Makan Makan & Shopping Barang Perabot Rumah Di IKEA Cheras

Masuk ke IKEA kalau takde kes berkenan dan berangan tak sah kan. Assalamualaikum everyone. Semoga ceria, sihat selalu hendaknya. Mesti kora...

Masuk ke IKEA kalau takde kes berkenan dan berangan tak sah kan. Assalamualaikum everyone. Semoga ceria, sihat selalu hendaknya. Mesti korang pun mengalami perkara serupa kan? Masuk IKEA memang kena kuat semangat, hehe. Aduhai dekat dalam showroom pun dah buat kita tergoda, pening nak pilih jenis perabot lagi. Husniey dan tuan suami pergi ke IKEA Cheras waktu pagi, setelah kami check out Arte Plus Ampang.


Dari jam 11.40 pagi sehingga jam hampir 4 petang dekat dalam Ikea Cheras! Buat apalah lama sangat tu. Shopping lah awak. Uih ini memang gila. Yelah sedia maklum kawan-kawan dekat negeri Terengganu tak ada IKEA. Setelah sekian lama tak bawa kereta jalan jalan ke KL. Biasanya kami naik pengangkutan awam aje jadi terbatas sikit nak shopping. Sebab trip kali ini tujuan utama ialah nak naik ke puncak Genting Highlands, itu yang memandu.


Jadi selalunya pergi IKEA hanya untuk makan / beli barang yang kecil. Rabak jugaklah poket kali ini. Banyak sungguh kes berkenan. Terbeli rak TV yang berharga RM 299, murah weh mestilah terasa nak sambar kan kalau tak beli nanti sampai rumah teringat ingat, menyesal pula. Belek ajelah gambar banyak dekat bawah itu buat jangkit kes berkenan dekat korang pula 😜






Asalnya nak beli barangan perkakas dapur. Dah siap senaraikan perkakasan kecil yang ingin dibeli, sampai part terakhir dekat gudang lokasi untuk pick up barang tetiba keputusan kami bertukar 360 darjah. Tuan suami yang pada mulanya tidak bersetuju nak belikan rak tv tetiba dia kata "okay kesian pulak abang tengok sayang, betul dah kalau kita tak beli sekarang bila pula nak mari sini.


Inilah yang duk gilakan. Namanya BRIMNES.
Suka sebab ada laci tertutup gitu 

Rak tv dah uzur dekat rumah tu kang". Alang alang datang dengan kereta. Duit pun ada lebih sikit. Apa salahnya. Alhamdulillah rezeki husniey, akhirnya tuan suami akur dan mengerti. Tak payah paksa dia pun. Jumlah hangus berbelanja di IKEA, RM 400 +. Banyak juga barang lain turut dibeli. Selimut 2 helai, kain alas, senduk dengan pengepit, alas kaki, kerusi, dan lain-lain.

Rak tv yang dibeli. Jenuh tuan suami pasangkan ia. 

Lepas dah settle shopping barulah terasa lapar. Memang lapar menggelupur la sebab tak makan tengahari masuk dari pagi kan, huhu. Semasa beratur nak pilih makanan barulah terbaca info pasal kalau pembelian barangan lebih RM 300 dalam satu resit boleh dapat diskaun RM 50 jika makan di situ.. Ruginya kami pergi shopping dulu sepatutnya makan dulu lepas itu shopping, barulah akan dapat diskaun dari pihak IKEA. Dah benda jarang sekali datang bukannya kami tahu 😂

Favourite ❤️❤️❤️

Ini memang sedap gila. Tak kisah dah orang nak pandang pandang hahaha makan jelah sampai licin. 

Redha jelah masa tu. Menu makanan yang memikat hati dan sering dirindui ialah Swedish Meatball, Salted Egg Chicken Wing, kek almond chocolate, kuih muih. Biasanya total hangus makan mesti dekat RM 50 -
RM 60 untuk dua orang. Okay berbaloi, sebab sedap. Mahal sikit pun sanggup pejam mata bayar saja kalau makanan itu berkualiti, servis juga cepat.

Sekian saja cerita pada kali ini.
Semoga terselit info dan manfaat ya.

Love,
Husniey Husain. 

You Might Also Like

7 comments

  1. Selalu juju pi ikea makan meatball...kdg2 usya perabot ikea...ritu beli mug ikea best gila RM2 kot satu...beli 6 set warna lime green, blue black and white...owww so fall in love !

    ReplyDelete
  2. kami masuk ikea lagi lah. terus terasa nak ada rumah sendiri. rasa nak beli semua barang yg ada kat ikea tu dan letak di rumah. hahahaahha

    ReplyDelete
  3. Minggu lepas sis pi IKEA Damansara tukar tap sinki, cari juga rak tv maka ku beli jenis Lack.. By the way cantik rak tv HH.. Sis pun Ikea Lover..

    ReplyDelete
  4. mam tak penah sampai lagi. tingin lah nak pegi

    ReplyDelete
  5. IKEA kalau ada sale memang terbeli lebih..huhu. balik rumah menyesal. kalau xbeli pun nyesal..camne tu?

    ReplyDelete
  6. bulan 12 ni baru g kl. lmbt lagi ni nk buleh makan kat ikea. hahah. sedapnya la weih. bab beli barang rumoh tu memang doh. mek pun sangkut gok deko blik. hahaha

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.