Kedai Emas Murah di Terengganu

Assalamualaikum nak kongsi cerita masih panas lagi harini.  Kedai Emas paling berbaloi di  Kuala Terengganu❤ Kedai emas pali...

Assalamualaikum nak kongsi cerita masih panas lagi harini. 

Kedai Emas paling berbaloi di 
Kuala Terengganu❤


Kedai emas paling sibuk, reka bentuk barang kemas yang cantik 'up to date', harga berbaloi, mesra alam pekerjanya. 
Boleh dapatkan emas idaman anda di Kedai Emas Lelong di Chabang Tiga, Kuala Terengganu.


Facebook page kedai emas ni selalu je update harga terkini, promosi ke apa. 

Link facebook page : 


Saya sempat grab harga promosi, 155.50/gram. Kebetulan harini hari akhir promosi. 
Cincin aje lah sebentuk, saja buat koleksi boleh tukar tukar nanti nak pakai, walaupun cincin kahwin dan tunang dah ada. Haha 

Ingat nak jugak grab gelang, tapi tak lepas bajet pulak. Tadi tanya gelang ya ampun, RM 740, RM 530 cantiklah jenis yang simple tapi okay laa kalau setakat nak simpan untuk kegunaan akan datang. Hihi 😂 






Harap tahun depan harga emas semasa tak tinggi sangat nak grab gelang pulak, okay nampaknya kena teruskan menabung.. 

Kiranya ni hadiah hujung tahun dari encik suami laa, Alhamdulilah thank you abang.. Dah berterima kasih dari tadi lagi, hee. Memang lama dah duk tahan nak pergi, nak beli. Hee ni baru betul singgah kejap sebab harini last promosi harga tu.

...

Seriously anda yang nak beli barang kemas untuk kahwin ke tunang merisik khabar.. Tak kira gelang, cincin, rantai, gelang kaki bolehlaa usha facebook page kedai mereka, tak silap ada juga buat jualan online. 

Ini bukan iklan penaja tau, tapi menceritakan pengalaman sendiri, selalu tengok di facebook ramai betul pelanggan datang serbu kedai. Memang betul la murah dan service tip top sungguh,  
4.6 rating  di facebook, teehee.

Sekian sahaja post kali ni, baii semoga bermanfaat untuk kalian 😉😉😉

···

Selamat Tahun Baru 2017! ❤
Semoga apa yang diidamkan tercapai
Semoga yang terbaik untuk anda semua! 
(◍•ᴗ•◍)❤ (◍•ᴗ•◍)❤

You Might Also Like

0 comments

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.