Travel
Medan, Indonesia (May 2016) part 1
12/31/2016 09:56:00 pm
Medan, Indonesia aku dan suami pergi pada
10 - 13 Mei lepas. Hahaha dah lama kan, baru nak update. Ada sebabnya mengapa lambat update.. Takpelah yang pahit tu selit sikit saja buat pedoman kalian.. Yang manis tu nak jugak share disini untuk orang lain refer dan untuk aku juga belek balik akan datang :D
Aku dan suami ke Medan ni 4H 3M, ambil pakej.. Kali pertama guna travel agent.. Trusted je travel agent ni, review banyak dah semua best best je aku baca kat fb, blogger yang review pun ada.. Problem : cuma supir masa kami kat sana.. Dia banyak skip tempat menarik, sikap dia selalu terburu-buru. Then kami kena paww teruk masa kat Pulau Samosir, kononnya tu kedai kawan dia.. Padahal dia dah kawtim baikk punya untuk dapat komisyen. 1 kedai je aku masuk, habis hangus kat 1 juta rupiahhh~ HAHA sebelum aku melalut di awal post ni baik stop dulu, nanti sambung cerita ni bila dah sampai part tu.
Sebelum tu boleh lah nak baca tip travel medan klik ni -- LINK
Tempat kami pergi: Berastagi- Parapat - Danau Toba - Kota Medan
Tiket flight beli sendiri, dua minggu sebelum pergi baru beli. HAHA
mahal sikitlah tapi still okay lah dalam bajet lagi
TOTAL TIKET FLIGHT :
KT - KL sehala beli awal tahun :D |
DAY 1 : Tiba di Medan Kualanamu airport - Berastagi - Check In hotel 1st -
Kami tiba di airport Medan Kualanamu terus bertolak ke destinasi pertama iaitu Berastagi. Berastagi ni tempat sejuk pergunungan macam Cameron lah. 2 jam perjalanan. Sebelum tu kami dibawa makan malam masa tu dah pukul Enam petang, 1st time makan Ayam Penyet Indonesia punya ni, Ayam Penyet Cindelaras, Fuhh PEDASS. SEDAP RANGUP. DIJAMIN HALAL. Di restoran tu siap ada kemudahan surau, toilet bersih :D
Nah layan gambar - gambar DAY 1 dulu :
'Welcome to Medan Mr Izzat'
Memang adat kalau pergi makan di kedai sana, akan diberi air suam je. Kalau datang sini, jangan lupa cuba try jus alpukat
( Avocado ) sedap sangatt. Tak reti nak ulas macam mana yang pasti sedap sangat 😂
Lepas makan terus ke Berastagi, tiba di Berastagi pada pukul 8.30malam,
kami check in rehat, jalan jalan duk kat lobi layan wifi free, haha
Masa kami baru tiba tu bising sangat area hotel tu macam ada konsert, festival gitu rupanya pekerja hotel bagitau ada konsert Judika tu artis Indonesia yang popular dengan lagu "Aku yang Tersakiti" haha, rupanya artis tu aku diberitahu dia memang orang Medan pun, haha tak minat sangat tapi pernah jugakla dengar lagu tu dulu :P
Sepatutnya malam tu program kami ke Hotspring, tapi haa ni lah malas nak cerita, haha supir buat belit dialah bagitau tak bolehh pergi lah takde apa lah sana, diberitahu kat kami ni suruh rehat standby esok punya program lah.. Macam- macam alasan..geram je aku. Tapi masa tu tak bau apa pun lagi niat buruk dia, bila banyak kali diberi alasan begitu baru perasan..
ni program yang kami patut buat day 1 :
klik pada gambar untuk paparan lebih jelas
Itu baru 1 tempat di skip, akan ada banyak lagi. HAHA nanti aku akan selit disetiap akhir part day 2, day 3, day 4.
Bertabah jelah bila ingat balik
Gambar Bilik Green Garden Hotel, Berastagi
Sebelum terlupa nak share, di Berastagi ni sejuk sangat.. rasanya kalah cameron kot.
Sejuk mengiggil. Hotel sini jimat maintenance. Aircond atau kipas memang tak ada.. Malam hingga pagi sejuk sangat, macam on aircond, haha nak tutup suis tapi takde suis aircond pun 😝
itulah perasaan yang dialami masa disana, teruja lah jugak! (。♥‿♥。)
Ada air mineral, electric kettle. Masa sebelum sampai ke hotel, kami berhenti kat Alfa Mart. Macam 7E lah kat tempat kita. Suka masuk sana beli makanan alas perut. Haha satu lagi murah murah, banyak yang sedap dan comel je packaging makanan. Suka tengok! 😍
Bilik air dan tandas
STATUS FACEBOOK masa malam di Berastagi , heehee
---------------
DAY 2 : Pasar Buah Berastagi - Gundaling Hill - Sipiso Piso Waterfall - Parapat - Check In 2nd Hotel
Pagi kami breakfast di hotel. Konsep hotel ni tak ada buffet breakfast cuma macam serve ala carte gitu.. tapi okaylah not bad makanan di hotel tu.
All include dalam pakej kami dah jadi tak tahulah berapa harga hotel dan breakfast😁
BREAKFAST - VIEW HOTEL :
VIEW HOTEL di BERASTAGI
Breakfast 💕
Terus check out pagi tu
Masa dah siap makan bosan menunggu supir, kami pun duk belek baca surat khabar :D
Sajak Danau Toba terjumpa dalam surat khabar tu, hihi masa ni dalam hati
"Danau Toba tungguu aku datangg"
( ˘ ³˘)♥
1st destination : Pasar Buah Berastagi. Tak ada apa pun bagi kami.. gerai gerai buah pun masih baru nak buka masa tiba tu. Duk ronda ronda, ada gerai jual macam macam cenderahati.. Ada jual baju, beg, perhiasan, baju sejuk.. Macam macam ada.. sini lagi murah dari Pulau Samosir
Gambar di area pasar buah Berastagi,
Gerai Cenderahati.
Macam - macam ada dijual disini.
Lepas shopping kejap je duk pusing situu, kami pergi kat supir yang duk minum air kat kedai makan disitu, kami pun pergi duk situ juga.. Order jagung rebus. Huu sedaplah makan masa cuaca sejuk 😘
Beli apa ntah tu, haha takde lah banyak mana pun
GUNDALING HILL
Gundaling Hill ni merupakan bukit je, tapi uniknya boleh dilihat dari sini permandangan Gunung Sinabung. Gunung ni aktif lagi gunung berapinya. Masa kami dah seminggu balik dari Medan, tengok berita gunung tu meletus.
Tapi masa kami sampai situ tak nampak mana Gunung tu, sebab ditutupi kabus.
Kawasan situ ramai dah penduduk pindah sebab memang selalu jugak meletup.. Bahaya duk area situ.. Kami bergambar kenang-kenangan disitu. Nak gambar cun, kami beli lah gambar dari photographer kat situ, dia memang jual yang siap print out tu, siap kami mintak lagi gambar gambar kami tu copy ke phone. Haha. Bagi upah la sikit yelah copy hasil kerja mereka kan. Hee
.
Haa lihat gambar asal ni, tak nampak mana gunung belah belah belakang tu.😂😂
Ni photographer tu edit. Hihi
Belah kanan ni ada pondok, rare gila tempat kerja photographer ni, tempat dia edit and print out gambar. Terfikir juga berapa jelah hasil mereka cari rezeki gini. Walaupun ni tempat melancong, tapi tak ramai mana orang datang.. katanya gov mereka kurang promosikan dan naik tarafkan tempat menarik yang ada. Huhu macam macam topik sebenarnya yang dibualkan
(●´∀`●)
Masa tu supir dah bising kat photographer disuruh edit gambar tu cepat sikit. Aku tak tahu apa masalah dia, semua tempat kami pergi nak cepat.. padahal masa tu baru 20 minit kat situ.. Memang tak sempat pusing pun kawasan tu.. hmm
SIPISO PISO WATERFALL
Lepas ke Gundaling, perjalanan di teruskan ke Air Terjun Sipiso - Piso. Lebih kurang 2 jam juga dalam perjalanan ke sana.. Jalan nak ke sana, makk aihh memang tak lurus weh sampai aku pening campur nak muntah, hahaa.
Ni lah sipiso piso, namanya begitu kerana air terjun tu turun tajam macam bilahan pisau. Paling tinggi di Indonesia, tak silap 110m ketinggiannya.
Bergambar dengan permandangan yang indah 🌸
Kereta yang kami naiki, nampak tak si baju hijau ke kedai tu. Haa masa ni suami gigih pergi cari minyak cap kapak. Aku dah pening pening, nak muntah semua ada. Hahaa 😅😅
View di Sipiso
Suka tengok pokok gini. Cantik.
Banyak sangat jumpa kat sana
Nak turun ke air terjun ni kena redah lebih kurang 600 anak tangga. Haha memang taklah nak turun, turun aje separuh mati. Naik rasa takde nyawa kot. Haha 😂😂😂
.
.
Dari sini dah boleh lihat view Danau Toba. Danau tu tasik ya. Hihi
Aku ingat Danau Toba ni tak jauh dah bila dah start nampak dari sini.
Rupanya jauh gila nak pergi ke sana, dalam 3-4 jam perjalanan.. Jalan ke sana pulak, ya Allah lagi mencabar dari jalan kami lalu nak ke Sipiso tu. Berliku liku, bersimpang siur. Selekoh je sepanjang jalan, dah la sempit jalanraya tu. One word ; Seram!
(Bandar Perapat ni, macam pekan kecil dan dekat lah dengan Danau Toba),
Jalanraya ke sana sepanjang jalan macam gini je jalannya, memang sempit dan banyak selekoh. Huhu
Suka nengok sepanjang jalan, nampak kat umah orang. Aku syak ni piring astro mereka kot. Hahaa 😂😂
Tuu dia bosan dalam kereta, dah nak muntah kita buka tingkap kasi angin masuk sikit. Huhu tapi tak bosan mana jugak, dalam kereta supir tu pasang macam macam lagu artis famous indonesia.
Layan lagu jelah
.
.
Sampai je di Perapat, terus berhenti makan di Rumah Makan Muslim. Masa ni dah lapar, sebab lama jugak dalam perjalanan.. 😁
....
Sudah makan kami check in hotel. Hotel 2nd night ni menginap di Atsari Hotel. Hotel ni sekali dalam pakej dah, cantik je hotel ni bilik dia.
Tapi kekurangannya tak dapat nak tengok view tasik Toba tu. Kalau stay kat Danau Toba cottage mungkin boleh tengok view cantik. Sebelum datang, walaupun guna pakej haruslah aku dah buat kajian dan lihat feedback dari orang lain yang pergi guna pakej dari company sama ni. Huhu. 😂😂
.
.
Ni hotel nya dan bilik kami. Besar jugaklah bilik.
Masa nak masuk je hotel ni, supir bagitau nanti kalau pekerjanya bawa ke bilik dan tolong bawak barang..dikasi dikit wang upahnya. Haha aku ni masa tu terus teringat "oo patutlah masa kat berastagi pun mereka beria hantar ke bilik, siap check air panas, on aircond semua.."
Huhu tak terfikir mana bab nak beri tip ni. Ingatkan macam kat negara kita, cukuplah sebut terima kasih. Kat sana memang terima kasih tak beri kesan apa pun, kena beri sekali dengan selit duit. Omgg. Serius tak tipu.
Kalau ikhlas hati, diberi saja. Lagi lagi kalau service bagus terserlah keikhlasan. 😊😊
Ada pelbagai kemudahan, yang bestnyaa tv dalam bilik hotel ni. Lepas check in bersih diri solat, kami duk tengok tv je dalam bilik. Macam macam saluran ada. Bestt sangat.. 😍😍😍
.
.
Malam tu duk layan program muslimah apa tah. Lupa tajuk. Tapi program realiti la. Memang salute jugak la tengok rancangan macam tu.. ada jugak terap nilai islamik.. kalau kat tempat kita, masa tu aku ingat lagi tengah famous dengan rancangan realiti Clever girl, hahaa ya aku masih ingat. 😁😁😁
Depan hotel, ini lah danau toba.. Besar dan luas tauu.. Ye bayangkanlah dari Sipiso dah boleh nampak tasik ni..
Perjalanan yang memakan masa 3-4 jam nak ke sini..
SubhanaAllah memang rasa kagum sangat.. Diberitahu lagi oleh supir lebih besar dari negara singapura.
Tak tahu lah kesahihannya tu. Aku dengar je supir cakap.
Petang tu kami jalan area hotel tu, dan mandi manda kolam kat hotel je :
Malam tu lepas solat maghrib kami pergi makan kedai biasa je.
Aku memang gila nasi penyet sepanjang duk sana. Haha
sedap weh sambal orang sana buat, pedas molek 😍
.
Lepas makan malam sempat singgah pulak ke Alfa Mart, beli makanan. Dasar kuat makan betullah aku dan suami, hehee bukan apa waktu pi dinner tu awal lagi. Di sana dah la sejuk, risau kelaparan. Kami pulak tak bawa bekalan banyak. Haha 😁😁
Oreo 8k 😂
.
Pop Mie ni sedap. Meriah isi dalamnya, tak macam maggie kat kita takde apa 😂😂
Beli choclate, sebab nak makan dengan strawberry, cairkan choc dengan air panas.. pastu calit kat strawberry.. Haa strawberry tu beli masa kat Gundaling Hill ada pak cik jual bawa bakul datang jual
Done aktiviti day 2.
Okay ini program hari kedua yang sepatutnya kami buat , tapi seperti mana yang dari awal aku bagitahu. Kami asyik kena belit je dengan supir.. Yang kebun strawberry, kebun limau, Simarajunjung kami tak dibawa pergi pun. Hmm dia bagitahu takde apa apa. Nanti lambat kita nak kejar pergi danau toba, samosir. Hmm sekali dah tiba di destinasi tu, boleh pulak dia forward program haritu ke pagi esok..
Padahal ikutkan sempat je kalau pergi. Bukan lama pun naik feri awam tu..
30 minit je ke Pulau Samosir..
Okay okay yang tu nanti sambung cerita lagi kat part ni 😂😂
Sila klik pada gambar untuk lebih jelas
di Atsari Hotel malam kedua ~
-------------------------
Kami tiba di airport Medan Kualanamu terus bertolak ke destinasi pertama iaitu Berastagi. Berastagi ni tempat sejuk pergunungan macam Cameron lah. 2 jam perjalanan. Sebelum tu kami dibawa makan malam masa tu dah pukul Enam petang, 1st time makan Ayam Penyet Indonesia punya ni, Ayam Penyet Cindelaras, Fuhh PEDASS. SEDAP RANGUP. DIJAMIN HALAL. Di restoran tu siap ada kemudahan surau, toilet bersih :D
Pagi kami breakfast di hotel. Konsep hotel ni tak ada buffet breakfast cuma macam serve ala carte gitu.. tapi okaylah not bad makanan di hotel tu.
All include dalam pakej kami dah jadi tak tahulah berapa harga hotel dan breakfast😁
BREAKFAST - VIEW HOTEL :
VIEW HOTEL di BERASTAGI
Breakfast 💕
Terus check out pagi tu
Sajak Danau Toba terjumpa dalam surat khabar tu, hihi masa ni dalam hati
"Danau Toba tungguu aku datangg"
( ˘ ³˘)♥
Gerai Cenderahati.
Macam - macam ada dijual disini.
Lepas shopping kejap je duk pusing situu, kami pergi kat supir yang duk minum air kat kedai makan disitu, kami pun pergi duk situ juga.. Order jagung rebus. Huu sedaplah makan masa cuaca sejuk 😘
Beli apa ntah tu, haha takde lah banyak mana pun
Gundaling Hill ni merupakan bukit je, tapi uniknya boleh dilihat dari sini permandangan Gunung Sinabung. Gunung ni aktif lagi gunung berapinya. Masa kami dah seminggu balik dari Medan, tengok berita gunung tu meletus.
.
Haa lihat gambar asal ni, tak nampak mana gunung belah belah belakang tu.😂😂
Ni photographer tu edit. Hihi
Belah kanan ni ada pondok, rare gila tempat kerja photographer ni, tempat dia edit and print out gambar. Terfikir juga berapa jelah hasil mereka cari rezeki gini. Walaupun ni tempat melancong, tapi tak ramai mana orang datang.. katanya gov mereka kurang promosikan dan naik tarafkan tempat menarik yang ada. Huhu macam macam topik sebenarnya yang dibualkan
(●´∀`●)
Masa tu supir dah bising kat photographer disuruh edit gambar tu cepat sikit. Aku tak tahu apa masalah dia, semua tempat kami pergi nak cepat.. padahal masa tu baru 20 minit kat situ.. Memang tak sempat pusing pun kawasan tu.. hmm
SIPISO PISO WATERFALL
Lepas ke Gundaling, perjalanan di teruskan ke Air Terjun Sipiso - Piso. Lebih kurang 2 jam juga dalam perjalanan ke sana.. Jalan nak ke sana, makk aihh memang tak lurus weh sampai aku pening campur nak muntah, hahaa.
Ni lah sipiso piso, namanya begitu kerana air terjun tu turun tajam macam bilahan pisau. Paling tinggi di Indonesia, tak silap 110m ketinggiannya.
Bergambar dengan permandangan yang indah 🌸
Kereta yang kami naiki, nampak tak si baju hijau ke kedai tu. Haa masa ni suami gigih pergi cari minyak cap kapak. Aku dah pening pening, nak muntah semua ada. Hahaa 😅😅
View di Sipiso
Suka tengok pokok gini. Cantik.
Banyak sangat jumpa kat sana
Nak turun ke air terjun ni kena redah lebih kurang 600 anak tangga. Haha memang taklah nak turun, turun aje separuh mati. Naik rasa takde nyawa kot. Haha 😂😂😂
.
.
Dari sini dah boleh lihat view Danau Toba. Danau tu tasik ya. Hihi
Aku ingat Danau Toba ni tak jauh dah bila dah start nampak dari sini.
Rupanya jauh gila nak pergi ke sana, dalam 3-4 jam perjalanan.. Jalan ke sana pulak, ya Allah lagi mencabar dari jalan kami lalu nak ke Sipiso tu. Berliku liku, bersimpang siur. Selekoh je sepanjang jalan, dah la sempit jalanraya tu. One word ; Seram!
Rupanya jauh gila nak pergi ke sana, dalam 3-4 jam perjalanan.. Jalan ke sana pulak, ya Allah lagi mencabar dari jalan kami lalu nak ke Sipiso tu. Berliku liku, bersimpang siur. Selekoh je sepanjang jalan, dah la sempit jalanraya tu. One word ; Seram!
(Bandar Perapat ni, macam pekan kecil dan dekat lah dengan Danau Toba),
Jalanraya ke sana sepanjang jalan macam gini je jalannya, memang sempit dan banyak selekoh. Huhu
Suka nengok sepanjang jalan, nampak kat umah orang. Aku syak ni piring astro mereka kot. Hahaa 😂😂
Tuu dia bosan dalam kereta, dah nak muntah kita buka tingkap kasi angin masuk sikit. Huhu tapi tak bosan mana jugak, dalam kereta supir tu pasang macam macam lagu artis famous indonesia.
Layan lagu jelah
.
.
Sampai je di Perapat, terus berhenti makan di Rumah Makan Muslim. Masa ni dah lapar, sebab lama jugak dalam perjalanan.. 😁
....
Sudah makan kami check in hotel. Hotel 2nd night ni menginap di Atsari Hotel. Hotel ni sekali dalam pakej dah, cantik je hotel ni bilik dia.
Tapi kekurangannya tak dapat nak tengok view tasik Toba tu. Kalau stay kat Danau Toba cottage mungkin boleh tengok view cantik. Sebelum datang, walaupun guna pakej haruslah aku dah buat kajian dan lihat feedback dari orang lain yang pergi guna pakej dari company sama ni. Huhu. 😂😂
.
.
Ni hotel nya dan bilik kami. Besar jugaklah bilik.
Masa nak masuk je hotel ni, supir bagitau nanti kalau pekerjanya bawa ke bilik dan tolong bawak barang..dikasi dikit wang upahnya. Haha aku ni masa tu terus teringat "oo patutlah masa kat berastagi pun mereka beria hantar ke bilik, siap check air panas, on aircond semua.."
Huhu tak terfikir mana bab nak beri tip ni. Ingatkan macam kat negara kita, cukuplah sebut terima kasih. Kat sana memang terima kasih tak beri kesan apa pun, kena beri sekali dengan selit duit. Omgg. Serius tak tipu.
Kalau ikhlas hati, diberi saja. Lagi lagi kalau service bagus terserlah keikhlasan. 😊😊
Ada pelbagai kemudahan, yang bestnyaa tv dalam bilik hotel ni. Lepas check in bersih diri solat, kami duk tengok tv je dalam bilik. Macam macam saluran ada. Bestt sangat.. 😍😍😍
.
.
Malam tu duk layan program muslimah apa tah. Lupa tajuk. Tapi program realiti la. Memang salute jugak la tengok rancangan macam tu.. ada jugak terap nilai islamik.. kalau kat tempat kita, masa tu aku ingat lagi tengah famous dengan rancangan realiti Clever girl, hahaa ya aku masih ingat. 😁😁😁
Depan hotel, ini lah danau toba.. Besar dan luas tauu.. Ye bayangkanlah dari Sipiso dah boleh nampak tasik ni..
Perjalanan yang memakan masa 3-4 jam nak ke sini..
SubhanaAllah memang rasa kagum sangat.. Diberitahu lagi oleh supir lebih besar dari negara singapura.
Tak tahu lah kesahihannya tu. Aku dengar je supir cakap.
Petang tu kami jalan area hotel tu, dan mandi manda kolam kat hotel je :
Malam tu lepas solat maghrib kami pergi makan kedai biasa je.
Aku memang gila nasi penyet sepanjang duk sana. Haha
sedap weh sambal orang sana buat, pedas molek 😍
.
Lepas makan malam sempat singgah pulak ke Alfa Mart, beli makanan. Dasar kuat makan betullah aku dan suami, hehee bukan apa waktu pi dinner tu awal lagi. Di sana dah la sejuk, risau kelaparan. Kami pulak tak bawa bekalan banyak. Haha 😁😁
Oreo 8k 😂
.
Pop Mie ni sedap. Meriah isi dalamnya, tak macam maggie kat kita takde apa 😂😂
Beli choclate, sebab nak makan dengan strawberry, cairkan choc dengan air panas.. pastu calit kat strawberry.. Haa strawberry tu beli masa kat Gundaling Hill ada pak cik jual bawa bakul datang jual
Done aktiviti day 2.
Okay ini program hari kedua yang sepatutnya kami buat , tapi seperti mana yang dari awal aku bagitahu. Kami asyik kena belit je dengan supir.. Yang kebun strawberry, kebun limau, Simarajunjung kami tak dibawa pergi pun. Hmm dia bagitahu takde apa apa. Nanti lambat kita nak kejar pergi danau toba, samosir. Hmm sekali dah tiba di destinasi tu, boleh pulak dia forward program haritu ke pagi esok..
Padahal ikutkan sempat je kalau pergi. Bukan lama pun naik feri awam tu..
30 minit je ke Pulau Samosir..
Okay okay yang tu nanti sambung cerita lagi kat part ni 😂😂
Sila klik pada gambar untuk lebih jelas
di Atsari Hotel malam kedua ~ |
-------------------------
0 comments