EcoBrown’s memperkenalkan PLUS Series Brown Rice Drink - Husniey Husain

Breaking

Husniey Husain

Menulis Dari Hati, Via Jari Jemari

Post Top Ad

Wednesday, 4 August 2021

EcoBrown’s memperkenalkan PLUS Series Brown Rice Drink

Brown Rice Drink | Cara Baru Untuk Kehidupan Lebih Sihat



Minuman bijirin yang pertama seumpamanya, diperbuat dengan kebaikan beras perang, merah dan hitam untuk kesihatan yang sempurna! #BeWholeWithecoBrowns


KUALA LUMPUR, 30 JULAI 2021 - ecoBrown’s baru-baru ini telah melancarkan satu rangkaian produknya yang terbaru iaitu ecoBrown’s PLUS Series Brown Rice Drink yang didatangkan dalam tiga varian perisa enak, Cereal PLUS (Original), Cocoa PLUS & Coffee PLUS. Minuman bijirin yang pertama seumpamanya di Malaysia ini padat dengan kebaikan beras perang, merah dan hitam yang tidak digilap, membawakan hanya yang terbaik daripada ladang kepada semua keluarga di seluruh Malaysia!



Memandangkan semakin ramai rakyat Malaysia mula mengamalkan diet yang lebih sihat bagi menjalani kehidupan yang lebih seimbang dan menyeluruh, ecoBrown's PLUS Series Brown Rice Drink telah dicipta bagi menggalakkan dan memberi inspirasi kepada mereka untuk meneruskan gaya hidup ini dengan mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan menyeluruh. Atas sebab itu dan sempena dengan pelancaran rangkaian produk terbaru ini, ecoBrown’s PLUS turut melancarkan kempen #BeWholeWithecoBrowns bagi memperjuangkan gaya hidup sihat dan seimbang.


“Sememangnya agak sukar untuk cuba menjalani gaya hidup aktif sambil menguruskan kerjaya dan mengekalkan hubungan yang berkualiti. Itulah sebabnya kenapa kami mencipta ecoBrown’s PLUS Series Brown Rice Drink, dengan mengutamakan tiga teras utama untuk sebuah kehidupan yang sihat sempurna iaitu keluarga, perhubungan dan gaya hidup aktif. Selain daripada itu, dengan kemudahan dan faedah khasiat ecoBrown’s PLUS Series Brown Rice Drink, kita semakin hampir ke arah mencapai kehidupan seimbang yang kita idamkan, pada bila-bila masa tidak kira di mana sahaja,” Pengurus Besar Serba Wangi, Zishi Low.

 



ecoBrown’s PLUS Series Brown Rice Drink menggabungkan campuran beras perang, merah dan hitam yang berkualiti tinggi, tidak digilap dengan keunikan rasanya yang asli dan halus. Ia adalah sumber Vitamin B1, B2, B3 dan B6 terbaik dan tidak mengandungi lemak trans, membolehkan rakyat menikmati minuman enak lagi sihat tanpa rasa bersalah. Padat dengan vitamin dan mineral, ecoBrown’s PLUS Series Brown Rice Drink sememangnya satu alternatif yang lebih mudah, sihat dan enak, menjadikannya pilihan minuman yang lebih baik untuk diri anda dan keluarga anda. 


ecoBrown’s PLUS Series Brown Rice Drink yang serba baru ini boleh didapati di semua pasar raya utama dan kedai serbaneka di seluruh negara pada harga runcit yang disyorkan RM13.50 atau beli di  shop.ecobrown.com untuk menikmati diskaun eksklusif 20% apabila menggunakan kod promosi ECOPLUS20. ecoBrown’s PLUS Series juga boleh didapati di Shopee dan Lazada. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai PLUS Series Brown Rice Drink, sila ikuti ecoBrown’s di Facebook dan Instagram


Mengenai ecoBrown’s PLUS Series Brown Rice Drink

ecoBrown’s PLUS Series Brown Rice Drink adalah minuman bijirin yang pertama seumpamanya di Malaysia yang menawarkan alternatif lebih mudah, sihat dan enak dengan segala kebaikan beras perang, merah dan hitam yang tidak digilap. Ia boleh didapati dalam 3 perisa iaitu Cereal PLUS, Cocoa PLUS and Coffee PLUS.


ecoBrown’s PLUS Series Brown Rice Drink menawarkan adunan sempurna bijirin dan oat yang sihat memberikan anda kepuasan hingga ke titisan yang terakhir! Padat dengan khasiat penting seperti vitamin B1, B2, B3 dan B6, ianya menjadi pilihan minuman yang lebih baik untuk diri anda dan keluarga anda, pada bila-bila masa, tidak kira di mana sahaja.


Mengenai ecoBrown’s

Berpegang kepada slogan “Brown is Better”, ecoBrown’s sangat dikenali kerana kebaikan beras perangnya, yang menawarkan produk bijirin penuh yang mengekalkan segala serat dan mengandungi tahap mineral dan vitamin yang lebih tinggi berbanding beras putih. Dituai daripada padi yang telah masak sepenuhnya dan disimpan bersama dengan sekamnya bagi mengekalkan segala kebaikan khasiatnya, produk ecoBrown’s perlu melalui prosedur kawalan kualiti yang ketat bagi memastikan anda dapat menikmati ecoBrown’s dengan yakin. Prosedur ini telah menjadikan ecoBrown’s sebagai syarikat pengilangan beras perang pertama di Malaysia yang memperoleh persijilan HACCP (Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal).


ecoBrown’s adalah sebahagian daripada konglomerat Serba Wangi, yang berpegang kepada prinsip berintegriti dan beretika. Daripada bijirin beras yang kaya dengan nutrien ditanam di atas tanah yang subur di negeri-negeri utara Malaysia hinggalah kepada proses penghasilan yang bersih, setiap bahagian syarikat ini direka bentuk bagi memberikan faedah kesihatan dan kepuasan yang maksimum kepada para pelanggan.


Syarikat ini turut menawarkan pelbagai rangkaian produk beras sihat seperti:

Sella Cream Premium Parboiled Basmathi Rice

ecoBrown's Steam Brown Rice

ecoBrown’s ORIGINAL

ecoBrown’s GOLD

Softbrown

ecoBrown's Premiere Vermicelli

Vita Wholegrain Rice Drink 

Brown Rice Powder

Cereal PLUS


Produk ecoBrown’s turut didatangkan dengan Simbol Pilihan Lebih Sihat daripada Lembaga Penggalakan Kesihatan Singapura. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi: www.ecobrown.com/


1 comment:

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.