ini pun kalau boleh nak cepat settle tugas mereka tapi apakan daya kalau terjebak dengan peak hours (waktu orang balik kerja ke, ada emergency kat tengah jalanraya ke, jalan jammed ke) lambatlah sikit. Jadilah penumpang yang memahami. InsyaAllah anda akan tenang.


4) Sekiranya perjalanan agak jauh contohnya menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu memakan masa 6 jam lebih, bas ekspres akan berhenti rehat di hentian rehat dalam lebuhraya setelah 4 jam bas bergerak. Jadi sebab itu point nombor satu itu husniey nasihatkan jangan makan minum banyak sangat. Biar perut kosong sikit. Biasanya laluan highway payah nak jumpa tandas dan jarak ke hentian rehat jauh. 


Contohnya bas berhenti di kawasan Hentian Rehat Perasing dan selalunya akan bertukar tugas dengan kapten bas kedua, kalau nak beritahu ke pemandu lokasi untuk turunkan anda. Nak turun di Paka, Dungun ke, sila beritahu kepada driver kedua ya. Haaa lupa nak share. Waktu bas berehat itu kalau nak makan, nak solat ke, boleh aje. Waktu bas berhenti berehat sekitar 30 - 40 minit. Bas berhenti waktu 1 pagi selalunya jam 1.30 pagi dah standby nak bergerak. Kalau nak kepastian pasal waktu rehat ni boleh tanya pada kapten bas, yelah kadang waktu rehat ini tak sama. Turun dari bas ke tandas 10 minit, kemudian makan-makan naik semula ke dalam bas ya. Barang peribadi macam handbag, wallet, handphone, laptop kalau boleh jangan tinggal dalam bas yer.


Stesen Bas Kuala Terengganu atau lebih dikenali Hentian Bas MBKT


5) Pilihan selamat adalah turun di stesen bas atau terminal utama. Kalau rumah korang jauh dari terminal bolehlah cuba bertanya pada kapten bas untuk turunkan korang di bus stop (sehala). Wajib kena ada bus stop dan kena suruh orang pickup ready disitu. Nak turunkan penumpang ini ada prosedur, jadi korang janganlah paksa kapten turunkan dekat tepi jalan macam tu aje. Bahaya! Kalau terjadi sebarang masalah kepada penumpang pihak syarikat dan kapten yang bertugas kena tanggungjawab. 


Itu saja rasanya. Jika ada info berkaitan bolehlah tulis di ruangan komen. Sedikit nasihat, sila jaga kelakuan di dalam pengangkutan awam. Tuan suami bercerita kalau yang muda remaja naik bas dengan pasangan, ada saja perlakuan tak senonoh. Biasanya pasangan belum nikah. Macam-macam keadaan memalukan pernah terjadi dalam bas. Sekarang bas ekspres dah canggih kadang penumpang tak perasan kot ada cctv depan muka. Kapten bas boleh nampak korang buat apa kat tempat duduk. Malulah sikit. Ingat Allah, ingat mak ayah sebelum buat perkara terkutuk.


BACA SINI ARTIKEL MENARIK YANG BERKAITAN;

TRAVEL KE KOREA MENGGUNAKAN BAS AWAM 

MACAM DALAM DRAMA KOREA!

EXPLORE PERTH CITY DENGAN KEMUDAHAN BAS PERCUMA


Sekian entri pada kali ini. Semoga bermanfaat. InsyaAllah kalau korang dah terbiasa menaiki pengangkutan awam, berada di negara mana saja pasti boleh hidup dan pandai berdikari, tak susahkan orang sekeliling. Ini perkara asas bagi seorang backpackers, kaki jalan, kaki travel perlu pandai menggunakan pengangkuan awam. Lulus yang satu ni, boleh atur langkah kaki sendiri dan banyak pengalaman sepanjang dalam perjalanan. Haih mood rindu nak travel apakan daya covid-19 melanda dunia. Semoga cepatlah vaksin terhasil dan ada keajaiban dan moga cepat sembuh semua yang terjangkiti.


Love,

Husniey Husain


6 comments:

  1. Kak PC lama sangat tak naik bas. Teringin nak naik bas dua tingkat tu Husniey tapi sebenarnya takut

    ReplyDelete
  2. dulu semasa belajar di UM dari 1991 - 1997 memang bas la kenderaan utama utk balik Kelantan. Masa tu bas ada tandas di belakang jd x gusar la kalau nak qadha hajat. Tp keburukannya jika kena seat belakang...Tahan je la baunya (jika ada). huhuhu

    ReplyDelete
  3. Tips no 1 tu paling penting. Sanggup tekak kering dari menahan rasa nak buang air. Haha

    ReplyDelete
  4. Lama jugak dah tak naik bas ni. ^^

    ReplyDelete
  5. Time akak PJJ dengan suami sebelum ni, memang bas dengan flight la transport utama. Tak berbaloi nak drive dari KL-Trg naik kereta..dalam bas boleh tido, tak stress nak layan mata kan..

    ReplyDelete
  6. Dulu masa belajar dkt melaka, tiap2 minggu akan naik bas ekspress. Mujur 2 jam je. So dan lah tahan apa2 yg patut kalau terasa. Hehe

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai.
Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan saya. InsyaAllah, akan saya kunjungi blog anda semula.